Tanah Jawa Indonesia mempunyai banyak tarikan menarik yang boleh diteroka. Surabaya antara wilayah di Tanah Jawa yang mempunyai tarikan alam yang mempersonakan. Gunung Bromo, Kawah Ijen dan pilihan air terjun yang cantik merupakan destinasi yang boleh dilawati jika berkunjung ke Surabaya.
Membeli tiket penerbangan dua minggu sebelum perjalanan justeru Ad Nurr dan pasangannya memilih untuk mengikuti pakej bersama travel agent sepanjang percutian empat hari 3 malam mereka di Surabaya.
Berkongsi momen-momen indah yang dirakam sepanjang percutian mereka, Ad Nurr menyifatkan Surabaya destinasi indah untuk dilawati. Pesannya datang sendiri dan nikmatilah kecantikan alam yang ada di sana sambil banyak gambar dan video untuk memori bersama.
you guys search je Ayunita. Very recommended, trusted
Trip kami husbandwife, trip santai tidak lah bajet tidak luxury. Seadaanya
Ads
Trip ni langsung saya tak prepare itinerary, saya bagi bulat bulat Ayu settle kan A to Z.
We bought tiket thru Airpaz and nanti terus contact Ayu, boleh pilih pakej mana yang you guys nak, Ayu akan bagi option. kami punya driver nama Mas Ula, 5 sporting gila. Thank you Ula! )
And just friendly reminder, guys kalau vegan ke tak makan itu ini ke, atau senang cakap picky eater ke, korang share dengan TA so dia boleh sampai kan pada driver /supir yang akan di assign untuk trip korang. Kita mudah kan driver nak bawak kita pergi makan mana, based on kita punya preference. And kalau ada nak makan mana2, beritahu driver awal2 so dia boleh susun route.
Expenses :
Tiket MYR800 return, beli 2minggu sebelum fly. Add on luggage 20kg , beli seat 2x, beli travel protection 2 pax.
Ads
MYR 1000 +/- untuk pakej, exclude shopping and makan makan.
Not to forget :
1.Aktifkan international online transaction.
2.Aktifkan pengeluaran duit kat atm.
3.Download apps PeduliLindung
Ads
4.Ready kan vaksin MySejahtera.
5.Soket 2 pin
6.Bawa sweater, sarung tangan. (Beli on the spot pun boleh)
7.Ambil video banyak banyak!
Disclaimer : Semua yang berlaku, rules , flexibility, whether, imegresen semua lah, all within 4 days time range Not going to share more in details, saya nak you guyss enjoy k. nak share gambar jeee sebab pengalaman and moment tu something yang tak boleh di jual beli. Korang kena feel semua tu okay. Melihat kecantikan alam, salah satu ibadah juga. Niatkan diri untuk travel melihat alam, Allah mudah kan. InshaAllah
Kredit: Ad Nurr
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pada yang dah pernah pergi New Zealand akan mengagumi keindahan bumi New Zealand. Tak pernah susah-susah cari angle cantik, lighting cantik untuk tangkap gambar kerana negara ini diiktiraf antara tercantik di dunia tak kira dari sudut mana korang cari angle pun.
Bentuk muka buminya yang bergunung ganang dan berpulau membuatkan kita tidak puas memandangnya dan pasti terus jatuh cinta untuk meneroka keindahan New Zealand. Terdiri dari dua pulau utama iaitu Pulau Utara dan Pulau Selatan, masukkan negara ini dalam wishlist idaman.
Dalam pada itu, panduan dikongsi oleh Saizul Hafiz di fbnya boleh menjadi panduan berguna buat yang pertama kali nak meneroka New Zealand menggunakan campervan. Jimat pun jimat teruatama bab hotel dan boleh meneroka banyak kawasan lain.
Jom baca perkongsiannya di page fb Backpackers Budddies Malaysia (BBM).
Campervan di New Zealand
Di sini saya senaraikan tips pengunaan campervan apabila merancang percutian di salah satu negara tercantik di dunia iaitu New Zealand.
1. Rancang percutian hanya 1 pulau jika hanya pergi dalam masa 7-10 hari. South Island adalah paling cantik.
2. Booking campervan mengikut berapa pax yang pergi. Booking lebih awal 6-12 bulan untuk dapat harga yang murah. Booking biasanya hanya 10% dari total harga.
3. Anda sendiri adalah jenis yang adventure, boleh hidup dalam satu ruang yang kecil selama semingu.
4. Bersedia untuk menjadi seorang Indah Water untuk mencuci black water & grey water (buangan tandas).
5. Boleh memandu kenderaan besar dan mempunyai lesen memandu. Di New Zealand mereka menerima lesen memandu dari Malaysia yang biasa, tak perlu yang international.
6. Kita bebas untuk parking di mana mana yang dikhaskan oleh Department of Conservation (DOC). Cari campervan yang ada simbol Freedom Camping.
7. Pemilihan campervan dari 2 berths hingga 6 berths. Berths bermakna katil/capacity.
8. Boleh bermalam di campsite berbayar untuk tempat yang menyediakan kitchen, tempat basuh baju, shower dan toilet. Pemilihan Campsites dari 3 hingga 5 bintang mengikut budget anda.
9. Setiap campervan di sediakan fasiliti untuk memasak dan toilet. Kita kena lakukan duty seperti isi air bersih dan bersihkan air kotor. Jadi kalau pergi ramai ramai boleh buat jadual tugasan masing masing.
10. Pemanduan di New Zealand adalah right hand side seperti di Malaysia dan had laju adalah 100km/j. Pastikan anda patuhi had laju kalau tak nak di saman 150nzd.
11. New Zealand adalah negara yang sangat cantik jadi go slow dan nikmati segalanya sepuas hati.
Pelayaran reakreasi merupakan aktiviti yang banyak disediakan di destinasi tumpuan pelancong untuk bersiar-siar melihat panorama indah menggunakan pengangkutan air. Selalunya bot persiaran bersaiz kecil dan sederhana digunakan sebagai tarikan produk pelancong di kawasan tersebut.
Nak dikatakan terlalu mahal, rasanya tidaklah terlampau tinggi bayaran dikenakan. Tetapi harga yang dibayar berbaloi dengan kemudahan dan kepuasan pengunjung yang teringin bersiar-siar bersama tersayang. Ada beberapa destinasi yang terkenal dengan aktiviti ‘cruise’ ini di Malaysia antara yang mesti ada cuba adalah di Pulau Lagenda, Langkawi.
Pelayaran Sungai Kilim Geoforest Park antara daya tarikan alam semula jadi di Langkawi yang menarik untuk mengisi masa percutian anda ialah menyaksikan khazanah hutan bakaunya. Kebanyakan hutan bakau terletak di lokasi Kilim Geoforest Park dengan sejarah kewujudan menjangkau 400,000 tahun. Pengunjung yang ke sini boleh memilih untuk menyusuri hutan bakau Sungai Kilim dengan menggunakan bot sebagai pengalaman percutian. Keindahan persekitaran hutan bakau ini membolehkan Kilim terpilih sebagai lokasi penggambaran untuk banyak filem tempatan dan antarabangsa.
Pelancong yang mengambil pakej menyusuri Sungai Kilim juga berpeluang di bawa ke Gua Kelawar yang menganjur sejauh 60 meter dengan dua pintu masuk yang saling bertemu. Ia dihuni beribu-ribu kelawar buah. Jambatan kayu dibina untuk memudahkan pelawat keluar masuk. Pengunjung dinasihatkan memakai sandal kerana sebahagian lantai di pintu masuk gua ini digenangi air. Selepas melawat gua, berehatlah sementara di dangau sambil mengambil peluang melihat persekitaran hutan bakau dari jarak dekat.
Kalau ke Langkawi, jangan lupa untuk masukkan pakej pelayaran ini dalam jadual percutian anda.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negeri Pahang Darul Makmur cukup terkenal dengan kekayaan hasil buminya yang melimpah ruah, jadi di entri ini Libur nak kongsikan beberapa lokasi yang menarik untuk anda plan DIY trip ke negeri Pahang Darul Makmur.
Ada beberapa lagi lokasi yang menarik yang akan Libur kongsikan di artikel yang seterusnya. Stay tuned!
Bangunan rumah kedai tiga tingkat ini dibahagikan kepada tiga tema untuk setiap tingkat, iaitu tema 70’an untuk tingkat satu, tema moden untuk tingkat dua dan tema kekeluargaan di tingkat tiga.
Apa yang membuatkan rumah terbalik 3 tingkat ini begitu istimewa? Segala perabot dan kekemasan dalaman disusun 180 atau 90 darjah terbalik. Lantai rumah kampung tradisional ini diperbuat daripada kayu dan diserikan lagi bersama beberapa barangan antik untuk tatapan pengunjung yang datang.
Beberapa permainan kanak-kanak tradisional Malaysia juga dipamerkan. Apa yang lebih menarik adalah bar JG Snack yang menyajikan beberapa kegemaran snek kanak-kanak pada tahun 1980an & 1990an seperti ais kepal, aiskrim Malaysia, Milo Dinosaur, air cincau dan ABC.
Caj yang dikenakan juga berpatutan, iaitu RM20.00 bagi dewasa, RM15.00 bagi pelajar beruniform dan RM12.00 bagi kanak-kanak dan warga emas. Terdapat juga pakej keluarga yang bernilai RM53.00 bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah di beri masuk secara percuma. Manakala bagi yang datang secara berkumpulan lebih dari sepuluh orang, di beri satu tiket percuma. Waktu operasi adalah dari jam 10.00 pagi hingga jam 7.00 petang.
