Tidak dapat dinafikan, impian untuk melancong buat masa sekarang harus kita kuburkan. Kondisi global yang masih tidak menentu pada masa sekarang berikutan penularan pandemik Covid-19 memustahilkan perjalanan rentas negara.
Akan tetapi jangan putus harapan kerana LIBUR yakin tidak lama lagi kita semua akan boleh melancong seperti sedia kala. Kita harus optimis!
Mungkin sekarang masa terbaik untuk kita menabung dan menyimpan sedikit simpanan untuk merealisasikan impian melancong ke destinasi pilihan. Berikut beberapa cara yang boleh anda ikut!
1. Simpan Duit Berwarna
Ini merupakan cara yang ramai orang telah amalkan dan berjaya. Dalam setahun anda mampu menyimpan sejumlah wang yang banyak jika sentiasa berdisiplin. Sebagai contoh anda memilih untuk menyimpan duit berwarna hijau iaitu nota RM5.
Bila dapat sahaja duit ini anda terus masukkan dalam tabung. Dan pilihlah satu warna alternatif yang lain seperti mereh iaitu nota RM10. Warna alternatif ini anda boleh gilirkan. Sebagai contoh selang-selikan untuk simpan dan guna bila wang itu ada dalam dompet anda.
2. Main Kutu
Main kutu ini ada risikonya. Jadi anda harus berhati-hati dan jangan libatkan diri dengan grup orang yang tak dikenali. Carilah rakan-rakan yang rapat sahaja untuk bermain kutu.
Dan lebih elok lagi jika kumpulan itu merupakan kumpulan yang ingin melancong bersama-sama anda. Dalam erti kata lain masing-masing membantu dabn memberi dorongan untuk menabung demi merealisasikan misi yang sama.
3. Tabung Tertutup
Apa yang MASKULIN maksudkan di sini ialah tabung yang tidak mempunyai penutup yang boleh dibuka. Ya, jika tabung mempunyai penutup boleh buka tak mustahil anda akan mengorek wang di dalamnya dari semasa ke semasa.
Tabung jenis ini membuatkan anda lebih berdisiplin untuk langsung tidak menyentuh wang di dalamnya. Anda juga tidak mengetahui berapakah jumlah semasa lalu membuatkan lebih teruja untuk terus menabung. Bila sudah sampai masanya barulah anda pecahkan dan dapatkan hasilnya. Mesti puas hati!
4. Minta Orang Simpankan
Ini merupakan teknik yang hanya boleh praktikkan dengan orang yang boleh dipercayai sahaja contohnya ibu bapa ataupun pasangan. Setiap bulan bila sudah dapat duit gaji, sisihkan amaun tertentu dan transfer duit itu ke akaun mereka.
Jangan lupa untuk beritahu mereka dan maklumkan tentang misi anda. Dengan cara begini anda sduah berjaya menyimpan dan orang yang dipertanggungjawabkan juga tak akan mengusik wang anda.
5. Teknik Melabur
Jika anda ada sejumlah wang contohnya bila dapat duit bonus. Apa kata jangan boros dan simpan duit tersebut dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Percayalah melabur dalam ASB merupakan antara langkah pelaburan yang paling selamat.
Apabila memasuki tahun baru anda akan dapat merasa dividennya. Dengan duit dividen itulah anda boleh guna untuk melancong dan mengembara. Dalam masa sama, wang simpanan masih teguh dalam akaun.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI