Jabatan Agama Islam Melaka melarang sebarang majlis akad nikah di Melaka dilakukan bermula 23 Mac hingga tamat tarikh Perintah Kawalan Pergerakan.
Jabatan Agama Islam Melaka memaklumkan keputusan penangguhan majlis akad nikah itu dibuat bagi mengelak kemudaratan lebih besar berdasarkan trend semasa peningkatan kes positif COVID-19, selain menjaga kemaslahatan jurunikah, pengantin, wali, saksi dan mereka yang terlibat dalam urusan majlis tersebut.
Arahan ini memansuhkan Perkara 4 dalam Arahan Pentadbiran Bilangan 2/2020 Pengurusan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Ads
Bagi pasangan yang mendapatkan kebenaran berkahwin sebelum ini, hendaklah memaklumkan kepada jurunikah bahawa majlis tersebut perlu ditangguhkan, dan mendapatkan tarikh baharu setelah Perintah Kawalan Pergerakan tamat.
Tarikh baharu majlis akad nikah hendaklah dirujuk semula kepada Pejabat Agama Islam Daerah asal yang mengeluarkan kebenaran berkahwin supaya ia dapat diselaraskan.
Jabatan Agama Islam Melaka turut mengingatkan orang awam bahawa majlis akad nikah yang diteruskan tanpa kebenaran dalam tempoh tersebut boleh disabit di bawah Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002.
Festival Lentera Sisiran Tasik Putrajaya bakal berlangsung selama 9 hari bermula pada 24 Februari sehingga 3 Mac 2024.
Festival berasaskan tradisi dan cahaya ini akan diadakan buat pertama kalinya di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.
Pelbagai persembahan kebudayaan, tradisional dan pertunjukan lampu akan disajikan untuk anda sekeluarga selama 9 hari ini.
Waktu operasi adalah bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam.
Festival Lentera Putrajaya ini bakal mempersembahkan pertunjukan ‘Grand Light Symphony’, ‘Musical Fountain’, bot berhias bercahaya di samping lebih 40 pengisian menarik.
Bukan itu sahaja, pelbagai makanan dan minuman juga akan dijual untuk anda menikmati bersama insan tersayang.
Tiket masuk boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawangnya. Harga tiket adalah seperti berikut:
Dewasa (13 tahun ke atas) = RM10
Kanak-kanak (7-12 tahun) & warga emas = RM5
Kanak-kanak di bawah 6 tahun & OKU = Percuma
Dewasa (13 tahun ke atas) = RM30
Kanak-kanak (4-12 tahun) = RM15
Perkhidmatan bas perantara secara percuma juga disediakan untuk anda. Naik sahaja dari stesen MRT Putrajaya dan terus ke Anjung Floria.
Dengan kekerapan 30 minit sekali, shuttle bas di stesen MRT Putrajaya bermula jam 4.30 petang sehingga 10.00 malam. Manakala shuttle bas di Anjung Floria adalah bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 nalam.
Festival Lentera Putrajaya akan bergema dengan paluan kompang penuh bertradisi, penyeri acara, klasik dan istimewa oleh Komuniti Putrajaya.
Haa… jangan lepaskan peluang untuk saksikan formasi paluan kompang bergaya bertradisi sambil menghayati pencahayaan yang mempesonakan di Anjung Floria Presint 4 nanti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi yang belum tahu, Fjällräven Polar adalah ekspedisi merentas kawasan bersalji yang bermula dari Norway hingga Sweden melibatkan jarak sejauh 300 km menggunakan dog-sled. Sebelum kita bermula lebih jauh, mari kita baca serba sedikit mengenai ekspedisi Fjällräven Polar.
Segalanya bermula apabila Ake Nordin bertemu Kenth Fjellborg pada tahun 1990. Kenth merupakan seorang pemandu dog-sled profesional dan beliau pernah menyertai Iditarod, satu pertandingan dog-sled bertaraf dunia di Alaska. Bermula dari saat itu, Ake mendapat inspirasi bersama Kenth untuk mencipta satu ekspedisi serupa dengan Iditorad tapi boleh disertai oleh orang awam yang biasa yang bukan profesional. Pada tahun 1997, setelah segala proses dokumentasi dan persiapan berjaya disiapkan, ekspedisi Fjällräven Polar dilaksanakan di Scandinavian Arctic buat julung kalinya.
Apa yang mencabar mengenai ekspedisi Fjällräven Polar ini adalah peserta akan berdepan dengan cabaran yang datang dari pelbagai sudut seperti merentas kawasan bersalji tebal dengan suhu 30 darjah celcius di bawah paras beku. Selain daripada itu, pengetahuan dan kelengkapan yang digunakan oleh mereka juga akan diuji sama ada mampu untuk menempuh cabaran di kawasan bersalji sehingga berjaya ataupun tidak.
Bagi mereka yang menyertai ekspedisi ini, Fjällräven Polar memberikan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merasai pengalaman yang begitu mencabar limitasi mental dan fizikal kerana selama 6 hari ekspedisi, mereka akan tidur dan makan di kawasan yang dilitupi salji tebal. Sudah tentu ianya akan menguji kekuatan mental dan fizikal kerana tidak semua peserta akan datang dari negara yang bercuaca sejuk.
