Singgah lah di Teluk Buih kalau sesekali nak tenangkan emosi di tepian pantai. Tempat menarik ini ada di Daerah Mersing, Johor yang kini menjadi bualan khasnya buat mereka yang sedang merancang untuk mencari ‘port’ bercuti bersama yang tersayang.
Cantik dan mempersonakan, itulah kata-kata terucap tatkala chalet di Mersing ini, ada didepan mata.
Lokasi berhampiran perkampungan nelayan kecil, anda dapat menikmati pemandangan dan bayu kat sini.
Ads
Kampung Stay @ Teluk Buih, Mersing ini berada disalah satu lokasi tumpuan percutian di Pantai Air Papan, Daerah Mersing.
Namun yang menjadikan hati ini terus jatuh hati kat chalet ini adalah persekitaran chalet cukup cantik kerana reka bentuk berkonsepkan ‘English Cottage’ bagaikan sebuah lukisan, selain kedudukan chalet berada di tepi teluk menjadikan kawasan ini, cukup nyaman dengan hembusan angin laut yang bertiup.
Ads
Kalau anda sukakan percutian seperti berada di sebuah pulau kerana kedudukan chalet yang berada di tepi air laut ini, datanglah bercuti ke sini dan buatlah tempahan awal kerana chalet ini selalu “full-house” terutama masa cuti hujung minggu dan cuti umum.
Ads
Lokasi:
Kampung Stay @ Teluk Buih
Jalan Teluk Buih,
Air Papan, 86800 Mersing, Johor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak merasa pulau tercantik di Johor, anda boleh lah pilih salah satu daripada sembilan dalam senarai ini. Semua nampak indah dan menarik!
Asyik hadap kota raya yang sibuk saja, sesekali elok bawa diri tenangkan fikiran melihat air laut biru. Jom tengok antara pulau best di Johor.
Pulau Tinggi merupakan tempat penyu menetas dan ini membuatkan ia lebih menarik. Disarankan datang ke sini pada bulan Mei hingga September.
Selain melakukan aktiviti seperti snorkeling, berkelah dan aktiviti pantai, anda juga boleh mendaki dan melawati pulau-pulau di kawasan sekitar.
Lebih menarik lagi, pulau ini menyediakan tapak perkhemahan untuk untuk anda gunakan. Memang puas hati dan berbaloi-baloi!
Pulau Tengah mempunyai kira-kira 10 pantai yang indah, tenang dan terpencil. Pelancong perlu sampai ke pelabuhan Mersing untuk ke pulau Tengah.
Ia terletak kira-kira 9 batu nautika atau 16 km dari pelabuhan ini. Merentasi perairan biru yang luas selama kira-kira 20 minit, pulau ini sudah tentunya destinasi terbaik untuk bercuti.
Pulau Besar atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan antara tempat popular yang selamat untuk dikunjungi.
Keindahan pulau yang kaya dengan terumbu karang dapat dilihat dari pemukaan air kerana jernih dan bersih. Pelbagai aktiviti berasaskan air boleh dilakukan di sini untuk memenuhi masa anda.
Pulau Dayang merupakan antara pulau di Johor yang popular dan menjadi tarikan pelancong. Sekiranya anda inginkan ketenangan semasa bercuti, pulau ini adalah pilihan terbaik.
Pulau ini menjadi tarikan dalam kalangan penyelam kerana merupakan lokasi ikan yu, ikan paus dan pari. Pulau Dayang juga menyediakan kursus sekiranya anda ingin belajar menyelam tetapi disediakan pada bulan Februari hingga November.
Aktiviti air seperti snorkeling dan lain-lain juga tersedia dengan keindahan yang sangat menakjubkan.
Seterusnya, pulau di Johor sering dikunjungi adalah Pulau Rawa. Keindahan pasir berwarna putih dan air kebiruan sudah pastinya menjadi tarikan orang ramai.
Sekiranya ingin melihat kehidupan di dasar laut, pulau ini adalah pilihan tepat. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti trekking dan perlu mendaki 270 anak tangga sehinhgga ke puncak.
Walaupun nama pulau sedikit menakutkan namun keindahan di sini sangat memukai. Airnya yang jernih menjadikan pulau ini menjadi tempat persinggahan para penyelam.
Antara tarikan di Pulau Harimau ini adalah kolam semula jadi dikelilingi oleh ukiran batu cantik. Layan view sambil tengok sunset memang puas hati.
Pulau Sibu merupakan gabungan beberapa pulau lain iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.
Air di pulau ini berwarna biru kehijauan dan hidupan laut juga menarik perhatian pencinta laut. Pelbagai aktiviti seperti snorkeling, paya bakau, selam skuba dan mendaki hutan.
Pulau Aur antara pulau di Johor yang menarik minat pelancong. Hal ini kerana keindahan warna air, kolam semula jadi dan lain-lain.
Pelbagai hidupan laut boleh dijumpai di sini dan dinasihatkan agar tidak datang pada bulan November sehingga Mac kerana cuaca tidak sesuai untuk melakukan aktiviti berasaskan air.
Pulau Mensirip terletak di Mersing, Johor dan merupakan pulau persendirian. Pulau ini telah dianugerahkan dengan status Taman Laut.
Haaa… indah pemandangannya, bukan? Anda yang duduk luar dari negeri ini pun patut datang untuk healing bersama keluarga.
Melaka memang ada banyak tempat menarik untuk dilawati. Selain itu Melaka juga ada banyak pilihan penginapan yang tak kurang hebatnya. Bagi yang mencari penginapan eksklusif yang tenang dan mendamaikan, Philea Resort, Melaka boleh dipertimbangkan.
Terletak di Ayer Keroh, Melaka, masuk sahaja tol boleh lihat resort yang berlokasi persis dalam hutan rimba. Dikelilingi flora dan fauna yang subur menghijau, yang nak cari vibes yang tenang dan damai memang inilah tempatnya.
Mempunyai bilik yang cukup cantik dan eksklusif, anda yang menginap di sini pasti akan dapat merasai pengalaman cukup indah dengan suasana yang menenangkan.
Terdapat 3 jenis bilik di Philea Resort iaitu; Pavillion Room, Philea Suite, dan Royal Villa. Ketiga-tiga bilik tersebut mempunyai saiz yang berbeza, dari saiz yang sesuai untuk 2 orang, pasangan dan anak, hinggalah ke saiz yang sesuai untuk family trip yang mempunyai ruang tamu dan kolam private di luar villa.
Antara fasiliti yang terdapat di sini adalah Kolam renang yang berlatarbelakangkan air terjun buatan, memang menjadikan spot ini sebagai highlight utama bagi pengunjung di resort. Bagi penggemar gym dan workout, jangan risau sebab gym di Philea resort ini sangat luas dan lengkap dengan alatan senaman.
Dah stay dekat tempat cantik dan tenang, rugi kalau tak cuba perkhidmatan spa yang juga ada tersedia di sini. Antara pakej yang ada ialah urutan seluruh badan, body scrub, aromaterapi, mandian susu di jakuzi, manicure & pedicure, mini facial, refleksologi kaki dan banyak lagi.
Tak perlu risau juga tentang makanan, kerana terdapat café dan restaurant di dalam kawasan resort ini untuk dijadikan pilihan kalau tak mahu keluar.
Alamat: Philea Resort & Spa Melaka, Lot 2940-1, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Toll, 75450 Melaka
Bercuti secara eksklusif dengan chalet yang cantik di tepi pantai di The Taming Sari Beach House sambil layan bunyi ombak yang menenangkan. Persis suasana di kampung yang indah dengan chalet dengan senibina yang cantik.
Menawarkan hanya dua chalet sesuai untuk percutian buat keluarga kecil atau untuk sambutan hari istimewa bersama keluarga atau rakan-rakan.
Lengkap dengan kemudahan seperti percutian di chalet terkenal, hanya dengan RM220 semalam, pengunjung yang bermalam di sini akan turut disediakan sarapan untuk dua orang.
Kalau perlukan tambahan katil atau nak sewa khemah pun boleh, ye lah orang kata lagi ramai lagi meriahkan.
Kalau nak makan-makan buat BBQ sempena harijadi atau sambutan anniversary pun boleh, sewa sahaja peralatan lengkap yang ada di sini.
Bagi yang suka memancing, tempat ni juga ada port untuk memancing, sambil teman anak-anak mandi, anda boleh memancing sekali. Kalau dapat hasil bolehlah buat hidangan BBQ nanti.
Kalau ada yang nak buat sambutan harijadi atau juga majlis kahwin secara kecil-kecilan di tepi pantai, chalet ini turut menawarkan perkhidmatan untuk dekorasi sebegitu.
Terletak 20 minit dari Pantai Port Dickson dan lebih kurang sejam perjalanan daripada Bandaraya Melaka, percutian eksklusif kat sini pasti meninggalkan kenangan manis buat anda dan yang tersayang.
Alamat: The TamingSari Beach House, Kg Pantai Hilir, Jalan Kg Solok, Kuala Sungai Baru Melaka
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...