New Zealand dikhabarkan dengan berita gempa bumi dan tsunami mega bakal melanda negara itu.
Jangkaan itu dibuat berdasarkan kajian pakar penyelidik daripada East Coast LAB bahawa gempa yang bakal melanda New Zealand ini mampu mencapai kekuatan 9.0 magnitud jika gegaran kuat berlaku di zon benam Hikurangi.
Berbanding kejadian gempa sebelum ini di Christchurch yang dicatat pada skala 6.2 magnitud pada 2011, jangkaan bacaan itu merupakan skala tertinggi bakal dicatatkan di negara itu.
Ads
Jika ia berlaku, satu tsunami besar dengan ombak setinggi 30 meter bakal melanda New Zealand di mana akibatnya adalah lebih dahsyat daripada bencana tsunami di Jepun pada 2011.
Ads
Malah, lebih parah lagi, pihak berkuasa mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi amaran bencana kepada warga New Zealand, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pesisiran pantai jika tsunami itu berlaku.
Menurut pakar tsunami di GNS Science, Dr William Power, ombak besar yang bakal melanda itu bakal berlaku dengan begitu cepat sehingga amaran tidak sempat diberikan.
Ads
Sekiranya tsunami berlaku di negara ini, kemungkinan besar amaran peringatan bencana secara rasmi tidak akan dikeluarkan sebelum gelombang gempa bumi dan tsunami itu tiba. Jadi mereka yang tinggal di pesisir pantai harus mengambil langkah keselamatan dengan kadar segera.
Jika anda bercadang ke Kelantan dari Sabah dengan urusan yang telah dibenarkan pihak berkuasa, perlu menjalani ujian calitan COVID-19 kali kedua selepas lima hari menjalani kuarantin wajib.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, ujian itu diwajibkan ke atas semua sekalipun ujian saringan kali pertama yang dilakukan tiga hari sebelum mereka berlepas dari Sabah menunjukkan keputusan negatif. Sebaik tiba di lapangan terbang, mereka akan dibawa ke pusat kuarantin yang ditelah diwartakan untuk menjalani ujian swab dan juga bagi menjalani kuarantin wajib selama lima hari.
Setakat ini negeri Kelantan mempunyai tiga tempat kuarantin yang telah diwartakan iaitu di:
Bagi mereka yang datang atas tujuan rasmi seperti mesyuarat, mereka juga akan dinilai oleh Jabatan Kesihatan Negeri yang akan bertugas di LTSIP dan melalui penilaian ini kemungkinan mereka dipakaikan gelang hijau sahaja bagi membolehkan mereka hadir di tempat yang perlu sahaja. Langkah itu diambil bagi menjaga kemaslahatan masyarakat tempatan berikutan Sabah antara negeri yang merekodkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi di negara ini.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sambutan ulang tahun ke lima Warisan Arkeologi terhadap Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ditambah lagi dengan penguguman baru Kementerian Pelancongan & Kebudayaan untuk memberi status Tapak Warisan Dunia Unesco kepada 3 lagi tempat di Malaysia.
Kementerian itu telah menghantar tentatif senarai dokumen lengkap 3 kawasan ini ke UNESCO.
Nazri berkata kementeriannya sentiasa memperjuangkan pengiktirafan warisan sejarah Malaysia termasuk dokumen dan manuskrip lama. “Kitab Tib Ilmu Bedil” atau Buku Senjata Tradisional Orang Melayu mendapat pengiktirafan pada 2016 dari Memory of the World Committee for Asia and the Pacific yang berpengkalan di Korea Selatan.
Jabatan Warisan Negara juga telah menghantar tiga pencalonan pada Mac bagi kategori warisan budaya untuk diiktiraf Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage.
Pencalonan tersebut ialah Perayaan Wangkang, Dondang Sayang dan Pantun. Keputusan akan diketahui pada November tahun hadapan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebaik kerajaan mengumumkan sudah boleh pergi ke luar negara, pastinya memberi kegembiraan buat kaki travel.
