Tetamu Tidak Akan Dikenakan ‘Caj Hotel’ Di Pulau Pinang Selama 6 Bulan Bermula 1 Julai

Share

Ada berita baik buat anda yang bakal bercuti atau akan menginap di hotel sekitar Pulau Pinang bermula Julai ini.

Kerajaan Pulau Pinang akan mengetepikan caj hotel selama enam bulan berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Disember 2020, selaras dengan kebenaran merentas negeri.




Ia adalah usaha Pulau Pinang untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.

  • Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan dan menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang.
  • Pengecualian enam bulan itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga akhir tahun. Pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan, yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

Jom cuti-cuti Malaysia!

Sumber: Bernama

IKLAN