New Zealand, negara indahnya dengan keadaan muka bumi luas dan gunung ganang yang memukau pandangan. Ramai yang menjejakkan kaki di New Zealand pasti bercadang untuk kembali lagi kerana masih ada banyak tempat yang perlu diteroka.
Ini sedikit perkongsian daripada saudari Nur Amanina Binti Shukor, cadangan mengenai lokasi wajib singgah ketika bercuti di New Zealand.
New Zealand dipilih sebagai lokasi percutian kerana ia terkenal dengan pemandangannya yang sangat indah, sesuai dengan tujuan percutian kali ini yang lebih kepada merehatkan minda serta lari sebentar dari kesibukan kerja.
Memilih syarikat penerbangan Malaysia Airline, saya serta beberapa ahli keluarga yang lain telah menempah tiket seminggu sebelum percutian dengan harga RM2600.00 seorang untuk perjalanan pergi balik Malaysia dan Auckland, New Zealand.
Kami berangkat dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 11.20 malam. Perjalanan mengambil masa selama 10 jam dan kami selamat tiba di Auckland Airport, New Zealand pada jam 12.00 tengah hari. Dengan menaiki Super Shuttle atau van yang telah ditempah dari Malaysia melalui atas talian, kami bergerak ke rumah apartment di tengah bandar Auckland bersebelahan dengan Sky Tower. Harga perkhidmatan Super Shuttle adalah NZ$55, sedikit murah berbanding teksi NZ$70.
1. Mission Bay
Dengan mengikut itinerari yang disusun, kami pergi ke Mission Bay pada hari kedua dengan menaiki Uber berharga NZ$16. Perjalanan dari Auckland ke Mission Bay mengambil masa 15 minit sahaja. Ini merupakan salah satu tempat yang disyorkan sekiranya anda bercuti di New Zealand.
Ads
Pantai yang cantik, dengan pasir putih serta rumput yang kehijauan semestinya dapat memberi ketenangan jiwa. Di sini terdapat banyak pilihan kafe dan outlet makanan, kami tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera di kedai Fish & Chips serta menikmati pencuci mulut, kek dan aiskrim. Setelah hampir seharian berada di sana, kami pulang semula ke Auckland untuk berehat.
2. Chrischurch
Hari seterusnya, kami berangkat ke Chrischurch menaiki Jetstar, dengan harga tiket lebih kurang RM400 seorang dan perjalanan mengambil masa 1 jam 40 minit. Setibanya di Chrischurch, kami menguruskan hal pengangkutan dengan menyewa campervan dari Syarikat Juicy dan terus bergerak ke Timaru yang mengambil masa 2 jam 30 minit.
Kami merancang untuk melakukan roadtrip dengan menggunakan campervan kerana ia merupakan cara yang paling efektif, dengan kemudahan yang disediakan seperti katil, meja makan serta dapur masak. Di Malaysia biasanya disebut sebagai caravan di mana ia adalah seperti kontena yang diubahsuai menjadi mini rumah, tetapi bezanya ia perlu ditarik menggunakan kenderaan.
3. Timaru Kami memilih campsite Timaru Top 10 Holiday Park sebagai lokasi penginapan dan kami berasa seperti berada di rumah sendiri kerana kemudahan yang lengkap termasuklah bilik mandi, dapur, dobi dan lain-lain. Di sini, kami dapat berkenalan dan beramah mesra dengan pengunjung dari pelbagai negara. Masing-masing tidak dapat melelapkan mata pada waktu malam kerana suhunya yang mencecah -3 Darjah Celcius.
Ads
4. Queenstown
Dari Timaru, kami meneruskan perjalanan ke Queenstown yang mengambil masa selama lebih kurang 4 jam dengan menaiki van dan perkara yang paling menarik ialah kami telah melalui kawasan berbukit-bukau yang sangat indah, dengan tasik serta ladang biri-biri dan lembu yang terbentang luas.
Lokasi penginapan jenis standard cabin dipilih di Queenstown Top 10 Holiday Park, dimana penghuni di kabin ini harus berkongsi dapur serta tandas bersama pengunjung-pengunjung lain. Bagi sesiapa yang ingin memasak, anda tidak perlu risau kerana ruangan yang disediakan sangat luas dan bersih. Penghuni hanya perlu membawa peralatan memasak seperti kuali dan lain-lain.
5. Skyline Gondola
Queenstown adalah sebuah bandar yang dikelilingi tasik dan banjaran gunung yang indah dan antara tempat yang harus dikunjungi ialah Skyline Gondola. Ia boleh dikatakan seperti kereta kabel yang membawa pengunjung ke puncak bukit untuk melihat keindahan bandar Queenstown.
Ads
Harga Skyline Gondola adalah NZ$39 untuk seorang dewasa. Pemandangan yang kami lihat sepanjang menaiki gondola sememangnya tidak akan kami dapat lupakan kerana ia sungguh indah tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
6. Lake Tekapo
Keesokan harinya, kami bergerak ke Lake Tekapo dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Lake Tekapo merupakan tasik kedua terbesar di New Zealand dan ia merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana pemandangannya yang sangat cantik dan luar biasa dengan air tasik yang berwarna seperti cahaya kebiruan, tanah rumput yang cantik, serta kelihatan dari jauh gunung yang disaluti salji. Kami sekeluarga meluangkan masa bersantai di tepi tasik sambil menikmati keindahan suasana. Selepas hampir 2 jam berada di sana, kami pulang semula ke Chrischurch.
7. Geraldine
Dalam perjalanan dari Lake Tekapo ke Chrischurch, kami singgah di Geraldine yang merupakan sebuah perkampungan kecil terletak jauh dari kawasan bandar. Setibanya di pekan Geraldine, kami terus ke The Barker’s Shop iaitu kedai menjual pelbagai jenis jem, chutney, sos dan bermacam-macam lagi.
Sesuai lah untuk dijadikan sebagai buah tangan atau ole-ole apabila pulang ke Malaysia nanti. Setelah selesai membeli-belah, kami teruskan perjalanan ke Chrischurch untuk menetap di sana semalaman sebelum pulang ke tanah air.
8. Auckland
Sejak dari awal pagi lagi, kami telah bergerak ke Auckland dengan menaiki Jetstar dan setibanya di Auckland Airport, kami menunggu beberapa jam lagi untuk menaiki penerbangan ke Malaysia. Berat hati mahu meninggalkan negara sejuk ini, walaubagaimanapun kami pasti akan kembali lagi ke sana dengan membawa lebih ramai lagi ahli keluarga lain.
Selamat tinggal New Zealand, terima kasih untuk segala kenangan manis dan memori indah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Camping adalah percutian alaf baru yang menjadi pilihan banyak keluarga pada hari ini. Dah ada kelengkapan lengkap untuk camping, tinggal cari sahaja campsite yang sekarang memang tumbuh bagaikan cendawan.
Nak rasai sendiri pengalaman setiap campsite memang kena menginap sendiri di satu-satu tempat, paling menjadi pilihan adalah yang berdekatan dengan sungai dan dikelilingi hutan yang masih belum diteroka.
Wel Loren merupakan camper yang sering berkongsi pengalaman setiap kali menginap di campsite yang baru. Terkini dia dan keluarga ke Kebun Atok Gonen yang terletak di Gopeng, Perak.
Lokasi kali ini cukup menenangkan kerana kedudukannya yang berdekatan dengan sungai. Namun menurut Wel disebabkan cuaca hujan, air sungai sedikit naik namun ia terkawal. Malah kali ini perkhemahannya juga meninggalkan kenangan manis apabil sempat beramah mesra dengan camper yang lain yang turut menginap di campsite tersebut.
Wel turut berkongsi kemudahan yang disediakan di tapak perkhemahan tersebut untuk camper yang lain jadikan rujukan. Ikuti perkongsian Wel Loren dalam group Facebook Family Camping Malaysia.
3H2M (14hb – 16hb Mei 2022)
Campsite Kebun Atok Gonen (+60 11 1246 6509).
Pengalaman manis dan mencabar bercamping di sini.
– Owner sangat ramah.
– Paling best, SEMUA jiran campers THE BEST! First time dapat berchit-chat lama-lama !
– Malam pertama air sungai sedikit naik.
– Tandas – BERSIH! Air paip.
– Genset (untuk charge phones & small appliances only).
*****************************
*CopyPaste daripada Owner*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !
Secara rasminya Camp Site kami telah dibuka
Kawasan kebun jauh dari hiruk-pikuk kota.
Mempunyai satu sungai yang sesuai untuk aktiviti riadah kanak-kanak dan juga dewasa.
Boleh juga memancing bagi pengemar aktiviti memancing.
Lokasi : Kg.Chulek,Gopeng Perak ( anggaran 5minit ke lokasi jika keluar dari tol gopeng)
Sewa : RM50 bagi satu khemah (max 5 person) RM 10/person jika ada tambahan
Deposit pengurusan sampah : RM 10
Daytrip : RM 5/pax Dewasa dan RM 3/pax Kanak-kanak
RM 30 per khemah ( jika buka khemah )
*Kemudahan* :
Tandas
Sungai
Fire pit
Parking
Line HP
Keselamatan
Ruang solat
Elektrik (ganset disediakan)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika orang lain leka mengambil kesempatan bercuti setelah diberi kebenaran rentas negeri dengan mendengar deruan ombak yang menyisir pantai di mana-mana pulau sekitar Malaysia.
Tetapi bagi Puan Nur Elif mengambil ksempatan untuk bercuti secara camping sambil merasai pengalaman melihat keindahan alam semulajadi.
Apatah lagi dapat merasai kedingin cuaca sejuk tika mengabiskan percutian camping di Tanah Tinggi Cameron Highland.
Puas walaupun hanya dapat bermalam untuk 3 hari 2 malam sahaja di Kem Site Sg Pauh Cameron Highland.
Malah kos untuk bercamping ini juga sangat mampu milik apabila hanya dikenakan caj RM3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak per entry.
