Teringin untuk merasai pengalaman menikmati hidangan makanan sambil dikelilingi hidupan laut.
Tak perlu pergi ke Maldives sebaliknya anda boleh nikmati pengalaman itu dalam negara saja.
Rasai pengalaman unik makan di dasar laut pertama di Malaysia di Sea Life @ Legoland Malaysia.
Di sini anda akan dapat menikmati empat hidangan di bawah suasana romantisme di kelilingi oleh hidupan laut termasuk makhluk bintang SEA LIFE Malaysia: Hiasan Karang Black Tip dan Hiu Zebra!
Dan bagi mendorong semua orang mencintai kehidupan laut, makanan di sini adalah semua masakan yang bebas makanan laut.
Paling best anda juga boleh pilih empat pengalaman berbeza didasar laut seperti Terowong Laut, Pemandangan Laut, Gua Lautan, dan Kapal Karam Tenggelam.
Ads
Selain itu pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pemandangan indah pamerán hidupan laut di Sea Life ini ibarat seperti berada dalam kapal marine.
Suasananya cukup menyeronokkan dengan muzik background seperti dalam air yang sangat memberi ketenangan.
Ads
Selain melihat akuarium yang menempatkan pelbagai jenis hidupan laut, kita juga berpeluang untuk merasai pegang sendiri Tapak Sulaiman.
Jadi lepas PKP 3.0 nanti bolehlah bawa keluarga menikmati tarikan terbaru di Legoland ini dan rasai sendiri pengalaman berada dalam dasar laut.
Fenomena ‘Blue Tears’ atau Air Mata Biru yang wujud di permukaan pantai Kuala Selangor kini sedang diperkatakan ramai.
Ada yang kata foto-foto fenomena tersebut bukan di Malaysia tetapi di luar negara. Ya! fenomena Blue Tears tersebut memang berlaku di Kuala Selangor. Lokasinya terletak berdekatan dengan destinasi tarikan pelancong popular di Kuala Selangor iaitu Sky Mirror.
Blue Tears adalah antara produk pelancongan terbaru di negeri Selangor yang boleh dilihat pada waktu malam. Fenomena Blue Tears dikatakan terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air. Ia kemudiannya menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.
Penduduk tempatan mula menemui kejadian air seakan berwarna biru pada malam hari sekitar tahun 2018 dan ia semakin kerap boleh dilihat hingga hari ini.
Difahamkan, tarikan ini hanya dibuka pada jam 8 malam hingga 10 malam sahaja dan berharga RM25+ untuk seorang. Pastikan anda memilih travel agensi yang berdaftar untuk mengambil pakej melihat Blue Tear ini.
Pelawat akan di bawa menaiki bot yang disediakan untuk menyusuri pantai di Kuala Selangor. Kawasan sekitar yang lebih gelap membolehkan seseorang melihat Blue Tears dengan lebih baik. Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak sama apabila anda cuba menangkap dengan kamera, hanya mata kasar boleh melihat kecantikan ini.
Sebut sahaja pasal percutian, pasti anda terbayang tempat yang indah-indah kan? Tapi sebab kekangan masa dan kerja, membataskan anda untuk melancong ke serata negeri.
Kepada yang masih bujang, dah tak kira musim cuti sekolah atau tak. Bila-bila masa boleh melancong. Berbeza kepada yang dah berkeluarga dan ada anak. Masa cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama.
Tapi kepada yang pertama kali nak cuba travel sendiri, pasti anda bingung apa yang perlu disediakan sebelum melancong kerana anda tidak pernah melancong sebelum ni.
Libur ingin kongsikan apa yang perlu anda lakukan sekiranya ini kali pertama anda bergelar seorang pelancong dan tips ini menjadikan percutian anda sebuah percutian yang indah.
Buat anda yang first time travel perkara pertama yang perlu anda lakukan ada tentukan lokasi percutian yang sesuai dengan bajet anda.
Walaupun destinasi percutian anda hanya dalam Malaysia, anda harus cari info mengenai kawasan tersebut terutamanya maklum balas daripada pelancong lain mengenai tempat percutian anda.
Pencarian info yang banyak akan membantu anda dalam membuat keputusan yang betul untuk anda melancong dengan baik dan tenang.
Bila sudah cari semua maklumat penting mengenai tempat percutian dan penginapan. Anda harus melihat pula dari segi harga yang ditawarkan.
Jika mahu jimat belanja anda haruslah bijak rebut peluang promosi yang ditawarkan. Senang cerita rebut peluang melancong ketika promosi kaw-kaw dijalankan.
Itu sebabnya penting pencarian maklumat dalam talian untuk anda lihat keseluruhan pakej yang ditawarkan.
Pastikan anda mencari pakej bajet yang betul dan cuba untuk buat perbandingan dengan beberapa web lain mengenai kemudahan yang ditawarkan.
Ini yang sering terjadi kepada first time traveller. Mana tidaknya apabila mood holiday menguasai diri mulalah semua pakaian nak dibawa dan rasa tidak cukup.
Tapi sebaliknya anda perlu membuat list terlebih dahulu mengenai pakaian mana yang perlu dibawa dan bersesuaian dengan tempat percutian anda. Barulah gambar OOTD anda ada ngam!
Tips ini juga penting untuk mengurangkan kos bagasi anda. Jika anda memilih tempat melancong seperti di sebuah pulau. Tips ini membantu mengelakkan anda dikenakan bayaran bagasi yang berlebihan.
Menjadi seorang first time traveller ini pastinya perasaan mahu bercuti itu membuak-buak dalam diri anda bukan?
Jika anda tidak mahu percutian anda nanti menjadi sebuah percutian yang tidak menarik, apa kata anda selesaikan terlebih dahulu kerja-kerja anda yang tertangguh.
Yalah jika anda tidak lakukan tips ini, risau nanti sedang asyik bercuti terpaksa balik untuk selesaikan kerja pula.
Nama pun kali pertama bercuti, pasti anda mahu kongsikan percutian anda dengan rakan-rakan kan? Jadi pastikan telefon bimbit anda sentiasa mempunyai data internet.
Bila data anda dalam keadaan baik barulah syok upload gambar percutian di media sosial.
Bukan itu sahaja tau, tips ini juga memudahkan anda untuk mencari maklumat menerusi pencarian dalam talian. Barulah tidak sesat apabila bercuti nanti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Manusia ni hebat. Tiada yang mustahil. Kalau nak usaha…inshaAllah boleh…
Awal tahun ini, berita Mohd Alfishahrin ride ke London bersama isteri; tersebar dalam grup Honda RS150R Official Fan Club Central. Saya mula follow kembara mereka. Juga dikenali sebagai duge sereng, Alfishahrin memang rider long distance hardcore. Sebelum Honda RS150r, dia dah sampai banyak negeri dan negara jiran dengan Yamaha 125z.
Kali ini lebih gila, bersama isteri; RIDE TO LONDON rentas banyak negara. Kagum dan berinspirasi, LIBUR berpeluang interview mereka. Ketika ini, Alfishahrin dan isteri dah pun sampai ke Malaysia selepas hampir 6 bulan di atas motor ke London.
Ringkas pengenalan diri dan pasangan. Umur, asal, pekerjaan… Nama Mohd Alfishahrin (31) dan isteri Diana binti Latief (30) Sebelum ni kami bekerja di Standard Chartered Bank tapi berhenti kerja untuk ride ini. Kami berhenti kerja kerana tidak diberi cuti tanpa gaji. Jadi kami tekad berhenti untuk kejar impian kami… Kenapa kembara dunia dengan menunggang motor dan bukan flight? Kembara dengan motorsikal ni, keseronokan & cabarannya lain jika dibandingkan dengan travel flight. Kami nak sesuatu yang mencabar diri di tahap maksimum. Tambahan pula, suami saya minat mengembara menggunakan motorsikal kapcai. Kembara dengan motor kapcai ini juga merupakan Program Inspirasi dibawah PEMADAM Selangor.
Berapa lama anggaran kembara ini? Anggaran kembara kami lebih kurang 4-5 bulan. Sikit lagi dah nak setengah tahun.
Permulaan kembara anda dari Malaysia-Thailand…….London? dan kenapa London? Kami bermula dari Selangor, Malaysia ke Thailand,Nepal,India,Pakistan,Iran, Armenia, Georgia, Turki, Greece, Albania, Croatia, Slovenia, Italy,Switzerland & kini berada di Jerman . London kota idaman kami buat masa ini. Mungkin ke tempat lain pula satu hari nanti!
Reaksi rakan dan keluarga apabila mahu kembara motor ke luar negara? Rakan & keluarga pada mulanya terkejut & mengatakan kami gila untuk teruskan dengan idea ini. Namun dalam masa yang sama mereka sokong & sangat teruja dengan keputusan kami untuk kembara dunia. Dengan sokongan mereka, kami bersemangat dan teruja teruskan impian kembara ni.
Tak rasa penat menunggang ke London? Memang rasa kematu dan penat tu ada. Tapi bila dah biasa, tak jadi hal. Kami pun akan rehat sejam dua bila ride jauh. Alhamdulillah so far takdelah sakit pinggang.
Pulang semula ke Malaysia bagaimana? Motor /Flight? Pulang ke Malaysia menaiki flight (kalau motor juga mahu setahun sampai semula ke Malaysia)Berapa kos keseluruhan secara anggaran/ dan ada sponsor dari mana-mana pihak? Anggaran kos lebih kurang RM40,000. Sebahagian ditaja oleh PEMADAM SELANGOR, barangan aksesori motorsikal oleh GIVI MALAYSIA & MYBIKERZ. Selebihnya duit simpanan & juga duit hantaran kahwin.
Bagaimana dengan maintenance motor RS150r di luar negara seperti minyak hitam, tayar, aksesori lain? Ada masalah setakat ini? Servis motorsikal bila cukup mileage. Kami akan ke kedai motorsikal yang ada di mana-mana negara apabila waktu servis sudah sampai. Tayar kami cuma tukar sekali di India utk kegunaan offroad, hingga sekarang masih guna tayar yg sama. So far, Alhamdulillah RS150r tiada masalah.
Ubahsuai motor RS150r? Kami tak ubahsuai motor cuma kami tambah kelengkapan secara berperingkat. Seperti USB untuk cas bateri, sportlight di Malaysia & tapak tambahan untuk tangki minyak ekstra di India. Box belakang dan sisi di taja Givi Malaysia.
Apa pengalaman boleh dikongsi dari kembara dunia ini? Terlalu banyak pengalaman yg kami dapat sepanjang perjalanan ni. Kalau nak list kan memang panjang. Kami dapat lihat & belajar tentang dunia luar, budaya masyarakat tempatan & secara tak langsung kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Banyak positive vibe yg kami dapat lihat & semua tu buat kami jadi lebih positif & nak perbaiki diri. Kami belajar untuk hidup di luar zon selesa. Dapat lihat keindahan alam, menyelusuri kawasan & kampung-kampung yang cantik, dan kenal orang yg baik-baik.
3 negara paling best setakat ini? Secara ringkas kenapa?Sekarang di mana? Negara paling best? semua best! kalau suruh pilih memang susah nak pilih. Kalau tanya yg mana rasa adrenalin bergelora kami pilih
1.Turki- sebab terlalu banyak tempat menarik (historical place, tempat para nabi) & budaya mereka : pertembungan budaya Asia & Eropah.
2.India-adventure dia memang thrilling. Tak boleh lupa sampai sekarang. negara sangat unik.
3.Iran- muka bumi & iklim yang unik. suasana yang tenang.
Pakistan pun best jugak!
Setiap negara pun adventurenya berbeza & kami enjoy. kalau nak list tiap satu negara tu boleh buat buku kot!
Sekarang dah viral. Bagaimana hidup selepas ni? Diri sama macam biasa, mungkin rutin buat awal-awal ni sibuk sikit ke jemputan invertiew dll. Viral ni bonus kepada kami kerana ada media sosial. Kami update FB supaya famili, rakan dan followers dapat berkongsi lihat negara orang lain dan supaya mereka tahu kami dalam keadaan selamat. Mungkin akan cari pekerjaan lain kita tengok macam mana, rezeki Allah itu luas.
Terima kasih Alfishahrin & Diana. Ucapan kepada pembaca? Dari angan-angan kosong jadi satu impian, dari impian kita cipta cita-cita, dan dari cita-cita kita cuba untuk capai & insyaAllah akan berjaya. Mengembaralah, lihat dunia walau dalam cara apa sekalipun, minda kita akan lebih terbuka dan kita dapat melihat kebesaran ciptaan Allah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...