Memang heaven kalau dapat pergi travel tiap-tiap tahun, lagi-lagi saing dengan bestfriend atau family kan. Bergelak sakan melepaskan tekanan dan pergi jauh daripada kesibukan seharian.
Tapi tak semua orang bernasib baik nak pergi travel selalu sebab majoriti daripada kita bukannya orang have-have. Lagi-lagi dengan ekonomi sekarang ni yang agak terperanjat sikit, menyebabkan kos nak travel tu meningkat.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang pelik bila ada kawan-kawan kita boleh afford untuk melancong ke luar negara setiap tahun. Macam mana diorang buat? Okay, setelah membuat kaji selidik dan kajian secara berterusan, Libur ada lima cara untuk anda menyimpan wang supaya cukup untuk keluar travel.
Teknik duit ganjil
Memang ramai yang berjaya dengan cara ni dan Libur pun salah seorang yang mempraktikkan teknik duit ganjil. Kaedahnya, setiap kali anda ada duit terkumpul yang berjumlah ganjil seperti RM1, RM5, atau RM20 dibelakang tu, anda asingkan siap-siap dalam tabung simpanan anda. Contoh hari ni anda ada RM23, asingkan RM3 tu dalam tabung simpanan. Pada awalnya, memang susah nak kawal perasaan menabung ni. Rasa macam nak korek balik daripada dalam tabung, tapi anda kena berdisiplin. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengan tabiat menabung ini dan rasa sayang nak guna bila tabung tu dah nak penuh sebab hasil simpanan duit itu yang anda nak gunakan keluar travel bersama bestfriend atau family.
Ads
Main duit kutu
Duit kutu ni biasanya kena ada geng yang main sama-sama. Lagi ramai, lagi seronok dan bersemangat nak main sebab selain dapat ‘beranakkan’ duit, anda juga dapat menyimpan. Sistem duit kutu ni macam biasa, mengikut undian dan giliran siapa yang bakal terima duit terlebih dahulu. Lagi satu yang best main kutu ni, anda boleh rancang awal-awal, apa yang anda nak gunakan duit tersebut. Sama ada nak beli tiket flight atau bayar duit hotel.
Simpan dalam tabung yang susah nak buka
Ads
Dulu waktu kecil, ibu bapa kita selalu ingatkan dan memberikan galakkan untuk kita menabung. Tapi dalam masa yang sama, kita selalu korek balik duit tabung tu. Hahaha. Itu yang simpanan seciput je. Okay, lepas ni, pakai tabung yang memang susah nak buka. Contoh macam tabung tong gas. Cari tabung yang tak ada pintu nak keluarkan duit. Bila dah penuh, korang terpaksa gergaji besi tabung tu. Dengan cara ini, akan memalaskan anda untuk korek balik duit tabung tersebut dan hanya rajin berusaha nak buka bila tiba masa yang diinginkan sahaja. Hasil daripada tabungan tu boleh la gunakan untuk pergi travel.
Bagi pada orang yang dipercayaai untuk simpankan
Ads
Teknik ini kadang-kadang berkesan sebab anda akan berasa segan nak minta balik duit tu. Contoh, anda minta mak anda simpankan. Kalau tak tahu malu, minta la balik duit tu. Confirm, kena bahan. Hahaha. Tiap-tiap bulan, asingakn sejumlah kecil duit dan bagi kepada individu yang dipercayai itu untuk disimpan.
Teknik paksa rela
Ramai diantara kita dah tahu kebaikan menyimpan dalam ASB. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB juga salah satu cara untuk anda menyimpan dengan selamat. Anda akan mula rasa sangat rumit untuk menunggu di cawangan-cawangan ASB yang ada semata-mata nak keluarkan duit. Selain daripada itu, ASB juga memberikan dividen yang agak tinggi di hujung tahun. Lagi banyak anda simpan, lagi tinggi hasil yang anda bakal dapat.
Jadi, anda tak perlu lagi rasa sedih sebab mereput dekat rumah dan tengok kawan-kawan anda pergi bercuti. Anda juga mampu untuk ikut mereka kalau berusaha untuk menabung dan simpan wang secukupnya. Selamat berjaya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seorang wanita yang hampir 7 tahun menetap di Mekah ada berkongsi tip kepada umat Islam yang bercadang ke sana pada waktu tidak sesak.
Waktu tidak sesak dikatakan waktu yang memberi keselesaan lebih kepada keluarga yang mempunyai anak kecil untuk beribadat. Begitu juga untuk warga emas yang uzur, mereka tidak perlu bersesak-sesak dan dapat menjalani ibadat umrah dengan sempurna.
Namun tidak menjadi masalah jika anda memilih membuat umrah di sini ketika waktu sibuk. Dengan panduan dan tip ini mungkin boleh membantu anda merancang waktu umrah dengan baik mengikut pilihan masa senang anda.
Tahukah anda?
Bilakah masa Mekah dan Madinah sangat lapang tanpa sesak sehingga anda boleh berikhtikaf lama-lama di hadapan Kaabah di kawasan tawaf?
Dengan pengalaman saya yg tinggal di sini hampir 7 tahun, waktu terbaik utk bawa anak-anak kecil, ibubapa yang uzur atau sesiapa sahaja ialah pada Awal Muharram.
Pada bulan Muharram, visa umrah baru sahaja di buka oleh kerajaan Arab Saudi. Jemaah yang baru sahaja menunaikan haji pula sudah beransur pulang menjadikan Bandar Mekah dan Madinah sangat lengang. Bagaikan boleh bermain lari-lari di kawasan tawaf.
Di waktu ini karpet hijau akan dibentangkan di kawasan tawaf utk kemudahan jemaah berikhtikaf. Kanak-kanak kecil dari sekolah tadika sehingga sekolah rendah datang dengan rombongan sekolah melakukan tawaf sunat dan pelbagai pengisian rohani. Bayangkan kanak-kanak kecil ini dapat melakukan tawaf bersama-sama sahabat kecil mereka. Sambil tangan dibahu mengelilingi Kaabah. Comel sangat.
ps: Saya kongsikan pic awal Muharram tahun lepas. Adakah anda merindui Tanah Suci ini? Saya doakan anda semua diberikan peluang untuk datang lagi dan lagi, aminnn…
Pengembaraan dan lawatan bersama keluarga merupakan satu kepuasan yang tak terhingga. Apabila anak bongsu saya berumur 7 tahun saya bercadang membawa keluarga saya melawat ke luar negara. Bermula dari tahun 2007 setiap tahun saya lakukan lawatan ke luar negara bersama keluarga. Baru-baru ini saya melawat Mongolia buat kali kedua tapi anak-anak lelaki tidak dapat turut serta kerana masing tidak dapat cuti. Sepanjang lawatan saya ke luar negara, Mongolia terlalu istimewa dan menambat hati saya sekeluarga. Terlalu banyak tempat-tempat menarik dan ada yang tidak dapat di lihat di Negara-Negara lain seperti Nomadic life, Eagle hunter dan Rein deer herder.
Eagle hunter village di Bayan-Ölgii , Barat Mongolia Festival Helang Emas merupakan acara tahunan di Bayan-Ölgii, Mongolia. Pemburu helang Kazakh (Burkitshi) meraikan tradisi dengan memburu musang atau arnab liar menggunakan helang emas terlatih. Festival ini diadakan pada minggu pertama Oktober, dan dikendalikan oleh Persatuan Pemburu Helang Mongolia. Festival yang lebih kecil; Festival Helang Altai Kazakh juga diadakan setiap tahun di kampung terdekat pada minggu terakhir September.
Klik gambar
Melawat puak (Dukha) Pengembala Rusa di Khovsgol ,Utara Mongolia Puak pengembala rusa terdiri daripada kumpulan pengembara kecil, yang masih mempertahankan cara hidup tradisional. Mereka dikenali sebagai Tsaatan, tsachin atau Dukha. Puak pengembala rusa terbahagi kepada dua grup, Barat Taiga dan Timur Taiga. Kedua-duanya boleh dilawat dari pekan Tsagaan Nuur (guna kereta) atau dari Renchinlhumbe (dari Tasik Khovsgol via kuda atau berjalan kaki)
Jika anda mahu kesini sebagai kawan untuk memahami tradisi dan cara hidup lama mereka, anda dialukan datang. Jika tidak, batalkan niat anda. Untuk melawat puak pengembala rusa, anda perlu memberi notis dahulu secara emel ke reindeer@hovsgol.org dengan memberitahu:
tujuan melawat
jumlah orang yang datang
jangkaan lawatan
tarikh sebenar kedatangan anda
Informasi anda akan ke pusat NGO Mongolia, di Ulan Bator & di Muren, supaya dapat dipanjangkan melalui telefon, telegram atau mulut ke mulut ke Tsagaan Nuur & taiga. Sistem ini bukanlah yang sempurna, jadi anda mungkin mendapat maklumbalas atau tidak, namun anda akan mendapat emel dari NGO, Taiga Nature atau Reindeer Cooperative. Jika tiada maklum balas, sila datang, namun jika ada permintaan untuk mengubah tujuan datang, jumlah orang, atau tarikh kedatangan, maka anda diminta menghormati permintaan ini.
Tiada bayaran dikenakan bagi melawat taiga namun anda digalakkan membawa cendera hati seperti:
1. Makanan dan minuman, jangan bawa alkohol 2. Sediakan sendiri makanan dan khemah. Jangan harap untuk bermalam di khemah mereka. 3. Bawa berkalan ubat yang umum seperti pembalut luka, ubat sapu untuk diberi kepada mereka 4. Rokok, bateri, garam, tepung, dan gula-gula juga digalakkan beri kepada mereka 5. Ambil foto hanya pada hari kedua di taiga. Berkenalan dengan mereka dahulu pada hari pertama.Dan selalu bertanya dahulu.
Klik gambar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terengganu akan memperkenalkan pasar terapung sebagai suatu lagi produk yang menambahkan keunikan bandar raya ini sebagai tarikan terbaharu terutama kepada pelancong luar. Kuala Nerus ‘Floating Market’ akan menjadi destinasi tarikan yang pertama pasar terapung di negeri Terengganu.
Walaupun masih dalam peringkat cadangan namun lokasi di Seberang Takir adalah lokasi paling strategik untuk tujuan tersebut. Ini kerana, Seberang Takir mempunyai panorama yang agak indah untuk dilakukan aktiviti sebegini. Ditambah dengan kawasan yang berlatarkan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang perlu dimanfaatkan.
Usaha yang dijangka menarik lebih ramai pelancong itu turut melibatkan perkhidmatan bot penambang sekali gus mampu mentransformasikan pengangkutan tradisi yang telah berusia lebih 60 tahun itu.
Penduduk tempatan negeri ini juga bakal menikmati suasana seperti berada di pasar terapung yang boleh didapati di Kampung Pulau Suri di Kelantan dan seperti pasar terapung Klong Hae di Hatyai.
Bagaimanapun, konsep pasar terapung Seberang Takir mungkin menampilkan sedikit kelainan daripada pasar terapung biasa dan ia masih belum diputuskan jawatankuasa terbabit.
Harap-harap cadangan ini cepatlah menjadi kenyataan. Zaman sekarang, apabila ada sesuatu destinasi yang menjadi tular pasti ramai akan datang ke lokasi tersebut.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...