Seronok kalau dapat kumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga yang lain. Dapat pula bercuti atau healing ke tempat yang mempunyai pemandangan indah dan cuaca yang sejuk dan segar.
Memandangkan ahli keluarga mempunyai minat yang sama dan mempunyai kelengkapan untuk berkhemah. Tapak perkhemahan yang menjadi dambaan setiap camper dijadikan lokasi oleh Liyana Darus untuk percutian bersama keluarga.
Mula merancang untuk aktiviti perkhemahan ini sejak September tahun lalu, akhirnya ia dapat dilaksanakan dan Kem site Sg Pauh yang terletak di Cameron Highlands.
Berkhemah selama empat hari tiga malam, pelbagai aktiviti dapat dilakukan. Malah Liyana Darus teruja dapat merasa camping di tempat sejuk dengan pemandangan yang cantik dan tapak perkhemahan yang mempunyai kemudahan yang baik.
Ikuti perkongsian wanita ini tentang perkhemahan dia dan keluarganya di Kem Site Sg Pauh, Cameron Highlands!
Healing @ Kem site sg pauh Cameron Highland
17-20 feb 2023
Alhamdulillah dapat la merasa camping tempat sejuk.. semua kemudahan
Ads
terbaik
dgn tempat dan pemandangan yg tersgt la awesome simple setup aje lah tak larat nak mengangkut brg byk² utk mendaki ketaq lutut bape kali ulang alik
Time kami hujan renyai² lebat waktu tghari smpi ptg..makanya, malam jadi 14° sila bawak baju tebal, stokin tebal ya
Ads
Surau
Toilet ( bersih bole tgk kat gambar)
Sinki
Plugpoint
Telco digi
Kalau dok paling atas, jauhla ye nak ke toilet & sinki
port paling best rasanya belah bawah dekat dgn surau(ada toilet) & sinki
Malas masak, 10min je jalan kaki ke tempat makan Taman Sedia (Abg strawberry, opah, aidilbadri)
Ads
Parking kereta pun jauh dari kem site, cuma time nak punggah brg bole la parking sekejap depan pintu kem site
bayaran masuk pun murah.
Ok gais, happy CAMPING!
Good luck pada yg tgh membersih n mengemas khemah (smbil urut bahu, kaki)
Jika bercadang atau merancang percutian keluarga ke Taiwan, catatkan destinasi Leofoo Village sebagai destinasi yang perlu dikunjungi. Terletak di daerah Hsinchu Taiwan, Leofoo Village antara destinasi terbaik percutian keluarga yang tidak harus dilepaskan untuk dikunjungi. Segalanya terdapat di sini, dari taman tema bertaraf dunia, binaan landskap dunia mengkagumkan, penginapan empat bintang unik lagi esklusif serta sajian makanan lazat yang Halal.
Apabila berada di dalam kawasan Leofoo Village, singgah sebentar di Window On China untuk melihat hasil ketelitian serta kehalusan mini replika pelbagai jenis bangunan dan binaan termasyhur dunia. Window On China telah dianugerahkan antara 10 destinasi tumpuan pelancong ke Taiwan. Kira-kira 133 miniatur bangunan terhidang di hadapan mata termasuk Dewan Memorial Sun Yat-Sen, Taiwan, Menara Pisa Itali, St Basil Rusia, dan patung Statue of Liberty Amerika Syarikat. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di sini.
Bagi menambahkan keseronokan percutian di lokasi ini, berkunjunglah ke Leofoo Village Theme Park. Ia adalah taman tema yang terdiri daripada empat konsep hiburan mengikut tema beberapa negara seperti African Safari, South Pacific, Wild West, dan Arabian Kingdom. Malah, ia menawarkan lebih 30 permainan serta aktiviti di zon basah dan kering yang cukup menghiburkan terutama roller coaster berbentuk U yang kedua tertinggi di dunia.
Terdapat juga haiwan liar dibiar bebas berkeliaran seperti harimau, singa, zirafah dan badak. Setiap spesies haiwan ditempatkan dalam komuniti sendiri dengan pintu jeriji besi sebagai pemisah. Kalau pernah menyaksikan filem pecah panggung Life of Pi, harimau yang digunakan di dalam filem tersebut dipinjamkan dari taman ini dan dikatakan telah menjadi ‘selebriti terkenal’ di sini.
Pengunjung boleh memilih menjelajah seluruh African Safari dengan bas atau keretapi mini yang disediakan. Haiwan lain yang unik terdapat di sini adalah spesies alpaca. Anda dibenarkan memberi haiwan jinak ini makan dengan membeli makanan yang disediakan berhampiran ruang sangkarnya.
Selain bersantai dan mengenali haiwan, pengunjung berpeluang menyelami dunia koboi di Wild West, menghayati hikayat 1001 malam Aladdin di Arabian Kingdom dan mencuba pelbagai permainan air di South Pasific. Jangan lupa untuk singgah di kedai cenderamata untuk membawa pulang beberapa buah tangan sebagai kenang-kenangan, terutamanya ikon haiwan alpaka yang comel.
Sebagai memenuhi keperluan pelancong Muslim untuk dapatkan hidangan halal, pengunjung beragama Islam boleh mendapatkan makanan cita rasa Timur Tengah di Restoran Aladdin dalam kawasan Leofoo Village Theme Park dengan mudah.
Pelbagai menu Asia Barat tersedia buat pengunjung seperti Grilled Squid Salad, Chick Peas Sauce & Pita, Red Lentil, Stewed Mutton, Grilled Chicken Leg dan Puding Nasi. Anda pasti tertarik melihat nasi briyani berbentuk piramid menghiasi pinggan dengan lauk kurma kambing atau ayam tandoori. Apa yang penting, taman tema ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung muslim termasuk bilik solat dan tandas berpaip.
Rehatkan lelah anda selepas seharian berlibur dengan memilih menginap di Leofoo Resort tidak jauh dari Window On China dan terletak berhampiran Leofoo Village Theme Park.
Membangunkan konsep Safari inspirasi dari negara Afrika, resort ini menawarkan hanya 161 buah bilik esklusif demi menjaga hak bersendirian tetamunya. Tidak kira kanak-kanak atau golongan dewasa pasti terpukau dengan konsep unik yang ditawarkan iaitu menginap bersama haiwan disekeliling resort.
Umpama berada di dalam zoo, anda boleh melihat zirafah, kuda belang, badak, dan banyak lagi hanya dari jendela kamar atau baring di atas katil. Jangan risau mengenai masalah bau-bauan haiwan yang timbul dari persekitaran safari, kerana setiap kamar dilengkapi dengan gelas kaca yang nyah bau.
Bilik anda tidak akan sesekali memberikan bau yang kurang menyenangkan. Jika anda berada di jambatan yang menghubungkan kawasan safari ke resort, terdapat haiwan terutama zirafah menghulur keluar kepala, jangan sentuh atau memberi makanan. Ianya perkara yang sangat dilarang di sini.
Pada malam hari pula, terdapat persembahan dari suku kaum Afrika yang begitu mengujakan dengan rentak tarian yang pasti membuatkan mata anda tidak berkelip. Memang sesuai sekali resort ini diberi pengiktirafan sebagai ‘Asia’s first and only ecological and animal themed resort’.
Keretapi (Taiwan Railway)
THSR (Taiwan High Speed Rail)
Kereta
Bas
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negeri Perak sering jadi pilihan sebagai salah sebuah negeri membawa keluarga bercuti.
Selain faktor perjalanan yang dekat, Perak juga terkenal dengan beberapa lokasi menarik.
Antaranya Teluk Intan. Jika datang ke sini, tidak perlu check in hotel sebaliknya boleh menginap di rumah kayu kampung yang menyediakan private pool.
Rumah kayu bertangga merah dengan seni bina Perak ini menyediakan ruang besar dan selesa terutama jika mahu membuat aktiviti keluarga.
Rumah tradisional melayu dua tingkat ini boleh disewa untuk orang ramai yang ingin buat family day, reunion ataupun untuk acara lepak-lepak.
Kediaman klasik untuk mana mana keluarga yang mahukan kelainan dalam rumah tradisional melayu yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan selesa.
Private pool ini boleh digunakan oleh seisi keluarga tanpa sebarang gangguan dan privacy hanya untuk anda sekeluarga.
Kemudahan yang terdapat di RTM: PRIVATE POOL Private pool dengan keluasan 10 x 15 feet dengan gazebo dan tempat istirehat
BILIK 1 blik dengan 2 queen bed (4 pax) 1 bilik 1 queen bed (2 pax) 1 sofa bed di common area (2 pax) Floor mattress dan bantal extra ada disediakan (4 pax)
TANDAS 2 tandas dengan hot shower Tuala, sabun dan shampoo disediakan
AIRCOND Semua bilik dan ruang menonton fully aircond
DAPUR Kelengkapan dapur lengkap dengan pinggan mangkuk dan peralatan memasak dengan peti sejuk, periuk memasak dan pemanas air.
Rumah cantik ini terletak di Sek 1, Taman Seri Duyong, Tinyscale Homestay di Melaka hanya sekitar 4 batu dari pusat bandar dan tarikan utama.
Kawasan ini juga dipenuhi dengan pelbagai kedai dan restoran, memudahkan para tetamu untuk memenuhi keperluan harian mereka.
Homestay mesra Muslim ini boleh memuatkan 10-12 orang. Dilengkapi dengan empat bilik tidur berhawa dingin dan tiga bilik mandi, memastikan setiap tetamu merasa selesa. Rekaan dalaman menggabungkan elemen moden dan rustic, mewujudkan suasana yang cozy.
Tinyscale Homestay menawarkan kemudahan terbaik termasuk dapur, ruang tamu, dan bilik yang serba lengkap.
Jangan risau nak main air sebab di sini ada kolam renang dalam rumah untuk kanak-kanak (10’x11′)—ciri unik yang menambah daya tarikan.
Landskap rumah yang cantik, baik di luar mahu pun dalam, menambahkan lagi pesona homestay ini.
Apa tarikan sekitar homestay ini, anda akan berada dalam jarak yang dekat dengan tarikan seperti Perkampungan Hang Tuah, Dataran Pahlawan, dan Jonker Walk.
Selain itu, hanya beberapa minit pemanduan ke Ikan Bakar Umbai, Ayer Keroh, dan Zoo Melaka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...