Peminat drama atau rancangan Korea, pasti terliur jika ada scene pelakon makan mee segera mereka yang dikenali sebagai ramyeon.
Muncul pula trend #spicyramenchallenge di media sosial, maka macam-macam aksi kepedasan dapat kita lihat apabila mee segera tersebut menyerang lidah.
Mesti ada diantara kita berasa ragu-ragu dengan status halal mee segera daripada Korea ini kan? kerana tak semua samyang yang halal berada di pasaran.
Jom kita lihat beberapa jenis samyang yang halal untuk anda cuba:
Samyang Spicy Ramen
Ads
Pasti ramai yang sudah mencuba mee segera Korea paling popular ini kan? Kini lebih mudah untuk mencari Samyang Spicy Korean Noodles di pasaran berbanding dulu dan sesiapa yang tak tahan pedas anda dinasihatkan sedia air minuman banyak sebelum makan.
Samyang Carbonara
Samyang Carbonara kini semakin menjadi kegilaan pencinta mee segera kerana kelemakkan susu bersama kepedasan mempunyai rasa yang seimbang dan kurang pedas. Korang boleh dapatkan sekarang dan cuba!
Nongshim Shin Ramyun
Ads
Sebelum kehadiran Samyang, Nongshim Shin Ramyun terlebih dulu mencipta popularitinya yang tersendiri kerana ia juga pedas dan menyelerakan.
Samyang Cheesy Ramen
Selain itu, Samyang Cheese menjadi kegilaan orang ramai kerana gabungan pedas dan masin membuatkan ia diminati. Tambah telur mata confirm bertambah sedap!
Ads
Samyang 2X Spicy Ramen
Jika anda rasa tahap kepedasan Samyang itu biasa-biasa dan mahukan yang lebih pedas, kini Samyang 2X Spicy Ramen muncul untuk mereka yang suka makan pedas. Hati-hati takut lidah anda terbakar!
Sekalipun ada ramyeon yang bertanda halal, anda perlu berhati-hati ketika membeli kerana ramyeon juga banyak yang diimport daripada beberapa negara, jadi pastikan ada tanda halal sebelum membelinya.
Apa yang paling penting, anda harus menyemak setiap mee segera jika ada logo halal Korea Muslim Federation Halal Committee atau tidak sebelum membelinya.
Belon udara panas terdiri daripada belon yang dikenali sebagai envelope yang mengandungi udara panas. Di bawahnya ialah gondola untuk membawa penumpang dan alatan seperti tong gas dan penala api. Udara yang dipanaskan dalam belon menyebabkan ia mengembang dan memiliki ketumpatan yang rendah berbanding udara luar yang lebih sejuk. Belon udara panas tidak boleh melepasi atmosfera bumi. Tidak seperti belon gas, envelope tidak perlu ditutup di bahagian bawah, kerana tekanan udara berhampiran bahagian bawah envelope adalah sama seperti di sekelilingnya.
Dalam sukan moden belon udara panas, bahagian envelope dibuat daripada fabrik nilon dan bahagian dalam belon (yang hampir kepada penala api) dibuat daripada material kalis api seperi Nomex. Belon udara moden datang dalam pelbagai bentuk unik dan diguna secara meluas sebagai medium iklan dan badan bebas.
Belon udara panas terdapat di seluruh dunia, terutamanya spot-spot hebat seperti Cappadocia Turki, Wadi Rum Jordan, Maasai Mara Kenya, Napa Valley Amerika Syarikat, Queenstown New Zealand, The Outback Australia, & Bagan Myanmar.
Namun kos ke sana sudah tentu tinggi. Membawa belon udara panas masuk ke Malaysia adalah cara terbaik. AKA Balloon telah berjaya mengacarakan 12 acara belon udara panas. Acara tahunan sebanyak lapan kali di Putrajaya dan diubah lokasi baru ke Desa Park City pada tahun ini. 3 lagi berjaya diadakan di Pulau Pinang. Di Malaysia terdapat beberapa pilot mengendalikan belon udara panas ini seperti Encik Sobri dari Kedah dan dua gadis Izzati & Atiqah Khairudin yang merupakan anak Allahyarham Kapten Khairudin Abd Rani (pilot belon udara panas pertama Malaysia). Izzati & Atiqah merupakan pilot belon udara panas wanita pertama Malaysia dan telah menamatkan jelajah Life On Air di semenanjung Malaysia pada Oktober 2016.
Foto: Izzati & Atiqah
Kedua-dua gadis menerajui syarikat belon udara panas di Malaysia dan terlibat dalam acara belon udara panas Malaysia selama ia diadakan. Mereka juga ini berimpian membuka sekolah belon udara panas dan mengembangkan acara ini sehingga ke Borneo.
Sambutan Aidiladha bakal disambut oleh umat Islam pada Ahad ini. Ramai yang mengatakan sambutan perayaan ini sangat meriah disambut di negeri Pantai Timur terutama negeri Kelantan.
Ini mendorong ramai penduduk luar Kelantan bersesak-sesak kembali ke Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadikan Kelantan padat sehinggakan perjalanan jarak dua kilometer mengambil masa sejam di beberapa kawasan perbandaran. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pula boleh mencapai 18 jam menjelang perayaan ini.
Oleh itu sempena perayaan Aidiladha Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai pakej 2A dari Kadok ke Ketereh akan dibuka sementara selama seminggu bermula hari ini.
Laluan berkenaan akan dibuka bermula jam 3 petang hari ini (Jumaat) sehingga 10 pagi 15 Ogos ini. Pembukaan sementara laluan ini dibuat bagi memberi kemudahan dan keselesaan pengguna jalan sempena musim perayaan (Aidiladha).
Bagaimanapun ia akan ditutup semula pada hari Khamis ini bagi urusan selanjutnya. Diharap pengguna dapat mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya
Malaysia Airlines mengurangkan operasi rangkaiannya secara menyeluruh susulan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara dari 18 hingga 31 Mac bagi membendung COVID-19.
Syarikat penerbangan itu telah menggantung penerbangan antarabangsa ke India mulai 17 hingga 31 Mac dan ke Filipina (21 hingga 31 Mac) berikutan larangan perjalanan yang dilaksanakan oleh kerajaan membabitkan perjalanan pergi dan balik dari Malaysia.
Sebelum perintah itu, Malaysia Airlines telah menggantung perkhidmatan ke Arab Saudi, Korea Selatan, Beijing Daxing termasuk laluan Kota Kinabalu-Shanghai disebabkan kawalan sempadan serta mengurangkan kapasiti ke Australia dan New Zealand berikutan dasar pengasingan yang dibuat oleh kedua-dua negara.
Malaysia Airlines juga terpaksa menyusun kembali penerbangan muatan rendahnya, sama ada membuat pembatalan atau menggabungkan mereka untuk menguruskan kos, dan pada masa yang sama, menguruskan jangkaan pelanggan. Sehingga ke hari ini, syarikat itu telah membatalkan lebih daripada 4,000 penerbangan.
Sebahagian daripada cabaran ini terpaksa dipikul oleh Pusat Hubungan Antarabangsa Malaysia Airlines, apabila ia menerima 25,000 panggilan sehari dan sehingga 2,000 e-mel setiap hari dalam tempoh tiga minggu.
Malaysia Airlines dengan ikhlas memohon maaf kepada penumpang dan amat memahami keadaan yang menyebabkan penumpang risau mengenai tempahan penerbangan mereka.
Selain itu, pejabat tiket syarikat penerbangan Malaysia Airlines di Nu Sentral telah ditutup mulai 18 Mac berikutan penutupan pusat membeli-belah di seluruh negara dan ia menggalakkan penumpang dengan tempahan melebihi 48 jam berikutnya untuk memulakan perubahan tempahan secara dalam talian melalui borang bantuan pengecualian COVID-19 di laman sesawang Malaysia Airlines.
Disebabkan oleh pengurangan keupayaan yang ketara, Malaysia Airlines dan semua syarikat yang bernaung di bawah operasi kumpulan itu turut menerima kesan, termasuk pergerakan penerbangan serta operasi lapangan terbang.
Majoriti tenaga kerjanya di peringkat global sedang bekerja dari rumah selaras dengan pelbagai keperluan kerajaan masing-masing bagi memerangi COVID-19.Ia akan terus mendukung piawaian keselamatan tertinggi dalam keseluruhan operasinya.
Selangor bukan sekadar terkenal dengan kafe hipster, pusat beli-belah dan lokasi percutian hujung minggu. Negeri ini juga ada banyak port makan kampung yang cukup...