Pusat bandar Kuala Lumpur adalah lokasi tepat dengan beberapa pilihan lokasi yang mampu memberi keseronokan pada waktu malam terutamanya anak-anak muda dan juga pelancong yang gemarkan hiburan sepanjang jalan. Mana hendak lepak malam ini?
nightlife_kl
Chinatown Nightlife
Hiburan malam di Chinatown mempunyai tarikannya yang tersendiri. Tolak tepi kelab malam, pab mahupun bar yang biasanya menawarkan alkohol! Sebaliknya, kunjungan anda di Petaling Street memberi harapan buat peniaga di sana. Lampu neon, bunyi bising tawar-menawar dan mainan lampu berwarna-warni akan lebih bertenaga jika anda berkunjung di malam hari.
Pasar malam Petaling Street memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Lot-lot kedai dan gerai di sini menjadi lebih ‘hidup’ apabila peniaga cuba menarik perhatian pengunjung. Jika anda menjiwai suasana pasar malam Petaling Street, anda boleh melihat gelagat peniaga yang gigih mencari rezeki, pelancong yang mahukan buah tangan untuk dibawa pulang dan rakyat tempatan yang yang mahukan barangan ‘berjenama’ dengan harga murah.
Jalan Bukit Bintang
Jalan Bukit Bintang menawarkan hiburan tanpa had terutama menjelang tengah malam. Biarpun Jalan Bukit Bintang adalah antara jalan yang tidak pernah lengang baik siang mahupun malam, Jalan Bukit Bintang menjadi laluan pilihan ramai pelancong dari luar negara.
Terdapat banyak restoren yang menyediakan hiburan dan suasana meriah bermula dengan mainan lampu berwarna-warni sehinggalah live band. Selain deretan kelab malam dan pusat karaoke disekitarnya, anda boleh terhibur dengan gelagat anak-anak muda yang berbakat dan berjiwa seni membuat persembahan.
Bazar Larut Malam (Uptown)
Ads
Jika kota Kuala Lumpur menyesakkan anda, lokasi bazar larut malam yang terletak pinggir kota bukan lagi perkara baru buat pengunjung tempatan. Danau Kota yang terletak di Setapak dan KL Downtown Cheras adalah lokasi menarik untuk dilakukan pada malam minggu. Biasanya, aktiviti perniagaan bazar larut malam bermula jam 10 malam sehingga 4 pagi.
Lokasi bazar larut malam bukan saja terkenal dengan barangan bundle tetapi terdapat jualan produk kraftangan, barangan antik, barangan berbentuk hobi dan produk tradisional. Pada masa yang sama, anda boleh mencuci mata untuk membeli pakaian, aksesori,cenderahati, kasut, perhiasan dan lain-lain.
Kami tahu ada banyak lokasi lain tetapi lokasi diatas hanya sebahagian hiburan malam yang boleh diperolehi sekitar Kuala Lumpur. Sesekali memandu untuk lepak bersama teman-teman setelah penat bekerja tidak ada salahnya asalkan anda tidak melakukan kesalahan.
Terasa seperti hendak menjamu hidangan mamak pula malam ini. NZ Curry House yang terletak di Bukit Bintang juga merupakan ‘port’ lepak terbaik pada waktu malam sambil mencuci mata melihat gelagat pengunjung kelab malam yang berdekatan!
Libur tahu mesti ramai kan yang nak ke Pulau Semporna, Sabah? Lagi-lagi kalau pergi berkumpulan, mesti havoc! Yela, kalau pergi sorang-sorang, tak ke tepu nanti. Lain la kalau anda betul-betul seseorang yang berjiwa kental. Itu cerita lain.
Perkongsian olehSirhan Ghazaliini adalah untuk anda yang nak plan trip ke Pulau Semporna secara berkumpulan. Kumpulan sebesar lebih kurang 9-10 orang selama 5 hari 4 malam sesuai untuk menggunakan tip dan itinerari daripada Sirhan Ghazaliini.
Menurut Sirhan, kos pengangkutan menggunakan van dari Tawau ke Semporna adalah RM25/kepala dan dari Semporna ke Tawau adalah RM15/kepala. Jadi kos perjalanan Tawau – Sandakan – Tawau akan menelan belanja sebanyak RM40 seorang. Hubungi tuan empunya van, Bro Sap (0198937491) untuk menempah van dari Tawau ke Semporna.
Apabila sampai di Tawau dari Kuala Lumpur, anda boleh menginap semalam di Hotel Marco Polo, Tawau. Belanja hotel di sini adalah sebanyak RM63/kepala dan satu bilik hanya dapat satu voucher sarapan percuma untuk seorang sahaja dan RM5 dikenakan sekiranya ada pertambahan yang ingin sarapan pagi.
Keesokkannya boleh bertolak ke Semporna dan apabila tiba, boleh check-in semalam di LatoLato Resort. Kos di sini agak tinggi sebanyak RM150/kepala, tetapi anda tidak perlu risau soal makan kerana bermula daripada sarapan pagi, makan tengah hari hingga ke makam malam adalah disediakan kepada anda.
Sekiranya anda ingin mencari pilihan lain, Sirhanmencadangkan untuk bermalam di Homestay Semporna yang menelan belanja sebanyak RM250/bilik untuk bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan boleh berjalan kaki ke jeti bot kerana jeti terletak berhampiran dengan homestay.
Sewaktu Sirhan ke sana, beliau berkongsi harga bilik dengan teman seperjalanan untuk menjimatkan kos sewa bilik. Sekiranya anda ingin mendapatkan penjimatan seperti itu, anda juga boleh duduk kongsi bersama kawan-kawan yang lain, lebih jimat!
Untuk ke Homestay Semporna ini, anda boleh hubungi Cikgu Azmi di talian 0109528315.
Sightseeing dan snorkeling aktiviti wajib!
Aktiviti yang dicadangkan olehSirhan pula adalah aktiviti island hopping ke sekitar pulau-pulau yang cantik di kawasan Semporna ini. Ada lapan pulau yang anda boleh jelajahi iaitu Pulau Boheng Dulang, Pulau Tatagan, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Mataking, Pulau Pandanan, Pulau PomPom, dan Pulau Timba Timba.
Sekiranya anda ingin membuat aktiviti ini bersama kumpulan anda, kosnya berharga RM195/kepala. Tapi nanti dulu! Walaupun harganya kedengaran tinggi, tapi nilai yang anda akan dapat adalah island hopping selama dua hari (4 pulau sehari) dan aktiviti itu termasuk sekali dengan sightseeing dan snorkeling. Bukan itu sahaja, makan tengah hari dan minuman sepanjang aktiviti turut disediakan kepada anda.
Aktiviti lain yang dicadangkan kepada anda adalah tour Pulau Gusungan, Pulau Mabul dan Pulau Kapalai yang mengambil masa sehari dengan bayaran RM80/kepala. Berbaloi untuk anda pergi kerana Pulau Mabul cukup terkenal dengan keindahan pulaunya yang cukup mempersonakan.
Untuk aktiviti ini, dengan harga RM80/kepala itu anda turut disajikan dengan aktiviti sightseeing dan snorkeling termasuk makan tengah hari dan minuman.
Bagi tiket penerbangan pula,Sirhan mengambil tiket dua hala dari Kuala Lumpur ke Tawau dan kembali ke Kuala Lumpur pada harga RM278 + RM55 (makan + luggage balik 20kg dikongsi berdua) yang dibeli semasa tempoh promosi.
Total kos lebih kurang RM926 per kepala
Dengan segala aktiviti yang dilakukan bermula hari pertama sehingga hari terakhir Sirhan dan rakan-rakan di sana, beliau menghabiskan peruntukan sebanyak RM926+/- termasuk tiket penerbangan.
Secara jujurnya,Sirhan memuji keindahan yang ada di Semporna. Bermula dari pantainya sehingga air lautnya, cukup membuatkan sesiapa yang datang terpana dengan keindahan yang ada di sana berbanding dengan apa yang ada di Krabi dan Phuket.
Masyarakat yang tinggal di Semporna juga cukup baik dan ramah dengan kehadiran pelancong dan makanan laut yang ada dijual di sana juga cukup murah terutamanya makanan laut yang ada di Pasar Ikan Tawau.
Cuma, ada satu sahaja yang perlu diperbaiki adalah adanya pulau-pulau yang disebut tadi dicemari dengan sampah sarap. Yang lain, semua perfect!
Jadi untuk anda yang ingin ke Pulau Semporna secara berkumpulan ramai, anda boleh share tip dan itinerari daripadaSirhanGhazali ini.
Selamat Bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Dalam bab penerbangan tambang murah ni, abam nak kongsi satu pengalaman yang agak lucu tetapi cukup memeritkan yang pernah terjadi pada diri abam beberapa tahun lalu.
Kisahnya bila abam mengambil keputusan untuk mengembara seorang diri ke wilayah paling jauh di Indonesia, Papua.
Nak jimat punya pasal, abam beli tiket pesawat Lion Air, salah sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang popular di Indonesia.
Penerbangan dari Jakarta ke Papua mengambil masa lebih lima jam
Memandangkan waktu berangkat hampir larut malam, tidak ada restoran yang menarik perhatian abam di airport Soekarno- hatta di Jakarta. Banyak yang dah tutup sebab dah lewat sangat. Dalam hati abam, takpelah, beli makanan dalam pesawat sahaja.
Tiba-tiba nak dijadikan cerita, pesawat delayalmost tiga jam.
Walaupun perut dah betul-betul berkeroncong, abam still berdegil taknak makan. Bukan apa, abam ingat nak betul-betul enjoy makan dalam kapal terbang nanti, kalau dah kenyang sebelum terbang rugilah abam nak rasa makanan pesawat Lion Air tu.
Abam ni ada tabiat pelik sikit, abam suka mencuba makanan dalam setiap flight yang abam naik. Walaupun ada orang kata makanan dalam flight bukan sedap mana pun, tetapi abam still nak rasa walau secubit.
Abam terbayang, kalau dalam kapal terbang Air Asia depa jual nasi lemak Pak Nasserlah, nasi ayam Uncle Chinlah, itulah, inilah…dalam Lion Air mesti ada makanan Indonesia seperti ayam penyet ke, bakso ke etc.
Dipendekkan cerita, sebaik saja pesawat Lion Air yang abam naik itu bertolak, tak nampak tanda-tanda pramugari dalam tu tolak trolley makanan. Mereka hanya mundar mandir ke depan dan ke belakang. Perut abam dah betul-betul lapar ni.
Bila almost sejam masih belum ada pramugari yang jual makanan, abam terus ke belakang dan berjumpa dengan krew kabin yang ketika itu sedang berborak sesama mereka.
Alangkah terkejutnya abam bila pramugari yang abam temui tadi mengatakan yang Lion Air rupanya tak jual sebarang makanan dan minuman dalam pesawat mereka, WTF!!!!!
Bayangkan, dahlah penerbangan almostfivehours, setitik air pun takde. Nowonder penumpang lain abam tengok berbondong-bondong bawa tupperware, bungkusan makanan bagai, rupanya mereka dah siap tapau dari awal kerana tahu tiada makanan yang dijual dalam pesawat syarikat penerbangan berkenaan.
Campur tolak bahagi darab, abam terpaksa menahan kelaparan hampir lapan jam dalam pesawat (campur tiga jam kat airport)…sampai naik menggigil kepala lutut bro!
Nasib baiklah bila saja pesawat menghampiri bumi Papua, terbentang di mata abam satu pemandangan muka bumi yang cukup cantik dan mempersonakan, terlalu indah untuk digambarkan dengan kata-kata.
Airport Papua sendiri terletak di celah-celah gunung, bila pesawat touchdown keadaan di sekitar runaway berkabus, dah macam landing kat Zurich u olls.
Atleast terubatlah sikit derita menanggung kelaparan almost lapan jam tu…kenangan sungguhlah naik pesawat tambang murah kat Indonesia ni, aargghhhhhh!!!!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pasti anda sudah terbiasa mendengar atau menyanyi-nyanyi sendirian lagu ‘Havana’ yang dinyanyikan oleh penyanyi Amerika Syarikat iaitu Camilla Cabello.
Havana merupakan sebuah bandar yang menjadi ibu negara untuk sebuah negara yang terletak di kepulauan Carribbean iaitu Cuba. Cuba merupakan sebuah destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dikunjungi dan seharusnya diletakkan dalam senarai negara percutiaan yang perlu lawati!
Menerusi perkongsiaan daripda Ayu Hasman ini diharap boleh memberi anda idea untuk bercuti di Havana akan datang.
Lost in Havana Oh Na Na
Saya ni mudah terpengaruh kalau tengok movie. Bukan terpengaruh dengan jalan cerita atau watak. Tapi lebih kepada terpengaruh dengan filming location sesebuah drama mahupun filem. Disebabkan terpengaruh dengan movie fast & furious dan kdrama encounter, saya pun tersampai lah di bandar Havana dengan tak sengaja.
Bukan sahaja tersampai dengan tak sengaja, malah tersuka, terpaut dan terjatuh hati dengan tak sengaja. Gittuuu…Secara jujurnya saya ni bukan lah jenis ‘city-person’. Saya lebih suka kepada kawasan pergunungan, laut dan hutan. Tapi bila sampai Havana, tak tau kenapa ada satu perasaan lain tetibe rasa ‘eh, bestnya tempat ni!’ Maybe sebab bangunan dia colorful kot. Terasa macam meriahnya hidup. Ditambah pulak dengan kehadiran kereta-kereta antik. Memang terbaik. Niat dihati nak try drive. Tapi driver kereta antik tu tak kasi la pulak. Dia kasi posing acah-acah drive je.
Disini saya share kan serba sedikit info dan tips mengenai Cuba & Havana:
Pemegang passport Malaysia tak perlu apply visa untuk memasuki Cuba.
Masyarakat dorang jenis laidback, chill2 je. Pastu takde nak buat muka pelik bila tengok kitorang yang bertudung ni. Jalan waktu malam pun tak takut. InsyaAllah selamat.
Dari segi makan pula, tak jadi masalah. Since negara ni dikelilingi laut, lobster, ikan dan semua hidupan laut semuanya murah. Satu set nasi, medium size lobster dan air harganya lebih kurang RM50.
Currency kat Cuba ada dua. Satu Cuban Peso (CUP) dan satu lagi Cuban Convertible Peso (CUC). Untuk tourist macam kita, kena pakai CUC. nilai CUC ni lebih kurang macam USD. 1 CUC = 1.05 USD. Agak mahal sebenarnya bila pakai CUC compare to CUP. Tapi ni merupakan cara mereka untuk menstabilkan ekonomi negara. Dah nak sangat datang negara dorang, layankan aje la ye. Kalau nak jimat, korang boleh withdraw duit pakai kad bigpay. Exchange rate lagi best dan tak perlu nak beratur di bank untuk tukar duit. Queue kat bank tak pernah tak panjang. Yang belum ada bigpay, boleh download di smartphone korang dan masukkan referral code ni untuk dapatkan cash RM10 (REFERRAL CODE : EXWRHCG1JQ).
Untuk penginapan, saya suggest untuk menginap di kawasan centre La Habana. Ada banyak choice kat sini. Dari backpackers hostel hingga lah ke hotel 5 bintang. Boleh pilih ikut bajet masing-masing. Macam haritu kitorang stay kat Sevilla Hotel.
Since haritu kitorang stay kat kawasan centre Old Havana, semua tempat menarik within walking distance. Kalau rasa macam malas nak menapak, kitorang naik beca. Harga beca bermula dengan 2 CUC dan kalau korang ramai, bolehlah tawar mintak murah. Hehe..
Dari segi internet, sangat lah terhad untuk tourist. Walaupun korang stay kat hotel 5 bintang, tiada istilah free wifi disini. Korang kena beli kad pra-bayar yang harganya 1 CUC untuk 1 jam. Haritu terpikir juga nak beli simcard. Tapi bila tanya harganya, memang tak berbaloi sebab terlalu mahal.
Since internet limited, pastikan korang download siap-siap offline maps. Saya download maps.me. Alhamdulillah, memang sangat membantu. Dapatlah sampai ke masjid dengan jayanya.
Aktiviti menarik di Havana?
1. Berjalan tanpa hala tuju di Old Havana. Korang akan jumpa banyak lokasi dan bangunan insta-worthy.
2. Join antique car city tour (30CUC/car). Sambil dapat merasa naik kereta antik tahun 1950an, sambil tu juga korang berpeluang untuk tahu dengan lebih mendalam sejarah Cuba. Kebanyakkan pemandu kereta antik ni pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris. So time ni la korang boleh tanya macam-macam.
3. Menikmati secawan kopi Cuba. Perghh memang piaw terangkat. Dia punya likat memang tak boleh blah
4. Join salsa class / lepak layan salsa. Actually kebanyakkan tempat makan memang ada live performance salsa. So sambil makan, boleh la korang tengok dorang bersalsa. Cuma nak pesan, wajib untuk bagi tips walaupun korang sebenarnya taknak pun tengok dorang menari. Tipping adalah WAJIB
5. Setiap malam jam 9, di La Cabana Fortress akan ada satu ceremony cannon firing. Korang boleh tengok secara depan-depan tentera dorang berarak dan macam mana dorang pasang peluru meriam.
6. Aktiviti lain, korang google je la. Sebab yang lain tu tipikal tourist attraction. Hahaha
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!