Lebih menarik mengenai ekspedisi Fjällräven Polar ini adalah kesemua 20 orang peserta akan diundi dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada 10 kategori iaitu Nordic East, Nordic West, Mediterranean, UK/Benelux, GAS, Central Europe, Asia, Asia/Ocenania, North America dan lain-lain. Dalam pada itu, ada juga penyertaan yang akan dipilih oleh juri yang dilantik oleh penganjur ekspedisi.
Selain itu, ekspedisi ini juga tidak akan berjaya tanpa dog-sled yang dipacu oleh anjing daripada baka Alaskan dan Siberian Husky. Sejumlah 200 ekor anjing akan terlibat untuk membantu para peserta menjayakan ekspedisi ini.
Ekspedisi Fjällräven Polar 2019 sejauh 300 km ini akan bermula pada 8 April hingga 13 April di Signaldalen, Norway di mana kesemua 20 peserta ekspedisi akan menunggang dog-sled merentasi Palstsa, Rastojaure, Kattuvuoma, Sevujarvi, sebelum berakhir di Vakkarajarvi, Sweden.
Sehingga kini, seramai 54 orang rakyat Malaysia telah mendaftarkan untuk menyertai ekspedisi Fjällräven Polar 2019. Antara nama yang berada di kedudukan 5 teratas adalah Azam Mohd Shidid (7,100 undi), Muqharabbin Mokhtarrudin (5,385 undi), Loe Fakhrul (1,538 undi), ArtChan Ali (744 undi), dan Rico Loo (461 undi).
Anda boleh lihat kesemua peserta Malaysia di sini.
Untuk pengetahuan semua, Malaysia berada di bawah kategori Asia/Oceania dan rakyat Malaysia akan bersaing dengan tujuh negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam. Buat masa ini, kategori Asia/Oceania didahului oleh Willy Kurniawan dari Indonesia dengan undi sebanyak 7,386 dan Azam dari Malaysia berada di tempat kedua.
Oleh yang demikian, dengan semangat Malaysia Boleh, marilah kita undi rakan-rakan kita dari Malaysia agar ada wakil dari negara bertuah ini ke ekspedisi Fjällräven Polar 2019! Tarikh tutup pengundian ekspedisi Fjällräven Polar 2019 adalah pada 13 Disember 2018. Boleh buat undian anda di sini.
Hujung minggu biasanya waktu untuk menghabiskan masa bersama keluarga atau yang tersayang. pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk acara bonding antaranya bercuti ke pusat peranginan, piknik di pantai atau air terjun dan banyak lagi.
Bukan aktiviti sebegitu sahaja yang boleh anda lakukan untuk eratkan lagi hubungan bersama keluarga dan teman-teman, bermain di karnival berbayar The World of Nickelodeon yang happening juga pasti menyeronokkan.
Spongebob SquarePants, PAW Patrol®, Rise of Teenage Mutant Ninja Turtles, Dora the Explorer dan Bubble Guppies merupakan sebahagian daripada The World of Nickelodeon yang kini sudah tiba di Malaysia.
Karnival berbayar The World of Nickelodeon yang bermula dari 28 April sehingga 23 Julai 2023 ini merupakan destinasi yang terbaik untuk semua golongan muda dan seisi keluarga untuk menikmati hari yang menggembirakan. Dengan keluasan 14,000 kaki persegi, dunia permainan yang menyeronokkan ini mempunyai 17 stesen menarik dan pelbagai peluang untuk anda merakamkan gambar anda di sana.
Anda juga akan berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis permainan antaranya melempar bola di Bubble Guppie’s Fisketbal Game, mencuba Teenage Mutant Ninja TurtlesVertical Challenge dan mencabari diri dengan permainan Dora Jungle Jump-a-thon. Selain itu, anda juga boleh berhibur di Slime Lounge sebelum meneruskan aktiviti seterusnya di Bikini Bottom Bubble Bash atau melakukan misi Mutant yang terakhir.
Bawa kamera anda dan bersedia untuk merakamkan seberapa banyak gambar di lokasi tayangan yang anda inginkan. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan watak-watak Nickelodeon kegemaran anda!
Anda boleh menempah tiket di www.my.trip.com dan nikmati hari anda dengan permainan menyeronokkan di The World Of Nickelodeon sepanjang hari terutamanya pada hujung minggu!
Waktu Operasi
Tarikh : 28 April 2023 – 23 Julai 2023
Masa : 10.00 pagi – 9.40 malam
Tempat : Let’s Play @ Pavilion Bukit Jalil Level 5, Lot No. 5.85.00
Harga Tiket:
Dewasa RM16 (Isnin-Khamis)
Dewasa RM26 (Jumaat-Ahad/Cuti Umum)
Kanak-kanak RM46 (Isnin-Khamis)
Kanak-kanak RM56 (Jumaat-Ahad/Cuti Umum)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi pencinta buku dan seni bina klasik, Livraria Lello antara lokasi yang wajib dimasukkan dalam senarai kunjungan ketika bercuti ke Porto, Portugal.Bukan sekadar tempat...