Mungkin anda sudah biasa ke Pulau Pinang untuk bercuti. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk makan-makan, beriadah dan berhibur. Setiap kali ke Pulau Mutiara ini, itinerari percutian anda mungkin berulang dan hanya berkunjung lokasi yang sama. Kali ini cuba kreatif sikit. Jika anda merancang hanya bercuti di Pulau Pinang, ini lokasi wajib singgah. Paling best dapat ambil gambar cantik-cantik!
Dikongsi oleh : Cik Cahaya
Setiap tahun kami bertiga akan bercuti ikut bulan birthday girls. Tak rancang pun sekali sis tanya bff sis jom ke Penang nak. Sume onzz.So apa je ada di Pulau Pinang ni? Best sangat ke? Untuk hari pertama hanya jalan-jalan cari makan & penang street. Penginapan pula kami menetap di Hard Rock Hotel Penang, 1 hari sempena besday girl Farah Elissa Amir.
- Continue selepas check out dari Hard Rock Hotel batu feringghi kami ke Pulau Jerejak, Penang. Rasanya ramai dah tahu kewujudan tempat ni sejak viral ke ramai yg x tahu? Ok yang tak tahu tu, meh sis share. Yang kaki ootd memang wajib pi sini sebab banyak sangat spot ootd yang cantikkk dan we all tak sempat explore all sbb kepenatan.
- Cara nak ke sini ialah dengan menaiki bot dari Jeti Pulau Jerejak (boleh waze je).
- Perjalanan bot dari jeti ke pulau ni lebih kurang 15-20 minit je tau!
- Harga tiket bot RM20 seorang pergi & balik. Pastu tiket ni include free drink yang korang boleh redeem kat pulau tu nanti(kitorg tak claim pun).
- Tiket bot boleh beli online ataupun time korang sampai jeti, korang boleh scan qr code utk beli tiket tu sis share dkt gmbr nnt.. Untuk walk-in bole beli di kaunter tapi tak bole beli advance date.. Dan siapa cepat dia dapat Tiket mmg cepat sold out
- Timing dia dari 6.30 pagi smpi 11mlm dan kekerapan dia 15minit.
Kami bertiga menginap di Jerejak Island Resort rate harga rm149 semlm.. Macam-macam aktiviti boleh buat memancing,joging,ootd,hiking pun bole tapi ramai tak tahu (we all tak sempat) dekat pulau tu ada juga disediakan free bicycle ride & battery scooter. Malam pula ada pertunjukan api! Overall, Pulau Jerejak ni memang recommended sangat utk mereka mereka yg suka oOOTD tu! Make sure masuk list korang tau kalau mai Penang.
Kemudian, kami berkesempatan ke Kg Agong Penaga Penang. Banyak lagi tmpt menarik OOTD disebabkan kejar masa then we will repeat again soon! Tiket masuk 3 org RM28.
Jom cuti-cuti Malaysia~
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI