Sekali dah mula camping memang terasa keseronokkannya. Lagi pula dapat campsite yang cantik dan selesa, kalau dapat view cantik memang bonus. Tak dinafikan banyak campsite yang tumbuh bagai cendawan ketika ini dek kerana makin ramai rakyat Malaysia yang suka aktiviti camping ini.
Ada sahaja campsite baharu pasti ramai yang nak rasa sendiri pengalaman berkhemah di sana memandangkan setiap campsite yang dikunjungi itu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.
Baru sahaja dibuka pada minggu lepas, Zakka Campsite telahpun dikunjungi oleh Joe Azrunorudin dan keluarganya. Bermalam dua hari satu malam di situ, Joe menyifatkan perkhemahan di situ sangat berbaloi dan merancang untuk kembali lagi ke situ di masa hadapan.
Nak tahu apa yang best ada di campsite ini, ikuti perkongsian lelaki ini:
Camping in Zakka Campsite on 15-17 sept 2022
Campsite baru buka last week in Ringlet Cameron Highland
Overall sangat best!
Ads
Memang sejuk dan view memang superb!
Those yang datang from KL memang akan suka sebab tak payah hadap traffic jam dekat Tanah Rata/Brinchang
Ada 4 zone..for me yang paling senang dan best kalau barang banyak zon B, sebab leh parking kereta sebelah dan view farm yang cantik..tapi harga mahal sikit rm90/adult then rm70/adult untuk next night
Kitaorang dapaf zone A, tapak kami zon A1(paling kecil size tapak) tapi view memang terbaik(memang atas bukit tapak kami + mountain view+of coz sejuk kow kow)
Ads
Harga untuk zone A dalam RM70/adult then malam ke 2 RM60/adult,details leh refer page dia..
Tapi untuk zone A dan D, memang kene ada wagon dan for zone D hanya ada tangga, so prepare untuk memunggah barang tu penat especially kalau khemah besar yang 20kg and above..
Sangat memenatkan untuk punggah barang naik tapak and turun tapak tapi bila dah setel sangat memuaskan dan berbaloi! anak-anak sangat happy!
toilet baru dan sangat bersih ala-ala draco + water heater
Memilih Dima Garden sebagai tempat percutian untuk bahagiakan anak-anak, memang satu pilihan yang bijak.
Ini kerana di sini ada banyak aktiviti menarik yang anda boleh buat bersama anak-anak, macam tunggang kuda, memanah, dan main air di kolam renang. Pasti, seronok!
Seperti yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Akmal Fahmi, Dima Garden adalah satu destinasi percutian yang sangat menarik.
Penginapan yang baru dibuka pada Ogos lalu itu antara lokasi berlibur yang mesra kanak-kanak dan terletak di Kuala Ketil, Baling, Kedah.
Seperti biasa, Dima Garden menyediakan kolam renang yang boleh membuatkan mereka ralit main air. Mak ayah kena pantau ya!
Tak cukup dengan itu, air pancut dari tiang bulat juga membuatkan si comel teruja nak berlari di sepanjang laluan yang tersedia.
Kolam renang memang best sebab ada dua iaitu kanak-kanak dan dewasa. Bersih dan boleh mandi sampai ke malam kalau mereka masih tak puas.
Pilihan bilik ada dua jenis iaitu kayu cengal dan kabin. Ada bilik menghadap kolam dan ada yang tidak. Ada meja dan kerusi lepak tepi bilik.
Kalau nak lebih adventure, boleh cuba menginap rumah atas pokok.
Nak bilik macam ala-ala kapsul pun ada. Kamarnya juga memang versatil.
Ruang yang luas juga membolehkan Dima Garden membenarkan orang ramai menganjurkan majlis perkahwinan atau kenduri di sana.
Bagi anda yang cepat bosan dan tak tahu nak buat apa sebab line telefon dan talian Wifi tak ada, bolehlah habiskan masa bermain kenderaan ATV.
Bayaran yang dikenakan memang mampu milik. Caj hanya RM20, boleh pusing lima round dalam kawasan trek mencabar.
Namun, trek di sana agak ekstrem. Jadi, berhati-hati bagi mereka yang baru berjinak-jinak menunggang ATV.
Owh ya, untuk budak-budak anda boleh bawa mereka tunggang kuda. Hanya RM10 untuk si kecil manakala dewasa dikenakan RM12.
Bukan itu saja, aktiviti lain seperti memanah juga disediakan dengan caj RM10 untuk tujuh panah. Mungkin satu pengalaman baharu buat mereka yang tak penah cuba untuk memanah.
Buat pencinta alam, mungkin kalian boleh try singgah ke Dima Garden kerana disajikan pelbagai aktiviti menarik untuk habiskan masa bersama keluarga.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sektor pelancongan di Selangor semakin mendapat mendapat perkembangan positif di mata pelancong tidak kira pelancong domestik mahupun antarabangsa. Ini kerana Selangor terkenal dengan landskap semula jadi yang indah dan tidak ada cara yang lebih baik untuk melihatnya selain daripada berkunjung ke tempat-tempat menarik yang ada di sini.
Oleh itu, bersiap sedia untuk mengisi senarai bucketlisttravel anda untuk tahun ini dengan destinasi pilihan kami di Selangor. Bersiap sedia selama setahun penuh untuk anda menempuhi pengembaraan dan yang perjalanan hebat di Selangor!
Sky Mirror, Kuala Selangor
Pantai Kuala Selangor adalah tarikan pelancong yang unik dan hanya boleh diakses oleh pelancong dua kali sebulan: semasa awal bulan dan bulan mengambang. Pantai ini terletak kira-kira 3 kilometer dari perkampungan nelayan di Jeram, Selangor.
Selalunya, kawasan pantai ini ditenggelami air, menjadikan pantai ini tidak dicatatkan di dalam peta. Ketika arus air berada di kedudukan yang sesuai, akan muncul satu fenomena yang dipanggil ‘Salar de Uyuni Malaysia’.
Pantai Kuala Selangor terkenal dengan jolokkan nama Mirror of the Sky kerana ketika air cetek, pantai ini akan mencerminkan keindahan langit di atas biasan pantai. Dengan itu, pantai ini mewujudkan banyak peluang fotografi yang unik kepada pelancong.
Pulau ini merupakan destinasi pelancongan yang sempurna untuk anda kerana ia juga menjadi habitat kepada aktiviti marine agriculture.
Royal Klang Heritage Walk (Free Guided Walk Tour)
Royal Town Klang Heritage Walk ini bertujuan untuk menonjolkan daya tarikan bandar Klang yang mempunyai watak dan tarikan unik peninggalan penjajah, rumah ibadat, sekolah dan stesen bomba lama, bangunan kerajaan, dan gudang timah yang dibina oleh masyarakat Melayu pada zaman dulu.
Sebagai sebuah bandar diraja dan bekas ibunegeri Selangor, Klang mempunyai banyak bangunan yang mempunyai ciri-ciri bersejarah dan kuno yang diilhamkan oleh struktur tradisional. Tapak-tapak warisan di Klang boleh dikunjungi dengan aktiviti berjalan kaki melalui lawatan yang disediakan percuma oleh Majlis Perbandaran Klang dan Tourism Selangor (Free Guided Walk Tour)
Majlis Perbandaran Klang dan Tourism Selangor telah mengenal pasti 11 tarikan pelancong untuk berjalan kaki. Aktiviti yang dipanggil The Royal Klang Town Heritage Walk ini dipandu oleh pemandu pelancong yang profesional, dan anda boleh pergi ke tempat-tempat eksklusif sekitar Klang melalui aktiviti ini sahaja.
Laluan yang hanya melibatkan jarak berjalan kaki sejauh 3 kilometer ini mudah untuk dilalui oleh semua peringkat umur kerana laluan ini mengikuti laluan pejalan kaki di dalam dan di sekitar pusat bandar. Aktiviti yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam ini turut dilakukan dalam bahasa Inggeris.
Kuala Kubu Bharu Hidden Gem Activities
Kuala Kubu Bharu adalah bandar yang anda akan lalui jika dalam perjalanan ke Bukit Fraser melalui Rawang. Pekan Kuala Kubu Bharu ini terletak lebih kurang 60 kilometer dari Kuala Lumpur dan berusia kira-kira 80 tahun.
Memandu ke sini dari Kuala Lumpur menggunakan jalan raya dari Rawang akan mengambil masa kira-kira 1 jam. Pekan Kuala Kubu Bahru ini pada asalnya dikenali sebagai Kuala Kubu dan terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah di Selangor
Ia dahulu menjadi kubu Raja Mahadi ketika beliau bertempur dengan Tengku Kudin semasa perang saudara Selangor dari tahun 1867 hingga 1874. Hari ini, pusat pekan ini dipelihara dengan baik dengan penambahbaikan infrastruktur seperti tempat letak kereta, pokok-pokok yang menghijau dan persekitaran yang bersih.
Anda dapat melihat gunung dari pekan yang menyenangkan dan tenang ini dan terdapat beberapa deretan rumah kedai yang berusia sekitar 80 tahun yang kebanyakannya telah diubah suai dan dicat semula.
Cubalah beberapa makanan tempatan di sana dan cuci mata dengan melihat-lihat sekitar kawasan pekan Kuala Kubu Bahru. Terdapat juga beberapa tarikan di pekan ini seperti Air Terjun Chilling, aktiviti paragliding, whitewater-rafting, rope-swing, aktiviti basikal gunung, mendaki gunung, glamping dan banyak lagi.
Agro Pelancongan Tanjung Sepat
Tanjung Sepat adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 95 kilometer di selatan pusat bandar Kuala Lumpur. Pengunjung sering membuat lencongan ke sini untuk melawat kampung nelayan dan menikmati hidangan masakan tempatan di sini.
Pekan ini juga merupakan destinasi pelancongan eko/agro yang semakin pesat dengan bilangan pelawat yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Suasana deretan bas pelancong yang singgah ke sini adalah pemandangan biasa terutama pada hujung minggu kerana pengunjung tempatan dan asing teruja untuk merasai budaya dan pemandangan tradisional di kampung yang tenang dan menarik ini.
Sesetengah produk pelancongan agro yang ada di sini ialah Bakaugruv Kampung Resort, Kuan Wellness Ecopark dan Homestay Ganofarm. Bagi pencinta makanan, anda boleh menemui beberapa kopi citarasa kopitiam yang asli, kuih pau, fishball, makanan laut dan banyak lagi.
Pusat Warisan Kajang (FreeGuidedWalkTour)
Pusat Warisan Kajang adalah sebuah galeri kecil yang terletak di bandar Kajang dan bersebelahan dengan Maybank. Pusat Warisan Kajang ini penuh dengan koleksi yang berkaitan dengan bandar Kajang dan Daerah Hulu Langat.
Anda seharusnya mengunjungi tempat ini sekiranya berkunjung ke Kajang dan selain itu, pusat warisan ini sendiri menggalakkan penglibatan komuniti dalam membina persekitaran yang lebih menarik melalui sejarah, budaya dan seni kreatif.
Program Budaya dan Warisan di Muzium Sultam Alam Shah (FreeCulturalPerformanceShow)
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) memperkenalkan program yang diilhamkan daripada budaya dan warisan Melayu setiap hari Ahad, minggu kedua setiap bulan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Program ini merupakan inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempromosikan budaya dan seni dalam bentuk tarian tradisional, permainan tradisional, dan sebagainya.
EcoAdventureActivities, Batu Cave
Tangga Batu Caves mempunyai rupa baru yang berwarna-warni dan ia sangat cantik. Pelancong kini mempunyai lebih banyak sebab untuk melawat Batu Caves yang ikonik sebagai hotspot pelancongan dengan persekitarannya yang telah dinaiktaraf.
Gua Gelap merupakan salah satu gua utama di bukit Batu Caves yang terletak 15 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Gua Gelap merupakan salah satu tarikan pelancong Batu Caves yang mesti dikunjungi kerana ia menjadi rumah kepada spesis haiwan purba yang berusia 100 juta tahun iaitu labah-labah Trapdoor (Liphistius batuensis), satu daripada labah-labah yang eksotik di dunia.
Gua ini juga mempunyai ekosistem yang unik dan mempunyai kepentingan ekologi luar biasa dari segi sains dan pendidikan. Gua Gelap mempunyai ciri khas tersendiri dalam bentuk struktur dalamannya seperti stalaktit, stalagmit, alur batu, mutiara gua, langsir gua, lajur dan gour-pool.
Gua di sini dilindungi dan ianya adalah sebahagian daripada usaha pemuliharaan di mana pelancongan pendidikan dan lawatan pengembaraan untuk orang awam dijalankan dengan tertib oleh jurupandu profesional. Selain itu, Taman Ekstrem Damai di sini turut mempunyai aktiviti mendaki gunung.
Selangor Fruit Valley
Ia merupakan destinasi agro pelancongan terbaik di Selangor dan satu langkah ke hadapan dalam memodenkan sektor pertanian di negeri ini. Anda boleh merokai ladang buah tropika yang luas di Selangor Fruit Valley ini bersama orang yang tersayang.
Kanak-kanak boleh terlibat dalam pembelajaran interaktif dan mencuba aktiviti luar yang menyeronokkan seperti menaiki trem, zoo petting (rusa, arnab, landak dan tikus guinea), melawat taman herba (terdapat 150 spesies herba), melawat taman orkid, aktiviti menanam sayur-sayuran, melawat ladang lebah, bermain mountain bike, aktiviti menoreh getah dan berehat di Rumah Kampung dengan semua haiwan yang ada di ladang ini.
Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
Mövenpick Hotels & Resorts telah membuat penampilan sulungnya di Malaysia dengan hotel dan pusat persidangan yang moden dan menarik berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Terletak hanya beberapa minit dari KLIA dan KLIA2, hotel ini mempunyai seni bina yang unik, kemudahan tetamu kelas pertama dan kemudahan untuk acara yang besar kerana mempunyai salah satu pusat konvensyen terbesar di negara ini.
Hotel ini mempunyai 333 bilik dan suite dengan teknologi terkini di setiap bilik. Bilik-bilik eksekutif dan suites menawarkan akses ke lounge eksekutif dengan hidangan bufet setiap hari dan pelbagai kemudahan tambahan yang lain.
Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA akan dijadikan tempat utama untuk semua jenis acara, termasuk beberapa pameran dan persidangan antarabangsa terbesar di rantau ini akan datang.
Mitsui Outlet Park, KLIA
Mitsui Outlet Park (MOP) terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia telah memperluaskan lagi kawasan perniagaannya dengan tambahan lebih daripada 20 kedai baru, menjadikan jumlah terkini menjadi 170 kedai.
MOP adalah factoryoutletpark terletak 60 kilometer dari KL dan 6 kilometer dari KLIA dan KLIA2. Berkonsepkan kedai kilang, MOP menawarkan pelbagai jenama dan produk bermutu tinggi dan mewah dengan diskaun yang menarik.
Tidak dilupakan juga Japan Avenue yang memperkenalkan seni, budaya, muzik dan masakan Jepun. Menerusi pelbagai kumpulan pelanggan, MOP juga menawarkan pelbagai hidangan yang lazat dari masakan Melayu asli, makanan timur dan barat, kafe dan pelbagai lagi hidangan makanan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tak ramai tahu di Kuching, Sarawak juga mempunyai tarikan mural untuk tatapan pelancong, sama hebat macam apa yang terdapat di George Town, Pulau Pinang.
Ada pelbagai jenis mural yang ada di Kuching seperti ikon negeri Sarawak iaitu Burung Enggang, Orang Utan, peniaga pasar malam dan si penghibur jalanan.
Selain daripada seni mural yang menghidupkan lagi panorama menarik di Kuching, Sarawak tampil dengan inisiatif yang lebih unik apabila bakal melancarkan satu aplikasi bagi menceritakan sejarah seni mural yang dipamerkan.
Setiap mural menarik yang dikenalpasti di Kuching akan diletakkan QR-code untuk diimbas oleh pelancong dan mereka boleh mendapatkan informasi berkenaan mural dan sejarah tempatan tempat mural itu dilukis.
Canggih Kuching sekarang. Sambil melancong sambil belajar sejarah tempatan yang ada. Jadi apa tunggu lagi? Dilancarkan saja aplikasi ini di Google Play dan Apps Store terus download dan jom selfie dekat semua mural yang ada di Kuching, Sarawak!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...