Perkongsian itinerari AMAZING EASTJAVA INDONESIA oleh Zayyad Aazad
SURABAYA – BATU – MALANG – LUMAJANG – IJEN – PROBOLINGGO – BROMO – SURABAYA
Kali ini abam Zayyad Aazad nak share sikit short trip 5D4N ke Surabaya, Indonesia di mana terdapat juga tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi ke sana, seolah-olah kita juga berada seperti ala-ala di eropah.
Tidak perlu mengeluarkan kos yang besar di mana, scenery juga tetap mengujakan! Tujuan utama abam Zayyad Aayad ke sana kerana ingin memburu keindahan blue fire yang hanya boleh didapati sekitar 1-2 buah negara antara dalam dunia.
Selain itu juga dapat melihat keajaiban dan keindahan ciptaan Allah iaitu kawah gunung berapi di Indonesia di mana gunung kawah tersebut masih aktif tetapi tidak merbahaya kepada pengunjung. Waterfalls di Surabaya juga antara tempat destinasi tumpuan dunia.
Bagaimana pun, perjalanan antara destinasi ke destinasi juga amat jauh dan memenatkan yang memakan masa lebih kurang 4jam-7jam setiap perjalanan. Semoga dengan perkongsian scenery ini dapat menjadi tanda semangat, inspirasi dan membantu rakan rakan lain yang juga berminat ingin berkunjung ke sana.
PAKEJ = IDR 3.4Juta / RM950/pax
(Pakej termasuk hotel, transport, driver merangkap photographer, entrance fees, minyak, tol & sarapan )
MAKAN/MINUM = IDR 249K / RM70
TIPS (for guide/supir) = IDR 100K / RM30
SOUVENIR = IDR 1.686Juta / RM505
ADD-ONS = IDR 69K / RM18 ( Toilet 4K & Simcard 65K )
TRAVEL INSURANCE = 92.90 ( Include adventurous activities ) by Trip Care 360 Etiqa Takaful.
⏩ TOTAL = RM 1665.90 (Tidak termasuk tiket flight promosi AA)
DAY 1 9.00am – Flight dari KLIA airport ke Juanda airport 10.50am – Touchdown dan airport transfer ke Malang. Van Mazda berdua dgn member bersama supir bernama Pak Jan. Cekap dan pantas memandu berpengalaman selama 20thn. Terror tau selok belok jalan tikus..jimat masa.. Hahaha.. OTW tu singgah beli simcard telkomsel price idr 65K utk 12GB ? 1.00pm – Singgah makan bakso idr 27K di Malang 2.00pm – Shopping dan beli souvenir dulu takut masa balik tak cukup masa, idr 106juta. Ni kebanyakan kiriman dari family dan rakan ?. 5.00pm – Taman Langit di Bukit Banyak entrance fees idr 10K di Alun Alun Batu Ads 7.30pm – Makan nasi ayam penyet 37k di Wong Solo di Alun Alun Batu 9.00pm – Checkin Seluwah Homestay di Alun Alun Batu |
DAY 2 6.30am – Sarapan Seluwah Homestay , Alun Alun Batu 7.30am – Bergerak ke Coban Rondo 8.00am – Coban Rondo entrance fees idr 100K – waterfall, flying fox, memanah, maze, paintball, basikal di Alun Alun Batu. Seronok jugak !! 9.30am – Bergerak ke Ladang buah epal. 10.00am – Petik buah epal di area Batu. Entrance fees idr 35K. Boleh makan sampai puas. Boleh juga tapaw tp kena bayarlah ye ?. 11.00am – Bergerak ke Kota Malang 12.00pm – Kampung Warna Warni Jodipan. Tempat tinggal setinggan warga Kota Malang sepanjang sungai yang dihiasi rumah yang berwarna warni. Kalau bernasib baik boleh tengok keretapi lalu di laluan jambatan atas kampung tersebut. Menarik!! Entrance fees idr 5K 1.00pm – Makan Nasi Padang idr 23K 2.00pm – Bergerak Ke Kota Lumajang 6.00pm – Makan malam ayam penyet idr 23K. Gerai makan bernama Hj Hussien ni pak supir yg suggest. Sedap rasanya !! Ads 7.00pm – Check in Gajah Madah Hotels, Lumajang |
DAY 3 6.30am – Sarapan di Hotel. 7.30am – Gerak ke Waterfalls Coban Tumpak Sewu. Coban bermaksud air terjun. 9.30am – Hiking waterfalls coban Tumpak Sewu & Goa Tetes. Entrance fees idr 45K 2.00pm – Makan maggie cup idr 15K. 2.30pm – Gerak ke Gunung Ijen. Singgah dalam perjalanan area Tumpak Sewu beli buah salak madu 5kg idr 25K. Sepanjang perjalanan ada gerai² jualan buah salak di mana kebanyakan penduduk tempatan memang mempunyai ladang salak. Harga muarah tu !!. 9.30pm – Singgah dulu makan ayam penyet idr 34K sebelum 1jam lagi sampai ke Homestay 10.00pm – Checkin Arabica Homestay, Ijen. Sekitar homestay ini ditanam dgn pokok kopi Arabica. Luas dan besar ladangnya. Kopi packaging boleh dibeli utk dibuat souvenir. |
DAY 4 12.30am – Morning call ke kawah Gunung Ijen mengunakan kenderaan yang melalui dan menyusuri ladang kopi sepanjang perjalanan tersebut. 1.30am – Sampai di kaki Gunung Ijen iaitu Base Camp Paltuding bersama local tour guide. Namanya Pak Bodos. Persediaan peralatan PPE/torch light untuk pendakian. Entrance fees idr 150K. 2.00am – Mula mendaki ke Kawah Gunung Ijen. Pendakian waktu ini diperlukan membawa baju sejuk juga kerana keadaan cuaca awal pagi yang sejuk. Perlukan juga keadaan badan yg fit dan sihat utk pendakian. Jarak perjalanan dalam 4KM utk sampai ke puncak gunung dari base camp. Sepanjang pendakian ada di sediakan track utk hiking dan jalan agak rata tanpa ada halangan batuan atau pokok. Sudut kecuraman pendakian antara checkpoint sekitar 20°-45°. Ads 3.45am – Sampai puncak kawah Gunung Ijen perlu menuruni halangan sempit batuan utk sampai ke bawah di mana terdapatnya Blue fire ?. Blue fire hanya boleh di lihat sekitar 1.00am-4.30am bergantung pada keadaan cuaca. Selain dari waktu tersebut, blue fire memang tidak akan kelihatan. Alhamdulillah saya berkesempatan utk melihatnya. 7.00am – Turun semula ke Arabica Homestay selama 1 1/2jam 8.30am – Sarapan & mandi di Homestay 9.00am – Gerak ke Gunung Bromo Tengger, melalui Kota Probolingo selama 5jam 2.00pm – Sampai di sekitar Kota Probolinggo , makan ayam penyet idr 25K. 3.00pm – Checkin di Teguh Homestay, Bromo Tengger & terus ke lokasi Savana, Pasir Berbisik dan Kawah Bromo. Entrance fees idr 220k hari biasa & idr 320k weekend. Sepanjang lokasi pengunjung boleh menggunakan kenderaan Jeep/moto. Untuk sampai ke kawah Bromo, pengunjung perlu berjalan kaki dari parkir kenderaan jeep hingga ke kaki Gunung Bromo dan perlu menaiki 250 anak tangga sebelum sampai puncak kawah Bromo. Jika tidak larat jalan kaki utk mendaki boleh guna horse riding. Korang kena bargain sehingga dapat bayaran semurahnya. Boleh dapat idr 100K return. Kalau korang tak bargains mereka ambil kesempatan charge tourist mcm kita sehingga idr 300K return ?. Kaki abam sikit cramps pun tetap nekad jalan kaki juga. Duit idr 300K boleh buat shopping ? oiii… Hahaha.. 6.30pm – Pulang ke Teguh Homestay Bromo utk mandi dan rest. 8.00pm – Makan malam area homestay ayam penyet idr 25K 9.00pm – Shopping souvenirs idr 626K. Cari barang yg takda di surabaya. 10.00pm – Rest dan tido |
DAY 5 3.30am – Morning call dan begerak ke hotspot view sunrise di Gunung Bromo. Cari beberapa lokasi Hot-spot utk view sunrise Gunung Bromo. Pendakian dgn berjalan kaki sekitar 2-3KM. Kurang bernasib baik kerana tidak dapat melihat gulungan hamparan awan putih dari hot spot view Gunung Bromo. Tp Alhamdulillah view pun still cantik juga. Ada rezeki boleh repeat lagi ?. 8.00am – Turun semula ke homestay utk sarapan, mandi dan kemas barang. 9.00am – Bergerak ke Airport Juanda, Indonesia. Perjalanan memgambil masa 4jam. 1.00pm – Singgah makan tengahari ayam penyet idr 40K sekitar airport. 2.00pm – Checkin Juanda Airport 4.30pm – Flight ke KLIA airport. 6.30pm – Touchdown di KLIA airport. |
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI