
Sekali dah mula camping memang terasa keseronokkannya. Lagi pula dapat campsite yang cantik dan selesa, kalau dapat view cantik memang bonus. Tak dinafikan banyak campsite yang tumbuh bagai cendawan ketika ini dek kerana makin ramai rakyat Malaysia yang suka aktiviti camping ini.
Ada sahaja campsite baharu pasti ramai yang nak rasa sendiri pengalaman berkhemah di sana memandangkan setiap campsite yang dikunjungi itu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.
Baru sahaja dibuka pada minggu lepas, Zakka Campsite telahpun dikunjungi oleh Joe Azrunorudin dan keluarganya. Bermalam dua hari satu malam di situ, Joe menyifatkan perkhemahan di situ sangat berbaloi dan merancang untuk kembali lagi ke situ di masa hadapan.
Nak tahu apa yang best ada di campsite ini, ikuti perkongsian lelaki ini:
Camping in Zakka Campsite on 15-17 sept 2022
Campsite baru buka last week in Ringlet Cameron Highland
Overall sangat best!
Memang sejuk dan view memang superb!
Those yang datang from KL memang akan suka sebab tak payah hadap traffic jam dekat Tanah Rata/Brinchang
Ada 4 zone..for me yang paling senang dan best kalau barang banyak zon B, sebab leh parking kereta sebelah dan view farm yang cantik..tapi harga mahal sikit rm90/adult then rm70/adult untuk next night
Kitaorang dapaf zone A, tapak kami zon A1(paling kecil size tapak) tapi view memang terbaik(memang atas bukit tapak kami + mountain view+of coz sejuk kow kow)
Harga untuk zone A dalam RM70/adult then malam ke 2 RM60/adult,details leh refer page dia..
Tapi untuk zone A dan D, memang kene ada wagon dan for zone D hanya ada tangga, so prepare untuk memunggah barang tu penat especially kalau khemah besar yang 20kg and above..
Sangat memenatkan untuk punggah barang naik tapak and turun tapak tapi bila dah setel sangat memuaskan dan berbaloi! anak-anak sangat happy!
toilet baru dan sangat bersih ala-ala draco + water heater
zone A and C ada route untuk wagon
plug point tak ada..tapi okay saja sebab tak guna kipas pon
Lalat banyak sebab dekat farm, memang CO suruh bawak fly trap..
overall sangat berbaloi dan memang terbaik view dan place, will repeat again InsyaAllah!
Kredit: Joe Azrunodudin
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ini Rupanya Tip Dikongsi Jurugambar Nak Dapat Momen Menarik & Cantik Bagi Yang Gemar Travel Solo

