
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes akan mengundurkan diri daripada semua jawatannya kecuali dalam AirAsia Group dan AirAsia X.
Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan bila perkara itu akan berlaku. Dalam satu ciapan semalam, beliau berkata keputusan itu diambil untuk menaikkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya, ke barisan hadapan.
As the first step of stepping back and moving the next generation of @airasia leaders into the forefront I will be stepping down of all boards except @airasia group and airasia X.
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) September 18, 2019
“Sebagai langkah pertama untuk berundur dan menggerakkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya ke barisan hadapan, saya akan mengundurkan diri daripada semua jawatan, kecuali AirAsia Group dan AirAsia X,” tambah Tan Sri Tony Fernandes
Bulan lepas, AirAsia mengumumkan penstrukturan semula kepimpinan untuk menyokong transformasinya menjadi sebuah syarikat platform perjalanan dan kewangan, dan membina airasia.com menjadi jenama gaya hidup.
Tan Sri Tony Fernandes sebagai CEO airasia.com – platform e-dagang perjalanan dan gaya hidup AirAsia – dengan matlamat untuk melantik seorang CEO baharu yang akan melaporkan kepadanya dalam tempoh terdekat. Latihan penstrukturan semula termasuk Aireen Omar yang telah dilantik sebagai presiden AirAsia Group (redBeat Ventures) dan akan mengetuai bahagian modal teroka korporat.
Rata-rata netizen yang mengikuti akaun twitter Tan Sri Tony Fernandes menyambut baik dan menyokong tindakannya itu.
Sumber: Benama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ini Rupanya 10 Tip Geng Travel Kena Hadam, Supaya Percutian Jadi Lebih ‘Happening’

Memang seronok jika dapat mengembara ke seluruh dunia. Sambil melawat tempat orang dapat kutip pengalaman berharga.
Namun setiap kali mahu travel, kita juga perlu isi ilmu di dada dan pastikan beberapa perkara sebelum memulakan pengembaraan.
Perkongsian di laman sosial Facebook Detektif Kembara melalui page Travel Budget & Backpacker Malaysia Buddies memberitahu pengajaran berguna yang boleh kita jadikan panduan setiap kali pergi travel.
Tidak kiralah dalam beberapa perkara kecil hinggalah besar. Ini kerana kita tidak mahu ia boleh merosakkan mood percutian itu nanti.
My Travel Lessons
Memang bersyukur bila dapat mengembara ke merata rata tempat di seluruh dunia. Daripada satu pengembaraan ke pengembaraan yang lain kita belajar. Kalau nak senaraikan semua rasanya too many:
1) Right attire: pemakaian sangatlah penting terutama ke negara yang cuacanya sentiasa berubah ubah. Kita selalu fokus dekat baju & seluar sampai terlupa kasut. Kasut yang selesa amatlah penting untuk elakkan terseliuh, dapat blister dan sebagainya.
2) Check weather: double check weather forecast 1-2 days sebelum departure. Check terlalu awal mungkin tidak accurate. Bila sudah sampai check setiap hari sebelum mulakan perjalanan.
3) Choose the right destination & flight: pilihlah tempat yang sesuai dengan cara kita travel. Orang pergi India,kita nak pegi. Orang pergi Nepal kita nak pergi. Orang pergi Iceland kita nak pergi. Kalau kita travel banyak guna public transport, light,cheap hostel,nak attraction free, memang tak sesuai ke negara negara yang cost of livingnya mahal. Lagi satu about flight ticket. Survey betul betul guna search engine yang ada. Kalau beza kurang RM100 lebih baik book direct dgn Airline. Dah banyak kes book dengan search engine ini macam-macam masalah. Kalau dpt murah rm500 okaylah dengan headache dan risk yang ada.
4) Bawak Makanan: pack some light food yang boleh makan atau alas perut di mana mana seperti energy bars,peanuts, roti,biskut, instant ready to serve meal. Buat macam ini akan bantu kurangkan unnecessary cost seperti nak beli jajan dan sebagainya. Kalau sehari spend beli jajan RM50 kat luar negara sepuluh hari dah RM500. Kadang kadang variable cost macam ini kita tak perasan.
5) Plan route betul betul: Selalu bila nampak tiket murah kita terus grab tiket return. Kalau pergi negara kepulauan mcm NZ okaylah. Tapi kalau nak cover banyak negara mungkin lebih praktikal dan time efficient kalau book one way ticket. Kalau beza sedikit sangat tak payah berkira
6) Pilih tempat duduk yang strategik: Bila booking tempat duduk utamakan lokasi. Memanglah harga itu kritikal tapi kita bukan nak tempat yang sangat selesa sampai tidur lena nak bangun pun susah. Kita tengah travel bukan tengah duduk rumah. Kalau banyak brgntung pada public transport duduklah tempat dalam bandar. Masa yang dijimatkan berbanding kos yang lebih sedikit amatlah berbaloi.
7) Duit: Kalau boleh tak perlu bawak banyak cash. Gunakan kad kredit atau debit lebih selamat dan praktikal. Baca mengenai tempat yang nak dituju sama ada lebih baik cashless atau bawa cash. Lebih banyak cash kita bawak lebih tinggi risiko kita.
8) Gajet: Sekiranya tiada keperluan janganlah bawak terlalu banyak gajet. Handphone 2, kamera 2, Dji, Drone, Tripod, Laptop,tablet, itu menambahkan berat bagasi dan juga membataskan pergerakan. Bawak 2 telefon kalau risau berlaku kecemasan dan sebaginya sudah cukup. Sekarang banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk fine tune gambar.
9) Time & Activity: Ini antara paling kritikal yang ramai miscalculated. Itinerari masa spring janganlah digunakan kalau travel masa winter. Pergi Northern Europe pukul 2 pm sudah gelap. Kalau masa summer above artic circle tak gelap-gelap langsung. Selain itu, bagi extra masa in case ada delay flite,baggage, immigration dan lain-lain. Kalau sampai petang atau malam di tempat penginapan cukupla buat aktiviti yang light sahaja.
10) Bergambar: ini berkait dengan no 9. Pergi tiap-tiap tempat especially kalau pergi ramai kena buat jadual yang teliti dan terangkan jadual betul-betul. Dan yang ikut pegi rombongan hormatilah masa dan semua rakan rakan yang dalam trip itu.
Owh lupa, No 11) Jangan kedekut ilmu sebagai traveller. Lagi banyak kita kongsi inshaAllah lagi banyak ilmu kita dapat. Sedih juga tengak ada org kenakan charge untuk share booking platform yngg murah seperti hostel. com,agoda, trip. com dan sebagainya…..siap buat class lagi..benda itu satu sen pun tak ada…janganlah berkira sangat atas rezeki yang Allah dah bagi kat kita ini. Doakan kami dapat terus mengembara dan berkongsi pengalaman dengan semua.
Artikel Berkaitan:
Nak Stay Di Kundasang? Ini Info 58 Penginapan Resort, Homestay & Hostel Untuk Korang Pilih
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sunway Lagoon Rai Tahun Tikus Sempena Tahun Baru Cina. Pelbagai Aktiviti Menarik Tersedia

