Travel photo created by freepik - www.freepik.com

Apabila bercuti salah satu perkara yang sering kita risaukan ialah terlebih bajet. Lebih mengerikan kita jika ia berlaku ketika kita berada di luar negara.

Ada banyak sebenarnya tips untuk menjimatkan wang bila waktu bercuti ni. Kalau nak diceritakan semuanya, artikel Libur no boleh dibuat buku atau majalah. Tapi kali ini Libur listing kan 10 di antaranya seperti:

Jangan menginap di kawasan terpencil

Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih mudah dan jimat tapi sistem pengangkutan luar bandar tidak serancak di bandar. Oleh demikian, anda mungkin akan berbelanja lebih untuk kos pengangkutan. Sebaiknya, tinggal di hotel yang berhampiran dengan bandar, supaya anda berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik dengan hanya berjalan kaki tanpa perlu membuang masa untuk pulang semula ke hotel.

Baca review 

Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana tempat makan seperti resotran atau hotel, dapatkan dahulu review daripada pengunjung yang pernah datang sebelum ini berkenaan tempat tersebut. Berbuat demikian mungkin dapat menghindarkan anda daripada pengalaman yang tidak menyeronokkan. Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah Trivago, Foursquare atau Yelp.

IKLAN

Jangan lupa bawa ubat peribadi

Jangan lupa untuk bawa ubat-ubatan peribadi anda ketika bercuti seperti ubat demam, selsema, minyak angin dan sebagainya. Senarai lengkap barang keperluan perubatan peribadi ada Libur tulis pada entri yang sebelum ini. Dengan cara anda membawa ubat-ubatan peribadi sendiri, anda tidak perlu membazir wang untuk ke klinik dan sebagainya sekiranya ditimpa sakit yang biasa-biasa.

Bawa sedikit makanan ringan

Perkara ini agak leceh sebenarnya tapi sangat membantu untuk anda yang sukar mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah biskut, buah-buahan, mi segera dan paket minuman segera seperti teh. Dengan cara ini, anda dapat jimatkan wang dan lebihan wang itu tadi boleh beli buah tangan untuk keluarga di Malaysia.

Jangan bawa terlalu banyak barang

Kita selalu rasa tak cukup barang sewaktu mengemas bagasi. Itu yang jadi, satu almari kita bawa nak pergi melancong. Jangan begitu sebab akhirnya beg akan jadi kembung dan berat. Pastikan anda hanya bawa barang yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh dijadikan sebagai tudung malah boleh digunakan sebagai selimut atau kain lapik untuk berkelah.

IKLAN

Lantik seorang rakan sebagai ketua

Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seseorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Dengan adanya ketua yang boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan percutian anda akan menjadi lebih selamat dah menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.

Jangan takut untuk berkomunikasi 

Semasa mengembara di luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Berkawanlah dengan mereka dan pelancong yang lain supaya memudahkan anda untuk meminta bantuan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.

IKLAN

Beli tiket secara atas talian

Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti London, anda harus membuat tempahan tiket dengan lebih awal. Caranya? Gunakan perkhidmatan atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu tunggu lama dan berbaris panjang untuk membeli tiket.

Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan

Ada individu yang selalu beli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang tidak beli apa-apa lalu menyesal apabila pulang ke negara asal. Libur cadangkan supaya anda berkunjung ke kedai cenderamata atau pasar-pasar lambak untuk mendapatkan cederamata sebagai kenang-kenangan dengan harga istimewa yang murah. Kebanyakkan barangan yang dijual hasil buatan penduduk tempatan kebiasaanya murah dan ia adalah benda wajib untuk anda bawa pulang.

Cuba makanan tempatan

Setiap individu mempunyai citarasa yang tersendiri dan segelintir kita tidak suka dan takut untuk mencuba sesuatu menu baru. Jika anda seseorang yang sebegini, anda sememangnya manusia yang rugi. Bukankah lebih baik jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan anda kenangan sewaktu pengembaraan anda ke negara orang. Bagi non-musim, kalau rasa was-was dengan status halal sesuatu makanan, elakkan la ya. Libur maksudkan anda patut mencuba makanan yang tidak dirahui status halalnya.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI