Bertempat di aras 40 di Element Kuala Lumpur, TRACE restaurant and bar menawarkan lokasi makan dengan pemandangan menakjubkan. Bukan hanya menghidangkan makanan yang enak malah ia menjadi lokasi sempurna untuk melihat matahari terbit dan terbenam.
Area berdekatannya ialah Suria KLCC dan Aquaria KLCC berada dalam jarak 800 meter dari Element Kuala Lumpur by Westin. Restoran ini komited menghidangkan menu berkualiti dari bahan-bahan segar dan terpilih. Menurut Executive Chef Hashrul , pengunjung boleh mendapatkan menu seimbang sama ada hidangan tempatan mahupun western-fusion.
Berpengalaman luas dalam bidang kulinari mendorong Executive Chef Hashrul membawa pengalaman makan yang istimewa yang tidak akan terdapat di mana-mana buat pengunjung. Setiap menu diolah dengan teliti dari aspek kesegaran dan keenakan lalu dipersembahkan dengan penuh berseni.
Ads
Selaras dengan konsep Element Kuala Lumpur’s brand signature, restoran ini menawarkan menu segar dan sihat menepati keperluan gaya hidup pengunjung. Makan pagi terdiri daripada homemade granola, smoothies dan telur yang diolah istimewa.
Manakala menu tengahari dan makan malam, TRACE memperkenalkan menu a la carte signature antaranya sous-vide baby chicken, Nasi Kukus Ayam Berempah, Alaskan Cod dan Live Well Salad.
Ads
Pengunjung juga boleh mencuba variasi hidangan pencuci mulut termasuk TRACE’s Exotic Fruit, Lava Carrot Cake dan Earl Grey Chocolate Sphere.
Ads
Reka bentuk dalaman restoran ini mendapat sentuhan Avalon Collective Interior Design (ACID), tampil dengan gaya moden serta limphan cahaya semula jadi dari penggunaan tingkap bersaiz lebar. Penggunaan rainforest-green stone bertepatan dengan tema , tampil elegan dan unik bagi keseluruhan ruang restoran.
TRACE restaurant and bar dibuka pada setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 11.00 malam, menyediakan hidangan makan pagi secara bufet, makan tengah hari, makan malam dan koktel. Restoran ini turut menerima tempahan untuk acara tertutup seperti sambutan hari jadi, baby showers dan family gatherings.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pasti anda sudah terbiasa mendengar atau menyanyi-nyanyi sendirian lagu ‘Havana’ yang dinyanyikan oleh penyanyi Amerika Syarikat iaitu Camilla Cabello.
Havana merupakan sebuah bandar yang menjadi ibu negara untuk sebuah negara yang terletak di kepulauan Carribbean iaitu Cuba. Cuba merupakan sebuah destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dikunjungi dan seharusnya diletakkan dalam senarai negara percutiaan yang perlu lawati!
Menerusi perkongsiaan daripda Ayu Hasman ini diharap boleh memberi anda idea untuk bercuti di Havana akan datang.
Lost in Havana Oh Na Na
Saya ni mudah terpengaruh kalau tengok movie. Bukan terpengaruh dengan jalan cerita atau watak. Tapi lebih kepada terpengaruh dengan filming location sesebuah drama mahupun filem. Disebabkan terpengaruh dengan movie fast & furious dan kdrama encounter, saya pun tersampai lah di bandar Havana dengan tak sengaja.
Bukan sahaja tersampai dengan tak sengaja, malah tersuka, terpaut dan terjatuh hati dengan tak sengaja. Gittuuu…Secara jujurnya saya ni bukan lah jenis ‘city-person’. Saya lebih suka kepada kawasan pergunungan, laut dan hutan. Tapi bila sampai Havana, tak tau kenapa ada satu perasaan lain tetibe rasa ‘eh, bestnya tempat ni!’ Maybe sebab bangunan dia colorful kot. Terasa macam meriahnya hidup. Ditambah pulak dengan kehadiran kereta-kereta antik. Memang terbaik. Niat dihati nak try drive. Tapi driver kereta antik tu tak kasi la pulak. Dia kasi posing acah-acah drive je.
Disini saya share kan serba sedikit info dan tips mengenai Cuba & Havana:
Aktiviti menarik di Havana?
1. Berjalan tanpa hala tuju di Old Havana. Korang akan jumpa banyak lokasi dan bangunan insta-worthy.
2. Join antique car city tour (30CUC/car). Sambil dapat merasa naik kereta antik tahun 1950an, sambil tu juga korang berpeluang untuk tahu dengan lebih mendalam sejarah Cuba. Kebanyakkan pemandu kereta antik ni pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris. So time ni la korang boleh tanya macam-macam.