Bertemakan Tahun Tikus, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini akan disertai oleh barisan maskot terbaharu Sunway Lagoon iaitu Captain Quack & Friends. Mereka akan bersama-sama dengan pengunjung untuk memeriahkan perayaan ini dari 23 Januari sehingga 6 Febuari 2020.
Pada 25 dan 26 Januari 2020, para pengunjung akan disambut oleh God of Prosperity bersama Captain Quack & Friends. Maskot ini akan menghadiahkan pengujung sampul ang pau edisi terhad dan limau mandarin pada musim perayaan ini. Pertunjukan yang memukau menanti anda seperti Tarian Singa, persembahan gendang cina dan persembahan istimewa sketsa A Mouse’s Tale oleh Captain Quack & Friends dan kemunculan Sifu Lao Shu.

Muncul sebagai haiwan pertama dalam bulatan 12 tahun takwin cina, tahun tikus diramal membawa kesejahteraan dan peluang yang luas. Membawa tradisi perayaan kepada anda dengan sentuhan unik, anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sejajar dengan tahun yang penuh dengan kebaikan.
Alami keseronokkan!
Perjalanan bertuah akan bermula tatkala anda berada di Sunway Lagoon. Anda perlu mencari dan menyentuh Rat Zodiac Statue yang terletak di pintu masuk utama Sunway Lagoon sebagai simbolik tuah agar sentiasa berada di tangga #1 pada tahun 2020 (sama seperti kedudukan Sang Tikus dalam Perlumbaan Heavenly Gates mengikut cerita mitos kaum cina).





Maju ke hentian seterusnya, anda boleh berkunjung ke Huat Cheese Mountain. Bayangkan impian anda untuk tahun baru, pegang hajat tersebut dan lempar duit syiling ke dalam lubang gunung keju. Sebagai ganjaran simbolik kepada tuah, anda bakal menerima sekeping syiling emas.
Tidak ketinggalan, khas untuk si bujang, harapan untuk berpasangan mungkin akan wujud jika mengunjungi Wishing Love Pond dengan melemparkan limau mandarin ke kolam ini. Semoga impian anda menjadi realiti.
Bagi mereka yang suka meramal nasib, anda dijemput ke Fortune Chest! Langkahnya cukup mudah. Pilih nombor dari mangkuk nasib dan anda perlu membuka laci almari bernombor yang tertera di kertas dari mangkuk nasib. Tilikan nasib tertera di helaian dari laci almari tersebut.
Melengkapi perjalanan bertuah anda, singgah sejenak di Lucky Tree. Untuk tahun baru yang makmur, petik salah satu ang pau yang tergantung di pokok tersebut dan saksikan isi sampul tersebut. Pelbagai hadiah menarik menanti anda seperti barangan eksklusif Huawei dan pelbagai lagi.

Gamatnya sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon tidak terhenti disitu. Beralih ke Zamberi River, tarikan di sini diberi nafas baru dan dipertingkatkan dengan bunyi gendang Afrika, dekorasi bercahaya ultra-ungu, semburan air dan bakul air. Dinginkan diri anda dengan berendam dan belayar menerusi sungai berwajah baru dengan menaiki pelampung yang boleh disewa pada harga yang berpatutan.
Nikmati pelbagai promosi yang ditawarkan seperti Chinese New Year Fortune Wheel! Gandakan tuah anda dengan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila anda membeli cenderahati dengan pembelian minimum RM188 dalam satu resit tunggal.
Bersesuaian dengan cuaca tropikal, anda boleh hilangkan rasa haus dengan pelbagai jenis minuman yang berasaskan tebu dengan tawaran harga yang berpatutan seperti Delight Cane, Karimbu Juice atau Sugar Cane Mojito. Jika perut berasa Lapar, dapatkan tawaran istimewa Sunway Lagoon Caterer’s Prosperity Combo Meal di mana-mana kiosk makanan Sunway Lagoon Caterer. Anda mencari lokasi sesuai untuk sesi pertemuan semula? Usah risau. Restoran Beach Bistro menawarkan menu istimewa sempena Tahun Baru Cina bermula dari RM388*

Semasa perayaan Tahun Baru Cina, Surf Beach akan dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan untuk para pengunjung terutamanya kanak–kanak, seperti Rat Race Animal Kingdom, CNY Chapteh dan CNY Sand Art.
“Sambutan perayaan merupakan aktiviti rutin bagi kami di Sunway Lagoon. Sambutan Tahun Baru Cina untuk edisi Tahun Tikus ini akan kami lakukan secara gilang gemilang untuk memastikan ianya tahun yang bertuah dan meriah demi pengalaman hari terbaik untuk seluruh keluarga dan sahabat handai,” kata En Sean SL Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon.
Nak dapatkan 4 tiket masuk PERCUMA ke Sunway Lagoon sempena Tahun Baru Cina ini? Klik link ini: LIBUR REWARDS
Jangan lupa abadikan dan muat naik momen istimewa anda dengan yang tersayang di Sunway Lagoon ke laman sosial media Facebook ataupun Instagram dengan tanda pagar #CNYMouseTale #BestDayEver dan #SunwayLagoonMY.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000, atau layari laman sesawang www.sunwaylagoon.com atau kunjungi facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kenderaan Dah Boleh Lalu Jambatan Angkat Ikonik Kuala Terengganu!

Jambatan angkat yang menjadi struktur ikon kepada Kuala Terengganu kini sudah dibuka kepada laluan kenderaan awam awal pagi tadi. Pembukaan yang bermula hari ini tepat pukul 7 pagi mengikut laporan media akan berada dalam tempoh fasa percubaan sehingga 17 Jun ini.
Pembukaan jambatan angkat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia amnya dan rakyat Terengganu khususnya itu disempurnakan dengan pemotongan reben oleh wakil kerajaan negeri serta disertai jabatan dan agensi berkaitan.
View this post on InstagramA post shared by AMAZING TERENGGANU (@amazingterengganu) on
Jambatan sepanjang 638 meter dan setinggi 12.5 meter itu menghubungkan Seberang Takir, Kuala Nerus dengan pusat bandaraya dan pengguna jalanraya boleh menjimatkan masa perjalanan kurang 10 minit menggunakan jambatan angkat tersebut.
View this post on InstagramA post shared by AMAZING TERENGGANU (@amazingterengganu) on
Buat masa ini, difahamkan bahawa hanya kendereaan beroda sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan jambatan tersebut manakala pejalan kaki dikecualikan sehingga tamat tempoh percubaan 17 Jun ini.
Sumber: Utusan Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!










