Tidak banyak maklumat tentang tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Rompin lebih-lebih lagi kepada orang luar. Jika ditanya tentang Kuala Rompin, pasti yang terlintas di fikiran kebanyakkan orang adalah Taman Negara Endau Rompin atau laluan peringgahan untuk pergi ke Pulau Tioman.
Melainkan, seseorang itu kaki pancing kerana pekan kecil ini terletak di muara Sungai Pahang dan berdekatan pintu Laut China Selatan menjadikan Kuala Rompin antara lubuk pancing yang tersohor.
Tapi, itu untuk kaki pancing. Kalau yang bukan kaki pancing? Dah tentu tak tahu apa nak buat sekiranya melancong ke Kuala Rompin.
Mirror of the Beach
Tetapi tarikan di Kuala Rompin bukan setakat itu semata-semata. Ada banyak lagi tarikan lain yang boleh dinikmati pelancong seperti keindahan Pantai Lanjut sepanjang 3.5km.
Keindahan pantai yang dapat dilihat adalah mirror of the beach. Pastinya fenomena alam semulajadi ini akan membuatkan peminat fotografi jadi gila untuk mengambil gambar yang terbaik.
Ads
Selain pantai, ada aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh pelancong seperti mencari kepah. Pelancong akan dibawa menaiki bot sehingga ke lubuk kepah sebelum turun ke pesisir Sungai Pahang untuk mengutip sendiri kepah dari dasar sungai.
Pastinya tak ramai yang tahu macam mana cara untuk mencari kepah dan di Kuala Rompin inilah tempat terbaik untuk kita mencuba aktiviti-aktiviti seperti itu.
Ads
Aneka Makanan Laut
Selain daripada itu, Kuala Rompin juga terkenal dengan aneka makanan lautnya. Maklumlah, lokasinya berdekatan dengan muara Sungai Pahang, mestilah mewah dengan hasil laut.
Jadi, dengan tarikan yang disediakan, wajar kiranya tempat ini dijadikan destinasi pelancongan terbaru kalau melancong ke Kuala Rompin lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah hujung tahun ini.
Ads
Tip bercuti ke Kuala Rompin:
1. Ada tiga jalan utama untuk ke Kuala Rompin sama ada melalui Muadzam Shah, Pekan, Pahang atau Mersing, Johor. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, cadang terbaik adalah mengikuti laluan dari Muadzam Shah, Pahang kerana jarak perjalanan lebih cepat.
2. Digalakkan untuk menaiki kenderaan awam kerana tidak meletihkan sama ada bas yang turun di Pekan, Pahang atau menaiki kapal terbang yang akan mendarat di Kuantan, Pahang. Dari Pekan atau Kuantan, Pahang, anda boleh menaiki bas untuk ke Kuala Rompin dan pihak LBGR boleh pickup anda di sana.
3. Aktiviti mencari kepah atau memancing sebaiknya dilakukan sewaktu bulan April hingga Jun kerana hasil laut adalah lebih baik ketika musim ini.
4. Dalam laluan Muadzam Shah, terdapat ladang nenas iaitu Rompine Pineapple. Nenas yang dijual adalah untuk pasaran antarabangsa tetapi sekiranya ada yang berminat, diminta untuk menghubungi pihak Rompine terlebih dahulu untuk tahu sekiranya stok masih ada.
5. Standby duit lebih sebab kawasan Lanjut, Kuala Rompin ini adalah kawasan udang galah sepit biru. haha sendiri faham la ya..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Glamping pada hari ini menjadi antara trend percutian dalam kalangan pencinta alam semula jadi dengan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengetepikan keselesaan.
Buat anda yang berkeluarga, percutian cara ini sangat berbaloi kerana lebih selesa terutama yang memiliki anak kecil. Glamping merupakan kombinasi idea percutian ‘glamour camping’ buat warga kota yang ingin mencari ketenangan dalam hutan.
