Sempena musim cuti sekolah ini, menarik juga jika anda membawa seisi keluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor.
Namun, sebelum berkunjung ke Pulau Pangkor, elok ketahui tip untuk bercuti di sana seperti yang dikongsikan oleh Sis Hawa ini.
Menurutnya ada 5 tips untuk bercuti di Pulau Pangkor, mungkin sangat berguna untuk anda yang pertama kali sampai ke sini.
5 Tip Bercuti Di Pulau Pangkor
1 . Macam mana nak ke Pulau Pangkor?
Cara nak ke pulau pangkor tidaklah terlalu susah. Untuk pergi ke Pulau Pangkor, kita perlu menaiki feri. Jangan risau kerana terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petang.
Perkhidmatan feri yang bermula dari pagi hingga ke malam ini sangat memudahkan pelancong. Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. Kompleks Jeti Marina Island yang baru di bina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor.
Untuk harga feri pergi balik antara Marina – Pangkor – Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.
2. Pilih tarikh yang sesuai
Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini. Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum.
Ads
Andainya terpaksa datang bercuti hanya pada waktu cuti umum itu juga, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang agak ramai.
3. Tentukan cara dan kenderaan untuk ke sana
Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut.
Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.
4. Ketahui tempat menarik di Pangkor
Di Pulau Pangkor ini ada banyak juga kesan peninggalan sejarah. Pemandangan di sini juga cantik. Kerana itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Pastinya percutian sekeluarga akan lebih sempurna.
Tempat Menarik Di Pulau Pangkor
Kota Belanda
Ads
Pulau Sembilan
Batu Bersurat
Tortoise Hill
Galeri Panorama Pangkor
Pantai Teluk Nipah
Pekan Pangkor
Ads
Teluk Ketapang
Masjid Terapung Pulau Pangkor dan banyak lagi.
5 . Aktiviti siang dan malam di Pulau Pangkor
Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.
Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil berbbq, nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.
Dengan pelbagai aktiviti yang ada siang dan malam di Pangkor, pastinya pengalaman percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor akan terasa sangat pantas.
Dikenali sebagai saudara Nizam, dia kongsikan bersama pembaca LIBUR tip dan pengalaman menarik membawa 25 orang kita untuk menjelajah beberapa bahagia wilayah di China. Kalau anda bercadang untuk lakukan trip dengan kawan-kawan yang ramai atau dalam group yang besar, boleh jadikan percutian backpack mereka ini sebagai panduan.
.
Bukan pengalaman yang menyeronokkan apabila anda sebagai ketua rombongan ‘jatuh sakit’ ketika melancong diluar negara. Kejadian ini berlaku ketika saya membawa 25orang kawan kawan secara backpackers selama 9 hari melancong ke beberapa bandar di China.
Perancangan rapi yang dibuat selama setahun untuk kami bersama-sama terokai beberapa lokasi menarik di negara yang diperintah oleh Parti Komunis China (CPC) ini. Route perjalanan 9 hari kami akan menjejaki dua wilayah Yunnan dan Hunan bersama-sama rakyat China yang ketika itu meraikan sambutan 70tahun negara mereka.
.
.
.
Antara lokasi pilihan kami:
LIJIANG
1.First Bend Yantze River
2.Tiger Leaping Gorge
3.Lijiang Oldtown
4.Jade Snow Mountain
5.Blue Moon Valley
6.Shuhe Oldtown
KUNMING
1.Masjid Yongning
2.Luoshiwan International Trade City
ZHANGJIAJIE
1.Wulingyuan
2.Zhangjiajie National Park
3.Zhangjiajie Glass Bridge
4.Bailong Elevator
CHANGSHA
1.Eye of Changsha – Changsha Ferris Wheel
Trip bermula dari bandar Kunming, dimana kami beramai-ramai menaiki keretapi malam untuk ke bandar Lijiang yang mengambil masa 9 jam perjalanan. Pengalaman tak berapa nak sedap aku ini bermula selepas kami sampai ke stesen keretapi Lijiang ketika itu sehinggala hari terakhir di bandar Changsha!
Demam, batuk dan hilangnya suara sememangnya pengalaman sukar buat saya khususnya untuk merangka perjalanan yang sudah diaturkan untuk kawan-kawan saya ketika itu.Mujur mereka semua faham akan situasi saya ketika itu. Kawan-kawan yang sporting ini juga sebenarnya sedikit sebanyak meringankan segala kesulitan dan beban yang anda alami.
Pastikan segala senarai ubat-ubatan yang perlu dibawa diperiksa di Malaysia dahulu sebelum anda melancong keluar negara.Bercerita mengenai lokasi yang kami sampai, sememangnya dengan pemandangan cantik dan juga keterujaan kami disemua lokasi ini membuatkan perjalanan 9 hari ini tidak cukup!
FIRST BEND YANTZE RIVER
Sekirannya anda dalam perjalanan ke Tiger Leaping Gorge, lokasi wajib ini harus anda singgah. Ianya terletak berdekatan bandar Shiwu Lijiang.Dikatakan panjang keseluruhan sungai Yangtze ini bermula dari pergunungan Tibet sehinggala ke bandar Shanghai. Sesuai dilawati pada bulan April sehingga Julai, kerana cuaca dan panorama yang disajikan tersangat ohsem.
TIGER LEAPING GORGE (TLG)
Ini lawatan aku kali kedua secara backpack kesini selepas pertama kali datang pada tahun 2016. Kalau dulu aku daypack kesini mengunakan trail dari Lower ke Middle Gorge dan x overnite.Untuk trip 2019 ini plan asal aku, aku akan start dari UpperMiddleLower kalau diizinkan.
Bagaimana nak ke TIGER LEAPING GORGE (TLG)
Bole sesat x kat sini?
– Korang akan sesat kalau korang leka ambil gambar x abis abis. Jangan risau…trek disini jelas dan ada signboard arah mana korang nak pergi.
JADE SNOW MOUNTAIN
Dengan ketinggian 5600meter gunung ini adalah gunung tertinggi di Lijiang. Ianya terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari bandar Lijiang. Anda perlu atau wajib mendapatkan botol oksigen bagi mengelakkan serangan AMS (Altitude Mountain Sickness)
Disini juga anda akan disajikan pemandangan glacier ketika berada dipuncak gunung! Jangan lupa claim medal kejayaan diatas nanti.
BLUE MOON VALLEY
Terletak dikaki gunung Jade Snow Mountain lokasi ini amat mudah sampai kerana semua bas yang turun dari gunung akan terus menuju kesini. View disini sememangnya terbaik. Lembah yang menyaksikan landskap gunung JDSM. Secara peribadi, lokasi ini merupakan antara tempat yang paling cantik pernah saya lawati walaupun kali terakhir datang pada tahun 2016.
Kaki-kaki selfie tegar pasti sukakan tempat ini.
SHUHE OLDTOWN
Bandar tertua kedua selepas di Lijiang ini sememangnya cantik dengan dihiasi bangunan bangunan lama berusia ratusan tahun! Juga terdapat didalamnya tali air yang jernih yg disalur terus dari kolam berhampiran. Kaki kaki shopping harus bersedia dengan wang saku yang banyak kerana banyak kedai-kedai untuk anda melontar disitu.
BANDAR KUNMING
Setelah mengharungi 9jam perjalanan dari Lijiang, saya membawa group untuk berehat seterusnya membersihkan diri mereka di salah satu, Masjid Yongning yang terletak dikawasan Jinbi Road. Kemudian membawa mereka ke wholesale kedua terbesar didunia, Luoshiwan International Trade City. Pelbagai barangan menarik dan keluasan bangunan ini boleh mengakibatkan anda sesat pada bila-bila masa. Sehari pun tak cukup untuk ’round’ semua. Maka bershoppinglah anda sampai ke kepingan wang CNY terakhir!
ZHANGJIAJIE NATIONAL FOREST PARK @AVATAR MOUNTAIN
“PLANET MOST UNUSUAL GEOGRAPHY BILOGICAL ECOLOGY WONDERS” Memang dah lama simpan impian untuk datang kesini selepas terpaku melihat imej fantasi CGI yang difilemkan dalam animasi Filem Avatar. Selepas kajian demi kajian dan juga menGoogle jikalau wujud ke tempat2 sebegini, dan sememangnya wujud! Terletak di kawasan tengah China, Taman Negara Zhangjiajie yg super luas ni memang popular untuk kaki2 travel selepas filem Avatar (2009) keluar. Selain pemandangan yang TERBAIK, terletak juga lift outdoor paling tinggi di dunia, jambatan gantung kaca paling panjang & tinggi di dunia dan juga kereta kabel paling panjang di dunia.!! kira semua menDunia jela kat sini. Tiket masuk yang agak mahal dan boleh digunakan 4 hari bagi anda untuk ‘cover’ the whole area. Taman negara ini mendapat pengiftirafan dan bertaraf 5 bintang negara China dan salah satu dari UNESCO World Heritage site dan juga diiktiraf “World Geological Park” pada tahun 2004. Juga lebih dikenali sebagai ‘Hallelujah Mountain di dalam movie Avatar.Tapi korang jangan harap akan jumpa naga naga atau burung burung terbang sana sini. Tapi korang akan hadap orang orang seperti dalam citer Avatar itu kat sana.
.
.
.
.
.
CHANGSHA FERRIS WHEEL
Kami hanya singgah bergambar ketika melalui kawasan ini ketika mencari masjid Changsha. Kami menamatkan perjalanan 9 hari di China ini melalui airport Changsha.
Dan aku sambung demam dan batuk seterusnya di Malaysia selama 3 minggu berikutnya.
Ini beberapa tips untuk melawat ke Taman Negara yg super besar bagi aku.
Penginapan/pengangkutan di Zhangjiajie?
Lain lain perkara?
Bawa bekalan makanan HALAL or jajan untuk bekalan anda disitu. Since takde makanan halal kat atas gunung tu. unless korang berpuasa atau nak berlapar je. KALAU XNAK PENING KEPALA, PM JER SAYA
.
.
.
Sumber: FB: MOHD NIZAM ZAMBARI / IG: nijaamz
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Untuk menikmati momen percutian bersama keluarga tidak perlu ambil masa berhari-hari, cukuplah hanya sekadar daytrip saja.
Seperti perkongsian keluarga ini Amirah Razali yang mengambil masa sehari untuk membawa anak-anaknya berjalan dari JB ke Kluang dan balik semula ke JB dengan menaiki pengangkutan awam, train KTM.
Bajet pun tidak terlalu besar dan paling penting jimat masa dan tenaga. Apa yang penting dapat luangkan masa bersama keluarga sempena cuti perayaan tahun baru Cina yang lalu.
JB – Kluang – JB Memang tak plan pon nak pergi mana cuti CNY haritu. Anak-anak asyik tanya bila nak naik keretapi lagi. Jadi hari Rabu yang lepas kami 5 beranak decide nak Daytrip ke Kluang menaiki keretapi.
Tiket keretapi dari Stesen Kempas Baru ke Stesen Kluang (return ticket) – Dewasa RM26 – Kanak-kanak atas 4 tahun RM22 – Beli tiket kat sini https://online.ktmb.com.my – Kereta kami parking kat Stesen Kempas Baru. Yang ni free parking seharian.
Itinerari JB – Kluang – JB menaiki – Bertolak ke Kluang jam 7:23 pagi – Kiteorang ambil train pagi sebab nak breakfast kat Kluang Rail Coffee – Tiba di Kluang jam 8:56 pagi – Kena turun dari stesen baru tingkat atas ke bawah stesen lama. Tengok dah ramai yang beratur kat Kluang Rail Coffee tu tapi still consider pendek. Jadi beraturlah kami anak-beranak tak saboo nak sarap. – Jam 9:50 pagi baru dapat tempat kat Kluang Rail Coffee ni – Beratur kat luar makin panjang & panas. Jadi kalau korang nak sarapan kat sini plan perjalanan anda sebaiknya.
Memandangkan dah beratur lama kan jadi kita order – 6 bungkus Nasi Lemak – 4 bungkus Mee Siam – 2 Bun Bakar – 2 biji telur separuh masak – 1 set Cucur Bilis – 1 Lontong – 2 Honey Lemon Total RM38
– 11.00 pagi kita berjalan ke Laman Kreatif Kluang – Ada susur alur gajah berbumbung. Jadi tak lah kena panas matahari terik. Dekat je nak jalan santai-santai dalam 10 minit dari Stesen KTM Kluang. – Lepas dah puas bergambar 12:30 tengahari kami ke Bawah Kolong – Makan tengahari pula. Banyak pilihan masakan kampung kat sini. Kami pilih meja yang berada di bawah kolong hehehe sangat selesa & nyaman je menikmati makan tengahari kami. Owner kak su pon peramah. Total 5 beranak makan RM40
– Jam 2:00 petang call grab untuk ke Masjid Jamek Kluang untuk bersolat & bersihkan diri. Dah selesa semua & dah rehat jap jadi kita teruskan perjalanan ke UK Farm Resort. – Tiba jam 4 petang di UK Farm Resort – Aktiviti sekitar 2 jam antaranya: – Bagi kambing makan & susukan baby kambing – Minum susu kambinG – Nak beli nanti dia packingkan cantik-cantik dalam kotak kabus siap letak ais memang tahan sampai ke JB – Bagi ayam makan – Bagi rusa & burung unta makan – Ada arnab – Tengok burung merak – Persembahan dari Orang Asli – Anak-anak memang enjoy di UK Farm Resort
– 6:00 petang bergerak pulang. Ada no grab standby yang disediakan oleh pihak UK Farm. – Jam 6:50 petang Tiba di Stesen KTM Kluang untuk bergerak pulang ke JB – Ingatkan lama nak tunggu balik sebab ambil tiket balik dah nak malam tapi rupa-rupanya kejap je masa berlalu ya tahu-tahu dah kena kejar keretapi nak balik hehehe – Dalam ketapi anak-anak main UNO hehe! Anak-anak memang happy!! Bukan jauh atau dekat jadi ukuran. Bak kata pepatah “It’s not the destination, it’s the JOURNEY!
‘More to Discover’ boleh dikatakan di Kuching, Sarawak ada segala-galanyanya untuk diterokai. Ibu negeri Bumi Kenyalang ini sering menjadi destinasi pilihan pengunjung dalam negara dan juga pelancong luar kerana mempunyai keunikan tersendiri, merangkumi kebudayaan, alam semula jadi, sajian dan kesenian.
Kalau datang ke Kuching kitak tau sik (anda tahu tak) tempat mana yang menarik untuk pergi? Kalau tidak tahu atau kurang pasti, nah.. ini cadangan Libur untuk kalian.
Kuching Waterfront menjadi kawasan tumpuan dan ‘bintang’ di Kuching dek keindahan ‘view’ samada pada siang atau malam hari. Pengunjung berpeluang melihat pelbagai sisi panorama dari kawasan ini seperti bangunan Dewan Undangan Negeri, Masjid India Terapung dan Jambatan Darul Hana. Ramai penduduk tempatan dan pengunjung luar bersantai dan mengambil angin di kawasan Kuching Waterfront menjelang matahari terbenam. Anda juga boleh cuba untuk berlibur menyusuri sungai atau ke kampung seberang membeli kek lapis Sarawak menaiki Sarawak River Cruise atau Perauk Tambang.
Jika anda minat akan sejarah, jangan lupa untuk melawat The Brooke Gallery yang terletak di Kubu Margherita. Anda pasti terpesona dengan bangunan warisan bersejarah yang masih kukuh dipulihara dengan baik. Binaan di Kubu Margherita ini dibina pada 1879 dan kini dikenali sebagai The Brooke Gallery yang menempatkan banyak dokumen dan artifak bersejarah negeri Sarawak.
Di sini terdapat sebuah bilik yang menempatkan tengkorak musuh yang telah dipenggal pada suatu ketika dahulu.
Tidak sah sekiranya datang ke Kuching tidak singgah bergambar dengan tugu kucing yang comel terletak dibulatan berhampiran dengan Plaza Sarawak. Tugu ini merupakan tugu kebanggan rakyat negeri Sarawak. Boleh dikatakan banyak cenderamata menggunakan imej tugu kucing ini sebagai simbolik negeri Sarawak untuk dijadikan kenang-kenangan.
Pada malam hari tugu kucing ini akan dilimpahi dengan sorotan lampu berwarna-warni yang begitu indah. Menurut lagenda, Kuching mendapat nama kerana kewujudan banyak kucing hutan yang kelihatan di sekitar sungai berhampiran suatu ketika dahulu.
Semua sedia maklum Sarawak kaya dengan destinasi flora faunanya tersendiri dan mempunyai hutan hujan antara tertua di dunia. Ia adalah aset penting dan berharga Bumi Kenyalang, sekali gus habitat kepada ribuan spesies tumbuhan dan haiwan. Seperti di Sabah, Sarawak juga terkenal dengan habitat orang utan liar di kawasan Semenggoh Wildlife Centre.
Masa yang sesuai untuk anda melawat pusat ini adalah pada jam 9 pagi dan 3 petang kerana ini adalah waktu makan untuk orang utan. Bilangan orang utan yang akan keluar pada waktu makan tidak menentu. Kalau anda bernasib baik, anda dapat menyaksikan beberapa ekor orang utan datang mengambil makanan. Kadangkala pengujung akan pulang dengan perasaan hiba kerana orang utan langsung tidak kelihatan terutama pada musim buah.
Selain alam semula jadi, Sarawak juga gah di mata dunia kerana dibina dan dibangunkan dengan penuh harmoni oleh masyarakat pribuminya. Biarpun terdapat 30 etnik berlainan termasuklah suku kaum Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan Penan mereka hidup dalam kelompok yang aman dan damai.
Semua kumpulan etnik ini memiliki bahasa, kebudayaan serta corak hidup tersendiri sejak zaman lampau, era pemerintahan James Brooke hingga merdeka. Antara keistimewaan dapat dilihat seperti pakaian, kraf tangan, makanan, gaya hidup, tarian dan kediaman tradisi pelbagai etnik berbeza.
Hendak merantau satu negeri Sarawak melihat setiap suku kaum mungkin mengambil sedikit masa. Untuk memudahkan anda mengetahui lebih lagi mengenai suku kaum ini, anda boleh berkunjung ke Sarawak Cultural Village. Di sini menempatkan replika pelbagai rumah kaum etnik Sarawak bersaiz sebenar. Selain melawat rumah-rumah tradisi ini, anda boleh merasai sendiri kepelbagaian budaya Sarawak seperti pemakaian kostum, juadah tradisi, mencuba alat sumpit, atau menari bersama kumpulan kebudayaan yang membuat persembahan setiap hari.
Sarawak Cultural Village adalah destinasi wajib dikunjungi sekiranya anda berada di Kuching.
Anda juga boleh melihat sendiri dan berkunjung ke rumah panjang sebenar di Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh yang berusia lebih 200 tahun. Terletak 85km dari bandar Kuching dan berada di kaki bukit Borneo Highland, suasana sekitar ini begitu tenang walaupun kampung tradisi ini semakin moden.
Rumah panjang ini sentiasa mengalukan kunjungan orang luar. Anda boleh memilih untuk meneroka kawasan sekitar ini seharian atau memilih untuk tinggal bersama penghuninya. Ucapan selamat datang dan hidangan tuak disediakan kepada pengunjung tatkala menjejakkan kaki di perkampungan ini sebagai simbolik kunjungan anda sangat dialu-alukan.
Terdapat pelbagai tarikan di sini antaranya Head House yang berusia 150 tahun, Kolam Air Panas,dan Air Terjun Tiga Tingkat. Nak lebih meriah, anda perlu berkunjung ke sini ketika Hari Gawai. Seluruh penduduk kampung akan berkumpul untuk merayakan perayaan ini dengan begitu meriah.
Membeli-belah di Sarawak juga merupakan aktiviti utama yang mesti dilakukan, selain menjanjikan pengalaman yang berbeza di mana pengunjung akan disajikan dengan pelbagai produk tempatan seperti cenderamata hasil kraftangan, produk kering juga bahan makanan basah untuk di bawa pulang.
Dengan rangkaian produk yang pelbagai, sesiapa sahaja yang berkunjung ke Sarawak pasti rambang mata untuk membawa pulang signature produk utama Sarawak seperti Kek Lapis Sarawak, Ikan Terubuk Masin, Sayur Midin, Lada Hitam dan juga hasil kraf. Bahkan ada yang mengatakan, jika produk-produk tersebut tidak dibeli, tidak lengkap rasanya kunjungan ke Sarawak.
Medan Niaga Satok merupakan pasar yang menghimpunkan pelbagai barangan keperluan harian di bawah satu bumbung. Menariknya di sini terdapat banyak gerai yang menjual ikan terubuk masin.
Ikan terubuk masin menjadi satu kemestian kepada mereka yang berkunjung ke Sarawak untuk membeli dan membawa pulang ke tempat masing-masing. Maka, tidak hairan jika seseorang itu melancong ke Bumi Kenyalang tidak akan lupa singgah membeli ikan terubuk masin yang banyak dijual di Medan Niaga Satok sebagai buah tangan untuk sanak-saudara serta sahabat handai.
Mungkin berasa segan untuk menghadiahkan ikan masin sebagai buah tangan atau ole-ole dari Sarawak tetapi jangan risau, kerana keenakan rasa ikan itu pasti akan menambat hati mereka untuk terus mendapatkan ikan-ikan terubuk masin ini. Kelebihan ikan terubuk masin Sarawak terletak pada jenis ikan dan teknik ketika memprosesnya. Ikan terubuk tempatan ternyata lebih berkualiti dengan isinya yang lebih cantik dan lebih segar berbanding ikan terubuk import yang sedikit tawar. Jangan risau jika ingin membawa pulang ke Semenanjung dan menaiki pesawat kerana kebanyakan pengusaha ikan terubuk masin di pasar ini mempunyai teknik tersendiri untuk melakukan pembungkusan ikan agar ia boleh dibawa masuk ke dalam pesawat tanpa mengeluarkan bau, basah dan ikan ini mampu bertahan dalam tempoh empat hingga lima hari di dalam kotak berkenaan.
Di Kuching, Sarawak ada menyajikan pelbagai juadah lazat seperti Nasi Beras Bario, Manok Pansuh, Laksa Sarawak, Mi Kolok, dan Midin Belacan. Semuanya ada disajikan di restoran serta medan selera di bandar-bandar utama. Pilih sahaja destinasi menjamu selera yang anda inginkan antaranya seperti di Restoran Lepau, Restoran Budaya Sarawak, dan Bukit Mata Seafood Restaurant Rooftop.
Bercerita mengenai Kuching, Sarawak memang tidak cukup ruang dan masa. Jom terokai Sarawak Bumi Kenyalang bersama keluarga, sahabat handai dan yang tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...