Nak lari dari kesibukan kota dan kerja, tak payah pergi jauh-jauh, kat Selangor pun banyak sebenarnya resort yang tak mahal dan tenang untuk pergi bercuti.
Dengan harga bermula dari RM100 semalam, Eco Murai Rimba yang terletak di Batang Kali Selangor pilihan sesuai untuk anda staycation dengan keluarga ataupun rakan-rakan.
Berkonsepkan mesra alam, tempat ini merupakan lokasi ideal untuk anda berkelah
Ads
melihat burung, berenang atau mencuba nasib memancing di kawasan air terjun yang dikelilingi alam semulajadi.
Oleh kerana Eco Murai Rimba terletak di pinggiran hutan, pengunjung yang hadir di sini bakal disajikan dengan suasana hutan yang nyaman serta mereka juga boleh menikmati kedinginan air sungai dan air terjun yang terletak berhampiran dengan chalet tersebut.
Ads
Terletak tidak jauh dari pusat peranginan, Genting Highland, kalau tak ada apa-apa aktiviti di malam hari bolehlah jalan-jalan ke sana. Perjalanan hanya mengambil masa 15 hingga ke 20 minit sahaja.
Ads
Alamat : B66, Jalan Lama Genting, Sungai Pinang, Batang Kali
Rupanya Eco Spring Labs di Johor pun cantik tempatnya dan sesuai sangat kalau anda jenis suka bergambar. Warna bangunannya, menarik sangat!
Setiap port yang ada memang ngam sangat untuk posing! Inilah yang best dan buat kita rasa nak singgah. Okay sekarang jom, tengok apa yang best di sini!
Kalau datang ke Johor, tempat ini memang wajib singgah sebab outdoor yang memang sesuai untuk bergambar atau photoshoot.
Dekat Eco Spring Labs, bangunannya sangat cantik dan aesthetic. Banyak tempat yang sedap dipandang untuk photoshoot dan yang penting percuma sahaja nak ke sini.
Agak rasa nak minum-minum, jangan risau ada banyak cafe aesthetic yang boleh dicuba. Ada juga kedai macam 7eleven dan restoran di sini.
Baca pun dah best, apa lagi kalau sampai dan diri sendiri nampak depan mata suasana di sini. Tunggu apa lagi?
Hah, cepat masukkan dalam senarai dan ajak member atau keluarga tersayang bercuti ke Johor!
Majalah kartun yang pada suatu ketika dahulu cukup terkenal dan antara sumber hiburan pelbagai lapisan masyarakat kini menjadi barangan sejarah dengan nilai sentimental tersendiri.
Siapa sangka majalah yang berharga RM1 pada suatu ketika dahulu kini nilainya mencecah RM9,000. Itulah nilai majalah lawak tempatan, Gila-Gila edisi pertama terbitan 1 April 1978, yang kulit depannya menjadi antara 500 karya dipamerkan di Rumah Kartun dan Komik Malaysia (MCCH) di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Rumah Kartun & Komik Malaysia mempamerkan karya daripada naskhah lama majalah humor tempatan yang terkenal pada era 1980-an seperti Ujang, Geli Hati dan Batu Api, melibatkan lebih 50 kartunis. Luar biasa apabila kebanyakan koleksi tersebut diperoleh daripada pengumpul yang merupakan peminat tegar majalah terbabit. Syarikat penerbitan dan kartunis sendiri tidak mempunyai koleksi-koleksi ini, kerana dahulu penerbitan dibuat secara manual. Jadi ketika penubuhan rumah ini pada 2017, ramai pengumpul memberi sumbangan yang besar untuk menjayakannya.
Rumah Kartun & Komik Malaysia turut mempamerkan karya kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau Lat, Sulaiman Awang, Raja Hamzah dan Osman Baru. Malah pengunjung juga berpeluang melihat karya kartun yang dihasilkan pada zaman penjajahan Jepun sekitar 1940-an yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah seperti Malai Sinpo, The Malay Mail, Syonan Times serta Semangat Asia. Kartun sebelum ini menjadi sebahagian daripada medium penyebaran propaganda sewaktu pendudukan Jepun selama tiga tahun lapan bulan di Malaya, dan ini menunjukkan bahawa kartun bukanlah berfungsi sebagai hiburan semata-mata.
Selain menjadi tempat pengumpulan karya-karya kartunis legenda, Rumah Kartun & Komik Malaysia juga berperanan sebagai platform untuk kartunis berkarya dan menyampaikan mesej secara kreatif termasuk tentang isu semasa. Di sini akan mempamerkan karya terbaharu mengikut tema berdasarkan isu semasa setiap tiga hingga empat bulan sekali. Ketika ini tema pameran kartun yang adakan berjudul ‘Kartunis vs COVID-19’. Pameran ini akan berlangsung hingga 31 Ogos 2020 yang memaparkan lebih 50 karya, bukan sahaja oleh kartunis Malaysia tetapi juga dari Indonesia dan Singapura. Ia juga disusuli dengan pameran berkaitan kemerdekaan.
Untuk melawat dan bersantai di Rumah Kartun & Komik Malaysia bayaran masuk RM5 dikenakan. Pengunjung bebas untuk menghabiskan masa seberapa lama yang mereka inginkan untuk meneliti karya kartunis tempatan kita. Selain menjadi pusat pameran, port komik seakan muzium ini juga menjadi lokasi pertemuan lebih 100 kartunis dari seluruh negara untuk berkongsi idea, sekali gus memastikan industri tersebut kekal mampan.
Jika dilihat peta dunia, Sri Lanka bagaikan setitik air yang mengalir dari benua India. Namun, setelah anda menjelajah ke merata destinasi menarik negara yang majoritinya berketurunan Sinhala, Sri Lanka sebenarnya menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang lengkap antaranya tamadun warisan lama.
Disebabkan faktor negara ini berhampiran dengan negara India, sehingga kini masih wujud kesan-kesan istana lama, candi Hindu dan Buddha purba yang menjadi destinasi tumpuan ramai pengunjung.
Kota batu di Sigiriya yang dibina pada kurun ke-5 masihi oleh Raja Kasyapa bukan saja mengasyikkan tetapi menguji stamina untuk memanjat tangganya sehingga ke puncak. Ia telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada 1982.
Kisah Raja Zalim
Kitab sejarah purba Sri Lanka, ‘Mahavamsa’ mencatatkan Kasyapa sebagai seorang yang zalim apabila beliau membunuh ayahandanya, Raja Dhatusena yang ketika itu kerajaannya berpusat di Dambulla dan merampas takhta yang sepatutnya diwarisi oleh abangnya. Perang saudara tercetus akibat perebutan tersebut, menyebabkan Kasyapa melarikan diri ke kawasan pedalaman dan membina Sigiriya. Dikatakan keutuhan kota itu tidak mampu menampung kemaraan tentera abangnya yang akhirnya memaksa Kasyapa membunuh diri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...