Manakala untuk bermalam pula untuk setiap dewasa dan kanak-kanak akan dicaj sebanyak RM10 bagi setiap malam.
Tidak ketinggalan juga turut dikenakan caj adalah untuk parking iaitu sebanyak RM5 per entry.
Kem Site Sg Pauh ini terletak di sebelah kampung taman sedia ada yang memang banyak kawasan homestay dan kedai makan berasaskan strawberi.
Kawasan ini terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang, iaitu kira-kira hanya 2 KM dari Pasar Malam Cameron Highland.
Menurutnya, cuaca juga akan jadi lebih sejuk pada sebelah malam dengan suhu mencecah 15 darjah selsius. Ibaratnya kucing pun tak mahu keluar dari selimut dek kerana kesejukan.
Tambah Puan Nur Elif, dia sangat recommended kawasan kem site ini bagi mereka yang mahu mencuba pengalaman percutian ala camping di tempat sejuk.
Selain itu antara aktiviti lain boleh dibuat adalah juggle trekking ke Parit Fall.
Bagi yang berminat untuk camping Taman Eko Rimba Sungau Pauh ini boleh terus hubungi sebarang pertanyaan:
Pegawai Hutan Daerah Raub / Cameron Highland 27600 Raub, Pahang
Tel: 09 – 3551 060
Tatkala hati dilanda resah dan mahukan ketenangan buat seketika, kunjungan ke AVANI Sepang Goldcoast Resort pastinya melegakan. Hanya 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 90 minit memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang lama untuk anda tiba ke sini.
Penulis berkesempatan bermalam di sini bagi merasai sejauh mana ketenangan yang diperkatakan. Setelah tiba, mata leka menyaksikan vila-vila mewah yang pastinya menawarkan keselesaan buat pengunjung. Tidak kurang itu susun atur perabot serta lantai kayu klasik melengkapi gaya resort mewah ini.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Pemandangan senja di AVANI Sepang.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Panorama Avani Sepang Goldcoast Resort memang menakjubkan. Dari anjung lobi, kelihatan deretan vila mewah yang dibina di atas air. Kesemua 392 buah vila ini membentuk pokok kelapa sawit jika dilihat daripada udara. Menampilkan vila-vila atas air di Selat Melaka serta menawarkan sebuah kolam renang infiniti, spa dan pilihan restoran untuk menjamu selera.
Hotel terapung ini yang menjadikan AVANI unik berbanding hotel-hotel yang lain.
Realitinya, ini ialah chalet terapung yang eksklusif dan memperlihatkan ciri-ciri reka bentuk Malaysia yang tersendiri. Pembangunan syurga pesisir pantai terpanjang di Asia ini meliputi kawasan muara Sepang Kecil dan Sepang Besar serta Pantai Bagan Lalang – Tanjung Rhu. Avani Sepang Gold Coast Resort juga menjanjikan sesuatu yang sangat unik dan istimewa merangkumi rumah kelab, bilik mesyuarat, pusat perniagaan, pusat rekreasi, pusat kesihatan, spa, gimnasium serta bilik penginapan yang menakjubkan di tengah laut Selat Melaka.
Nikmati bayu laut yang dingin serta pemandangan yang menakjubkan di ruang duduk luaran dan dalaman. Istimewa juga untuk ke bilik penginapan, anda dihantar dengan buggy. Jika sebagai pelawat biasa anda tidak mungkin dapat naik buggy ini apa lagi untuk meronda sekitar kawasan resort eksklusif ini.
Pengunjung boleh bersiar-siar di taman-taman berlandskap atau mendapatkan urutan yang menenangkan di spa. Manakala kemudahan-kemudahan rekreasi lain ialah seperti bicycle tour, gimnasium, smiley beach sports and activities seperti sailing, kayak, stand up paddle, windsurfing, cart sailing, speed sail, bocce ball, beach football, beach volleyball, sepak takraw, stretching, ping pong, darts dan lain-lain lagi. Disediakan juga yoga, power walk, kids club dan pelbagai pelbagai hiburan lain. Pendek kata, pengunjung tidak akan merasa rugi jika bertandang ke sini.
Menjamu selera
Bila Bila Restoran dan Buloh Bar menawarkan sajian sepanjang hari serta persekitaran yang santai untuk menjamu selera. Bagi pengalaman makan malam yang lebih intim, restoran Perahu dan restoran Stimbot menampilkan pemandangan indah bersama-sama dengan hidangan gourmet yang istimewa.
Cafe Sepoi-Sepoi pula memiliki aneka pilihan makanan dan minuman. Menunya terdiri daripada makanan Malaysia dan China. Dilihat daripada hiasan dalamannya Cafe Sepoi-Sepoi ini mengingatkan anda pada sebuah pondok besar dengan atap alang-alang rumbia. Dengan bentuk yang minimalis dan kafe ini sesuai bagi anda untuk bersantai sambil menikmati hembusan angin laut. Tentunya pengalaman bermalam di Avani Sepang Gold Coast Resort memberi memori yang sungguh bermakna buat penulis.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...