Berita

Tren Shuttle Khas Padang Besar Ke Hatyai Kembali Beroperasi 15 Julai. Jom Jalan-jalan Hatyai!

Share

Setelah dua tahun tidak beroperasi kerana penutupan sempadan akibat pandemik, Perkhidmatan Tren Shuttle Khas SRT (Thailand) kembali memasuki stesen Padang Besar pada 15 Julai ini dan beroperasi bagi laluan Padang Besar-Hatyai.  

Kalau sebelum ini ada yang ke sana menggunakan perkhidmatan van atau kereta yang di tempah, kali ini korang boleh gunakan perkhidmatan tren shuttle ini hanya dengan harga 50 Baht sahaja untuk perjalanan sehala.

Untuk kemudahan pengguna, KTMB melalui akaun instagramnya turut berkongsi jadual tren untuk rujukan. Yang nak bercuti ke Thailand dan yang rindu nak jalan-jalan cari makan kat sana dah boleh  pack baju  dan tempah tiket keretapi di laman web KTMB.

Berikut jadual tren untuk rujukan anda. Nak masuk Siam sekarang dah senang. Yang dah rindu pulut mangga kat sana, moh le ramai-ramai ke sana.

Bagi yang berada di Lembah Klang, kalau tak nak drive dan mahukan perjalanan yang lebih menyenangkan? Gunakan sahaja perkhidmatan (Kelas Bisnes) dan mulai perjalanan yang selesa dari KL Sentral, Penang, Ipoh dan bandar-bandar lain hingga ke Hatyai.

Sumber: Instagram ktmbofficial

IKLAN