Terengganu Darul Iman negeri yang indah permai dan cantik menawan. Ibu negerinya, Kuala Terengganu pernah diangkat menjadi lokasi yang paling gembira di Malaysia pada tahun 2019.
Tapi memang hakikatnya Kuala Terengganu adalah antara kawasan-kawasan yang paling ‘menyeronokkan’ untuk dilawati oleh sesiapa pun, baik warga tempatan atau pelancong luar. Kuala Terengganu mampu menyajikan keseronokkan untuk mereka yang berkunjung ke sana.
Begitu juga dengan Tasik Kenyir, bagi anda yang bukan kaki pancing, tetapi teringin untuk bercuti di Tasik Kenyir, jangan malu dan segan untuk ke sini. Tasik Kenyir punya tarikan aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk semua peringkat umur. Pelbagai jenis penginapan juga disediakan bermula dari bertaraf tiga bintang meliputi chalet di atas pulau, resort terapung atau rumah bot. Jika memilih untuk menginap di rumah bot, kalian berpeluang untuk menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun pasti memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.
Teringin nak cuti-cuti Terengganu? Ikuti perkongsiaan daripada saudari Aziera Dianza yang berkesempatan bercuti ke negeri ini di daerah Kuala Terengganu dan juga Tasik Kenyir. Memang puas hati trip sebegini.
(Itenary Kuala Lumpur -Kuala Terengganu – Tasik Kenyir -Pantai Cherating)
4D3N Vacation 20 Aug 2020 – 23 Aug 2020 (PKPP). Terengganu Negeri Cantik, Budaya Menarik
Day 1
Sampi je Kuala Terengganu lepas subuh teros beratur di Nasi Dagang Atas Tol. Sarapan pagi di Nasi dagang atas tol
Ada 3 Cawangan
1. Atas Tol
2. Padang Negara
3. Losong
Dibuka seawal 630am-12tnghari.. Makanan murah n sedap..
Ads
Checkin Baiduri Homestay Kuala Berang
RM200
– 5 Bilik Tido (1 Bilik Aircond)
– 3 Bilik Mandi (Ade water heater)
Homestay yang sangat lengkap dan selesa
Air Terjun Sekayu (Sekayu Waterfall)
Tiket masuk RM2
Kena jalan sejauh 800m untuk naik keatas.. Nak mandi kt bawah pun boleh.. Tp view atas lg menarik..
Pasar Payang
Port untuk membeli keropok, batik Terengganu.. Mcm2 ada disini.. Tp terasa rindu suasana pasar payang yg dulu.
Drawbridge Kuala Terengganu
Boleh bergambar disitu dengan view jambatan yang menarik.. Boleh jugak membeli makanan di Terengganu Food Trucks, Dataran Drawbridge.
Sekati Emas Boat Tour
Kami menaiki boat dari Jeti Bot Penambang Pasar Kedai Payang
Ads
Dewasa : RM30
5-12 Tahun : RM15
4 Tahun Kebawah : FREE
Route :
Pulau Sekati-Taman Tamadun Islam-Masjid Kristal-Pulau Duyong-Kg Cina-Pasar Kedai Payang -Drawbridge KTganu
Tempoh tour :
1 jam – 1 jam setengah
Schedule :
Pagi – 6.45am (sunrise), 830am,1015 & 1130am
Ptg – 2pm,330pm,5pm, n last trip 630pm (sunset)
Medan Ikan Bakar Kuala Ibai
Better booking dulu kalau nk makan kt sini..
Day 2
Breakfast di Kedai Makan Seri Lawit Corner. Harga sangat murah. Pelbagai pilihan nasi minyak nasi kerabu nasi dagang nasi lemak. Roti canai kuih muih pun ada.
Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) Tasik Kenyir. Menempatkan sebanyak 18 ekor gajah yang mempunyai penjaga dikenali sebagai Mahut. Aktiviti menarik memberi gajah makan, memberi gajah susu & melihat gajah mandi. Kenyir Elephant Conservation Village mempunyai pelbagai fasiliti asas seperti Surau, Tandas, Bilik Persalinan, Ruang Rehat, Mini Kafeteria dan Kiosk Jalan. Tarikan yang menarik disitu ialah Jambatan Gantung (Canopy Walkway) sepanjang 600 meter dengan 5 Menara Tinjau dan 6 Platform.
Harga Tiket Promosi
Ads
Warganegara (MyKad)
11 bulan kebawah : Percuma
1 hingga 6 Tahun : RM 5.00
7 hingga 12 Tahun : RM 15.00
13 Tahun Keatas (Dewasa) : RM 25.00
Makanan Gajah : RM5/bakul
Susukan Gajah : 500ml – RM5 / 1liter – RM10
Waktu operasi jam 9.00 pagi – 5.30 ptg
Lunch di Restoran Lembah Warisan. Bagi peminat masakan ikan air tawar boleh cuba masakan di restoran ni.. Ikan kelah n ikan patin pun ada. Sedap. Pilihan lain boleh cuba makanan di Warung Mr. Baung. 500m dri Lembah Warisan.
Jeti Pengkalan Gawi
Tiket parking kereta RM5
Kenyir Eco Resort. Di Tasik Kenyir kami menginap di Kenyir Eco Resort. Milik bumiputra. Resort atas air di Kenyir. Sangat selesa. Makanan sedap. Facilities lengkap. Setiap bilik ade aircond. Harga mampu milik.
Aktiviti disediakan di Resort
Berkayak n Jetski
Banana Boat
Berenang kt tasik
Karaoke + bbq
Fishing
Day 3
Menaiki boat ke Kelah Santuary. Kena berjalan sejauh 1600m utk ke Lubuk Kelah. Standby air minum. Kat atas ade gerai kecik utk bli jajan n makanan ikan.Mandi manda n lunch di Air Terjun Lasir. Wajib pakai safety jacket ketika mandi . Aktiviti Menarik Di Tasik Kenyir:
Kelah Santuary
Air Terjun Lasir / Saok
Taman Orked
Taman Herba
Hiking di Gunung Gagau
Melawat Gua Bewah n Gua Taat
Gua Taat terletak bersebelahan Gua Bewah.. Semasa air tinggi, pintu masuk gua tenggelam di dasar dan pengunjung kena menyelam untuk masuk.
Day 4
Singgah mandi manda di Pantai Cherating n balik ke KL
Tamatlah sudah percutian 4d3n kami. So kalau ada sebarang soalan n pertanyaan boley tanye hakak ye. Teruskan Support Industri Pelancongan Kita. Jom Cuti-cuti Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bali. Satu tempat yang tak perlu Libur ceritakan lagi. Cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan yang digemari ramai tak kira yang nak bercuti bersama keluarga, kawan-kawan atau yang nak berbulan madu dengan romantik sekali.
Tapi apa yang Libur nak kongsikan kepada pembaca adalah perkongsian itinerary 4 hari 3 malam daripada saudari cik manis Nyna Bananyna di Facebook. Dengan kos lebih kurang Rm1400, ayuh kita selidik apa aktiviti yang dilakukan oleh beliau bersama rakan-rakan di sana.
p/s: Gambar-gambar yang mereka ambil memang superb! Terasa macam nak fly ke sana sekarang ambil gambar. Hahaha.
✈️??PASSPORT TO BALI✈️?? 20-24 JAN 2019
AirAsia KUL-DPS-KUL RM281 include 20KG & meal AXA Insurance RM12.75
Simcard IDR 125k
Hotel untuk 3 malam di Bali RM102
Duit belanja RM530
Pakej supir di Bali IDR 3,650k – Supir – Entrance fee – Minyak/Tol – Pickup/drop airport
Pakej supir di Nusa Penida IDR 1.3juta – Supir – Speedboat return – Entrance fee – Minyak/Tol – Lunch & Dinner – Hotel 1 night with breakfast
DAY 1 – KUL-DPS – Check in hotel di Ubud
DAY 2 – Bali swing @ Uma Pakel IDR 200k Swing paling murah antara yang lain. Dapat 20kali ayun and unlimited photoshoot spot for bird nest and few attraction. Totally worth it! – Tegalalang Rice Terrace – Uluwatu temple and Kecak Dance Unfortunately time ni hujan so rasa macam tak worth it nak tengok Kecak Dance. End up lepak gerai di Uluwatu Temple tu je layan hujan. – Dinner at Jimbaran – Check in hotel at Sanur Beach
DAY 3 – Speedboat to Nusa Penida at 8:30AM – Kelingking Beach – Broken Beach – Angel’s Billabong – Peguyangan Waterfall – Crystal Bay
DAY 4 – Diamond Beach – Thousand Island – Teletubies Hill – Speedboat to Sanur at 3PM – Shopping at Legian
DAY 5 – Tanah Lot Temple – DPS-KUL at 4PM
TIPS: – Kalau nak gambar cantik, pakai baju warna cerah like white or yellow if you’re playing with nature. Jangan warna gelap or else gambar korang jadi tak menarik. Hehehe. – Di Nusa Penida lain macam panas dia so better pakai baju yang nipis sahaja. Sunblock and kipas adalah wajib! – Tak ramai muslim di Nusa Penida. So bab makan tu pepandai lah makan ikan or jadi vege. – Better ambil supir di Nusa Penida. Jalan di sana terlalu bumpy and rough. And jarak antara tempat2 pun agak jauh. – Kalau ke Nusa Penida, boleh pergi balik hari atau stay 1 malam di sana. But prefer stay sana baru puas nak berjalan tangkap gambar. 2H1M dah cukup untuk cover semua tempat. – Di Nusa Penida takde tempat shopping. So jimat duit korang. Just belanja untuk makan je. – Stay hydrated in Bali! – Kalau nak shopping beg rotan murah, beli di area Ubud. Jauh lebih murah berbanding di Kuta. Boleh dapat around RM20 and above. – Kalau dah tawar menawar shopping, jangan tetibe cancel pula. Nanti kena herdik dengan orang sana. – Gerak awal pagi ke destinasi untuk elak ramai orang. Nanti susah nak tangkap gambar. – Kitorang pergi 2 orang je so trip ni takde lah bajet mana. If nak murah, boleh ajak 4-6 orang pergi.
Since tram beroperasi awal pagi, so pagi-pagi lagi kami dah automatic bangun, solat subuh then turun bawah untuk breakfast. Kami makan same thing everyday haha. Harini nak ke Astronomical Clock and few other places. Macam biasa, beli day ticket 110 CZK kat hotel sebab nak pergi jalan-jalan je harini. Nak turun naik tram suka hati. Masa turun dari hotel, the weather still fine . Little did we know that it’s gonna be rain today.
Oh ya, since semalam drama funicular belum habis, kami WAJIB ke Petrin Hill dulu la. Naik tram depan hotel ke station Ujezd then walk about 5 minutes to the funicular station. Ride 2 stops to Petrin Hill. Jalan sekejap je atas tu then kami ambil same funicular untuk turun ke bawah. Tiket funicular ni boleh guna same day ticket. Masa naik takde orang check, tapi masa turun, diorang akan check ticket. Ramai orang ingt naik funicular ni free, so ramai jugak la yang kena fine (i’ve read).
Dari tram station Ujezd, kami naik tram no 9 ke station Narodni trida dan berjalan kaki about 10 minutes to Prague Astronomical Clock. Mengikut sejarah, jam kat sini dah berusia 610 tahun. The rest of it this clock’s history, boleh baca dalam Wikipedia. Ramai orang berkumpul kat sini walaupun hujan dah turun, sebab nak tengok hourly show. Sekejap je shownya, ada lagu-lagu and 12 patung keluar. Ada penceritaan daripada clock show ni yang mana korang boleh baca dalam Wikipedia.
Lepas tu kami jalan kaki ke Old Town. Jumpa banyak kereta kuda yang cantik tapi baunya MasyaAllah, busuk naw! Suami Siz singgah Solat Jumaat kat Prague Islamic Centre. Susah benar nak cari, nasib baik jumpa pemuda Indonesian and kami sama-sama cari sampai jumpa. Lepas solat, singgah bergambar jap kat Hlavni Nadrazi sambil beli souvenirs kat luar station. Beli tredelnik kosong saje nak try. Tapi tak sedap sangat bila sejuk sebab dah keras. Then, ke Barakat Restaurants again untuk lunch kat sana dan take away 1 meal untuk dinner.
Kami balik hotel, solat Asar then rest kejap sebelum naik tram ke Dancing House. Direct tram no 5 ke station Jiráskovo náměstí betul-betul akan stop depan Dancing House. Ambil gambar kejap then jalan-jalan sekitar sambil ambil je gambar bangunan yang cantik-cantik like Rudolfinum. Then kami ke Hard Rock Café untuk beli souvenirs. On the way balik, jumpa café cantik, Paul Peneria Kaprova, so we’ve decided untuk snack time sekejap, makan apple pie and minum hot chocolate dan singgah toilet.
Sebelum naik tram ke hotel, sempat lagi singgah TESCO, sebab rasa nak makan ice cream. Ended up beli macam-macam barang, as always. Then kami balik hotel to rest, dinner and tidur!
30 November 2019
Woke up this morning disambut dengan snow. Wow, fresh snow! Excited walaupun bukan pertama kali. Snow always makes me feels so overwhelmed! Lepas breakfast, kami just rest kat hotel. Sediakan snack sebab nak pergi out of city harini, ke Fashion Arena Prague Outlet.
Alhamdulillah harini sunny day! Sun shining brightly yet the weather is still cold, my kind of weather 🙂 . Selepas mandi dan bersiap, kami beli 24 CZK tickets, two each since we don’t have any other plan than shopping. Senang je nak pergi from this hotel, take tram no 5 to Na Homoli dalam 20 minutes (16 stops) lepas tu jalan kaki dalam 7minutes to Outlet. On the way tu akan lalu kilang tapi jangan risau sebab tu jalan yang benar.
Outlet ni takde la besar sangat. Tapi okaylah. Kami just beli sepasang kasut sorang pastu beli baju kids and singgah beli Bohemian Crystal sebab tu kiranya Czech punya signature souvenirs. Then lepak playground, makan snack, sambung shopping lepas tu balik.
Lunch masak Mac and Cheese pastu dinner makan nasi lemak Brahims. Tak de nak makan kat luar harini since we need to packing luggage sebab esok dah nak naik train to Krakow, Poland.
1 December 2019
Today is our very last day in Prague, kami check out around 10-ish am then stored luggages at the hotel because our train to Krakow is in the evening. So, we’ve decided to kill the time headed out to the city. Pergi shopping mall, Palladium. Pusing-pusing tanpa arah tujuan then singgah beli tartlet. AMbil gambar kejap depan Theater. Plan nak lunch kat Barakat lagi tapi terjumpa kedai Turki (Istanbul Kebab) so kami makan kat situ. Harga not bad and makanan pon sedap jugak.
Then, kami jalan kaki ke Barakat untuk tapau food untuk makan dalam train sebab perjalanan ke Krakow jauh, dalam 6 jam lebih. After that, kami naik tram balik hotel, ambil luggages and panggil Bolt untuk ke Prague Main Station. Fare dalam 4 euro kalau tak silap. Malas nak naik tram since barang banyak and tram kat Prague ni jarang tak crowded. Kami mereput selama 3 jam before finally board Leo Express to Krakow, Poland.
Till then, nanti kita sambung cerita kat Munich since it is our 1st city for this Eurotrip.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Menyedari betapa letihnya rutin harian Ustaz Ebit Lew, beliau mengambil kesempatan lepaskan lelah dengan bercuti ke pulau legenda, Pulau Langkawi bersama isteri dan keluarga tersayang.
Menerusi media sosialnya beliau berkongsi momen percutian bersama isteri serta ahli keluarga lain di Langkawi.
Menerusi kapsyen beliau memberitahu sangat tenang saat berada di samping isterinya dan segala keletihan dialami hilang apabila dapat menghabiskan masa bersama insan tersayang.
Menurut Ustaz Ebit Lew, isteri berasa kasihan pada dirinya, tetapi beliau pula rasa sebaliknya.
Mengambil kesempatan bercuti sambil menaiki cruise yang disediakan oleh pihak berkenaan.
Lebih menyeronokkan pelayaran ini adalah yang satu-satunya cruise tanpa alkohol di Langkawi dan dapat melakukan aktiviti seperti snorkeling, memancing dan sebagainya dengan bebas.
Dating dekat Langkawi dengan bidadari. Rindunya. Dah nak habis tahun 2020. Ujian berat covid 19. Tapi bila disisi orang kita cintai sayangi tetap terasa bahagia dan tenang. Sekejap je rasa.. pergi mana selalunya wanita diluar sana semua cakap kirim salam bidadari ustaz yer…
Bidadari saya kata, kasihan abang penat jer…saya lagi kasihankan bidadari yang sentiasa berkorban buat suami , anak-anak dan ummah.
Duduk dengan bidadari abang terus hilang semua penat letih. Tengok muka orang kita cintai. Pegang tangannya. Semuanya jadi kebaikan. Benarlah kata orang dulu. Nikmat terindah didunia ini ialah isteri solehah.
I love you sayang bidadariku. Best hotel westinlangkawi…Terima kasih cruise sea splash. Best selesa dan seronok sangat banyak perkara dapat buat dengan bidadari tercinta. Terima kaseh @seasplashlangkawi atas layanan dan pengalaman indah hari ini-ebitlew
Ramai warganet teruja melihat percutian pasangan ini dan mendoakan perkahwinan Ustaz Ebit Lew dan isteri sentiasa berada dalam rahmatNya.
Info Menarik:
Sea Splash Langkawi bukan sahaja untuk aktiviti memancing laut dalam tapi juga sesuai untuk cruising, snorkeling, selaman skuba dan pelbagai aktiviti keluarga. Sea Splash Langkawi yang PERTAMA dan SATU-SATUnya cruise tanpa alkohol di Langkawi. Sea Splash Langkawi menawarkan beberapa pakej iaitu Sunset BBQ Dinner Cruise, Island Escape + Fish Farm Adventure, Sea Splash Private Cruise, Sea Splash Fishing Trip dan Sea Splash Koh Lipe Trip.
Untuk pengetahuan Sea Splash Langkawi ini berpengkalan di Royal Langkawi Yatchs Club (RLYC) yang terletak di Kuah, Langkawi.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...