Masakan rendang dan kari ayam Malaysia menjadi menu yang dijual di Stadium baru Tottenham Hotspur di High Road, Tottenham, London. Kompleks stadium baru yang menggantikan White Hart Lane itu dilengkapi 60 gerai yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan minuman kepada pengunjung.
Makanan Malaysia adalah antara tarikan terbaru buat peminat bolasepak kerana sebelum ini sudah sate dan nasi lemak di England.Ia adalah stadium pertama seumpama itu di dunia dengan peminat Malaysia juga boleh merasai sendiri keunikan makanan berkenaan jika berpeluang ke sana.Makanan tradisional dan popular itu diboleh didapati di salah satu kompleks menempatkan gerai diberi nama Naan dan Noodle.Menu disitu boleh dinikmati pada harga £8.95 (RM47.73).
Ads
Menu di stadium baru kita, ada Malaysian rendang dengan Malaysian chicken curry. ?
Walau bagaimanapun, kewujudan sajian makanan tradisional yang mengunakan nama Malaysia itu menjadi perbalahan rakyat daripada Indonesia. Berikutan itu, laman Twitter kelab Tottenham Hotspur telah dibanjiri dan diserang peminat Indonesia. Peminat daripada Indonesia tidak berpuas hati apabila menu rendang di stadium baharu itu diberi nama ‘Malaysian Rendang’. Menurut mereka rendang adalah berasal daripada Indonesia bukannya dari Malaysia.
Ads
Ads
Ala..jangan macam ini la. Isu rendang pun nak bergaduh bagai.
Oleh: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS via Sinar Harian
Rakyat Malaysia tidak akan dikenakan cukai pelancongan apabila cukai tersebut dilaksanakan kelak.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan tersebut dibuat oleh kerajaan setelah mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak. “Kerajaan telah memutuskan supaya cukai pelancongan tidak dikenakan ke atas rakyat Malaysia yang menginap di semua jenis premis penginapan, iaitu dari lima bintang ke tiada bintang.
Ini juga adalah salah usaha kerajaan untuk merancakkan promosi pelancongan domestik,” katanya ketika menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban). Kadar cukai pelancongan adalah RM10 bagi setiap bilik semalam di semua jenis premis penginapan, dengan cukai tersebut hanya dikenakan terhadap pelancong luar negara yang melancong di negara ini. Namun Nazri berkata, premis yang memiliki lima bilik ke bawah tidak perlu mengutip cukai berkenaan.
“Perlaksanaan cukai pelancongan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat. “Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menyediakan draf peraturan cukai pelancongan dan draf ini dalam semakan akhir oleh Jabatan Peguam Negara,” jelasnya.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mensasarkan kutipan cukai pelancongan sebanyak RM210,956,787 dalam tempoh setahun dengan setiap RM1 cukai yang dikutip akan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri untuk tujuan promosi pelancongan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Memang seronok dan rambang mata setiap kali melangkah masuk ke kedai serbaneka yang lengkap dengan pilihan makanan sedap dan ready-to-eat. Apatah lagi bila dah dapat Sijil Halal, memang lepas ni boleh makan tanpa was-was lagi di rangkaian kedai serbaneka FamilyMart yang ada di Malaysia
Dalam satu majlis FamilyMart Malaysia mengumumkan FamiCafé di Menara U, Shah Alam telah mendapat pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menjadikannya kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menerima sijil halal.
Pensijilan halal ini selari dengan usaha berterusan FamilyMart Malaysia dalam memastikan para pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was dalam premis miliknya. Kedai-kedai FamilyMart Malaysia akan menjalani audit halal secara berperingkat mengikut panduan JAKIM, dan prosesnya telah bermula di dua kedai lain.
Selaras dengan perkembangan ini, FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan alkohol di semua kedai bagi memberikan keyakinan tambahan untuk para pelanggan berbelanja tanpa kegusaran.
Sebagai sebahagian daripada inovasi berterusannya untuk mengembangkan semangat konbini bagi memenuhi gaya hidup dan keperluan pelanggan, FamilyMart akan memperkenalkan konsep FamiCafé seperti yang terdapat di Menara U di semua kedai. Konsep yang disahkan halal ini menyajikan minuman kafe dan makanan yang tersedia untuk dimakan yang disiapkan di dalam kedai. Ini termasuk makanan kegemaran sepanjang masa seperti oden, snek panas seperti chiki katsu rangup dan sosej (corndog), serta sofuto.
Konsep FamiCafé menggabungkan minuman kafe berkualiti dan tawaran sajian dengan keselesaan masa dan lokasi. Sejak pelancarannya, konsep ini telah menerima sambutan baik untuk kualiti, nilai dan keselesaan yang ditawarkan. Sehingga kini terdapat 16 FamiCafé di Malaysia, dengan sasaran untuk membuka 50 FamiCafé menjelang akhir tahun 2023. Semua FamiCafé serba baharu akan mengadaptasi susun atur yang disediakan JAKIM, manakala stor sedia ada akan diubah suai untuk tujuan sama. FamilyMart Malaysia menyasarkan status halal untuk 300 FamiCafé menjelang tahun 2025.
Sebagai tambahan, FamilyMart kini giat berkembang ke pantai timur Semenanjung Malaysia. FamilyMart Malaysia sedang mengenal pasti lokasi-lokasi sesuai untuk memenuhi permintaan pelanggan di rantau itu dan menyasarkan 20 kedai akan dibuka menjelang akhir 2023. Cawangan FamilyMart sudahpun dibuka di beberapa lokasi di Kuantan, Pahang.
Jelas FamilyMart Malaysia, “Kami amat teruja FamiCafé berjaya menjadi kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menerima sijil halal, selaras dengan usaha berterusan kami untuk menambah baik pengalaman pelanggan dan memberi nilai tambah kepada mereka. Perjalanan kami untuk mendapatkan pensijilan halal di kedai kami adalah langkah ke hadapan dalam memberikan jaminan dan keyakinan yang lebih utuh kepada pelanggan untuk membeli-belah dan menjamu selera bersama kami. Ini menggariskan komitmen kami dalam menjadikan pengalaman pelanggan lebih selesa dan baik melalui produk, perkhidmatan dan kemudahan yang memenuhi keperluan harian mereka. Ini melengkapkan konsep baharu bagi memenuhi jangkaan tinggi mereka terhadap kedai serbaneka sejak pembukaan pertama kami.”
Untuk terus menambah keselesaan, FamiCafé FamilyMart di Menara U juga mempunyai kiosk layan diri, membolehkan pelanggan memesan produk menggunakan e-dompet atau kad kredit kegemaran masing-masing. Pelanggan bebas untuk melihat barangan lain sementara pesanan disiapkan. Kiosk layan diri akan diperkenal di FamiCafé yang lain secara beransur. Pusat penyediaan makanan FamilyMart Malaysia yang dikendalikan oleh QL Kitchen telah diiktiraf halal oleh JAKIM sejak 2019. Setakat 30 April 2023, 172 produk makanan jenama FamilyMart didaftarkan halal di portal halal rasmi JAKIM.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melanjutkan pemberian diskaun tambang sehingga 50 peratus untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar (KTM Intercity) sehingga hingga 6 Disember 2020.
Tawaran diskaun itu adalah bagi perjalanan ke mana-mana destinasi sedia ada melibatkan enam perkhidmatan ETS dan lapan KTM Antarabandar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Usaha ini dilakukan memandangkan jumlah penumpang bagi kedua-dua perkhidmatan tersebut mengalami penurunan yang ketara sejak pelaksanaan PKPB. Ketika ini, kedua-dua perkhidmatan itu masih beroperasi bagi laluan di antara Stesen Tumpat, Johor Bahru, Gemas, KL Sentral, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar.
Orang ramai dinasihatkan membuat pembelian secara dalam talian di laman sesawang KTMB atau menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS). Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB.
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...