Nah, ini satu lagi cadangan daripada LIBUR destinasi glamping menarik untuk anda habiskan masa bersama keluarga atau rakan-rakan pada hujung minggu nanti.
Canopy Villa Glamping Park satu lagi resort percutian berkonsepkan glamping yang terletak di Janda Baik, Pahang bakal memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan kepada anda yang nak tinggal bermalam dalam khemah dan ingin dekat dengan flora dan fauna.
Pengunjung boleh alami suasana yang jauh dari hiruk pikuk kota raya dan celik mata dari tidur dengan pemandangan hijau yang terdapat di sekitar tempat ini.
Tambahan pula, ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sekitarnya seperti memanah, memancing, berbasikal, mandi sungai dan bersiar-siar di kawasan sekitar. Pada malam hari, aktiviti BBQ dan duduk mengelilingi unggun api akan menjadi penutup hari percutian kalian yang sangat indah.
Hujung tahun adalah bulan yang sering dinantikan oleh individu yang gemar bercuti dan berjalan-jalan. Mana tidak, jika anda bujang waktu ini la masanya peluang yang ada ‘dipaksa rela’ oleh majikan untuk habiskan cuti tahun yang berlambak. Bagi yang berkeluarga, hujung tahun adalah waktu yang mudah untuk bercuti kerana anak-anak diberikan cuti wajib persekolah sebelum masuk ke tahun baharu.
Jika bajet percutian anda dan masa yang ada, hanya terhad untuk percutian dalam negara sahaja, jangan risau ok! Malaysia pun tidak kurang menariknya destinasi yang ada untuk dikunjungi dan bercuti. Kali ini cuba kreatif sikit.
Jika anda merancang hanya bercuti di Pulau Pinang, lajak sedikit percutian anda ke Pahang terus. Begitu juga sebaliknya!. Jika anda membuat keputusan bercuti di Pahang, terus sambung percutian seterusnya di Pulau Pinang pula. Rasa buang masa dek fikirkan jarak perjalanan yang agak jauh dari utara ke pantai timur dan sebaliknya? Sekarang semuanya dah senang la!
Terbang Dari Penang Ke Kuantan Dengan Firefly
Percutian indah dan eksklusif tidak kira samada di Pulau Pinang atau di Pahang sudah pasti mampu memuaskan hati pengunjung dan soal pengangkutan tidak menjadi masalah kerana Firefly menawarkan pernerbangan empat kali seminggu iaitu setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah dan sebaliknya.
Perkhidmatan penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit sahaja menggunakan pesawat jenis ATR72-500. Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.fireflyz.com.my
Apa Ada Di Pulau Pinang?
Pulau Pinang yang berada di nun utara Semenanjung Malaysia terkenal dengan gelaran Pulau Mutiara. ‘Penang’ juga merupakan panggilan biasa yang kerapkali di gunakan mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk makan-makan, beriadah dan berhibur. Antara lokasi pilihan pelancong termasuklah pusat bandar Georgetown.
Royale Chulan Penang
Percutian di Georgetown tidak lengkap sekiranya pengunjung tidak mengambil peluang untuk bermalam di Royale Chulan Penang. Menariknya lokasi penginapan ini terletak di antara lokasi yang paling strategik iaitu berada di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia memudahkan pengunjung untuk bergerak ke lokasi-lokasi menarik di sekitar Pulau Pinang dengan akses yang cukup mudah. Royal Chulan Penang juga terletak berdekatan dengan terminal feri dan pelabuhan Pulau Pinang.
Sebahagian daripada hotel ini adalah bangunan warisan yang dibina pada tahun 1892 dan telah dibaik pulih dengan indah. Hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan sewajarnya menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan percutian serba lengkap untuk bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan ketika berada di Pulau Pinang.Untuk tempahan layari www.royalechulan.com
Aktiviti Di Pulau Pinang
Street Art Di Lebuh Armenian – Bagai tidak sampai ke Pulau Pinang, jika tidak berkunjung ke lorong-lorong di sepanjang Lebuh Armenian. Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri tarikan karya seni orang tempatan iaitu lukisan mural di dinding dan diinovasikan dengan imej bantuan sebenar. Dahulu kewujudannya hanya satu, kemudian terus bertambah, seterusnya di komersilkan menjadi destinasi wajib dikunjungi pelancong. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di mural Lebuh Armenian seperti Kids On Bicycle, Kid on Chair, Old Motorcycle, Minions, Skippy Cat, Bruce Lee, Magic dan banyak lagi.
Dark Mansion Museum – Merupakan muzium 3D Glow in the dark yang menggunakan warna kesan cahaya khas agar pengunjung boleh menikmati lukisan yang sama dengan dua mood yang berbeza. Terdapat lima konsep berlainan iaitu My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood, Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting, The Infinity Room dan Stars and Moonlight. Rakam sebanyak mana foto kenangan anda berlatar belakangkan efek cahaya dan warna yang pelbagai di Dark Mansion Museum ini.
Pahang Negeri Mesra Pelancong
Percutian di Pahang yang terkenal dengan sejarah Mat Kilau tidak lengkap jika tidak mencuba hidangan tradisi berasaskan ikan patin. Pahang mempunyai banyak lokasi menarik yang boleh diteroka antaranya Sungai Lembing, Pekan, dan Cherating.Jom teroka destinasi menarik di Pahang!
Sungai Lembing – Muzium Sungai Lembing menjadi salah satu daya tarikan disini. Siapa sangka, pekan kecil dikenali sebagai ‘Kota El Dorado Timur’ pada suatu ketika dahulu menyimpan sejarah yang mungkin tidak diketahui kebanyakan orang. Sesi lawatan di muzium ini pasti memberi pengetahuan kepada pengunjung tentang sejarah kegemilangan Sungai Lembing dengan kegiatan perlombongan telah menjadikan pekan ini terkenal. Pelbagai khazanah, replika dan artifak menarik berkaitan dengan aktiviti perlombongan bijih timah terdapat di sini. Jika ingin merasai pengalaman sebenar melombong, mulakan penerokaan menaiki kereta api atau lokomotif, kenderaan yang mengangkut bijih timah sejauh 80 meter. Ia kemudian diikuti dengan berjalan kaki sambil melihat pelbagai maklumat berkenaan terowong yang disediakan pada dinding.
Air Terjun Sungai Pandan – Terletak di Kuantan, air terjun ini juga dikenali sebagai Air Terjun Panching oleh penduduk setempat. LOkasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Terdapat sebuah jambatan gantung merentasi sungai di air terjun ini yang sesuai menjadi lokasi untuk merakam kenangan.
Pusat Tenunan Pulau Keladi – Pekan sememangnya terkenal dengan hasil tenun yang bukan saja halus pembuatannya tetapi juga menawarkan pelbagai jenis corak dan fabrik menarik. Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi yang merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang adalah destinasi utama bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri kain tenun dihasilkan dari awal hingga siap. Hasilnya yang cantik itu boleh dibeli secara terus atau membuat tempahan terlebih dahulu dengan memilih pelbagai jenis corak kain yang disediakan.
Bazaar Serambi Teruntum – Lokasi membeli-belah ini menjadi tarikan pengunjung yang mencari produk hasil keluaran negeri Pahang. Terdapat pelbagai pilihan premis kedai yang menampilkan produk tempatan termasuk makanan tradisional, kraftangan, tekstil dan hasil laut. Produk wajib untuk anda dapatkan di sini seperti sambal hitam, pes sambal tempoyak, puding diraja, dan kain tenunan.
Kelip-kelip Sungai Cherating – Lokasi ini memang terkenal sebagai lokasi untuk melihat keajaiban kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah pelancong asing. Pengunjung akan menyusuri sungai sepanjang 2 kilometer untuk melihat keindahan cahaya genit si kelip-kelip di sekitar pokok paya bakau berhampiran.
