Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan rambang akibat amukan seorang anggota tentera yang mengorbankan 26 orang dan mencederakan 57 lagi di Nakhon Ratchasima, Thailand (juga dikenali sebagai Korat).
Pasukan keselamatan Thailand telah menembak mati anggota tentera terbabit yang dikenali sebagai Jakrapanth Thomma berusia 32 tahun. Dia maut di sebuah pusat membeli-belah di Nakhon Ratchasima lokasi dia bersembunyi selama kira-kira 17 jam.
Sejumlah 57 orang cedera, 25 daripada mereka telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan manakala 32 lagi masih berada di hospital termasuk 12 yang perlu menjalani pembedahan.
Kedutaan Malaysia di Bangkok melaporkan kepada Bernama, setakat ini tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa. Mereka turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat insiden tembakan yang begitu mengejutkan itu.
Ads
Pemeriksaan di beberapa hospital di Nakhon Ratchasima menyaksikan bahawa terdapat rakyat asing yang cedera dalam insiden itu. Sementara itu, kedutaan dan duta lain yang berada di Thailand turut mengucapkan takziah kepada keluarga serta mangsa insiden tembakan rambang tersebut melalui akaun twitter masing-masing.
Yayasan Pulau Bardsey kini sekali lagi sedang mencari warden baru bagi mengambil alih tugas menjaga dan memantau Pulau Bardsey untuk tempoh tiga dengan ganjaran gaji bulanan sebanyak £16,500 (RM87,000). Pada tahun 2018 sebuah keluarga telah dipilih menjadi pemenang untuk menjaga pulau ini, namun telah menarik diri awal tahun 2019 setelah sehari duduk di pulau tersebut.
Pulau Bardsey menerima kedatangan 2,000 pelancong setiap tahun selama lebih sebulan. Pulau itu sebelum ini dijaga Steve Porter dan isterinya, Joanna bersama dua anak mereka, Ben dan Rachel sejak mereka berpindah ke sana pada tahun 2007 tetapi memilih untuk meninggalkannya tahun lalu selepas anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti. Maka bermulalah pencarian warden baru untuk Pulau Bardsey untuk tahun ini dan tahun hadapan.
Keluarga Scharer telah dipilih memenangi pencarian itu mengalahkan 50 peserta lain untuk menginap di Pulau Bardsey di pesisiran Wales. Namun dilaporkan keluarga ini hanya sanggup tinggal selama sehari di pulau terpencil itu sebelum mengalah dan menarik diri.
Ned Scharer, 44, dan isterinya, Sophie, 45, bersama anak lelaki mereka, Sam, 10, dan anak perempuan, Rowan, 12, sepatutnya memulakan hidup di pulau itu selama tiga tahun bagi menguruskan pusat perlindungan alam sekitar, sebuah ladang dan tapak pemantauan burung liar.
Bagaimanapun, pada hari pertama mereka tiba di pulau tersebut, Sam mengalami kecederaan kaki selepas terjatuh ketika mahu turun dari bot yang membawa mereka ke sana menyebabkannya dihantar ke sebuah hospital dengan menggunakan sebuah helikopter untuk menerima rawatan.
Sam kemudian di bawa pulang ke rumah kediaman asal mereka bersama ibu dan kakaknya. Ned Scharer pula cuba tinggal bersendirian di pulau itu namun selepas sehari membuat keputusan untuk menarik diri. Dia menyedari tidak mampu menguruskan tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur di pulau tersebut bersendirian. Ned Scharer kemudian memilih untuk pulang ke rumah mereka di Llanrwst dalam daerah Conwy, Wales.
“Saya berasa sedih membuat keputusan ini tetapi kecederaan anak saya, Sam itu membuatkan keputusan kami sekeluarga untuk menarik diri daripada tugas sebagai warden pulau itu lebih penting. Ia sesuatu yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan,” kata Ned Scharer
Belon udara panas terdiri daripada belon yang dikenali sebagai envelope yang mengandungi udara panas. Di bawahnya ialah gondola untuk membawa penumpang dan alatan seperti tong gas dan penala api. Udara yang dipanaskan dalam belon menyebabkan ia mengembang dan memiliki ketumpatan yang rendah berbanding udara luar yang lebih sejuk. Belon udara panas tidak boleh melepasi atmosfera bumi. Tidak seperti belon gas, envelope tidak perlu ditutup di bahagian bawah, kerana tekanan udara berhampiran bahagian bawah envelope adalah sama seperti di sekelilingnya.
Dalam sukan moden belon udara panas, bahagian envelope dibuat daripada fabrik nilon dan bahagian dalam belon (yang hampir kepada penala api) dibuat daripada material kalis api seperi Nomex. Belon udara moden datang dalam pelbagai bentuk unik dan diguna secara meluas sebagai medium iklan dan badan bebas.
Belon udara panas terdapat di seluruh dunia, terutamanya spot-spot hebat seperti Cappadocia Turki, Wadi Rum Jordan, Maasai Mara Kenya, Napa Valley Amerika Syarikat, Queenstown New Zealand, The Outback Australia, & Bagan Myanmar.
Namun kos ke sana sudah tentu tinggi. Membawa belon udara panas masuk ke Malaysia adalah cara terbaik. AKA Balloon telah berjaya mengacarakan 12 acara belon udara panas. Acara tahunan sebanyak lapan kali di Putrajaya dan diubah lokasi baru ke Desa Park City pada tahun ini. 3 lagi berjaya diadakan di Pulau Pinang. Di Malaysia terdapat beberapa pilot mengendalikan belon udara panas ini seperti Encik Sobri dari Kedah dan dua gadis Izzati & Atiqah Khairudin yang merupakan anak Allahyarham Kapten Khairudin Abd Rani (pilot belon udara panas pertama Malaysia). Izzati & Atiqah merupakan pilot belon udara panas wanita pertama Malaysia dan telah menamatkan jelajah Life On Air di semenanjung Malaysia pada Oktober 2016.
Foto: Izzati & Atiqah
Kedua-dua gadis menerajui syarikat belon udara panas di Malaysia dan terlibat dalam acara belon udara panas Malaysia selama ia diadakan. Mereka juga ini berimpian membuka sekolah belon udara panas dan mengembangkan acara ini sehingga ke Borneo.
Walaupun Malaysia tidak akan menghantar sebarang jemaah untuk menunaikan ibadah haji tahun inu, Arab Saudi telah mengumumkan musim haji tahun 2020 ini diteruskan. Untuk rekod, Arab Saudi tidak pernah membatalkan musim haji sejak 90 tahun lalu.
Susulan pandemik COVID-19 Kementerian Haji dan Umrah telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441H, akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi.
Keputusan ini dibuat bagi memastikan ibadat haji dijalankan dengan kaedah selamat dari perspektif kesihatan umum dengan memantau pendekatan pencegahan dan protokol penjarakan sosial bagi melindungi umat Islam dari risiko yang dikaitkan dengan pandemik ini.
Selari dengan ajaran Islam bagi melindungi nyawa. Keputusan ini adalah refleksi keinginan pemerintah Arab Saudi untuk melindungi umat Islam dari bahaya pandemik. Musim haji yang dijadual bermula hujung Julai lazimnya mengumpulkan dua juta umat Islam dari seluruh dunia.
Huacachina di Peru memang antara destinasi yang nampak seperti ilusi di tengah gurun. Bayangkan sebuah lagun kecil dikelilingi pokok palma, bangunan-bangunan comel dan bukit...