Lain orang lain citarasanya. Ada orang gemat travel bersama geng buddies dan ada juga yang travel secara solo.
Jika pergi secara berkumpulan tiada masalah merakamkan gambar menarik untuk dijadikan kenang-kenangan.
Tetapi bagaimana pula yang travel secara solo. Bagaimana mahu mendapatkan angle menarik tanpa bantuan sesiapa.
Jangan risau jika anda travel solo tetapi mahu merakamkan momen menarik. Baru-baru ini seorang jurugambar telah berkongsi beberapa tip yang boleh digunakan solo travel yang ingin merakamkan momen menarik tanpa bantuan orang lain.
Berkongsi di laman tiwtternya menggunakan akaun nama AshraffJunior bukan hanya berkongsi cara menangkap gambar secara solo, tetapi juga bagaimana mahu menjadikan gambar berkenaan jadi lebih cantik dan menarik.
1. Guna tripod
Carilah tripod yang tinggi dan ringan sebab korang boleh adjust angle dan kedudukan kamera mengikut kemahuan.
Sekiranya korang ada tripod ni korang boleh buat gambar macam ni. Potrait boleh, landscape pun boleh
Kalau nak lebih ringan boleh guna gorilla tripod. Walaupun tak tinggi, kau boleh letak tripod ni atas objek lain untuk tambah ketinggian dan kau boleh bengkokkan kaki tripod untuk lekatkan dia kat tiang ke pagar ke dan lain2.
2.Guna angle yang unik
Ambil gambar daripada angle yang korang tak biasa tengok. Kalau kau guna eye view, orang dah biasa tengok and tak impressed sangat. Cuba guna low angle ke, paras pinggang or maybe high angle kalau tempat tu sesuai untuk letak tripod.
3.Letak kamera di sebalik objek
Dalam term fotografi, orang sebut ni as framing. Macam kau kau letak frame kat gambar korang. So contoh kalau korang nak ambil gambar temple, korang boleh jadikan bunga2 sebagai frame. Contohnya macam ni.
4.Guna grid
Grid tu garisan melintang kat apps kamera korang. Kalaulah tak on, korang boleh hidupkan kat setting ni haa. Alang2 tu hidupkan la auto HDR so kalau tempat gelap sangat, phone korang boleh bagi gambar korang lebih jelas. Letak subjek kat pangkah itu.
Antara cara gunakan grid
5.Guna app lightroom (free) dan snapseed (free)
Aku suka sangat app lightroom ni sebab interface simple dan semua yang aku nak dah ada kat sini. Tengok dah beratus gambar aku edit kat sini je.Nak buat tutorial panjang sangat. So aku nak tunjuk aku suka bahagian ni
For snapseed, editor juga just aku suka app ni sebab aku boleh tambah nur cahaya kat wajah (portrait mode)
6. Color jangan over
Cara kau color gambar ibarat korang mekap muka korang. Taknak terlalu kontra dan taknak terlalu pekat warnanya. kau adjust sikit je color dan kalau nak letak filter, pastikan tak melampau kesan dia pada gambar. Contoh kalua aku nak pekatkan warna kat gambar
Macam ni lah kedudukan kamera korang..just guna timer dan pose la ikut kesukaan korang tanpa perlu minta orang lain ambilkan
Artikel Berkaitan:
Sharing Bajet Travel Solo Untuk 30 Hari Ke 13 Buah Negara. Puas Hati Travel Macam Ni
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menyinggah Di Inderapura Lake Resort, Tempat Berteduh Kawasan Pahang

Inderapura Lake Resort, salah satu resort yang menarik yang terletak di Pekan, Pahang dan yang paling penting, harga berpatutan untuk korang bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Inderapura Lake Resort

Selalu kalau pergi hotel, agak sukar untuk bersantai bersama keluarga dan rakan, bukan? Lagi-lagi kalau bilik asing, jadi kalau singgah resort ini, banyak kemudahan yang disediakan untuk seisi keluarga dan rakan.

Resort menarik di Pahang ini terkenal sebagai lokasi pelancong yang inginkan tempat penginapan tanpa had untuk bersembang bersama keluarga dan rakan.

Ini kerana, resort ini menyediakan ruang koridor, tempat duduk untuk bersantai, serta tasik yang luas untuk memancing dan melakukan aktiviti berperahu.

Bukan itu sahaja, resort ini juga terletak berhampiran beberapa tempat terkenal untuk pelancong, hanya 10 minit dari pekan Pekan dan 50 minit dari tol plaza Gambang. Tambahan pula resort ini juga menawarkan pakej menu sarapan pagi yang berpatutan.

Tapi kalau nak makan kat luar pun, tempat ini berdekatan dengan kedai makan dan juga gerai. Sangat memudahkan anda kalau bab makan-makan.
Apa pun, kalau rasa nak rehatkan minda sekejap, boleh lah singgah di sini. Resort dengan harga mampu milik!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Drama The Magnificent Century Bawa Wanita Ini Ke Turki. Nah, Itinerari Lengkap!

Terjebak minat dengan budaya Turki bila asyik layan drama episod bertajuk The Magnificent Century.
Drama yang berlatar belakangkan sejarah Turki, Kerajaan Uthmaniyah dan kisah Sultan Sulaiman ini betul-betul buat hati jatuh cinta.
Bila kawan-kawan plan trip ke Turki ni, memang tak boleh nak tolak. Orang kata, pucuk dicita, ulam mendatang! Excited tu jangan cakaplah, segala tip, gambar rujukan port nak OOTD semua dah save dalam telefon.
Drama The Magnificent Century Bawa Wanita Ini Ke Turki. Nah, Itinerari Lengkap!

