Perjalanan untuk sampai ke puncak Gunung Semanggol yang terletak di daerah Kerian, Perak amat mencabar mental dan fizikal kami yang pergi dalam satu kumpulan seramai lapan orang.Bermula dengan laluan ladang kelapa sawit dan suasana sekeliling yang gelap membuatkan perjalanan cukup mencabar.
Seawal jam 5 pagi kami sudah bertolak bagi memastikan perancangan untuk sampai ke puncak sebelum matahari naik.
Dek kerana melalui ladang kelapa sawit, cahaya bulan yang mengambang tidak dapat menyinari laluan kami kerana dihalangi dengan pelepah pokok sawit. Mengambil masa hampir 30 minit akhirnya kami sampai ke penghujung ladang sawit.
Dari situ kami meneruskan pendakian di kawasan batu kapur pula. Pemilihan kasut sukan amat penting kerana untuk memelihara kaki daripada kulit melecet atau pun tergeliat.
Laluan kawasan batu kapur juga bagi kami begitu sukar kerana jalannya yang tidak rata dan terpaksa mendaki sedikit.
Ads
Antara laluan sukar untuk dilalui oleh pendaki
Setelah merintangi laluan kawasan batu kapur, kami menyeberangi sungai kecil untuk misi sampai ke puncak Gunung Semanggol. Tidak dapat dinafikan bunyi cengkerik di sekeliling amat menenangkan di tambah pula dengan suhu yang dingin, memberi semangat kepada kami untuk menawan gunung.
Hayati keindahan alam
Sewaktu perjalanan ada salah seorang daripada ahli kumpulan mengalami keletihan kerana laluan yang penuh ranjau. Mujurlah keperluan seperti air dan gula-gula telah di bawa kerana kami tahu keperluan ini amat penting ketika misi mendaki gunung atau bukit.
Walaupun kami semua telah bersedia dari awal, keadaan yang tidak dijangka ini tidak dapat dielakkan untuk aktiviti lasak seperti ini.
Ads
Bagaimanapun ketika di pertengahan perjalanan, ada satu lagi laluan yang amat mencabar berbanding laluan yang dilalui sebelum itu. Keadaan permukaan tanah yang licin membuatkan kami perlu sama-sama bertolak ansur.
Nasib kami agak baik kerana ada disediakan tali. Hal ini kerana tanah yang begitu licin mencabar permukaan tapak kasut untuk mengimbangi badan kami.
Sewaktu dalam perjalanan itu juga, kami dapat melihat binatang seperti kelip-kelip yang menyinari di suatu sudut kawasan. Sungguh perasaan ini merasa nikmat kebesaran Tuhan Yang Maha Kuasa.
Ads
Pada jam 6.30 pagi kami solat dipertengahan jalan dan seterusnya kami meneruskan perjalanan dan sampai ke puncak gunung setinggi 390 meter kira-kira jam 7 pagi.
Di atas puncak gunung, kami dapat melihat keindahan alam ciptaan ALLAH yang begitu menakjubkan. Dapat melihat matahari terbit antara yang paling dinantikan. Bukan sahaja suasana sekeliling sahaja yang mendamaikan tetapi kehijauan alam begitu mengasyikkan.
Bahkan kami dapat melihat kawasan sawah padi dan kampung yang berdekatan dari atas dan ia betul-betul membuatkan kami begitu teruja.
Foto: Khairi MohdFoto: Cacin’Hikers
Walaupun ini hanyalah aktiviti yang singkat buat kami, terpancar kepuasan di wajah masing-masing setelah penat mengharungi perjalanan selama dua jam untuk sampai ke puncak.
Pastinya aktiviti lasak ini akan diteruskan lagi di lokasi yang berlainan kerana bukan sahaja dapat mengisi masa lapang tetapi meningkatkan stamina.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bercuti di Krabi sewaktu luar musim tetap menyeronokkan walaupun gagal melibatkan diri dengan aktiviti laut yang sepatutnya menjadi keutamaan.
Tidak sempurna rasanya mengunjungi Krabi tanpa mengikuti aktiviti lautnya. Namun, keadaan cuaca yang tidak stabil dan membahayakan menyebabkan penulis akur, langsung melupakan aktiviti island hopping dan snorkeling yang dihajatkan. Sebagai alternatif, pakej yang menawarkan aktiviti di hutan menjadi pilihan utama. Terdapat banyak sebenarnya aktiviti hutan yang ditawarkan di Krabi. Jumlahnya dianggarkan lebih banyak daripada aktiviti laut yang sedia ada. Rambang mata memilihnya kerana setiap satunya mempunyai pesona tersendiri yang mencetuskan sensasi. Ada yang ekstrem dan ada juga yang santai. Namun, penulis cenderung memilih elephant trekking dan melawat beberapa tempat menarik seperti hot stream waterfall dan emerald pool. Aktiviti tersebut mungkin nampak santai tetapi menjanjikan sensasi luar biasa kerana setiap satunya tidak terdapat di negara kita. Di samping itu,harga yang ditawarkan juga murah, sekitarTHB 1000 (RM100) sahaja.
Aktiviti pertama yang dilakukan ketika berada di Krabi ialah mengunjungi Hot Stream Waterfall. Ia merupakan air terjun panas yang berada di dalam tempat bernama Khlong Thom. Ramai pelancong menggelar air terjun panas ini sebagai jakuzi semula jadi kerana suhu airnya yang panas dan kedudukannya yang berada didalam hutan. Difahamkan, air dari Hot Stream Waterfall ini mampu memberi faedah kepada orang ramai. Selain menyegarkan dan menyihatkan badan, ia juga diyakini mampu menyembuhkan beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan kulit kerana kandungan garam mineralnya. Hot Stream Waterfall cuma lima meter tinggi dan 10 meter lebar. Suhu airnya boleh tahan panas iaitu sekitar 42 darjah Celsius. Di dalamnya terdapat beberapa buah lubang berbentuk kolam yang membenarkan pelancong untuk berenang atau berendam sambil merehatkan minda.
Selepas berendam dan merakamkan momen indah di Hot Stream Waterfall,penulis bertolak pula ke Emerald Pool yang terletak di dalam Hutan Simpan Khao Phra Bang. Kolam berwarna hijau zamrud ini berada tidak jauh daripada Hot Stream Waterfall. Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk sampai ke sana dengan menaiki van. Emerald Pool hanya boleh diakses dengan berjalan kaki sahaja. Tidak ada satu pun jenis kenderaan dibenarkan masuk ke dalam kawasannya. Tujuannya tidak lain adalah untuk memelihara keindahan semula jadi Hutan Simpan Khao Phra Bang, sekali gus menghindar pencemaran bunyi dan udara. Dianggarkan, jarak antara pintu masuk hutan simpan tersebut dengan Emerald Pool ialah 800 meter. Terdapat dua buah Emerald Pool didalam Hutan Simpanan Khao Phra Bangini. Satu daripadanya berada jauh daripada yang pertama. Jaraknya dianggarkan lebih kurang 1400 meter dari gerbang utama Hutan Simpan Khao Phra Bang. Kerana kesuntukan masa, penulis tidak sempat mengunjungi kolam tersebut yang dikatakan lebih kurang sama sifatnya.
Elephant trekking merupakan aktivitihutan terakhir penulis sepanjang berada diKrabi. Ia boleh disifatkan sebagai kemuncakkerana menjanjikan keseronokan di sampingmemberi sedikit pendedahan tentangkehidupan sebenar haiwan bersaiz gergasiyang banyak terdapat di Thailand ini. Elephant trekking yang mengambil masa selama sejam diadakan di Khao Phanompenja, sebuah kem memelihara gajah yang terdapat di dalam ladang kelapa sawit berdekatan AoNang. Aktiviti ini dimulakan dengan melalui laluan sukar ala-ala off-road dan berakhir dengan laluan mudah merentasi kampung. Terdapat lebih kurang enam ekor gajah yang ditugaskan untuk membawa pelancong di kem ini. Kesemuanya adalah ahli keluargayang terdiri dari daripada anak, emak, bapak dan atuk. Gajah-gajah ini berada dalam lingkungan umur 16 tahun hingga 60 tahun. Semuanya jinak dan telah berkhidmat dengantuan mereka lebih daripada 10 tahun.Elephant trekking tidak hanya tertumpu pada aktiviti menaiki gajah semata-mata. Dalam masa yang sama,pengunjung yang mengikutinya turut dihiburkan dengan persembahan ala-ala sarkas oleh anak gajah berusia enam tahun. Di samping itu, mereka juga diberi peluang untuk memberi gajah yang ada makan.
Pakej Lebih Murah
Mengunjungi Krabi sewaktu luar musim ada kebaikannya. Pada ketika ini, harga pakej percutian yang ditawarkan lebih murah berbanding musim kemuncak. Tidak kira sama ada tiket kapal terbang, penginapan,makanan, pakej aktiviti ataupun cendera hati.Semuanya jatuh merudum disebabkan faktor kekurangan pelancong. Kajohn Hmanmuy, Pengurus Operasi Krabi Local Tour berkata, waktu luar musim memberi kesan pada perniagaan mereka.Pengurangan pendapatan mula berlaku dengan begitu ketara sekali pada ketika ini sehingga ada di antara peniaga yang berehat dan memberikan tumpuan pada aktiviti lain. “Aktiviti kami tidak sesibuk sewaktu musim kemuncak. Kami lebih banyak menghabiskan masa dengan berehat di rumah. Malah, kami juga terpaksa menurunkan harga pakej yang ditawarkan sehingga pendapatan kami terjejas selama beberapa bulan,” tambahnya. Benar seperti yang dikatakan. Bercuti itu perlukan perancangan. Kita harus tahu keadaan semasa, keselamatan dan cuaca, destinasi yang hendak dituju. Kalau tidak,emosi percutian pasti akan terganggu dan berakhir dengan penyesalan. Oleh itu, penyelidikan harus dibuat sebelum menetapkan tarikh percutian agar destinasi yang dituju tidak berada di dalam waktu luar musim.
Sri Lanka mungkin bukan destinasi percutian yang menjadi idaman setiap orang, namun hakikatnya tempat-tempat di sana memang cukup cantik dan menarik untuk diterokai.
Sebuah negara kecil yang terletak di Selatan Asia, mempunyai begitu banyak tempat bersejarah, alam semulajadi yang masih cantik, pantai dan hutan antara daya tarikan luar biasa yang ada di Sri Lanka.
Khairul NK dan juga pasangannya Karen Lempicka yang berkesempatan bercuti dan meneroka kecantikan di Sri Lanka selama tujuh hari berkongsi itinerari dan juga maklumat yang menarik buat anda yang ingin melawat negara ini.
Pesan pasangan ini, berkelanalah ke Sri Lanka dan nikmati keindahan alam semulajadi yang ada di sini selain menikmati makanan mereka yang enak.
Nak tahu apa yang menarik di sana, ikuti perkongsian ini!
Thank you Premil Shasendra for the hospitality throughout the journey.
Sharing Info and Itinerary for Sri Lanka Trip (1 Feb – 7 Feb 2023). Please scroll gambar, ada caption di setiap gambar.
Harap maklum, trip ni bukan trip budget sbb saya tak banyak cuti and mmg kena book driver/guide. Hotel pula kami pilih ikut budget kami. Tak mahal sangat tp selesa ikut kemampuan.
Route: Bandaranaike International Airport – Sigiriya – Kandy – Nuwara Eliya – Ella – Mirissa – Galle – Colombo
Guide/Driver : Premil Shasendra Real Lanka Holidays (+94 77 710 8200) Recommended. Sangat peramah, hormat orang keliling, tolong semua orang dan tak berkira. Saya PM dia bila ahli BBM sis Yunny yg recommend haritu. TQ sis
Flight: Sri Lankan Airlines RM1,250 return for 1 person – with 40 kg baggage allowance, meal and in flight entertainment (beli bulan Sept 2022 lepas baca review di sini ramai suka ke Sri Lanka)
Visa : USD50 per pax. Terlambat beli tiba2 diaorg dah naik kan harga visa.
Hotel: Semua Hotel kami book dari Booking.com. Saya recommend you all daftar Shopback dan book hotels through Shopback, at least u dpt balik duit untuk setiap booking hotel. I dah withdraw almost RM1,800 from my Shopback dari shopping and travel. Guna my ref ID ya nnt dpt additional money dalam account: NzoCik
Day 1 : Flight 2 am Malaysian time, Touch down at 3.30 am Sri Lankan time, amik luggage, tukar USD ke LKR di Airport. Premil dah tunggu di Airport terus ke Sigiriya (Lion’s Rock). Kami tak panjat naik Sigiriya, just ke museum sahaja (USD5/pax). Kalau nak panjat kena bayar USD25/pax. Reason tak panjat sebab kami tak fit and its our first day, nnt dah naik-turun, kaki menggigil sakit tak leh jalan whole trip. Lagipun dpt la jimat duit USD25 per pax. Lepas check-in kami join Village Tour (USD15/pax). Menarik aktiviti ni naik kereta lembu, (part naik bull cart tu kesian ;embu tapi mmg jauh masuk ke dalam, plus hujan jalan licin – i bagi tips banyak kat pakcik tu utk kasik lembu dia makan banyak2), dpt naik boat with background Sigiriya and dpt belajar buat coconut sambhol (my fav dish sepanjang di sana). Beli simkad murah, 6GB data dlm RM8 lebih.
Hotel : EKHO Sigiriya 4/5 (recommended sangat sbb selesa dan dari hotel nampak Sigiriya). USD54 (incld. Tax) with breakfast for 2.
Day 2 : Bertolak ke Kandy. On the way singgah Spice Garden belajar tentang pokok2 belakang laman mak – serai, kunyit etc. ada juga pokok yg saya tak tau mcmana hasil nya herba tu. syok sangat tgk Ayurveda pnya range, and dpt massage shoulder free. Singgah Noritake factory outlet, berpinar mata tengok pinggan cantik2 dan murah. Beli juga skit. Mmg berbaloi sbb ada bnyk items yg utk local produce mmg sgt murah (set of 26 hanya RM300 je). Lunch di Milano food bakery halal. Sampai Town terus Premil bawa tengok Kandyan traditional dance show and jalan2 tepi Kandy Lake. Dia bawa ke Kandy City Centre (shopping mall), saya kemaruk beli Spa Ceylon.
Hotel : Kandy City Hotel 2/5
Bilik tak serupa gambar. Tandas kecil. View pun tak cantik. Kalau tahu, baik book Queens Hotel, harga sama je. USD40 with breakfast for 2.
Day 3 : Singgah Kandy View Point, tak singgah Botanical Garden sbb penat. Gerak ke Nuwara Eliya, otw pemandangan cantik ladang teh. Ada view point tengok 2 waterfall. Singgah di Damro Tea Factory. Lalu Ramboda Tunnel (tunnel terpanjang di Sri Lanka) ada kat note duit LKR 1000. Sampai Nuwara Eliya, kami visit town and Post Office – pos kan poskad ke Malaysia.
Hotel: The Ramp, Nuwara Eliya 4/5
Cantik hotel ni, unique design dia, kami dpt bilik paling atas. Suhu ptg/malam 16 degree celcius. Dalam bilik ada heater dan water heater dlm bilik air. USD39 with breakfast for 2.
Day 4 : Nuwara Eliya kami pusing Gregory Lake naik boat, sambil feeling2. Best sangat view nya. Premil bawa ladang teh Pedro utk ambil gambar and then kami ke train station Nanu Oya untuk naik train ke Ella. Perjalanan naik train memang menakjubkan pemandangan cantik. Tarikh 4hb Feb ialah Hari Kemerdekaan Sri Lanka (Independence Day) penuh orang local di dalam train, area tasik dan kawasan tourist sbb cuti Public Holiday. Managed to borak2 dgn local dalam train, Nisha dan mak nya Siti. Sampai Ella, Premil ambil kami di train station, bawa makan dan check in hotel.
Hotel : New Cabin Ella 3/5
Paling mahal kami bayar sepanjang trip ni sebab location cabin ni berhadapan 9 arches bridge. Dpt tengok train malam, dan awal pagi train lalu Bridge. We pay for the view sahaja, sebab amenities and keadaan bilik biasa je mcm pondok. USD77 with breakfast for 2. Van tak leh hantar sampai depan cabin, so kami dijemput tuk tuk dari cabin. perjalanan nak ke cabin mmg lereng2 curam jalan kecik. Nasib malam so tak nampak sangat jalan.. kuss semangat percaya je la kat budak bawak tuk tuk tu..
Day 5 : Awal pagi enjoy tengok train dari cabin, OOTD puas2 and breakfast then turun ke bawah untuk train 9.20 am and 10.15 am. Gerak ke Udawalawe National Park, sempat singgah Ravana Waterfall tepi jalan je amik gambar. Lunch di area National Park then sewa jeep (USD30) untuk pusing2 Safari. Gajah banyak, siap lalu tepi jeep je. Safari entrance fee RM300(approx) for 2 pax. We then rush to Mirissa after Safari. Premil drops us and continue with another guest. We all mmg book Premil sampai Mirissa je, sebab this area dah banyak alternative transportation. Starting next day kami jalan2 naik Pick Me (mcm Grab app) aja.
Hotel : Lemazone Inn 3/5
Hotel biasa je tapi dekat pantai, sebelah hotel ada tempat chill menghadap laut, nama Salt tp malam jadi pub/bar. Bilik luas and aircond, ada water heater. Penat sangat sampai hotel, mandi terus tidur. Tak pusing Mirissa. USD27 with breakfast for 2.
