Bila sertiap hari melalui hari yang sibuk, sesekali nak juga mencari tempat tenang untuk bahagiakan diri. Jadi Casa Menanti ini port healing paling sesuai untuk anda, tak jauh pun cuma di Negeri Sembilan sahaja.
Tempat Tenang Di Casa Menanti, Ini Port Healing Paling Syok!
Serius tempatnya cantik dan nak sarapan pun di koridor sambil layan pemandangan nature pagi. Mesti rasa luas pemandangan melihat persekitaran dengan alam semula jadi yang cantik.
Siap ada tempat mandi, bonus untuk anak-anak anda!
Ads
Kalau rasa nak buat aktiviti, anda boleh buat BBQ, swimming, hiking, ATV, cycling kawasan sekitar.
Cuba lihat ruang di dalamnya pula, selesa nak duduk dengan keluarga tersayang.
Ads
Ini pemandangan waktu malam, nampak cantik dengan lampu-lampu.
Ads
Korang nak tempah awal-awal tempat ini secara keseluruhan pun boleh. Boleh la buat family gathering. Syok weh! Tak payah nak keluar apa semua, lengkap semua ada.
Lokasi:
Casa Menanti Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Haa… kalau anda rasa tak tahu nak ke mana musim cuti sekolah nanti, boleh lah tempat awal-awal, nanti penuh. Selamat bercuti bersama orang tersayang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sering membaca perkongsian di group tentang perkhemahan di campsite membuatkan Ku Norsiah Ku Saidin teruja untuk membuat aktiviti sebegini.
Persiapan yang dibuat juga tak lama, tiga hari membeli kelengkapan secara online, meskipun ada yang masih tidak cukup, niat untuk camping diteruskan juga.
Memilih tapak perkhemahan di Pantai Merdeka, wanita ini cukup teruja, apa lagi minat yang baru itu turut mendapat sokongan daripada suami tercinta. menurutnya juga dia memilih tapak tersebut kerana lokasi dan fasiliti yang ada di situ lengkap dan terjamin keselamatan kerana berada di kawasan resort.
Daripada pembacaan dan pemerhatian di Family Camping Malaysia (FCM) wanita ini juga membuat cooler boxnya sendiri untuk menyimpan makanan bekalan sepanjang perkhemahan mereka selain rak yang dibuat sendiri oleh suaminya.
Seronok membaca apa yang dikongsikan, lebih-lebih lagi melihat gambar masakan yang dikongsikan sepanjang camping mereka.
Salam perkenalan semua, first time kak Nor nak kongsi cerita kat group FCM…sebelum-sebelum ni dok jd CCTV saja
Tah mimpi apa dok tak dok tetiba mai semangat nak pi bercamping…ajak En. Heri dia pun onzz….apalagi dalam masa 3 hari pulun order kelengkapan berkhemah kat shopee…ada yang 2 hari order dah sampai dan ada jugak hat tak sampai-sampai lagi…makanya kami pi jugak walaupun tak cukup kelengkapan
Pertama Kali set up auto tent…fuhhh mudah sungguh no…sat saja siap
Walaupun jenis hat biasa-biasa saja tapi puas hati..tak berani nak beli hat kayangan lagi, nanti dah betoi-betoi serius baru upgred len…kerusi order 4 biji masa tu tak sampai lagi, so bawak tikaq getah ja dulu..pun ok pasai boleh dok bersila time makan. Rak gantung kuali tu En. Heri buat sendiri ….cooler box macam biasa kak Nor ambik idea dalam group ni ,diy sendiri jugak…jimatttt
Untuk pengalaman pertama ni kami pilih berkhemah di Pantai Merdeka sebab tau kat situ tempat lapang, bersih dan yang penting ada kelengkapan tandas, surau dan lain-lain…keselamatan pun terjamin sebab berkhemah dalam kawasan resort…Sewa tapak semalam depa ambik RM 30.(tak pasti harga ikut size khemah atau macam mana sebab kami sampai sana pun dah pukul 11+ malam. Kawasan pun cerah elok…ada lampu semua, pihak resort pun baguih, siap pesan apa-apa call depa pasai malam tu kami ja yang pi berkhemah
Ok…tak nak tulis karangan panjang-panjang nanti hampa cemuih….pendek cerita syok pacak khemah kat sini…view lawa, suasana tenang dengan alunan ombak di tepian pantai….hat paling seronok En. Heri la…siang malam lepaih gian memancing,
Kompom lepaih ni dok tunggu hari cuti ja nak pi pacak khemah
Perlis adalah negeri paling kecil di Semenanjung Malaysia. Ramai yang tidak tahu walaupun berkeluasan kecil dan terletak paling hujung di utara Semenanjung, tetapi rupanya Perlis adalah sebuah negari yang sangat epik.
Dalam satu perkongsian oleh seorang pengembara Aisha Preece di laman sosial Facebooknya, dia menyenaraikan 8 fakta menarik tentang Perlis sepanjang percutian hujung minggunya di Perlis yang disifatkan sebagai hujung minggu paling epik.
Malah Aisha juga turut berterima kasih kepada mereka yang terbabit dengan percutian ini sebagai satu perjalanan yang tidak dapat dilupakan.
Dia turut memberitahu bagi yang mencari pengembaraan luar paling epik, makanan, budaya, sejarah dan keramahan dan kemesraan penduduknya yang begitu menghargai kedatangan menyambut pelancong, #perlis adalah tempat yang sesuai!
Aisha yang berasal dari Barcelona, Sepanyol ini juga turut berjanji akan datang lagi ke Perlis satu hari nanti.
Ini antara fakta menarik yang ditemui sepanjang berada di Perlis Indera Kayangan.
1- Anda boleh menaiki bot ke #langkawi dan memandu ke Thailand dalam masa 30 minit dari Perlis.
2- Mempunyai salah satu tempat untuk rock climbing terbaik di dunia.
3- Makanannya sangat sedap dan murah, juga hidangan makanan laut yang segar!
4- Mempunyai National Park di mana anda boleh berkhemah, mendaki dan juga berenang di sini.
5- Anda juga boleh mendengar live music atau melihat cool artwork atau tempat lepak santai di Kangar Street.
6- Mempunyai pemandangan sawah sangat cantik dan indah dengan konsep Homestay yang menyenangkan untuk anda berehat dan bersantai.
7 – Perlis juga mempunyai beberapa tempat untuk pendakian bagi mereka yang suka aktiviti lasak ini.
8 – Juga mempunyai gua berusia ratusan tahun iaitu ‘Gua Kelam’ dan tasik yang kelihatan seperti laut di “@tasohlakeresortperlis.
Sesekali bercuti di Melaka, anda boleh cuba menginap di Azryani Grand Villa yang terletak tidak jauh dari tol Ayer Keroh.
Villa ini cukup cantik dekorasinya dan bersih, sesuai nak datang gathering dengan keluarga tersayang.
Rumah banglo setingkat dibina dari scratch ni mempunyai 3 bilik tidur, living hall yang luas, dan swimming pool. Dekorasi dalam rumah memang cun!
Dalam kawasan kampung, tetapi memang tenang harga pun murah, anda wajib datang bawa family untuk gathering atau santai.
Jika nak masak pun best sebab namapk teratur dengan kemudahan untuk memasak. Mempunyai laman yang luas untuk menikmati pemandangan sekitar rumah.
Jadi anda boleh ke Melaka dan pilih menginap di homestay ini jika berniat nak rumah yang cantik dan bersih. Yang best, malam-malam boleh lepak di sekitar bandar Melaka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...