Pusat Santuari Penyu Cherating – Penyu, hidupan yang makin pupus. Namun, jika ingin melihat penyu yang comel anda boleh berkunjung ke pusat ini. Pelbagai pendekatan dan promosi dilakukan bagi menarik lebih ramai pelancong antaranya dengan mengadakan aktiviti melepaskan anak penyu ke laut pada waktu petang.
Royal Chulan Cherating Villa
Jika memilih bercuti di Cherating, menginaplah di Royal Chulan Cherating Villa menjadi tarikan bertaraf antarabangsa kepada kawasan pelancongan di Pahang yang begitu popular dengan keunikan pantainya. Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah kawasan tumpuan ramai di pantai Cherating membuatkan anda tidak perlu menghabiskan masa jika ingin melawat kawasan sekitar. Pilihan makanan lazat yang dihidangkan, kemudahan penginapan yang lengkap serta layanan mesra staf hotel pasti membuatkan penginapan anda lebih bermakna. Untuk tempahan layari www.royalechulan-cherating.com
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Taman Tema Keluarga Puteri Harbour di Negeri Johor telah menarik ramai pengunjung dengan menempatkan Sanrio Hello Kitty Town yang pertama di Asia Tenggara. Taman tema kedua dibina dalam kawasan Iskandar Malaysia di Nusajaya ini setinggi empat tingkat, menyediakan pengalaman unik dengan menampilkan tarikan karakter popular kanak-kanak seperti karakter The Little Big Club termasuklah Pingu, Bob the Builder dan Barney.
Namun baru beberapa tahun beroperasi, taman tema ini telah mengeluarkan pengumuman bakal menamatkan operasi pada hujung tahun ini.
Sebelum taman tema keluarga ini menamatkan operasinya, jom la singgah bawa anak-anak anda cipta kenangan di sini. Paling menarik perhatian tidak kira kanak-kanak atau dewasa sudah tentulah Sanrio Hello Kitty Town. Taman ini mengandungi pelbagai tarikan, aktiviti interaktif yang berteknologi tinggi dan permainan yang mengikuti tema Hello Kitty, dan rakan-rakan seperti karakter My Melody dan Little Twin Stars. Jangan lupa untuk singgah masuk ke rumah Hello Kitty yang comel lagi berwarna-warni. Pengunjung boleh merakam gambar kenang-kenagan di setiap sudut rumah seperti di ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik air, bilik tidur dan ruang pakaian Hello Kitty.
Di The Little Big Club pula menawarkan aktiviti interaktif dan tunggangan yang bertemakan karekter kartun seperti Bob the Builder, Barney, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends. Lokasi taman tema ini juga merupakan yang pertama di dunia yang menggabungkan kelima-lima karekter kanak-kanak yang popular disatukan dalam sebuah taman tema. Bagi kanak-kanak pasti tidak akan melepaskan peluang menjelajah dunia Bob the Builder menggunakan idea kreatif mereka membantu Bob membina rumah-rumah di Bobsville. Selain itu, pengunjung dapat menyaksikan persembahan secara langsung oleh Barney & Friends serta menyertai pertandingan menari menggunakan imej janaan komputer animasi Angelina Ballerina.
Pelbagai kemudahan lain turut disediakan kepada pengunjung terutamanya yang berkeluarga. Contohnya seperti lokasi untuk menjamu selera ada disediakan di setiap tingkat taman tema ini. Red Bow Café terletak di tingkat bawah sekali manakala Cinnamoroll Café dan MC Bunn masing-masing di tingkat dua dan tiga. Taman tema Keluarga Puteri Harbour ini pasti memberi keselesaan kepada seisi keluarga untuk berhibur selain merupakan taman tema indoor yang membantu menghalang anak anda terdedah kepada cuaca panas matahari ataupun hujan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...