3. Menikmati secawan kopi Cuba. Perghh memang piaw terangkat. Dia punya likat memang tak boleh blah
4. Join salsa class / lepak layan salsa. Actually kebanyakkan tempat makan memang ada live performance salsa. So sambil makan, boleh la korang tengok dorang bersalsa. Cuma nak pesan, wajib untuk bagi tips walaupun korang sebenarnya taknak pun tengok dorang menari. Tipping adalah WAJIB
5. Setiap malam jam 9, di La Cabana Fortress akan ada satu ceremony cannon firing. Korang boleh tengok secara depan-depan tentera dorang berarak dan macam mana dorang pasang peluru meriam.
6. Aktiviti lain, korang google je la. Sebab yang lain tu tipikal tourist attraction. Hahaha
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa kini memperkenalkan promosi Malay Authentic Buffet Lunch dengan menawarkan masakan tradisional Melayu popular dari semua negeri di Malaysia.
Dihidangkan secara bufet untuk makan tengah hari (tujuh hari seminggu), sasaran promosi ini adalah bagi semua lapisan pelanggan dengan tawaran harga promosi menarik iaitu RM29++ berbanding harga asal RM38++.
Antara menu popular yang dihidangkan adalah Gulai Kawah Kambing, Masak Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan Pari, Masak Lemak Daging Salai dengan Pucuk Paku, Singgang Daging, Ikan Goreng Panas dan pelbagai lagi menu pilihan lain.
Tidak setakat itu sahaja, menu seperti Rendang Tok, Laksa Johor, Mi Rebus dan pencuci mulut iaitu tapai aiskrim.
Selain itu, Restoran Terapung D’Saji Titiwangsa turut menawarkan Gala Dinner & Cultural Show pada kadar promosi RM45++ berbanding harga asal RM62++ untuk semua pelanggan termasuk pelancong untuk menikmati hidangan di restoran ini.
Tidak hanya menu tradisional Melayu semata-mata, pelanggan juga patut mencuba Koay Teow Kambing, steamboat dan menu makanan laut lain yang turut disediakan secara bufet.
Jika datang pada waktu malam, pengunjung boleh menikmati hidangan makan malam sambil menikmati persembahan kebudayaan yang bermula pada jam 7 malam hingga 11 malam setiap hari.
Kemudahan dewan
Bukan sekadar menawarkan bufet sahaja, restoran ini turut menawarkan pakej perkahwinan bermula dari RM25++ per pax untuk jumlah tempahan minima 500 pax dan juga pakej untuk majlis keraian yang lain.
Di restoran ini terdapat tiga buah dewan banquet. Antaranya Dewan Rafflesia 500 orang, Dewan Anggerik 320 orang dan Dewan Tulip 300 orang.
Terdapat juga bilik mesyuarat iaitu Bilik Mayor yang boleh menempatkan 25 orang dan Bilik Safron seramai 70 orang.
Untuk majlis perkahwinan, helikopter dan kereta kuda juga boleh ditempah di sini untuk menyerikan lagi majlis bahagia dan mengabadikan kenangan terindah. Bagi majlis keraian lain seperti majlis hari jadi, perkhidmatan maskot turut disediakan.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Felda D’Saji Sdn Bhd, Ahmad Zaki Abdullah, menu yang diketengahkan ini akan terus dikekalkan dalam usaha mengangkat budaya Melayu.
“Sekiranya tiada halangan, selepas hari raya kita akan melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan secara terus.
“Konsep ini dilihat amat relevan dengan keadaan semasa. Kita akan mengekalkan masakan tradisional sebagai menu utama,” katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menjejak kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville di Tennessee, AmerikaSyarikat, penulis disambut dengan deretan kedai menjual CD muzik, cenderahati berkonsep‘cowboy’ dan instrumen muzik, malah gitar-gitar sebenar turut dipamerkan di beberapa sudut sebagai hiasan dalaman.
Muzik sudah dianggap sebagai ‘roh’ negeri Tennessee: bandar terkenal dengan genre muzik yang berbeza pula. Jika bandar Memphis lebih kepada genre rock-and-roll dan blues,genre muzik yang istimewa kepada bandar Nashville pula adalah muzik ‘country’.Terdapat banyak tarikan pelancong di Nashville yang mengetengahkan khazanah muziknya. Antara yang paling mendapat perhatian ialah Country Music Hall of Fame yang terletak di pusat bandar.
Muzium muzik popular yang terbesar di dunia,artifak di Country Music Hall of Fame meliputi instrumen muzik, kostum penyanyi selain pameran berkenaan sejarah muzik country sejak awal kemunculannya hingga kini, melibatkan nama-nama artis daripada Elvis Presley dan Johnny Cash hinggalah kepada Carrie Underwood dan Taylor Swift.Selain bahan pameran di muzium itu sendiri,pengunjung juga berpeluang menyertai lawatan keRCA Studio B, studio rakaman tertua di Nashville, dimana lebih 35,000 buah lagu telah dirakam di situ.Lawatan ke RCA Studio B hanya didapati menerusi pembelian tiket Country Music Hall of Fame sahaja.Seni bina Country Music Hall of Fame juga mempunyai maksud tersendiri yang istimewa,misalnya di hadapannya terdapat deretan tingkap diperbuat daripada kaca gelap yang menyerupai papan kunci sebuah piano.