Terdapat banyak perkara untuk dilihat dan boleh dilakukan di Cameron Highlands, seperti menginap di resort dataran tinggi terbesar di Malaysia, berjalan melalui kampung-kampung kecil yang indah, melawat ke taman rama-rama, kebun strawberry, ladang madu lebah dan ladang teh atau ke tempat-tempat makan yang best di di kawasan tanah tinggi di negara ini.
Itu adalah aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan santai yang boleh dialami di sini. Anda pasti teruja dengan cuaca yang ada di Cameron Highlands. Beberapa hari keluar dari kawasan panas di tanah rendah pasti mengecas semula ‘bateri’ tenaga anda.
Satu lagi aktiviti popular di Cameron Highlands yang kini menjadi tradisi, adalah menikmati hidangan teh dan juga scone. Tradisi Inggeris ini bermula pada zaman ketika pegawai kolonial Inggeris menggunakan lokasi tanah tinggi ini sebagai percutian yang sejuk. Selain daripada itu, melihat dan mengamati burung juga merupakan aktiviti yang popular di sini.
Terletak di tengah-tengah hutan hujan negeri Pahang ini pekan kecil yang dipanggil sebagia Bukit Fraser. Di ketinggian 1,524 meter di atas paras laut, resort tanah tinggi ini adalah syurga alam semula jadi yang mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan, spesies burung dan juga haiwan.
Tempat ini popular untuk mereka yang berminat dengan aktiviti alam semulajadi seperti trekking, melihat burung, menunggang kuda, memancing dan berkhemah.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang ini merupakan peluang yang jarang dan hebat untuk anda bagi mendekati spesis gajah Malaysia yang unik.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah di Pahang akan memberi anda peluang yang jarang didapati di tempat lain untuk belajar tentang gergasi hutan ini.
Dapatkan peluang untuk berjalan bersama gajah melalui kawasan hutan dengan bantuan panduan gajah atau mahout.
Bagi yang berani dengan cabaran, ada peluang untuk mengambil gajah ke sungai dan membantu gajah-gajah ini mandi! Tidak ada peluang yang lebih baik daripada ini untuk berhubung dengan ‘abang long’ belantara melainkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini.
Dianggarkan terdapat hanya 1,200 Gajah Asia liar, yang juga dikenali sebagai Elephus Maximus, berada di Malaysia dan pusat ini adalah satu-satunya pusat pemuliharaan yang ditubuhkan untuk melindungi habitat yang terancam ini.
Gajah-gajah di sini telah diselamatkan dari seluruh Semenanjung Malaysia, dan pusat iin memberikan mereka tempat perlindungan yang selamat daripada ancaman pemburu haram.
Negeri Pahang sememangnya terkenal dengan kekayaan alam semula jadinya. Selain mempunyai Taman Negara yang terkenal di dunia, Pahang juga terdapat pelbagai jenis gua bertaraf dunia yang boleh diterokai oleh peminat gua. Ada di antara gua-gua yang hebat ini boleh didapati di sebuah bandar kecil bernama Merapoh.
Gua Merapoh memiliki sejumlah 85 gua yang boleh diterokai dan dipercayai berusia lebih dari 130 juta tahun. Jadi, tidak hairanlah Merapoh, yang terletak di daerah Lipis, Pahang dianggap sebagai syurga bagi peneroka gua. Terdapat beberapa gua bertaraf dunia di Merapoh. Ada yang mempunyai bilik besar, dipenuhi dengan formasi yang unik atau mempunyai geologi yang menarik, dan yang lebih mengagumkan adalah ada gua yang tersembunyi kolam air jernih yang menampung pelbagai spesies fauna.
Secara umum, gua-gua di Merapoh boleh dikategorikan sebagai gua persembahan, gua pengembaraan dan gua arkeologi. Sebagai contoh, Gua Hari Malaysia mempunyai sungai sepanjang satu kilometer yang mengalir melaluinya, membentuk air terjun dan kolam renang. Ini adalah jenis gua yang baik untuk memanjat, merangkak, berenang, menyeberang, manakala Gua Seribu Cerita mempunyai banyak lukisan gua untuk diterokai dan dilihat. Gua Tahi Bintang, yang namanya berasal dari satu dinding yang penuh dengan pembentukan berbintang yang menyerupai tahi bintang, juga mempunyai beberapa lukisan gua. Lukisan-lukisan itu dipercayai ditarik dengan karangan antara 100 dan 200 tahun yang lalu.
Kaya dengan kepelbagaian biologi, pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang ditemui oleh penyelidik tempatan dan antarabangsa di beberapa gua di Merapoh, gua-gua di sini sangat sesuai untuk diterokai.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila sebut destinasi percutian di Eropah, ramai biasanya terus teringat Paris, London atau Rome. Tapi di celah-celah negara yang lebih popular itu, ada sebuah...