Terpegun sebentar melihat foto kenangan percutian keluarga bahagia ini ketika di Utara Pakistan baru-baru ini. Terlalu indah destinasi ciptaan Tuhan bak dalam sebuah lukisan fantasi.
Panduan dan itinerari percutian indah keluarga ini dikongsikan di facebook Shazlyn Milleana dan mendapat perkongsian hampir tiga ribu orang.
Sedikit panduan untuk sesiapa yang ingin ke North Pakistan
1) Flight : Banyak airline yang boleh direct to Kl-Pakistan. Flight yang saya gunakan utk trip ini Thai airways dan transit di Bangkok.
2) Airport: Boleh pilih untuk turun di airport Lahore atau Islamabad. Tapi untuk lebih mudah ke North Pakistan, boleh pilih untuk turun di Islamabad. Saya turun di Lahore
3) Visa: Visa boleh dimohon secara online, https://visa.nadra.gov.pk/e-visa/newVisaApplication. Untuk rakyat Malaysia, Pakistan menawarkan dua jenis visa iaitu Tourist Visa or Visa on Arrival. Saya cadangkan untuk memilih Tourist Visa kerana tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan e-visa ketika tiba di airport Pakistan.
4) Letter of Invitation: yang ini bagi saya sangat perlu kerana permohonan visa perlu dilampirkan surat ini dan perlu dibawa satu fotokopi sebagai simpanan semasa di sana kerana di airport Pakistan, pihak immigration meminta LOI. Untuk mendapatkan LOI, boleh minta daripada agent yang kita hire di Pakistan utk diemailkan kepada kita.
5) Masa untuk datang Pakistan: untuk melihat autumn di North Pakistan esp. Hunza Valley, masa yang terbaik utk melawat adalah pertengahan bulan Oktober sehingga awal November. Tetapi ada sesetengah area di North Pakistan contohnya Fairy Meadows waktu ini adalah winter season. Tidak digalakkan untuk datang ke Pakistan semasa winter kerana cuaca yang terlalu sejuk dan banyak tempat menarik ditutup seperti Fairy Meadows, Babusar top, Naran. Trip sy adalah pada 19/10/2019-2/11/2019.
6) Makan: Makanan di Pakistan Halal kerana penduduk mereka hamper 90% adalah Muslim. Jadi boleh cuba pelbagai makanan di sana. Satu kelebihan untuk turun di airport Lahore boleh buat food trip sekali.
Ads
7) Currency: Dicadangkan untuk tukar duit USD di Malaysia dan tukar Pakistan Rupee di sana sebab rate lebih murah di sana.
8) Transport: Saya cadangkan untuk mengambil private tour yang include kereta, driver, minyak, toll, dan hotel. Ia sangat memudahkan perjalanan daripada Lahore ke North Pakistan kerana perjalanan yang akan dilalui sangat Panjang. If direct perjalanan daripada Lahore- Hunza Valley, ia mengambil masa lebih kurang 20 jam perjalanan menggunakan kereta. Tidak dicadangkan untuk naik public transport jika ada anak kecil atau parents kerana public transport dekat sana bukan seperti di negara2 maju dan struktur jalan raya mereka tidak sebaik seperti di Malaysia.
9) Sesuai bawak anak kecil/ parents? : Banyak negara yang saya dah pergi, trip ke Pakistan satu trip yang sangat mencabar esp di Fairy Meadows. Saya cadangkan kalau ada anak kecil atau parents tidak digalakkan ke sana kerana perlu melalui jeep track yang sangat mencabar selama 2 jam setengah dan hiking or horse riding selama 2 jam untuk sampai ke atas. Tetapi ia sangat berbaloi dengan view yang superb. Kalau hanya ke Hunza valley, tak ade masalah dengan parents yg Bersama anak kecil.
10) Keselamatan: Keselamatan di sana bg saya selama tempoh 2 minggu sangat baik. Askar dan polis mereka sangat menjaga keselamatan pelancong yang datang. Banyak check point yang akan dilalui dan perlu serahkan fotokopi passport untuk diberikan pada mereka. Dicadangkan untuk membuat fotokopi passport yang banyak untuk memudahkan perjalanan di sana dan kadang2 ada agent yang bawa kita dah fotostatkan siap2. Askar/polis akan memastikan kita sampai di tempat yang kita nak tuju. Insyallah, Pakistan satu negara yang selamat untuk dikunjungi.
11) Cost: Sepanjang 15 hari di sana, RM 4500++ per person all in including flight
Saya share itinerary saya sepanjang di North Pakistan, Islamabad dan food trip di Lahore.
Ads
19/10 : tiba di lahore 11.30 pm
20/10: Lahore – Islamabad
– Breakfast & travel ke Islamabad (capital of Pakistan).
– Sightseeing Islamabad City, Faisal Mosque.
21/10: Islamabad- Besham (overnight)
22/10 : Besham – Fairy Meadows
– Travel ke Raikot Bridge, naik jeep ke Tatu (2 hrs offroad track)
– Horse riding ke Fairy Meadow's. (2 hrs)
23/10: Fairy Meadows
-Sightseeing & rehat2 sekitar fairy meadows village.
24/10: Fairy Meadows- Hunza Valley
– Turun balik ke Tatu (2 hrs horse riding) & Raikot (2 hrs jeep ride)
– Travel to Hunza (stay di area Gulmit)
25/10: Hunza valley
– Sightseeing di Karimabad Bazar, Altit & Baltit Fort, old village hunza, boating di Attabad lake.
26/10: Hunza valley
– Travel ke Khunjerab Pas (Pakistan – China) border melalui Passu Cones
Ads
27/10 : Hunza Valley -Rakaposhi view point
-Visit Hussaini brige, local village around Gulmit
28/10: Rakaposhi view point- Phandar Valley
-Travel to Phandar. Sightseeing Phandar valley, Phandar lake.
-Overnight at Gupis.
29/10 : Phandar Valley-Yassin Valley-Gilgit City
– Jalan2 di Phandar & Yassin valley
– Bermalam di Gilgit
30/10: Gilgit-Naran (overnight)
– Travel to Naran melalui Babusar top
31/10: Naran-Lahore
-Travel back to Lahore.
-Arrive in Lahore.
-Night stay at Lahore.
1/11: Lahore City
– Visit Lahore Zoo, Badshai mosque, Lahore Fort
– Jalan2 Cari Makan, Jalan2 di local Bazaar
2/11: Lahore-Kuala Lumpur
– Auriga Market, Jalan2 Cari Makan
– Flight to Kuala Lumpur (kembali ke reality)
*Untuk contact number agent di Pakistan, whatsapp +923009777366 (Mr.Bilal)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
The Gemalai Village terkenal di kalangan pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah kampung atas bendang.
Kalau nak tahu, lokasi bercuti ini merupakan chalet berkonsepkan ala kampung yang mempunyai keunikan seni bina tradisional dengan keselesaan dan kemudahan moden.
Aura Klasik Di The Gemalai Village
The Gemalai Village menawarkan dua jenis penginapan kepada tetamunya iaitu :
1) DANGAU – Single Chalet
2) TERATAK – Chalet Bertingkat
Keseluruhan chalet di The Gemalai Village berjumlah 3 Dangau dan 3 Teratak serta kesemuanya dikelilingi kehijauan alam semula jadi dan keunikan pemandangannya adalah bergantung mengikut musim.
Setiap penginapan direka dengan gaya tempatan yang memberikan pengalaman autentik desa kepada para tetamu.
Meskipun begitu, anda tidak perlu risau kerana segala kemudahan seperti penghawa dingin, tv, cerek, peti ais, seterika, iron board, pemanas air serta kelengkapan mandi semua lengkap tersedia buat tetamu.
Jamu Mata Dengan Pemandangan Bendang
Lebih menarik, di dalam almari ada beberapa pasang kain batik dan juga baju kurung Kedah turut tersedia khas buat tetamu menggayakannya sebagai ‘outfit of the day’ (OOTD) untuk bergambar Instagrammable di spot-spot cantik di The Gemalai Village.
Bukan itu sahaja, anda boleh melihat malah pemandangan kerbau yang ada di sekitar situ. Teratak juga ada disediakan port lepak di bahagian bawah untuk anda menjamu selera atau sekadar nak duduk-duduk santai sambil menikmati pemandangan indah sekeliling.
Kemudian boleh layan pemandangan kapal terbang silih berganti melalui ruang udara The Gemalai Village, disebabkan lokasi penginapan tersebut sangat dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Penginapan di The Gemalai Village ini biasanya akan dapat sekali dengan pakej sarapan. Jadi merasalah anda bersarapan ala kampung sambil menikmati pemandangan desa yang pastinya menggamit memori zaman kanak-kanak.
Hidangan Dalam Talam
Jika pada waktu tengah hari atau makan malam anda ingin mengisi perut dengan menu hidangan kampung yang lazat. Owh ya, jangan lupa untuk singgah menjamu selera di Restoran Kerisik yang tak jauh pun dari The Gemalai Village itu hanya 10 minit sahaja berjalan kaki.
Apa yang menarik di Restoran Kerisik yang terletak di Laman Padi itu ialah selain ada tempat makannya yang berkonsepkan duduk bersila di dalam pondok.
Ada 5 pilihan set juadah lauk kampung yang ditawarkan seperti set Cenang, Kedawang, Sunda, Tuba dan Padang Lalang. Paling menarik set talam ini didatangkan dengan Nasi Kukus Buluh.
Tetapi jika datang menjamu selera di Restoran Kerisik ini anda jangan lupa untuk mencuba minuman istimewa yang hanya ada di sini iaitu Air Bunga Telang Selasih.
Lebih menarik jika anda makan di Restoran Kerisik ini, pelayan yang akan membawa hidangan ke meja anda akan berpakaian lengkap seperti hulubalang atau pahlawan Melayu siap bertanjak lagi.
Jadi kalau anda suka dengan suasana kampung, nak layan pemandangan kampung, boleh lah ke The Gemalai Village.
Kleptophobia, atau takut kecurian, sebenarnya boleh digunakan untuk menggambarkan dua ketakutan yang berbeza. Yang pertama adalah takut dicuri atau dirompak. Yang kedua ialah takut mencuri daripada orang lain. Kedua-dua ketakutan sering dikaitkan dan mungkin wujud pada masa yang sama.
Kes kecurian kepada pelancong ni memang dah selalu terjadi malah ada banyak jenis kes dah berlaku – rompak, ragut, potong beg, dan penyeluk saku. Maka dengan kes-kes sebegini terhasil la ciptaan backpack yang mempunyai ciri-ciri anti-pencuri. Anda Google sahaja anti-theft backpack, nah tu dia.. Ada bersepah hasil carian.
Jadi untuk memudahkan anda, Libur dah buat kaji selidik dan kami dapati ada beberapa sahaja jenama anti-theft backpack yang diyakini di pasaran. Jom kita lihat senarainya:
Pacsafe ini mempunyai ciri-ciri yang Libur rasa sangat berguna untuk sebuah beg yang dikatakan sebagai anti-pencuri. Teknologi locking cable yang diimplimentasi di dalam produk membolehkan beg mereka diikat pada mana-mana struktur seperti tiang, meja dan bangku untuk mengelakkan daripada diragut. Selain daripada itu, klip dengan rekaan anti kecurian khas yang digunakan kemas dan tahan lasak menjadikan beg Pacsafe diyakini untuk melindungi barangan peribadi anda. Untuk pilihan peribadi Libur, Libur suka dengan ciri balutan besi kabel di bahagian dalaman beg mereka, menjadikan beg Pacsafe tidak mudah untuk dirobek menggunakan pisau daripada luar.
Kalau anda selalu follow teknologi terkini dalam penghasilan backpack, anda mesti kenal dengan beg Bobby. Beg Bobby ini adalah pelopor kepada beg anti-pencuri dengan rekaan moden. Bahagian zip yang tersembunyi menjadikan beg XD Design tidak boleh dibuka ketika anda menyandang beg tersebut di bahagaian belakang badan. Ini menjadikan anda tidak perlu khuatir untuk menggalas beg XD Design ke depan badan seperti ketika menaiki komuter. Antara ciri XD Design lain yang menjadi pilihan Libur adalah jenis kain yang digunakan di dalam rekaan beg mereka kerana menggunakan kain yang tidak lut dek torehan pisau sekaligus menjadikan ianya dapat menjalankan tugas sebagai beg anti-pencuri dengan sempurna.
Beg daripada jenama ini Libur rasa perempuan mesti suka kerana tawaran pilihan yang diberikan lebih pelbagai dan mempunyai corak yang berwarna-warni. Selain itu, Travelonbags juga mempunyai rekaan yang boleh dibawa untuk acara casual atau santai lepak-lepak petang. Selain daripada mempunyai teknologi anti-pencuri seperti mempunyai ruang yang boleh dikunci, Travelonbags juga mempunyai ciri anti-RFID bagi mengelakkan wallet anda discan dan wang anda dicuri. Huu bahaya ohh..
Jenama ini memfokuskan rekaan beg mereka kepada anti-RFID di mana beg keluaran Eagle Creek ini boleh menghalang range frekuensi RFID daripada 30 Mhz hingga 3 Ghz. Selain daripada itu, beg Eagle Creek juga anti koyak bagi mengelakkan wallet anda dicuri dengan cara memotong permukaan luaran beg.
Jadi, itu sahaja 4 jenama yang Libur kongsikan kepada anda. Sekiranya anda ada cadangan lain yang boleh membantu sesama traveller, nyatakan di ruangan komen ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Puasa sebulan tidak mengehadkan anda untuk melakukan aktiviti termasuk melancong. Jika anda berdaya dan tubuh mempunyai kekuatan, anda boleh meneruskan niat itu namun perlu diingatkan tentang beberapa perkara yang penting.
Perhatikan tempat tujuan perjalanan
Jika perjalanan anda ke Indonesia tentu tidak sukar kerana majoritinya Muslim meskipun dalam jumlah yang berbeza. Cubalah cari jadual waktu berbuka dan waktu imsak sebelum memulakan perjalanan jadi boleh masukkannya dalam penyusunan itinerary selama melakukan perjalanan.
Begitu juga jika melakukan perjalanan ke luar negara, ketahui waktu imsak dan buka puasa daerah atau negara tersebut. Cari di daerah mana terdapat masjid. Biasanya kawasan sekitar masjid adalah tempat tinggal kaum muslim. Selain itu mudah untuk anda mendapatkan makanan halal ketika sahur dan berbuka juga apabila berinteraksi dengan sesama muslim dari lain daerah atau negara. Melaksanakan ibadah puasa khususnya solat tarawih pastinya akan memberikan kenangan terindah selama perjalanan anda.
Hindari melancong di awal dan akhir puasa
Hal ini berhubung dengan keadaan tubuh untuk perjalanan di awal puasa dan ketika menjelang akhir Ramadan. Di awal puasa, tubuh sedang melakukan adaptasi dan perlu beberapa hari (biasanya 2-3 hari) untuk menyesuaikan diri dengan jam makan, minum dan tidur. Di saat itu juga kita akan merasakan badan sedikit lemah dan kadang pening atau beberapa gangguan lainnya tapi itu hanya sementara. Setelah terbiasa maka akan hilang dengan sendirinya.
Di akhir puasa keadaan perjalanan atau menjelang lebaran sangat sesak. Ada juga beberapa negara juga menutup tempat-tempat melancongnya menjelang lebaran.
Siapkan bekal
Hal ini sangat penting khususnya jika anda melancong jauh dan akan melaksanakan buka puasa atau sahur di atas pesawat. Perhatikan jadual perjalanan anda. Khususnya jika anda ke luar negara, hitung pula waktu anda harus melalui imigresen. Mungkin anda memerlukan masa yang lama atas urusan visa dan sebagainya. Untunglah jika anda membawa bekalan untuk sahur.
Perlu diingatkan bahawa ada beberapa lapangan terbang yang tidak mengizinkan penumpang membawa air minum ke kabin pesawat. Jika mereka tetap menolak, tak ada pilihan lain selain membeli air minum di atas pesawat yang harganya sangat mahal. Beberapa pesawat kadang kala memberikan air minum dan makanan untuk sahur dan berbuka tapi tak semuanya seperti itu jadi lebih baik bersedia. Perlu diingat bahawa buka puasa dan sahur ialah hal yang sangat penting untuk menjaga stamina anda selama perjalanan.
Kenali ketahanan fizikal dan tubuh
Aktiviti seperti naik gunung, panjat tebing, mountain bike, offroad, caving boleh anda lakukan sekiranya yakin dengan kemampuan dan ketahanan tubuh dan fizikal. Jangan memaksakan diri. Tapi untuk aktiviti yang dianggap memudaratkan puasa jika boleh ditangguhkan dulu hingga selesai Ramadan. Contohnya menyelam, rafting, bungy jumping khususnya aktiviti di air.
Melancong semasa Ramadan tidak menyukarkan selagi anda tahu kemampuan serta ketahanan fizikal diri dan tubuh. Jika merasa tak sanggup dan hal itu akan menggangu puasa, lebih baik rehat hingga waktu berbuka tiba. Perlu diingat bahwa puasa adalah kewajiban sementara melancong hanyalah satu hobi.
Sahur di hotel
Jika melancong di luar negara khususnya di negara yang penduduknya bukan majoriti Muslim dan menginap di hotel atau penginapan yang menyediakan sarapan, sila tanya ke receptionist-nya apakah boleh mendapatkan sarapan anda ketika sahur. Jika jawapannya tidak, maka tak ada pilihan lain kecuali menyiapkan sendiri sahurnya. Belilah makanan di malam hari sebelum balik ke hotel. Banyak minum air putih dan makan buah-buahan untuk menjaga stamina.
Manfaatkan waktu luang
Meskipun sedang melancong tak bererti harus mengurangkan nilai ibadah Ramadan. Banyak waktu yang boleh dimanfaatkan untuk melakukan hal-hal yang boleh menambah pahala puasa. Download aplikasi Al-Quran yang banyak tersedia di smartphone. Anda boleh membacanya ketika sedang di perjalanan ataupun sedang berehat.
Melancong di bulan Ramadan sangat menyenangkan dan memiliki beberapa kelebihan dibanding melancong di hari-hari biasa. Tempat pelancongan sepi kerana tidak banyak pengunjung, hotel dan penginapan lebih murah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...