Maklumlah sudah hampir dua tahun tidak angkat beg besar untuk bercuti ke luar negara.
Jadi bagi mereka yang mahu bercuti ke luar negara terutama UK, perlu ambil tahu beberapa tip sebelum pergi ke sana.
Perkongsian Tia Tia di grup Backpacker Buddy Malaysia memberitahu apa perlu dibuat sebelum berlepas ke sana.
Bermula 4 october 2021, rules for travelling to UK telah dikurangkan bagi memudahkan traveller melancong ke UK “a more straightforward system” . S
ebelum ni kena ambik test before fly, test day 2 arrival , test day 8 and quarantine, tetapi mengikut rule baru ni hanya perlu “day-2 test” sahaja.
Maybe end of October mereka akan keluarkan rules baru di mana hanya perlu lateral flow test je “tunggu announcement UK”.
Rules ni hanya applicaple for those yang da amik full dose vaccine and complete the days required before you are fully vaccinated and ni hanya untuk mereka with vaccination of these 4 of vaccines and tak pernah singgah red list country yang dikeluarkan oleh UK
a) Oxford/AstraZeneca b) Pfizer BioNTech c) Moderna d) Janssen e) Vaksin campur pun boleh , tapi dengan syarat still kene cukup dose and time interval for 4 vaksin di atas
List of red list country by UK bermula 11oct : COLOMBIA, ECUADOR, DOMINICAN REPUBLIC, HAITI, PANAMA, PERU AND VENEZUELA
1. Book and pay for a day 2 covid-19 test (self swab test) – step pertama yang mesti dilakukan ialah anda mesti membuat booking untuk testing kit anda dihantar ke alamat penginapan anda di UK pada hari kedua anda di sana. Amat penting bagi anda untuk simpan segala details yang berkaitan booking covid test ni sebagai reference semasa melepasi border nnt. Sebelum membeli tiket flight, pastikan test kit yang anda akan booking sempat sampai ke tmpt penginapan kite pada hari kedua itu. – test ni perlu dibuat bagi mereka yang berumur 5 tahun dan ke atas – Ni link die : https://www.find-travel-test-provider.service.gov.uk/test…
2.complete a passenger locater form Ni link die : https://provide-journey-contact-details.homeoffice.gov.uk… Document yang diperlukan untuk melengkapkan passenger locater form 1. Passport details/travel documents 2. Travel details (Tarikh/Masa pergi dan balik) 3. Travel address 4. Booking reference untuk “day 2 covid-19 test” yang telah dibook semasa step pertama tadi 5. Prove your vaccination status ( vaccine yang diambil )
Semasa sampai di UK 1. Take test yang kite da book itu, before or semasa day 2 kita di sana 2. Kalau negative, settle
Settle Dah boleh travel ke UK
STEPS RETURNING KE MALAYSIA 1. COVID 19 TEST ON ARRIVAL 2. KENE DOWNLOAD MY SEJAHTERA 3. QUARANTINE 14 DAYS OR 10 DAYS 4. https://safetravel.myeg.com.my – NI LINK DIE
– Untuk arrival ke Malaysia dari UK masih memerlukan quarantine di Malaysia. Boleh jugak try untuk apply for quarantine at home “subject of approval”
– Link untuk apply quarantine at home sesudah balik dari UK, kene submit 7-10 hari sebelum arrival ke Malaysia.
P/S : Sentiasa tengok update dari website Government Malaysia and rules dari airlines yang korang nk book in terms of departing and returning .
Keep on looking for insurans to cover for expenses sekiranya anda dijangkiti covid-19 semasa di sana “negara lain da mula bagi insurans travel regarding covid-19, Malaysia kite tunggu announcement dari big travel insurance companies di Malaysia, hopefully. Happy Browsing.
Huacachina di Peru memang antara destinasi yang nampak seperti ilusi di tengah gurun. Bayangkan sebuah lagun kecil dikelilingi pokok palma, bangunan-bangunan comel dan bukit...