Tenang, hijau dan nyaman di The Dusun, Negeri Sembilan. Keindahan alam dan kawasan di sekitar tempat ini memang memikat hati untuk bermalam di sini.
The Dusun Negeri Sembilan
Sejuk tempatnya, dengan pokok-pokok sekeliling buat emosi teduh dan rasa tenang.
Nak mandi-manda pun memang syok sebab tiada gangguan, lagi pun tempatnya cantik.
The Dusun menawarkan pemandangan indah dan Hutan Simpan Berembun yang terletak di eko resort kecil di kebun durian.
Ads
Suasana Bilik Yang Luas Dan Selesa
Ini antara suasana di dalam rumah di sini, luas dan boleh muat ramai, jadi jangan risau jika mahu datang dengan keluarga besar atau kawan-kawan rapat.
Ads
Sesuai bagi anda yang ingin menghayati panorama alam semula jadi dari atas bukit secara privasi. Owh ya, anda juga akan dapat menikmati suhu yang lebih sejuk dikala malam.
Ads
Di sini anda boleh merehatkan minda melihat pemandangan dari rumah The Dusun, cantik dan cukup meredupkan mata memandang.
Di Sarawak terdapat dua lokasi tanah tinggi yang mesti dilawati kerana ia bukan saja sejuk tetapi mempunyai pemandangan yang indah memukau.
Terletak di pedalaman Sarawak, bario bermaksud angin mengikut bahasa etnik Kelabit. Tanah tinggi Bario berketinggian 1150 meter dari aras laut ini mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya berhampiran Gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak.
Kesejukan tanah tinggi Bario ini pernah mencecah 11 darjah celsius sehinggakan pengunjung terpaksa mengenakan selimut yang tebal pada waktu malam. Jika anda mahu garam bukit dan padi yang paling berkualiti di Malaysia serta bebas bahan kimia, di sinilah tempatnya.
Ba’Kelalan pula berdekatan dengan Bario ini merupakan penempatan bagi kaum Lun Bawang. Ba’Kelalan iaitu “Ba” bermaksud padi manakala Kelalan pula adalah nama sebatang sungai mempunyai beberapa kampung Lun Bawang iaitu Buduk Nur, Long Langai, Long Lemumut, Long Ritan, Long Rusu, Pa Tawing, Buduk Bui, Buduk Aru dan Long Rangat.
Ba’Kelalan sememangnya bumi bertuah kerana bukan sahaja memiliki tanah yang subur malah masyarakat yang hidup penuh rukun dan damai selain saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Jangan tidak percaya, kawasan ini terkenal dengan penanaman buah epal. Jika anda berkunjung ke sini, aktiviti kebudayaan menanti anda. Epal Ba’Kelalan yang lebih dikenali sebagai epal Manalagi di Jawa Timur didapati mampu hidup subur di kawasan Ba’Kelalan yang suhunya sekitar 20 darjah celsius. Terdapat beberapa spesies epal yang kita mula tanam di sini seperti epal Ba’kelalan (Manalagi), Rome Beauty, Lady williams, Tropical Beauty dan Anna Epal.
Kalau rasa nak healing di sekitar Selangor, inilah beberapa tempat yang anda boleh tuju. Pasti tenang melihat suasananya, dapat lah hilangkan penat lelah mencari rezeki.
Cukup sesuai untuk anda berdamai dengan alam, pokok-pokok hijau dan ada air yang melengkapkan suasana.
Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
Hiking lovers perlu pergi tempat ni! Tasik dia bersih sampai nampak pantulan gambar , memang cantek kalau ambik gambar! Track hiking pon okay dan selamat digunakan. Memang dapatlah tengok viw tasik secara meluas gituw!
Jalan Tali Air 3, Sekinchan, Selangor
Sekinchan memang terkenal dengan sawah padi yang luas dan menghijau. Pemandangan nampak biasa tetapi angin di sini melengkapkan rasa tenang, bunyi burung berkicauan buat macam ada di kampung. Memang relieve stress dan sikit homesick hiks.
Pantai Redang, Sekinchan
Pokok ni merupakan trademark Pantai Redang, daunnya berwarna merah hijau. Unik dan memang cun untuk ootd.
Lot 428, Jalan Kg Pasir Putih, Kalumpang 44100 Kerling, Hulu Selangor.
Anda boleh decide nak tidur dalam khemah atau chalet. Chalet cantik dan reka bentuk yang menarik! Siap boleh BBQ. Apa yang best, sambil mandi tu dapat lah layan nature di sekeliling.
Jadi antara salah satu tempat sekitar Selangor ini, anda nak pilih yang mana? Nanti boleh ajak keluarga santai-santai ke sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Banyak bangunan sejarah bercirikan Islam yang ditinggalkan dan boleh dilawati bagi sesiapa yang datang ke sini.
Granada bermaksud ‘buah delima’. Jadi tidak hairanlah sekiranya sepanjang kembara di bumi Granada, terdapat banyak pokok-pokok delima yang tumbuh subur di Tanah bangsa Morish terutama sekitar perbukitan Istana Alhambra. Tanah yang subur!!
Granada termetri sebagai wilayah terakhir di bawah penguasaan Khalifah Umayyah Andalusia yang jatuh dalam penguasaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V, Penguasa dari Aragon.
Sejarah membuktikan kelemahan pemerintahan menjadi punca perpecahan dalam pemerintahan Khalifah Hisyam Al-Muaiyah sehingga wujudnya hampir 20 wilayah di tanah Andalusia. Dengan perpecahan yang berlaku, secara berperingkat keunggulan dan kehebatan pemerintahan khalifahan mulai lemah kerana setiap pemimpin ingin memerintah wilayah mereka dengan cara sendiri.
Berbalik kepada wilayah Granada, penguasaan ke atas wilayah itu bukan disebabkan kemenangan yang diraih dalam perperangan tetapi dek kerana tamak dan perasaan iri hati seorang anak terhadap ayahandanya sehingga sanggup membelot dan melakukan rampasan kuasa.
Malahan, Raja Abu Abdullah atau Raja Muhammad XII yang lemah dan penakut sanggup menyerahkan wilayah berkenaan kepada Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V semata-mata kerana ingin mengekalkan kekuasaannya.
Namun, perjanjian yang termeterai antara dua pemimpin berkenaan telah menyaksikan runtuhnya kerajaan Islam Umayyah Andalusia yang telah berkuasa di tanah itu lebih 800 tahun. Malah lebih lama dari kekuasaan kerajaan Uthmaniah di Turki sekitar 600 tahun.
Dengan perjanjian berkenaan, maka secara total Andalusia di baemwah penguasaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V. Maka, berakhir lah Islam di Andalusia.
Kerajaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V sangat taksub untuk menguasai wilayah Granada yang terkenal dengan Istana dan benteng Alhambra yang sangat Indah dan gah.
Alhambra, Istana dan benteng di bina semasa pemerintahan Dinasti Nasrid merupakan simbol kemegahan Kota Granada dan menjadi kebanggaan Khalifah Islam Umayyah Andalusia malah turut terkenal seluruh dunia.
Bukan mudah untuk kerajaan Ratu Isabela dan Raja Ferdinand V menawan kota Granada melalui perperangan kerana faktor geografi dan kedudukannya di atas bukit yang dikelilingi lembah.
Bukan tidak pernah kerajaan Ratu dan Raja berkenaan cuba melancarkan sesi perperangan namun, kekalahan tetap mengiringi pasukan mereka. Tambahan pula, kemahiran orang-orang Moor dalam melancarkan serangan di posisi perbatuan dan berbukit memberi kelebihan kepada kerajaan Moor memenangi setiap serangan dari pihak musuh.
Di sebab kan itu lah, Pasangan berkenaan menanfaatkan Raja Abu Abdullah yang juga digelar sebagai ‘boabdil’ yang di anggap lemah dalam pemerintahan untuk terus menguasai Andalusia secara total.
Ya, Granada wilayah terakhir dikuasai oleh Ratu Isabela dan Raja Ferdinand V sehingga dunia Eropah mengangkat pasangan tersebut sebagai penguasa yang masyhur seluruh dunia kerana berjaya menguasai Andalusia.
Jadi, tidak hairan lah di tengah-tengah kota Granada terbinanya tugu pasangan itu sebagai memperingati Ratu dan Raja yang telah menguasai negara berkenaan dari kerajaan Islam.
Bagi aku, Granada yang terletak berhampiran pergunungan Sierra Naveda sangat indah dan cantik serta sudah pasti perlu di masukkan dalam ‘wishlist’ para pencinta dunia kembara.
Disebabkan hasrat asal ingin menyelusuri dan menikmati pemandangan perbukitan kota Alhambra, berjalan kaki dari hostel Granada Pensión yang terletak lebih kurang 5km dari Istana langsung tidak terasa. Cukup Indah!!
Kota Alhambra ternyata cukup indah dan aku pasti setiap pengunjungnya merasa kagum pada setiap inci binaannya. Ya! Istana berkenaan yang telah dibangunkan sejak tahun 899 m. Aku memanfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin dalam menghayati setiap inci binaannya kerana aku belum pasti entah bila dapat kembali ke Istana berkenaan.
Sungguh!! aku tertarik dengan Taman Singa atau Hausyus Sibb. Taman ini dikelilingi oleh 128 tiang dari marmar yang indah serta dihiasi dengan 12 patung singa yang menampakkan gahnya setiap ruang taman berkenaan. Lama aku di sini!! Terasa kagum dengan kehebatan dan halusnya seni binaan orang-orang Moor.
Antara lain yang menarik minat aku di Istana Kebanggaan Andalusia ialah Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi). Letaknya dalam Istana berkenaan berhiaskan Kaligrafi Arab yang cukup indah dan halus ukirannya.
Menampak di Kota Alhambra selama 6 jam langsung tidak terasa lamanya masa yang dihabiskan kerana aku jadi leka dan terbuai dengan keindahan yang sukar diceritakan.
Sekiranya diberi peluang, aku akan cuba rancang masa yang lebih lama di Granada serta akan menghayati setiap inci tanah Granada beserta kota-kota berdekatan seperti Malaga, Ronda, Alhama de Granada dan lain-lain kerana di sana terdapat sejarah yang cukup tragis di era kejatuhan Andalusia.
Untuk sampai ke Granada melalui penerbangan antarabangsa, boleh turun di Airport Malaga! Dari airport boleh ambil bas terus ke Granada City yang akan ambil masa selama 1jam 40 minit. Malaga adalah International Airport yang paling dekat dengan Granada…
Ada masa… Bagi peluang pada diri untuk beradaptasi dengan keindahan Malaga juga! Di saat juga ada sejarah yang cukup tragis!!!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...