Tersergam indah dengan pesona sentuhan kolonial Hotel Wyndham Garden Shahzan kini menjadi lokasi penginapan terbaru buat mereka yang berhasrat bercuti di Bukit Fraser.
Dikelilingi dengan alam semula jadi yang segar dan indah, bangunan putih ini cukup cantik dijadikan latar belakang foto percutian di tanah tinggi yang dingin ini.
Dulunya dikenali sebagai Shahzan Fraser’s Hill, hotel ini dijenamakan semula sebagai Wyndham Garden Shahzan sejak enam bulan lalu.
Majlis perasmian hotel telah berlangsung baru-baru ini disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika merasmikan Hotel Wyndham Garden Shahzan baru-baru ini
Menawarkan 92 bilik yang sudah ubah suai mereka yang menginap di sini akan disajikan dengan pemandangan indah serta udara segar dari setiap bilik yang dilengkapi balkoni.
Ads
Menurut Group CEO, Hospitality 360 Sdn Bhd Dato’ Sri Naresh Mohan, pemilik hotel iaitu TAS Industries membuat pelaburan RM 6 juta untuk penjenamaan dan pengubahsuaian sekaligus meletakkannya di dalam rangkaian hotel Wyndham yang beroperasi di hampir 95 negara seluruh dunia.
“Ia juga menjadi langkah strategik untuk memperkenalkan Wyndham Garden Shahzan Fraser Hill ke seluruh dunia,”ujarnya.
Hotel Wyndham Garden Shahzan ini juga turut dilengkapi dengan dua dewan yang sesuai dengan pelbagai acara dan Kafe Puteri Teja untuk menjamu selera.
Ads
Di samping menyempurnakan pelancaran hotel, Sultan Pahang untuk berangkat melawat dua tempat menarik sekitar Bukit Fraser iaitu pusat ekuestrian, The Paddock dan pusat rekreasi Allen’s Water, kolam indah yang dipenuhi dengan pelbagai spesis ikan.
Sultan Pahang berangkat melawat The Paddock, pusat ekuestrian Bukit Fraser yang juga salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi.
Exco Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man turut mengiringi lawatan Sultan Pahang ke pusat rekreasi Allen’s Water
Ads
Selain dua lokasi ini pengunjung yang datang ke Bukit Fraser wajib singgah untuk merakam foto di Menara Jam yang menjadi mercu tanda tempat percutian tanah tinggi ini.
Dalam pada itu Bukit Fraser juga dikenali sebagai lokasi terbaik di Malaysia bagi peminat burung untuk melihat keunikan pelbagai spesis haiwan ini. Tidak ketinggalan mereka gemarkan aktiviti hiking dan berbasikal, Bukit Fraser boleh jadi lokasi menguji kecergasan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Alang-alang dah sampai Perak, anda kena bermalam di Damai Chalet Kg Sahom. Sesuai kalau rasa nak santai-santai rehatkan diri dengan suasana kampung.
Okay, untuk bermalam, chalet cantik, ruang memasak dan BBQ pun disediakan. Tinggal nak guna sahaja.
Di sini anda boleh rehat sambil mandi sungai, pool pun ada freshwater air dari gunung. Di sini sesuai kalau nak buat family day.
Owh ya, di sini kalau anda nak mandi kolam pun boleh atau nak berendam dalam sungai pun boleh. Sangat privacy tau sebab chalet dia tak banyak.
Jadi kalau nak buat family day kat sini memang recomended sangat.
Lebih menarik chalet kat sini pun berbeza tau rupa bentuk dia, unik dan juga kreatif. Setiap chalet ada nama tersendiri seperti Chalet Petai,Chalet Manggis,Chalet Durian, dan Chalet Cempedak.
Lokasi kampung Sahom, anda boleh waze “DAMAI CHALET KG SAHOM KAMPAR”.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Shah Alam merupakan pusat pentadbiran bagi Negeri Selangor, banyak tarikan yang ada kat sini seperti I-City, Masjid Negeri, Tasik Shah Alam, Taman Persahabatan Selangor – Jepun dan banyak lagi. Kebanyakkan tempat yang ada di Shah Alam memang menjadi tumpuan untuk bergambar. Paling best ada tempat yang tak perlu bayar pun untuk masuk.
Jom tengok 6 port bergambar yang paling best ada di Shah Alam:
Kalau ke Shah Alam, mesti singgah ke I-City, terutama pada waktu malam. I-City merupakan antara tempat pertama yang menawarkan hiasan lampu LED yang sangat meriah di Malaysia. Pada waktu malam, tempat ini sangat cantik dengan lampu-lampunya dan sangat seronok untuk mengambil gambar di sana.
Selain hiasan lampu, terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana seperti Snowalk, taman tema air, musium 3d dan menaiki ferris wheel. Semasa melakukan aktiviti di sini pun anda boleh mengambil gambar juga dan pasti menjadi kenangan indah buat anda dan teman atau keluarga.
Dibuka secara rasmi pada 12 Mac tahun lepas, -Taman Persahabatan Selangor – Jepun seluas 242.7 meter persegi di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, dibuka secara percuma untuk kunjungan orang ramai.
Berdekatan dengan Dataran Merdeka Shah Alam dan Muzium Shah Alam, taman ini merupakan simbolik dan penghargaan kepada negara Jepun yang telah lama kekal setia menjadikan negeri Selangor dan bandar raya Shah Alam khususnya sebagai destinasi pelaburan.
Dipenuhi budaya kedua buah negara, di Taman Persahabatan Selangor – Jepun bernilai RM3.8 juta ini terdapat tasik serta ketenangan saat beriadah di sini. Ini kerana antara tarikan utamanya ialah seni bina melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.
Dikenali juga dengan nama Masjid Biru, masjid kedua terbesar di Asia Tenggara ini juga merupakan salah satu tempat bergambar di Shah Alam yang sangat indah.
Walaupun masjid merupakan tempat ibadah bagi kaum Muslim, kita juga boleh datang dan menghargai keindahan dan seni bina Tamadun Islam yang agung ini. Masjid ini mempunyai rekaan dan seni bina yang sangat cantik selain mempunyai keluasan yang besar. Ruang solatnya yang luas serta siling dan dinding dalamannya juga direka indah, selari dengan agama Islam yang sukakan keindahan.
Waktu senja merupakan waktu yang paling cantik untuk mengambil gambar di sini. Silauan cahaya matahari yang menyinar menambahkan lagi kecantikan gambar anda. Jika anda bernikah di masjid ini, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini bersama teman dan keluarga.
Shah Alam memang mempunyai banyak taman tasik yang menarik. Antara taman tasik utama di sini ialah Taman Tasik Shah Alam. Meliputi Seksyen 2 dan Seksyen 14, taman tasik ini begitu luas dan mempunyai beberapa bahagian yang menempatkan fasiliti tertentu seperti zipline, menara dan taman permainan.
Landskap taman tasik ini yang pelbagai membuatkannya tempat yang menarik untuk mengambil gambar. Pokok bunga, susunan batu dan kilauan air tasik menambahkan lagi kecantikan gambar yang diambil. Kadang-kala terdapat juga majlis yang siap dekornya dan memang sangat cantik untuk photoshoot.
Sekarang sudah mula banyak laman seni yang dihasilkan di Malaysia. Jika di Penang, kita ada Penang Street Art. Di Selangor pula, kita ada Laman Seni 7 yang mempamerkan pelbagai karya seni yang menarik. Shah Alam merupakan antara bandar pertama yang awal mempamerkan laman seni ini. Jika ada mencari tempat bergambar di Shah Alam yang unik, di sinilah tempatnya!
Terdapat lebih 10 lukisan mural yang dipamerkan dan kesemuanya mempunyai cerita yang tersendiri. Terdapat juga hasil seni yang 3d yang sangat menarik untuk anda lawati.
Dikenali juga dengan nama Bukit Cerakah, Taman Botani ini sangat sesuai bagi sesiapa yang sukakan nature atau alam semulajadi. Kaya dengan pelbagai flora, tak kurang juga mempunyai fauna seperti kuda, rusa, itik dan kura-kura. Jika anda suka berjalan-jalan sambil menghirup udara segar, di sinilah tempatnya!
Dengan kawasannya yang menghijau serta mempunyai tasik dan bendang, di sini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda bergambar. Photoshoot juga sering diadakan di sini dek kawasannya yang memukau dan indah. Jangan lupa singgah ke sini bagi kaki fotografi.
Siapa kata di Ipoh sahaja ada tasik cermin? Di Shah Alam juga ada tasik cermin. Tasik yang melangkaui Setia Alam dan Bukit Raja ini menjadi tumpuan penduduk sekitarnya kerana di sini juga mempunyai sebuah bukit iaitu Bukit Sapu Tangan yang menjadi kegemaran para hikers untuk berlatih.
Tasik ini memang sangat cantik untuk penggambaran tetapi anda harus hiking untuk ke sini, diingatkan untuk pergi bersama pendaki yang lebih berpengalaman untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Rupanya ada taman permainan di Digital Sports Arena, i-city Shah Alam, besar dan menarik untuk mak ayah join sama bermain dengan anak-anak. Boleh lah ‘healing’ di sini sahaja, sambil puaskan hati anak-anak.
Cukup sesuai untuk dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu, malah ada pelbagai jenis permainan menanti anda di sana.
Ada 4 jenis Wall Climbing, lepas itu main panjat kat atas, obstacles, kira larat dengan tak larat sahaja nak layan tenaga budak.
Ada Rainbow Slides, Spiral Slides, trampolin, boleh lompat-lompat lepas itu badan lekat kat dinding. Sambil lompat, sambil main lawan-lawan games pun ada.
Dari segi harga pula memang cukup berbaloi kerana anda boleh keluar masuk tanpa had untuk sehari. Hah, boleh ‘berkampung’ di situ seharian lah ya.
Haa.. kalau anda nak pergi, untuk mudahkan registration, boleh download apps icity Super app. Selepas itu reload duit dalam itu kemudian beli tiket. Di sana nanti datang boleh terus scan sahaja. Itu lebih mudah.
Kalau tengok memang banyak yang menarik di sini, anak yang suka memanjat memang seronok lah. Yang best mak ayah pun boleh main sama dengan anak-anak.
Ada sections bicycle juga di belakang sekali, boleh lawan satu keluarga. Ada Pingpong and Billiard (pool) kat tingkat atas.
Oh ya, stokin kena bawa yang ade grip kat bawah. Kalau tak ada, kat sane kena beli sepasang RM7.
Waktu operasi pula, dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Lama, bukan?
Jadi kalau rasa belum ada aktiviti best dengan anak-anak, boleh lah pergi ke taman permainan di Digital Sports Arena, i-city ini secepat mungkin. Barulah syok!
Selalunya bila bercuti, kita sibuk susun itinerari. Pagi pergi tempat viral, tengah hari cari kafe cantik, petang ke pantai, malam pula sambung jalan lagi....