Berhadapan Country Music Hall of Fame, terdapat sebuah taman bunga mini yang dikenali Music City Walk of Fame Park. Menyerupa iWalk of Fame di Hollywood, ia menghadiahkan sebuah ‘bintang’di taman itu untuk para penggerak industri muzik yang telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada industri. Antara nama-nama yang telah diabadikan disitu termasuk Elvis Presley, Martina McBride, Dolly Parton, Kid Rock,Keith Urban dan Jimi Hendrix.
Selang beberapa bangunan dari taman tersebut, sebuah lagi lokasi penting Nashville, Ryman Auditorium, boleh diakses dengan berjalan kaki sahaja. Dikenali dengan nama “Mother Church of Country Music”, pada asalnya ia dibina sebagai sebuah gereja pada tahun 1892. Antara tahun 1943 dan 1974, Ryman Auditorium telah dijadikan lokasi program hiburan radio dikenali sebagai Grand Ole Opry. Setelah siaran program itu berpindahke lokasi baru, Ryman Auditorium masih lagi mengekalkan peranannya sebagai satu hab hiburan di Nashville. Sehingga kini,persembahan dan konsert masih diadakan. Antara artis-artis yang pernah membuat persembahan di sini termasuk Annie Lennox, Louis Armstrong, Jon Bon Jovi,Sheryl Crow, Coldplay dan Jonas Brothers.Selain penganjuran konsert, Ryman Auditorium juga mempunyai keistimewaan tersendiri termasuk memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat rakaman lagu sendiri di Ryman RecordingBooth.
Dari Ryman Auditorium, eksplorasi pusat bandar Nashville boleh diteruskan lagi dengan berjalan kaki. Muzium Johnny Cash dan Schermerhorn Symphony Center antara tempat tumpuan yang boleh dilawati. Deretan kedai cenderahati berkonsep muzik,pusat karaoke, kedai kasut but serta kostum ‘country’ pula memenuhi segenap penjuru. Suara nyanyian dan muzik berkumandang sepanjang hari daripada persembahan band secara ‘live’ yang terdapat di kedai-kedai makan dan kafe, menambahkan kemeriahan kawasan sekitar.Beberapa minit perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar adalah Grand Ole Opry House, lokasi baru program Grand Ole Opry setelah berpindah dari Ryman Auditorium.
Grand Ole Opry merupakan rancangan muzik country secara langsung yang disiarkan di radio sejak tahun 1925 sehingga kini. Persembahan Opry disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu, dan para pengunjung yang ingin menontonnya sendiri di lokasi boleh melakukannya di Grand Ole Opry House, yang mampu memuatkan lebih 4,000 orang penonton. Setiap bulan menampilkan artis-artis yang berbeza, oleh itu anda dinasihatkan untuk melihat jadual persembahan terlebih dahulu di laman webwww.opry.com Grand Ole Opry House bukan hanya lokasi persembahan konsert ‘live’ sahaja,tetapi juga menawarkan pakej lawatan belakang tabir, di mana para pengunjung berpeluang menyaksikan suasana pentas dan bilik persalinan para penyanyi.
Hanya bersebelahan Grand Ole Opry House, adalah sebuah pusat membeli-belah dengan kedai-kedai ‘factory outlet’ yang menawarkan harga lebih murah. Opry MillsMall, mempunyai lebih 200 buah kedai termasuk daripada label-label terkenal seperti Coach, Michael Kors, Fossil, Calvin Klein dan Tommy Hilfiger.Lari seketika daripada hiruk-pikuk bandar, ketenangan ditemui di Centennial Park, taman rekreasi berkeluasan 132 ekar yang mempunyai sebuah tasik, taman-taman bunga, dan sebuah bangunan yang menjadi ikon bandar Nashville sejak penghujung abad ke-19 lagi. Bangunan gah tersebut ialah replika saiz sebenar kuil Parthenon yang terdapat di Athens, Greece.Bagaimanapun, ia tidaklah berfungsi sebagai kuil, sebaliknya berperanan sebaga isebuah galeri seni.Nashville juga mempunyai tinggalan sejarah yang lama; beberapa rumah agam yang berusia ratusan tahun milik keluarga keluarga berada, masih dijaga rapi dan boleh dilawati para pelancong. Contohnya Belle Meade Plantation, Belmont Mansion,dan The Hermitage yang merupakan kediaman Presiden Amerika Syarikat yang ke-7, Andrew Jackson. Jelas sekali, tidak tepat untuk menyimpulkan Nashville hanya mempertaruhkan latar belakang muziknya sebagai tarikan pelancong. Bandar ini turutkaya dengan bangunan bersejarah, seni tampak dan kebudayaan tersendiri yang amat menarik untuk diperhatikan.
Kalau merancang bercuti ke Romania, jangan hanya fikirkan Dracula, istana lama atau pemandangan Transylvania semata-mata. Ada satu lokasi unik yang patut masuk dalam senarai,...