Teruja pula tengok aktiviti lepas penyu di Villa Bari Loft yang terletak di Lot 486, Kampung Telaga Putat, Terengganu.
Ini jadi tarikan utama bagi pengunjung yang sampai ke negeri ini kalau menginap di sini, syok!
Villa Bari Loft Terengganu Unik
Penginapan unik ini berhampiran Pantai Telaga Papan yang menjadi persinggahan penyu untuk bertelur.
Menariknya, pantai privasi di hadapan kawasan vila seluas 1.2 hektar tersebut menjadi pusat pemuliharaan penyu menjelang bulan April hingga September setiap tahun.
Ads
Aktiviti melihat anak penyu yang dilepaskan ke laut menjadi pakej laku keras buat pengunjung yang datang berlibur ke Terengganu.
Tak perlu pergi jauh, hanya jalan kaki saja dan anda boleh lihat kawasan pantai yang digazetkan untuk pemeliharaan penyu di bawah pemantauan WWF Malaysia.
Ads
Anak Dapat Lihat Penyu Bertelur
Kawasan ini kena tutup lampu supaya tak mengganggu habitat penyu untuk bertelur. Paling seronok, sudah tentu kanak-kanak sebab dapat lihat anak penyu secara langsung.
Ads
Berkongsi keunikan penginapan yang menerapkan nilai seni bina Nusantara dan Malaysia itu, pemilik villa ini percaya setiap elemen lain daripada lain mampu memikat jiwa pengunjung.
Rumah Sasak Lombok, misalnya merupakan rumah tradisional suku Sasak di Pulau Lombok dengan reka bentuk unik, dengan bumbungnya dibuat daripada jerami dan rumput alang-alang.
Jadi kalau anda rasa nak bercuti ala Bali, datanglah ke Terengganu dan menginap di Villa Bari Loft.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negeri Sembilan sememangnya mempunyai banyak aktiviti menarik untuk diterokai. Jika sukakan suasana desa, bolehlah mengunjung Solok Sengkuang Cabin D’Village yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan.
Solok Sengkuang Cabin D’Village adalah satu tempat pelancongan berkonsepkan pelancongan penginapan desa yang bermula operasi pada September 2015. Ianya di tadbir urus oleh Koperasi Homestay Batang Nyamor Rembau Berhad (ringkasan KHOBA’AN) yang ditubuhkan pada bulan Julai 2014.
Antara kemudahan disediakan adalah beberapa unit kabin keluarga berhawa dingin dilengkapi dengan bilik air, kabin dorm, tapak pekhemahan, dewan berhawa dingin, surau,café, kedai cenderahati, Mountain Bike dan berbasikal melalui trek-trek mencabar bermula dari Kg. Kendong hingga ke Kg Bongek.
Di sini juga disediakan dua kolam mandi untuk kanak-kanak dan dewasa yang mana airnya cukup sejuk kerana punca air dari gunung. Bagi yang gemar aktiviti lasak boleh mencuba outdoor aktiviti seperti obstacle, panjat tiang licin, pukul bantal dan lain-lain termasuk mendaki gunung ataupun ke Air Terjun Lubuk Petai.
Ia sesuai untuk aktiviti keluarga, kursus dan lain lagi. Sumber : Fb Amir Zuhairi Md Yusof
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tarikan yang wujud pada lokasi-lokasi ini cukup menarik sekali kerana ia kaya dengan pelbagai warna dan corak!
Jadi tidak hairanlah 10 lokasi ini dianggap paling indah dengan warna-warni yang tersendiri. Kali ini LIBUR kongsikan kota dan bandar yang penuh berwarna-warna seantero dunia!
Riomaggiore, Itali
Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri dari batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.
Willemstad, Curacao
Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean. Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda. Bangunan beli belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.
La Boca, Argentina
Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasukan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.
Wroclaw, Poland
Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom. Di sebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.
Longyearbyen, Norway
Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai! Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatarbelakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.
Nyhavn, Denmark
Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni. Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.
Guanajuato, Mexico
Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan arkitektur kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan. Struktur warna seperti pelangi di bandar ini terletak berdekatan lombong perak di mana kedua-duanya merupakan UNESCO World Heritage Sites.
Lima, Peru
Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan saja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza. Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan art nouveau menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.
Jodhpur, India
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru. Apabila dilihat dari atas bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.
Stockholm, Sweden
Bandar Stockholm merupakan salah satu ibukota terindah di dunia, dibina di atas 14 pulau yang dihubungkan oleh 57 jambatan. Bandar ini berdiri pada abad ke 12 yang telah lama menjadi salah satu pusat budaya, politik dan ekonomi Sweden. Bangunan yang indah, udara segar, pemandangan hijau dan dikelilili air merupakan ‘pakej menarik’ dari kota Stockholm.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kita sedia maklum Malaysia merupakan negara yang beriklim khatulistiwa. Maka, tidak wujud cuaca empat musim seperti di negara lain. Tetapi apa yang untungnya, kita masih boleh memiliki pelbagai suasana yang menarik selepas atau sebelum musim tertentu.
Kalau anda ingat lagi, negara kita pernah dikejutkan menerima suhu cuaca yang rendah, ketika itu suasana sekitar kelihatan sangat nyaman seolah berada di Kota London. Seperti yang diviralkan disesetengah lokasi, setiap tahun kelihatan beberapa jenis pokok mengeluarkan bunga yang cantik umpama bunga sakura sudah tiba musimnya. Begitu juga ketika musim kemarau, di Perlis wujud sebuah lokasi yang seakan berada di pekan Texas. Terbaru turut menjadi tular, sebuah negeri nun dihujung utara iaitu kedah muncul pula hamparan rumput karpet menghijau di tali air ketika musim panas yang melanda ini.
Suasana kawasan tali air di Kampung Pulau Tembun, Sungai Daun Tengah, Yan bagaikan pesta apabila dikunjungi ribuan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang merakamkan gambar di atas hamparan rumput liar sejak minggu lalu. Ada yang duduk dan berbaring di atas hamparan rumput yang subur dan lembut itu disepanjang tali air yang kering-kontang sejauh kira-kira satu kilometer. Tali air tersebut kering kerana tiada keperluan untuk membekalkan air ke kawasan sawah padi di situ kerana hampir keseluruhannya telah dituai.
Jika anda berada di sekitar lokasi itu jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar indah di kawasan unik itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...