Kalau selama ni selalu travel dengan trip main redah sendiri je, kali ni kami sepakat nak cari kelainan dengan beli pakej melalui travel agensi. Setelah dekat 8 buah agensi kami risik, kami jumpa the best travel agent yang offer pakej berbaloi dan ada semua tempat yang ‘dihajatkan’.
Lock Dengan Harga 1K
Masa deal ni mudah je, bayar deposit RM1000 tanda kita lock, bulan berikutnya bayar je lebihan harga pakej tu. Berbaloi dan cepat je urusannya. Paling best, satu bilik dapat duduk dua orang.
Dua minggu sebelum ke sana, kami dah di add dalam satu group. Dalam tu, Pn Emmy (Wakil dari Aurasy Travel & Tours) bagi semua details start dari barang yang nak bawa, tip dan do& dont’s yang kena tahu sebelum ke Turki. Insurans, simcard, wifi, cuaca di sana semua kami dah dapat info lengkap dari Pn.Emmy.
Walaupun tengah musim bunga, tapi kami masih diingatkan untuk membawa winter coat atau trench coat sebab di sana agak sejuk disebabkan kerap hujan.
Itinerari Ke Turki
Hari Pertama

Kuala Lumpur – Doha – Istanbul
Berkumpul di KLIA, kami naik Malaysia Airlines transit ke Doha. Kemudiannya dari Doha terus ke Istanbul naik Qatar Airways.

Hari Kedua

Istanbul – Bursa
Sampai di Airport Istanbul, kami dibawa menaiki bas terus ke Bursa. Perjalanan lebih kurang 2 jam setengah. Singgah lunch dulu di restoran sekitar highway. (Restoran ala-ala R&R kalau di Malaysia ni). Waktu di Turki ni lambat 5 jam dari Malaysia tau.


Lepas makan, kami di bawa ke Grand Mosque Ulu Camii, Bursa. Disebabkan kami dah selesai solat jamak di hentian lebuhraya tadi, maka kami gunakan masa yang ada sepenuhnya dengan bergambar.

Sempat juga singgah di Kapali Carsi Bursa yang terletak bersebelahan dengan ruang masjid. Biasalah kan, tempat shopping. Masing-masing tak lepas peluang untuk membeli cenderahati dan koleksi kenang-kenangan.

Seterusnya terus ke lokasi penginapan untuk malam pertama di Turkey. Kami menginap di Formback Otel, Bursa. Walaupun dari luar nampak macam hotel 3 bintang, tapi biliknya selesa sungguh! Siap dengan ruang tamu dan bilik yang besar.

Hari Ketiga

Bursa – Pamukkale
Pagi ni, selesai breakfast kami terus bergerak ke Munira. Munira ni kira macam ‘a must visit place’ kalau ke Turkey.

Di sini ada semua barang-barang yang popular di Turkey seperti saffron, habatussauda, madu, sejadah, barangan kecantikan, aksesori, barangan kraf dan paling best Turkish Delight mereka.

Boleh rasa sampai kenyang pun sebenarnya, cuma larat dengan tak larat je sebab agak manis lah. Baklava pun ada, cuma harga sedikit premiumlah.


Seterusnya kami terus bergerak ke Pamukkale untuk melawat Antique City of Hierapolis, Cotton Castle dan Cleopatra Antique Pool.


Dekat-dekat je semua tempat ni. Kami naik van yang disediakan ke semua lokasi. Kami bermalam di Spa Hotel Colossae, hotel 5 bintang yang cukup cantik tau! Paling best, mestilah part makan. Dinner kat ballroom, dan menunya lebih dari 50 jenis.

Hari Keempat

Pamukkale – Cappadocia
Awal pagi kami dah bangun sebab nak ke Pamukkale Hot Air Balloon! Sebenarnya, memang aktiviti ni yang paling ditunggu.

Mana taknya, selama ni asyik tengok gambar je dalam kalendar kan. Tak pernah pun terfikir dapat jadi realiti!

Memang ‘best experience ever’ sebenarnya bila ada kat atas. Pemandangan dari atas ni ibarat lukisan. Untuk Hot Air Balloon ni, harga tiketnya tak termasuk dalam pakej. Jadi, optional pada anda yang ikut trip ni sama ada nak ambil atau tak. Tapi bagi kami, dah alang-alang sampai, why not kan?

