Cuti sempena tahun baru dimanfaatkan dengan membawa keluarga seramai 12 orang bercuti dengan menaiki Jungle Train atau Train Ekpress Rakyat Timuran dari Kluang Ke Kota Bharu.
Meskipun perlu melalui perjalanan yang lama dalam tempoh 14 jam, tapi bila dah ramai-ramai semuanya meriah dan tak terasa lama. Tambah pula dapat enjoy view cantik sepanjang perjalanan.
Berkongsi itinerari dan juga tip buat yang ingin travel menaiki sleeper trai KTMB yang turut dikenali dengan nama jungle train ini, Muhammad Syafiq mengabadikan kenangan dengan memuat naik gambar-gambar dia dan keluarganya sepanjang percutian mereka ke sana.
Banyak tempat menarik di Kota Bharu yang sempat dilawati oleh keluarga ini meskipun hanya dua hari berada di Bandar Serambi Mekah itu. Sempat piknik ke Pantai Nami di Bachok dan shopping di Pasar Siti Khadijah.
Ikuti perkongsiannya:
Trip Family 4h3M ke Kota Bharu dengan menaiki Train Express Rakyat Timuran.
2 Malam di dalam train & 1 Malam di hotel
8 Dewasa,3Kanak-kanak & 1Bayi.
1 Jan 2023
10:40PM ERT26 Kluang – Wakaf Bharu
Semua ambil Koc T8 dan katil bawah untuk keselesan dan view yang lebih luas dan Cantik
Perjalanan mengambil masa selama 14Jam dan akan sampai di Wakaf Bharu Keesokan harinya iaitu Pada 2 Jan 2023.
Saya parking di KTM Kluang berdekatan Kluang rail coffe ,kena pakai TnG card dan bayaran dikenakan max RM5 untuk sehari,open car park tapi still selamat sebab berpalang.
Dari Kluang sampai Ke Kuala Lipis boleh tidur dengan lena sebab malam tak nampak apa pun view,tapi dari Merapoh sampai la ke Tumpat korang kena stay untuk tengok sunrise dan view yang cantik sepanjang perjalanan sehinggala sampai ke destinasi terakhir.
Cafe ada sediakan makan untuk breakfast tapi makanan limited,kalau nak minum-minum dan makan maggi cup sambil lepak dekat cafe pun nice.Saya dah siapakan stock makanan dan jajaan sebab trip family ramai and incaselapar tengah2 malam tu kan ada jugak bekalan.
1:00PM Sampai di Stesen Wakaf Bharu
Train lewat tiba 30mins dari jadual asal
Kami sewa van untuk 1 hari setengah dengan kos RM450 ,van Hiace 12 seat sesuai sangat untuk trip family ni.
Destinasi Pertama selepas Lunch kami pergi jalan-Jalan dan shopping di Komplesk Bebas Cukai,Pengkalan Kubor.
Singah bergambar di Wat Machimmaram,Tumpat.
5:30PM
Ads
Sampai di Kota Bharu terus check in di Ibis style Kota Bharu ,aim stay hotel ni sebab dapat offer yang menarik dan kebetulan ada pool,boleh bawak anak-anak buah mandi tapi awas ya,pool dia dalam dan tiada pool kanak-kanak,korang kena bawak pelampung dan awasi anak-anak korang.
8:30PM
Banyak kedai makan yg viral tutup,kami cari Dinner di sekitar bandar KB dan terus balik ke Hotel.
3 Jan 2023
8:00AM-6:00PM
Breakfast di Kopitiam Kita
Cari ole-ole di Pasar Khadijah
Picnic di Pantai Nami Malaysia,juga di kenali sebagai Pantai Senok.
Ads
Pekena ICT di Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung
7:00PM
Return Van Sewa di station Wakaf Bharu
Mandi,solat,Makan dan tunggu train ERT27 untuk balik semula Ke Kluang.
8:45PM
Train ERT27 sampai on time ,masuk je train semua terus tertidur kepenatan.
4 Jan 2023
Ads
9:40AM
Train ERT27 sampai di Stesen KTM Kluang dan kami beransur pulang.
Tip:
korang boleh downloads Apps KITS KTMB dan buat tempahan seawal sebulan untuk pastikan korang dapat katil bawah dan koc yang bersesuaian.
2. Elakan pilih katil di no awal dan akhir (1&3 dan 37&39) sebab tingkap dia ada 2 section dan korang tak akan dpt view yang penuh sbb ada panel tingkap.
3. Bagi mereka yang tak nak ada ganguan orang keluar masuk dari koc ke koc untuk ke cafe boleh pilih di koc yang hujung sekali (T8/9) agak bising sedikit sebab dekat dengan engine lokomotif untuk ERT26 (JB sentral-Tumpat),kalau untuk laluan balik insyallah tiada bunyi engine sebab Koc Hujung Kepala Lokomotif akan berada di hadapan sekali.
4. Pastikan korang ambil masa dan keluar sekejap untuk bergambar di stesen Gua Musang sebab view dia sangat cantik dan trai akan berhenti sedikit lama di sana.
5. Ruang bagasi tidak disediakan ya,barang dan beg boleh diletak ditepi katil di laluan di dalam koc,kalau dalam perjalanan balik korang tershopping banyak,korang boleh book extra 1katil untuk kumpulkan satu tempat untuk mengelakan kehilangan barang dan memudahkan pergerakan nak turun dari train nanti.Macam saya ada beli 2 katil kanak-kanak tapi masa balik barang banyak sangat,jadinya 2 orng anak buah saya tidur sekali dan lagi satu katil kami buat cargo space untuk kami.
6. Warga emas/pesara kerajaan ada diskaun konsesi sebanyak 50% tetapi kena buat pendaftaran di kaunter ataupun online melalui apps KITS terlebih dahulu.
7. Tiket kanak-kanak untuk umur 4-12 tahun,manakala 3 tahun ke bawah adalah percuma dengan syarat mereka perlu duduk bersama Ibu/bapa dan umur dikira mengikut bulan kelahiran ya.
Percutian bersama rakan-rakan tersayang memang menyeronokkan, bukan sahaja dapat menikmati masa kualiti bersama, malah meluangkan masa seperti ini akan mengeratkan keakraban dan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan.
Cuba rancang percutian yang sedikit lama supaya anda dan rakan-rakan dapat meluangkan masa lebih panjang. Dalam setahun, mungkin ini sekali sahaja peluang yang anda untuk kalian berjumpa.
Perancangan itinerari dan bajet percutian 3 orang rakan ini bercuti ke negara-negara Indo-China selama 10 hari mungkin boleh dijadikan rujukan buat anda.
Check in flight ✈️ KUL-SGN pukul 1935 (MYR241/3 org)
No internet used, only wifi at Hotel and restaurant. Jgn risau, vietnam mmg sng dpt wifi.. Download maps me and currency apps, sgt2 membantu. ? ?
Touchdown pukul 2040 (Waktu vietnam) ambil bas dri SGN airport terus ke bustop ? near the hotel (VND20,000/RM3.62) ??♀️walk in distance 5 minit to hotel.
Check in ? Halo Hotel via booking (MYR96 for 1 night) – Hotel dekat dgn Ben Than Market – walking distance 1 minit (Recommended)
Dinner at Hj Mansour – Nasi Goreng Kicap (VND 95,000/MYR17.19) – Restoran area Ben Than Market jugak. – Makanan sedap, recommended)
Jalan2 area ?? night market then balik Hotel – Sleep
DAY 2 {30/06/19; Sun} HO CHI MINH -> MUI NE
Breakfast at restoran Basiroh near Ben Than Market – Roti Canai (VND35,000/MYR6) – Makanan sedap, recommended)
??♀️Walk in cari tiket bus ?(Mui ne-Ho chi minh) ** Sleeper bus by Hanh Cafe ** – USD 20/MYR82.78 (return) – Boleh booking online via Vietnam Bus Ticket Online, tp kami walk in then mhal sikit.
Jalan2 Saigon Sentral Post and art museum – Walking distance 12 minit from hotel. Otw tu jumpa Circel K try Kopi Vietnam (VND10000/MYR1.81) Sedap dan murah??, tp cashier sgt tak peramah dan teruk ??♀️
Balik hotel and check out?
Tapau mkanan di restoran Serai depan hotel for dinner – Nasi goreng garlic (VND44,000/MYR7.96)?
1230 PM ready at ? bus pickup point (Hanh Café) to Mui ne (Naik grab booked by tour guide Ms. Victoria that we buy the ticket bus) – Bus mesti ontime, so please be ready early
Perjalanan from HCM 130 PM to Mui ne 5jam 30 minit. Arrived at Ming Hung Hotel ? (VND350,000.00/MYR62.06 for 1 night) on 630PM.
Check in and get Mui ne tour at Hotel (VND120,000/MYR21.72), rest, makan and ?
DAY 3 (01/07/19; Mon) MUI NE -> HO CHI MINH -> PHNOM PHEN
Sharp 430AM get ready, tour guide pickup at Hotel by jeep ? to Red Sand Dune, White Sand Dune, Fairy steam and Fishing village. Tour nie hanya 4 jam je..
Sampai di white sand, boleh ambil ATV untuk naik atas untuk spot bergambar. Nk jaln kaki pon boleh tapi agak jauh. So kami decide ambik ATV (VND300,000/MYR54.30-per person)
Otw ke red sand, tour guide bwk kami bergmbr di tepi jln dgn Jeep. Nasib dpt tour guide yg pndai ambil gmbr ?….Lepas to pegi ke Red sand… begambar then terus ke Fishing village.
For me fishing village xseperti digambarkn.. ?So kami pon mcm tak excited kt tmpt tu. Sb ade dlm pakej kami layankn je.. ?
Lepas tu pegi ke Fairy stream… entrance fee -VND15000/MYR2.71) Tp kami tak masuk sb mcm xmenarik plus anjing berkeliaran turun naik dlm air tu ? Lepak kt kedai minum air klapa (VND20,000/MYR3.62)
830AM arrived at Hotel ? … check out pukul 12PM ?
Tunggu bas pickup depan hotel pkul 130PM.
Arrived at HCM pkul 730PM, lambat sampai sb jam ??? nk keluar tol (Kalah kt KL seriously) * Take grab to from Hanh Café bus stop to Ben Than Market (VND75,000/MYR13.56)
Smpai Ben Than, tapau makanan ? di Hj Mansour (Nasi goreng Paprit ayam (VND75000/MYR13.57) – Makanan sedap, recommended) Beli kopi vietnam kt night market (MYR3) Tersangat2 sedap.
Shopping ? dan beli survenior di Malaysia ?? night market lagi murah dri Ben than Market. Semua guna MYR. Lepas shopping take grab to bus ? pickup point (Mekong express)
to Phnom Phen, Cambodia – (VND120000/MYR21.28)
OVERNIGHT PHNOM PHEN
DAY 4 (02/07/19; Tues) PHNOM PHEN -> SIEM REAP
Arrived at border pkul 5AM.
Bas mlm susah cari, rata2 semua tak nak masuk cambodia malam. Kne rajin tanya tour office kt Ho chi minh. Kami dpt (USD16/MYR66.22) ** Sleeper bus **
Bas sgt selesa, tilam best dan pemandu pon ok. Boleh terus booked online actually, tp kami walk in. Kalau nk booked online pegi kt virakbuntham.com
Tunggu imigration buka pkul 630AM. Street to Mekong express bus drop point in Cambodia
Kami plan tak nk ambil hotel ? sb mlm tu nk terus bertolak ke Siem Reap, but kami terpkse ambil untuk letak beg dan rest. So, ambik tuk tuk (USD8/MYR33.11) dan driver tuk2 bwak kami ke hotel.
Buy simkad ?unlimited – (USD7/MYR28.98)
Kami stay di Queen Wood Hotel ? (USD25/MYR103.47) agak mahal, tp selesa. Driver tuk2 pickup pkul 1 ke restoran Halal for lunch. – Seafood porridge (Riel 8500/MYR8.60) Ice lemon tea (Riel4000/MYR4)
Makanan sedap, waitres pon ok.. -recommended. Perjalan agk jauh dri satu tmpt ke satu tmpt.. So standby face mask ? , sb tempat byk habuk..
Jalan2 di Killing Field. (Entrance fee – USD6/MYR24.08) Most of Cambodia tempat history, so spe yg minat sejarah bolehla jelajah cambodia. Lepas tu ke night market. Rase night market mcm kt
uptown malaysia. * Not excited * ?
Check out then booked grab to Giant ibis pickup point to Siem Reap (Grab USD3/MYR12.40) Tiket bus ? beli online di Giant Ibis (USD15/MYR71.80)** Sleeper bus** Selesa, ada washroom, bersih n ada wifi.
OVERNIGHT SIEM REAP
DAY5 (03/07/19; Wed) – SIEM REAP
Smpai di siem reap giant ibis drop point pukul 630AM. Kt situ ramai pemandu tuk2 dh siap2 tggu, so kami amik je (USD6/MYR24.84) dlm perjalanan ke ? , kami minta driver tuk2
bwa tempat beli tiket bus ke poipet then terus ke hotel. Menginap di Serkirin Mary Angkor Villa (USD 19.20/MYR79.47 for 1 night) selesa dan recommended. Byk halal restaurant near the hotel.
Sampai hotel rest, then kami mkn di restaurant sekirin di hotel. -Nasi goreng pattaya (USD3/MYR12) Milo ais (USD1/MYR4). Di restoran, dibagi free Cambodian tea, sedap sgt… semua mknan sgt sedap. Must try. ???
Booked halfday tour siem reap by tuk tuk muslim (USD12/MYR49.68) – Jalan2 city, lotus farm (entrance fees – USD0.5/MYR2.07, night market and old market. We all decide tak nk pegi Angkor Wat, mybe next time.. ?Di night market boleh beli survenior murah di kedai muslim as
per driver tuk tuk recommended. ??Beli roti satay (Muslim) – USD1/MYR4.14 – Ni mmg sedap giler… ?kedai di sebelah backpackers restaurant area hotel kami jugak. MUST TRY.
Dinner kami mkn mkanan ajaib kami, kembara meals – boleh beli di ig kembara.advanture.meals ??♀️- Rest n sleep.
6AM check out and breakfast di Sekirin restaurant – Kuehtiaw sup & Cambodia tea (FOC)
Driver tuktuk pickup us to pickup point Siem reap to Poipet by minivan ? (USD12/49.67) perjalanan 3 hours.. Smpi di poipet terus Jalan kaki ke immagration then take tuk2 ke Aranyaprathet train station (THB100/MYR13.53)
Kaunter tiket buka pukul 1-130PM, beli tiket train ? ke bangkok (THB48/MYR6.49). Train 2 kali sehari, pkul 8AM dan 2PM. Perjalanan 5 jam 30 minit.
Arrived at bangkok 730PM… Jalan kaki ke hotel – walking distance 13minit ??♀️?
Smpi hotel The rooftop residence hotel ? (THB2100/MYRMYR283.89-for 2 night) Hotel sgt bersih, cantik, selesa.. Ada laundry THB30/MYR4.06 1 times. – recommended ????
Dinner at hotel again with mknan ajaib.. Boleh masak di hotel, dapur semua disediakan.
DAY 7(05/07/19; Fri) BANGKOK
Breakfast at Hotel (English breafast??☕️). Booked grab to Siam center (THB115/MYR15.54) Buy simkad unlimited via KLOOK (THB102/MYR13.80) Recommended ??- kalau nk murah boleh beli melalui KLOOK.
Jalan2 sekitar city, Terminal 21, Siam square, Siam paragon, MBK. Lunch at Yana Restaurant di MBK (Basil beef rice-THB129/MYR17.44, Thai tea -THB40/MYR5.41) Recommended ??, makan sedap portion ok dan murah.??
Go to Pratunum market by grab (THB84/MYR11.37) Shopping ? dan tapau for dinner at opposite Pratunum market (Platinum mall) ada street food (Padthai THB180/MYR24.33) Mahal tapi berbaloi, portion byk dan sedap?
Balik hotel naik tuk tuk (THB 220/MYR29.73)
Dinner at Hotel and rest, ?
DAY 8(06/07/19; Sat) BANGKOK -> HATYAI
Breakfast at Hotel ? . Booked grab to Chatuchak market (THB141/MYR19.05) Shopping ? dan balik hotel ? by grab (THB110/MYR14.88)
Kerana kekangan masa, kami tak sempat ke Maeklong Railway and Amphawa floating market… ya maybe next time… ?
Check out, booked grab to DMK airport (THB379/MYR51.24)
• Sblum boarding, mkn di airport DMK di restaurant Au We White coffee – Nasi goreng (THB169/MYR22.85).
Check in flight ✈️ DMK-HDY pd 1935PM (MYR 303.99/3 org) Ambil grab dri airport ke hotel ? (THB240/MYR32.46). Menginap di Get Guesthouse (THB2139/RM289.17-for 2 night)
Hotel bersih, selesa dan cantik. Mini snack bar ade, so boleh mkn je.. FOC..Hotel bedekatan dgn Restoran Khaled – 120meter from hotel. Near Kim yong market and lee garden as well. – Recommended????
DAY 9 (07/07/19; Sun) HATYAI
Breakfast at Restoran Khaled near Hotel. Roti Canai Kosong (THB20/MYR2.70) The o Ais (THB20/MYR2.70). Mkanan di restorans sedap, ?mcm2 ada…buka pukul 6AM till 930 PM.
Lepas tu jaln ke Kim Yong Market, shopping ? Singgh 7e dan balik hotel ?
4PM, take grab ke Khlong Hae market (THB120/MYR16.23) – Floating market pukul 5 keatas, bru semua kedai buka.
Makan2 di floating market – Seafood porridge (THB25/MYR3.38), Pancake banana coklat (THB30/MYR4.06) Kerabu kaki ayam (THB25/MYR3.38) Thai tea ais (THB20/MYR2.70)
Dah kenyang, shopping ? then balik naik grab (THB120/MYR16.23)
DAY 10 (08/07/19; Mon) HATYAI -> MALAYSIA
Breakfast at restoran Khaled. Roti Canai Telor (THB20/MYR2.70) The o Ais (THB20/MYR2.70). Trus jalan ke kim yong market shopping ? lagi… then habiskn duit ?di 7e.
Check out 12PM, take grab to Hatyai railway ? station (THB81/MYR10.95) Beli tiket train
ke Padang besar (THB50/MYR6.76) -Time table ** 08.55 (09.55 Malaysian time) / 15.40 (16.40 Malaysian time) **
Perjalanan dari Hatyai ke Pdng bsar hnya 50minit.
Immagration check then yeah….! WE ARE IN MALAYSIA ????Beli makanan – Nasi goreng pataya (MYR7) sblm naik ETS ?
ETS ke Kl sentral booked awal2 ye.. (MYR76) Perjalanan 6 jam ke KL.
Sampai di KL 1230AM, delay stgah jam dri jadual asal.
JUMLAH KOS KESELURUHAN = VIETNAM + CAMBODIA + THAILAND = RM 1093.38
Pesanan khidmat masyarakat ✍?
Sila beli travel insurance, sgt penting kepada yg nk travel. Boleh beli di ‘https://www.gobear.com/my
Download apps maps me untuk offline maps. Tp jgn lupe download negara yg nk dilawati dlu sebelom guna apps.
Apps currency jugak sgt2 penting ye… sila download.
Time travel pastikan duit di simpan sbb elok2 ada byk kes pnyeluk saku di mana2 tapi alhamdulillah kat kami xde mslh ini.sekadar mngingati ?
Kos kami spatutnya boleh murah lagi kalau beli tiket bus ? awal means beli tiket awal 2 atau 3 bulan dan sila beli tiket flight ✈️ awal2 time promo.
kalau di Cambodia, smua bayar pakai usd, tp balance dorg guna riel.. Pening jugak la kira.. So standby sikit duit riel.
Hotel boleh booked di booking.com so far kami booked xde mslh..
Kos Makan – Ikut selera masing2.. ?
Budget diatas semua dh convert to exchange rate in Malaysia mse tukar duit
Trip nie hanya ikut kemampuan dan backpackers santai2.. Ade tempt yg kami skip.. So far kami enjoy…Boleh share ye untuk rujukan bagi sesiapa yang ingin pergi ???
Sebelum ini undang-undang untuk melancong ke Arab Saudi sangat ketat. Pelancong asing tidak dibenarkan sama sekali untuk menempah bilik berlainan jantina. Begitu juga penduduk tempatan terutama wanita dilarang untuk bebas melancong seorang diri.
Terbaru, Arab Saudi akan membenarkan lelaki dan wanita berbangsa asing berkongsi bilik hotel tanpa membuktikan hubungan mahram selepas melancarkan visa pelancongan baru bagi menarik pelancong. Satu lagi perubahan baru adalah wanita termasuk rakyat tempatan juga dibenarkan menyewa bilik bersendirian.
via CNN Saudi couple traveling_1570515462084.jpg.jpg.jpg_39492794_ver1.0_1280_720.
Tindakan itu dilihat memudahkan wanita yang mengembara bersendirian selain membolehkan pasangan yang tidak berkahwin menginap bersama ketika ke negara itu. Perkara itu dilaporkan akhbar Okaz dan disahkan Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi.
“Semua rakyat tempatan diminta menunjukkan pengenalan diri atau hubungan sesama mereka apabila mendaftar masuk ke hotel. Ini bagaimanapun tidak diperlukan untuk pelancong asing. Semua wanita termasuk dari Arab Saudi juga boleh menginap bersendirian asalkan memberikan pengenalan diri ketika mendaftar masuk,” katanya.
Arab Saudi bulan lalu membuka pintunya dengan visa pelancong dari 49 negara dalam pada ia cuba memperkembang sektor berkenaan seterusnya mempelbagaikan ekonominya selain daripada pengeksportan minyak. Susulan itu ia turut membenarkan pelancong dikecualikan daripada menutup aurat penuh dan serba hitam, sebaliknya hanya perlu memastikan berpakaian sopan. Alkohol masih diharamkan.
Jika anda memilih Sumatera Barat sebagai tempat healing bersama keluarga tersayang, anda perlu tahu apa yang menarik dan berapa kos untuk habiskan sepanjang ada di sana.
Menerusi Puan Ziela Lela, anda boleh ketahui lebih dekat tentang lokasi ini. Dulu ingat Sumatera Barat tak ada apa. Tetapi kalau tak ke Padang, tak tahu pun tempat ini.
Healing 4H3M ke Sumatera Barat
– 45 minit je dari KL .
– view cantik tenang.
– makanan murah sedap.
– supir best kelakar.
– harga pakej murah bawah RM600 utk 4H3M (transport + hotel + makan + tiket lawatan).
– tix flight boleh dapat RM200 je return.
– Check-out abdi homestay.
– Air terjun lembah harau.
– Swarnabhumi lembah harau.
– Lunch pondok flora.
– Istana Basa Pagaruyung (sewa baju).
Nagari tuo
– Nagari tuo desa terindah pariangan.
– Beli kuih bika talago @ kueh neraka.
– Shopping istano minang.
– Dinner ayam penyet.
– Check in hotel Bukit Tinggi.
Hari Ketiga
Jam Gadang
– Check-out hotel bunda Bukittinggi.
– Jam Gadang.
– Shopping linduang bulan,
– Lunch.
Puncak lawang danau meninjau
– Puncak lawang.
– Dinner ikan bakar .
– Check in hotel bunda bandar padang.
Hari Keempat
Pantai Padang
– Check out hotel.
– Masjid raya.
– Pantai padang.
– Jambatan siti nurbaya.
– Transfer airport.
Istano Basa Pagaruyung
Berakhir lah percutian selama empat hari di Sumetara Barat Kawasan padang, Indonesia. Buat anda yang suka suasana yang damai macam ini, boleh lah ke sini. Pasti akan menikmati pemandangan yang indah dan rasa berbaloi datang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...