Day 6 : Bangun awal pagi nak ke Coconut Tree Hill. Amik pick me ke location (RM3) then balik jalan kaki through beach side. Breakfast and check out, pick me to Galle Fort (RM30 approx). Bergambar di sekitar Fort dan Light house. Beli train ticket dari Galle ke Colombo Fort (LKR500 per pax) tapi train takde seat, berdiri la selama 3 jam. Sampai hentian pertama – Hikaduwa kami turun sbb kaki dah sakit berdiri lama sesak2. So kami order Pick Me ke Colombo LKR12,000 (approx RM145) terus ke hotel. Check in, jalan2 malam tu ada perarakan tarian show di sepanjang jalan, sempena kuil dia pnya persembahan i guess. Premil dah takde so takde sapa bagi explanation.. org hotel explain pun mcm tak convincing aja.
Hotel: Zest Metropole 5/5
Paling cantik, selesa dan location perfect dekat dengan tempat makan, massage, Ministry of Crab, Spa Ceylon, Burger King, KFC. Rooftop dapat tengok Colombo City and Lotus Tower. Kalau I datang Colombo lagi, I will stay here again definitely. USD50 per night without breakfast, sbb kami nak makan breakfast local food di bandar.
Day 7 : Ambil pick me ke Masjid Jami’ Ul Alfar (Red Mosque) dan jalan2 cari local breakfast dan jalan2 Pettah Market. Kami ke Keells (mcm grocery supermarket) untuk beli teh as souvenir. Jalan2 di Fort Colombo and Port City. Lunch di Isso Prawn Crazy, Makan seafood. Check out and head to Airport.
Hopefully this itinerary gives some idea to all of you yang nak ke Sri Lanka. Tak sangka cantik tempatnya, and tak pernah sekali pun terserempak dengan orang Malaysia. Jom la kita beramai2 explore this country. My husband was mistaken as Japanese /Korean so many times. Diaorg pelik tengok muka bukan Mat Salleh kat tempat diaorg. Even Mat/Minah Salleh pun pandang2 pelik pada kami bila kami berdua je Asian dalam restaurant sebelum Safari trip. So, mari lah kita beramai2 visit Sri Lanka, enjoy their good food, and beautiful sceneries.
Nak tengok video tentang pengembaraan mereka di Sri Lanka, korang boleh check it out juga youtube channel pasangan ini di Nik & Karen
Untuk semua umat Islam di dunia, kos untuk mengerjakan haji dan umrah mungkin meningkat selepas ini apabila Arab Saudi mengumumkan untuk menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sebanyak tiga kali ganda berkuat kuasa 1 Julai 2020 nanti.
Arab Saudi akan meningkatkan Cukai Tokokan Nilai (VAT) kepada 15 peratus bermula Julai 2020 berbanding lima peratus sebelum ini sebagai sebahagian langkah menangani kesan kewangan dan ekonomi disebabkan wabak COVID-19, lapor agensi berita Arab Saudi (SPA).
Di samping itu, elaun sara hidup juga akan dihentikan mulai Jun. Selain itu, kerajaan juga akan mengurangkan perbelanjaan beberapa agensi kerajaan serta projek mega untuk tahun fiskal 2020. Menteri Kewangan merangkap Pemangku Menteri Ekonomi dan Perancangan, Mohammad Aljadaan berkata langkah-langkah itu penting untuk melindungi ekonomi negara dan menangani kesan kewangan yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Menerusi sumber Sinar Harian, Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, ini kerana sebarang perubahan harga yang ditawarkan syarikat agensi haji dan umrah kepada jemaah turut bergantung kepada dua situasi iaitu kenaikan harga ditetapkan Arab Saudi dan juga tambang tiket kapal terbang. Sehubungan itu menurutnya, sekiranya negara terlibat menaikkan VAT kerana mahu menampung pendapatan negara akibat harga minyak rendah, kemungkinan kenaikan caj haji dan umrah boleh berlaku.
"Harga semasa sekarang ini ialah harga yang ditetapkan Arab Saudi dahulu. Kita pegang yang itu, kita buat kira-kira mengikut apa yang ditetapkan. Sama seperti tahun 2018 selepas negara itu mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), harga haji dan umrah naik. Kebiasaan setiap tahun pun memang ada kenaikan tapi tidak begitu ketara,"
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda jenis suka lepak lama sambil borak kosong, buat kerja atau sekadar tenangkan kepala dengan secawan matcha atau kopi, Shah Alam memang ada...