Lepas balik hotel, siap-siap untuk check out, dan terus kami ke Varol Tekstil. Apa lagi? Shoppinglah jugak kan? Perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia agak jauh, lebih kurang 8 jam perjalanan. Maka masa ini kami gunakan sepenuhnya untuk berehat. Kami sempat singgah untuk bergambar di Sultanhani Kervansarayi Aksara.

Bangunan lama peninggalan peradaban Turki Ustmaniyyah yang dijadikan tempat persinggahan untuk mereka yang ingin berehat sebelum memulakan perjalanan jauh suatu masa dahulu.

Lebih kurang jam 8 malam, kami sampai di Yunak Evleri, Cappadocia. Lokasi filem Manisnya Cinta di Cappadocia gandingan Fazura dan Shaheizy Sam dulu.


Sampai je sini, mata terus terpegun dengan struktur bangunan lama yang masih dijaga dan dikomersialkan untuk tujuan pelancongan. Hotel yang kami stay dua malam ni, cukup eksklusif dengan senibina gua yang dijadikan hotel inapan.
Hari Kelima

Cappadocia
Cuba bayangkan sarapan pagi dalam gua. Tak pernah terfikir pun akan lalui saat ni, kagum sungguh! Puas makan dan ambil gambar, kami kemudiannya terus ke Gerome Panoramic dan Pigeon Valley.


View kat sini cantik sungguh. Dah macam berada dalam karektor Flintstones. Sebelum ke aktiviti petang, kami dibawa ke Hanem Art Center.

Orang yang gemarkan aksesori berlian mesti suka bila masuk dalam ni. Kepakaran ‘minta kurang’ tu kena ada tau bila masuk sini.

Sebelah petang pula, kami melalui pengembaraan Jeep Safari. 5 orang dalam 1 jeep termasuk pemandu, kami dibawa ke jalan berliku ala-ala padang pasir. Adventure betul!

Rasa nak termuntah pun ada masa ni. Tapi bila sampai kat spot akhir, memang wow sangat pemandangan.

Pemandu warga Turki ni pula rajin melayan kita bergambar. Dia pula yang ajar macam mana kita nak pose. Oh ya, untuk pakej Jeep Safari ni kena tambah jika berminat.
Hari Keenam

Cappadocia – Ankara – Bolu
Dari Cappadocia kami terus bergerak ke Ankara untuk melawat Ataturk Mausoleum. Kalau bertuah, dapatlah tengok protokol pertukaran pengawal muzium. Perjalanan diteruskan ke Salt Lake, Ankara. Jangan tak tahu, nak celup kaki pun kena bayar 1TL tau kat sini.

Sebelah malam, kami menginap di Elifim Resort Hotel yang terletak di Bolu. Di sini, sejuk dia lain macam sikit. Mungkin sebab kedudukannya terletak di kawasan bukit, dan betul-betul tepi lebuhraya. Hotel ni memang jadi lokasi persinggahan untuk pelancong dari Cappadocia ke Istanbul.
Hari Ketujuh

Bolu – Istanbul
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Kami dah pun sampai Istanbul dan lokasi pertama tentunya Hagia Sophia Grand Mosque atau digelar Ayasofya Camii.

Kagum sangat dengan senibina masjid ni. Terima kasih pada Aurasy Travel & Tours sebab dah atur perjalanan kami untuk solat di sini. Memang sesekali flashback babak-babak dalam cerita The Magnificent Century tu.

Kemudian kami ke The Blue Mosque atau Sultan Ahmet Camii, Topkapi Palace Museum, Arasta Bazaar dan terus ke tempat penginapan terakhir kami di Istanbul selama berbaki dua hari lagi di Turki.
Hari Kelapan

Istanbul
Lepas breakfast di Euro Park Otel, kami di bawa ke Spice Bazaar. Spice bazaar ni umpama pasar basah bagi penduduk Turki yang berkonsepkan Gedung tertutup. Di sini ada dijual segala rempah masakan, teh,manisan Turki, kekacang, ubat-ubatan, sayur-sayuran dan banyak lagilah. Koleksi fesyen terkini pun ada.



Orang kata, kalau dah terlanjur ke Turki ni kena dapatkan sakurang-kurangnya satu barangan kulit asli yang dijual jauh lebih murah dari brand-brand terkemuka. Tapi jangan risau, kualitinya setanding jenama mahal tau. Semua tu ada di Bilgin’s Luxury.




Bukan hanya boleh tengok barangan kulit yang bergantung di rak tapi pengunjung disajikan dengan ‘fashion show’ di mana model-model tu peragakan jaket-jaket kulit yang terpilih. Pertama kali datang butik yang ada servis ni.

Istimewanya trip ni, kami berkesempatan merasai sendiri pengalaman pelayaran santai di Bosphorus Cruise.

Lagi seronok bila pihak Aurasy Travel & Tours dan sewakan seluruh cruise tu hanya untuk kami.

Tak perlu nak berebut tempat duduk, masing-masing enjoy view dalam cruise. Berlatarkan kebiruan laut Selat Bosphorus dengan landskap kota yang padat, deretan bangunan lama memang menarik perhatian.


Waktu petang, kami diberi peluang ‘free & easy’ berjalan di sekitar The Galata Tower dan Taksim Square. Puas jelajah dari satu kedai ke satu kedai.

Baju-baju berjenama di sini kebanyakannya lebih murah berbanding di Malaysia. Kuranglah dalam RM20-RM30 tu.

Hari Kesembilan

Istanbul – Doha – Kuala Lumpur
Sedar tak sedar dah masuk hari kesembilan berada di bumi Turki. Untuk lokasi terakhir, kami di bawa untuk shopping di Grand Bazaar, port shopping wajib jika ke Istanbul. Baru sedar, tempat shopping di Turki ni kebanyakannya berkonsepkan gedung bertutup.

Dah masuk hari terakhir ni, kawan-kawan yang pada mulanya cuma senyum-senyum dari jauh dah pun jadi macam family. Siap plan next trip sama-sama lagi!

Kami menghabiskan masa yang tinggal dengan mencuba shawarma asli di sini sebelum berangkat ke airport Istanbul. Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain destinasi.

Tip Bila Ke Turki

Bila nak naik kapal terbang – pastikan pakai pakaian yang selesa. Kalau boleh tu, seluar track je. Sebab bila terbang jauh-jauh ni, boleh dikatakan, banyak waktu tidur dari berjaga.

Bila nak solat – pastikan bawa selipar spare dan plastik. Sebab jarak nak ambil wuduk dan ruang solat agak jauh. Kalau pakai kasut cantik-cantik tu, seeloknya letak dalam plastik dan simpan dalam beg. Banyak juga kes kecurian kasut ni. Lagi satu, kena tahan sejuk tau. Sebab air kat sini, sejuk dia macam air sejuk letak ais.

Bila nak shopping – Disebabkan konsep tempat shopping di Turkey ibarat gedung besar tertutup yang ada banyak lorong dan ratusan kedai, digalakkan untuk berjalan secara kumpulan. Ambil gambar meeting point takut nanti sesat. Sentiasa pilih kedai yang berada di lorong-lorong belakang sebab kat sini harganya jauh lebih murah dari kedai yang berada di barisan hadapan. Beza harga boleh cecah sampai RM50 duit kita tau!

Bila nak makan – Di Turki kita memang tak akan jumpa sos cili. Hanya ada sos tomato dan mayonis je. Jadi, bawa sos cili yang paket-paket tu. Makanan Turki ni kebanyakannya kurang rasa, dan makanannya tak ada kuah-kuah macam kita biasa makan. Jadi bawalah serunding ke, sambal ayam penyet kea tau sambal ikan bilis. Barulah berselera sikit nak makan tu.

Bila Tawar-Menawar – Pastikan anda hanya tawar-menawar untuk barang yang nak dibeli je. Kalau tak, memang masalah! Janganlah minta kurang sampai 50% dari harga barang, memang tak dapat.
Cukup ini sahaja perkongsian ke Turki, jika anda plan nak ke sana, buat persediaan mengikut tip yang saudari Alia ini. Sekurang-kurangnya anda dah tahu beberapa tempat menarik kat sana dan macam mana nak membeli dengan dapatkan harga yang lebih murah untuk dijadikan ole-ole buat teman dan keluarga tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!







































