rumah

Pernah tidak anda terfikir untuk bercuti di sebuah rumah hantu. Percutian seperti ini pastinya memberi pengalaman berbeza yang tidak pernah anda alami sebelum ini.

Jika berminat anda boleh pergi menginap di Rumah Agnes Keith, sebuah rumah lama di Sandakan Sabah.

Rumah ini yang pernah diduduki seorang penulis dari Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith menyimpan banyak memori lama dan kisah misteri belum terungkai sehingga kini.

Tersergam indah di atas bukit di Jalan Istana, Sandakan, rumah setingkat diperbuat daripada kayu itu juga popular dengan kisah seram pernah dilalui dan diceritakan sendiri oleh penghuninya, termasuk Agnes, lebih separuh abad lalu.

Nak Rasa Pengalaman ‘Jumpa Hantu’? Staycation Di Rumah Agnes Keith, Tarikan Menarik Di Sandakan Sabah!

 

Antara catatannya, Agnes pernah menceritakan sering ternampak lembaga wanita tinggi lampai bersama seorang bayi sepanjang tinggal di rumah berkenaan dari tahun 1934 hingga 1952.

Kisah seram itu juga diceritakan oleh penghuni selepas Agnes termasuk seorang pembantu rumah yang mengatakan pernah terserempak dengan wanita sedang berdiri di anak tangga ketika tinggal di rumah itu pada 1967 hingga 1968.

Nak Rasa Pengalaman ‘Jumpa Hantu’? Staycation Di Rumah Agnes Keith, Tarikan Menarik Di Sandakan Sabah!

IKLAN
Nak Rasa Pengalaman ‘Jumpa Hantu’? Staycation Di Rumah Agnes Keith, Tarikan Menarik Di Sandakan Sabah!
Gambar lama menunjukkan suasana penghuni Rumah Agnes Keith ketika era kolonia.

Benar atau tidak, hanya penghuni yang pernah tinggal di rumah, kini dijaga Jabatan Muzium Sabah sahaja yang tahu mengenai kisah menyeramkan di sebalik keindahan seni bina dan reka bentuk era kolonial rumah berkenaan.

Malah, ada mengatakan kisah misteri dan seram itu masih berlaku hingga ke hari ini dan ia menjadi antara tarikan pengunjung untuk melawat ke Rumah Agnes Keith sejak dibuka pada 2004.

Nak Rasa Pengalaman ‘Jumpa Hantu’? Staycation Di Rumah Agnes Keith, Tarikan Menarik Di Sandakan Sabah!

Nak Rasa Pengalaman ‘Jumpa Hantu’? Staycation Di Rumah Agnes Keith, Tarikan Menarik Di Sandakan Sabah!

Menyedari potensi itu, Jabatan Muzium Sabah merancang mewujudkan pakej pelancongan seram atau `dark tourism’ khusus untuk peminat kisah misteri dan cerita seram.

Tawaran itu dijangka dibuka selepas aktiviti pelancongan dibenarkan semula apabila pandemik COVID-19 semakin pulih, terbuka kepada sesiapa berani dan teringin merasai pengalaman seram.

IKLAN

Ketika mengumumkan perkara itu baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata Jabatan Muzium Sabah akan membangunkan program e-Seram dengan membenarkan pengunjung bermalam di Rumah Agnes Keith.

Nak Rasa Pengalaman ‘Jumpa Hantu’? Staycation Di Rumah Agnes Keith, Tarikan Menarik Di Sandakan Sabah!
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin (tiga kiri) meninjau suasana Rumah Agnes Keith di Sandakan yang akan dijadikan destinasi ‘dark tourism’.

“Ia akan memberi peluang kepada pengunjung bermalam di rumah terbabit bagi merasai sendiri kehidupan Agnes Newton Keith bersama suaminya, Harry Keith dan anak mereka, George pernah tinggal di rumah itu.

“Ketika ini, program itu ditangguhkan berikutan pandemik sejak tahun lalu,” katanya.

Berdasarkan catatan Jabatan Muzium Sabah, rumah itu sudah ada apabila Agnes mengikuti suaminya bertugas sebagai Pegawai Konservasi Hutan di Sandakan pada 1934 dan mereka adalah penghuni kedua di rumah berkenaan sehingga tercetus Perang Dunia Kedua pada 1942.

Rumah berkenaan dikatakan rosak ketika perang tetapi dibina semula pada 1946 sebelum diduduki semula oleh Agnes bersama suami dan seorang anak mereka, sekembalinya dari Amerika Syarikat ke Sandakan selepas perang tamat.

Agnes menamakan rumah yang dibina semula itu sebagai Newlands dan mereka tinggal di sana hingga 1952 sebelum digantikan Pegawai Konservasi Hutan lain dengan yang terakhir Tom Bayles, pada 1968.

IKLAN

Nak Rasa Pengalaman ‘Jumpa Hantu’? Staycation Di Rumah Agnes Keith, Tarikan Menarik Di Sandakan Sabah!

Nak Rasa Pengalaman ‘Jumpa Hantu’? Staycation Di Rumah Agnes Keith, Tarikan Menarik Di Sandakan Sabah!
Antara yang pernah tinggal di sini.

Bagi peminat kisah seram atau aktiviti paranormal, peluang untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah itu, terletak satu kilometer dari pusat bandar Sandakan.

Malah, inisiatif Jabatan Muzium Sabah itu mungkin dapat merungkai misteri di sebalik kisah itu, sama ada benar-benar berlaku hingga ke hari ini atau hanya khayalan dan rekaan semata-mata.

Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan:

Hounon Ridge Farmstay Bundu Tuhan Destinasi ‘Hidden Gem’ Di Sabah, Miliki View Macam Di New Zealand

Jadi Rebutan Banyak Negara, Ini Keistimewaan & Keindahan Pulau Layang-Layang Yang Terletak Di Sabah

5 Pulau Privasi Terbaik Tersembunyi Di Sabah, Selama Ini Kita Tak Tahu

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI