Traveloka melantik Diana Danielle sebagai duta jenama untuk Malaysia sempena ulang tahun ke-10nya di Asia Tenggara. Superapp pengembaraan ini akan bekerjasama dengan penyanyi-pelakon tercinta ini untuk menggiatkan industri pelancongan tempatan, menggalakkan perjalanan selamat untuk seisi keluarga dan memulihkan keyakinan rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan tanah air tercinta ini ketika negara sedang membangkitkan semula industri pelancongan.
“Diana Danielle mempunyai ciri-ciri serasi dengan jenama Traveloka kerana kecenderungannya untuk memilih aktiviti pelancongan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaannya. Dia juga menunjukkan semangat keluarga-Malaysia dengan mengutamakan orang tersayang dan memastikan keselamatan mereka terjamin.
“Semangat inilah yang akan membantu negara pulih daripada wabak COVID-19. Bersama-sama dengan Diana, kami akan berusaha untuk meningkatkan minat pelancong tempatan dan asing jatuh untuk meneroka Malaysia semula,” kata Angelica Chan, Pengurus Besar, Traveloka Malaysia.
Angelica Chan
Diana Danielle, yang juga ibu kepada dua orang anak telah menjadi penyokong kuat industri seni dan pelancongan tempatan. Beliau baru-baru ini dianugerahkan dengan Anugerah Pilihan Rakyat – Selebriti Terbaik Tahun Ini, di Top 100 Talent Awards dan Malaysia Fashion, Modelling and Pageant Awards 2021.
“Saya benar-benar berbesar hati dengan pelantikan ini. Aktiviti pelancongan merupakan salah satu cara untuk saya dan keluarga saya mencipta kenangan dan telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga kami. Industri pelancongan adalah antara industri yang paling terjejas semasa sorotan wabak Covid-19 dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam membantu Malaysia membina semula industri pelancongan melalui Traveloka,” kata Diana Danielle, Duta Jenama untuk Traveloka.
Ads
Bagi merangsang keinginan para pengguna aplikasi untuk mengembara semula, Traveloka akan terus memenuhi aspirasi gaya hidup pengguna melalui tawaran luar biasa, pada harga yang sangat lumayan daripada rakan kongsi platform yang merangkumi syarikat penerbangan, tarikan, hotel, serta segmen spa dan kecantikan.
Diana Danielle
“Kami komited untuk terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri serta rakan-rakan kongsi kami, dan memainkan peranan yang lebih besar sebagai saluran untuk memacu aktiviti pelancongan tempatan,” tambah Chan.
Ads
Beliau juga mendedahkan bahawa usaha promosi Traveloka melalui promosi bulanan dua digitnya (cth 10.10, 11.11) dan jualan akhir tahun, superapp pengembaraan yang direka untuk memperkasakan pengguna di Asia Tenggara ini yang beraspirasi untuk menikmati pengalaman baharu serta meneroka tempat-tempat di sekeliling mereka ini berjaya mencapai pertumbuhan jualan sebanyak 60 peratus pada 2021, berbanding tempoh yang sama pada 2019.
Mengulas mengenai semangat baharu superapp penggembaraan ini dalam memainkan peranan yang lebih besar dalam dunia pelancongan tempatan, ketua pengarah Tourism Malaysia Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab berkata, “Kami mengalu-alukan inisiatif Traveloka untuk sentiasa tangkas dalam usaha mereka dalam mendigitalkan pengalaman perjalanan dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan setiap rakyat Malaysia lebih-lebih lagi ketika kami bersiap sedia untuk menggiatkan semula ekonomi negara. Usaha Traveloka merupakan permulaan yang baik kepada dekad baharu ini.”
Ads
Untuk memulakan sambutan dan memperkaya pengalaman perjalanan dan gaya hidup rakyat Malaysia, serta untuk menyatakan rasa terima kasih atas sokongan mereka sepanjang tahun, superapp pengambaraan ini telah mencipta permainan Augmented Reality (AR) yang inovatif untuk ulang tahun ke-10nya. Permainan ini dinamakan Cut A Cake, dan pengguna akan dapat memenangi kupon bernilai sehingga RM10,000 apabila mereka memotong 10 kek untuk Traveloka. Kupon-kupon tersebut sah untuk sitebus antara 21 Februari dan 6 Mac 2022.
“Traveloka baru sahaja melancarkan permainan AR khas. Mereka mencipta permainan ini untuk menunjukkan rasa terima kasih dan memberi ganjaran kepada pengguna Malaysia. Sertai saya untuk bermain dan menangi beberapa hadiah perjalanan percutian yang menarik,” kata Danielle.
“Traveloka baru sahaja melancarkan permainan AR khas. Mereka mencipta permainan ini untuk menunjukkan rasa terima kasih dan memberi ganjaran kepada pengguna Malaysia. Sertai saya untuk bermain dan menangi beberapa hadiah perjalanan percutian yang menarik,” kata Danielle.
Superapp pengembaraan ini juga akan bekerjasama dengan influencer Instagram tempatan seperti Jovyn, SoniqWebs dan Myra Natasya untuk melancarkan live strim Instagram tujuh hari, antara 28 Februari dan 6 Mac 2022 di mana para penonton berpeluang memenangi hadiah-hadiah dari Traveloka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tambang Kelas Perniagaan untuk destinasi domestik dan antarabangsa.
Promosi istimewa ini bermula dari sekarang dan berakhir pada 2 Mac, membabitkan perjalanan serta merta sehingga 31 Jan 2021, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
**media[154463]**
Kelas perniagaan Malaysia Airlines menawarkan kaunter daftar masuk yang eksklusif, keutamaan dalam bagasi termasuk akses kepada Golden Lounge, antara lain.
Untuk destinasi domestik, syarikat penerbangan itu menawarkan tambang sehala semua dalam satu bermula daripada RM299, penerbangan ke Singapura daripada RM499, Phuket hanya RM549, Bangkok sebanyak RM599 dan Surabaya berjumlah RM659.
Sementara itu, promosi ini juga termasuk penerbangan ke destinasi antarabangsa seperti Beijing, dengan tambang bermula daripada RM2,799, Delhi daripada RM3,199, Seoul hanya RM3,399, Auckland daripada RM10,299 dan London sebanyak RM12,999.
Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan daripada diskaun tambahan sebanyak lima peratus apabila mereka membeli tiket dengan menggunakan kad Maybank melalui penggunaan kod promo BIZ4MAYBANK.
Mereka juga boleh memilih 'Fly Now' Malaysia Airlines, pelan bayar kemudian dengan kad kredit Maybank dan Public Bank, yang membolehkan pelanggan untuk membayar tambang secara ansuran dengan kaedah sifar dalam tempoh enam atau 12 bulan.
Sebuah negeri paling utara di Amerika Syarikat iaitu Alaska sememangnya terkenal dengan suhu sejuk, pemandangan gunung Alp bersalji dan sasaran jurugambar merakam pemandangan Aurora ketika malam. Tahap kesejukan Alaska jelas dapat dilihat apabila air tasik dan air tepian pantai beku hingga kita boleh berjalan di atasnya dan ada juga penduduk tempatan bermain papan luncur.
Namun, baru-baru ini pengkaji cuaca dunia telah dikejutkan dengan berita suhu di bandar terbesar Alaska, Anchorage mencecah 32.2 darjah Celsius. Suhu ketika ini adalah paling panas yang pernah direkodkan di Alaska menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) di Twitter. Amerika Syarikat yang terletak berdekatan Garisan Artik sedang dilanda gelombang haba.
Rekod suhu panas tertinggi sebelum ini ialah 29.4 darjah Celsius pada tahun 1969. Cuaca panas purata pada 4 Julai di Anchorage, selatan Alaska, biasanya merekodkan suhu 18.3 darjah Celsius.
“Cuaca panas luar biasa ini disebabkan oleh satu pemusatan tekanan tinggi di langit (Anchorage),” kata ahli meteorologi NWS, Bill Ludwig kepada akhbar Anchorage Daily News.
Menurut sekumpulan saintis, suhu panas di Alaska meningkat pada kadar dua kali ganda daripada purata global. Cuaca yang semakin panas di Alaska sejak beberapa tahun lalu, berkait pemanasan Lautan Artik, mengancam kehidupan penduduk setempat, hidupan liar dan ekonomi negeri.
Sungai-sungai beku lazimnya menjadi laluan pengangkutan ketika musim sejuk, namun peningkatan suhu menyebabkan ais semakin nipis dan ia tidak selamat untuk penggunaan trak atau kereta. Hampir dua pertiga daripada penduduk di Alaska tidak mempunyai akses jalan raya.
Permukaan laut beku yang dijadikan platform oleh nelayan ketika menangkap ketam semakin nipis atau hilang di sebilangan kawasan. Populasi anjing laut Alaska dikhuatiri terjejas pada musim panas ini memandangkan beberapa spesies haiwan itu melahirkan anak di atas permukaan ais.
Pertunjukkan bunga api sempena sambutan kemerdekaan AS terpaksa dibatalkan ekoran risiko berlakunya kebakaran disebabkan oleh keadaan cuaca terlalu kering, dengan suhu direkodkan itu menyamai keadaan di Miami.
Tarikan paling terkenal di Pulau Langkawi iaitu kereta kabel SkyCab akan menutup sementara operasi kereta kabel mereka kepada orang awam selama 14 hari bermula pada 1 hingga 14 April 2019.
Penutupan ini adalah bersifat sementara ini dipercayai bertujuan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan selain SkyCab, penutupan ini turut membabitkan SkyBridge dan SkyGlide.
Oleh yang demikian, sekiranya anda merancang untuk pergi ke SkyCab, SkyBridge dan SkyGlide pada tarikh tersebut, adalah dinasihatkan untuk mengubah itinerari percutian anda atau datang sebelum atau selepas tempoh penutupan itu selesai.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan lain yang terdapat sekitar lokasi itu seperti SkyDome, 6D Cenimotion, SkyBoutique, 3S Art Langkawi, Time Travel, SkyAdventure Park dan One Stop Center masih beroperasi seperti biasa dan tidak terlibat dengan penutupan operasi seperti di atas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...