Waitomo yang membawa maksud ‘aliran yang mengalir ke dalam sebuah bukaan di dalam tanah’ merupakan salah satu tarikan utama New Zealand.
Terletak di North Island, New Zealand, perjalanan ke Waitomo mengambil masa tiga jam daripada Auckland dan hanya satu jam perjalanan menaiki kenderaan daripada Rotorua dan Hamilton.
Apa yang menariknya Gua Waitomo ini? Tidak seperti gua-gua lain, Gua Waitomo menjanjikan pengalaman dan 1001 keajaiban ciptaan Tuhan. Formasi gua yang terbentuk secara semulajadi ini berusia sekitar 30 juta tahun dengan struktur batu kapur unik.
Apa bezanya dengan gua-gua yang terdapat di tempat lain?
Satu perkara yang harus diketahui adalah di sini terletaknya satu spesies unik hidupan gua ‘glowworm’ atau nama saintifiknya Arachnocampa luminosa ulat kalimantang atau juga dikenali sebagai kelemayar yang amat jarang ditemui dan unik yang terdapat hanya di New Zealand.
Ads
Ulat kelemayar ini menjana satu bentuk cahaya kalimantang. Ulat ini akan membina sesawang seperti labah-labah untuk memerangkap serangga. Kelihatan dari jauh seperti juntaian lampu-lampu yang sangat indah, rupa-rupanya adalah sejenis ulat.
Ulat kelemayar ini menghabiskan jangka hayatnya sebagai larva dan cahaya yang terhasil adalah tindak balas biologi bahan kimia yang terletak pada bahagian ekor dengan oksigen di udara. Cahaya ini akan menarik serangga kecil yang menghuni gua Waitomo untuk dijadikan makanan. Sistem ekologi gua Waitomo dikatakan sempurna sebagai habitat ulat kelemayar ini.
Pengunjung boleh menikmati pengalaman menakjubkan ini dengan memilih beberapa pilihan pengembaraan, samada menaiki bot melalui aliran air di dalam gua, menjelajah dengan berjalan kaki melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran atau bagi yang gemarkan pengalaman extrim, pengunjung boleh mencuba ‘Black Water Rafting’ dan bersiap-siap untuk menyusuri aliran air menggunakan tiub pelampung, bersedia untuk basah di dalam gua yang gelap.
Ads
Penjelajahan Unik
Bot yang boleh memuatkan sekitar 12 orang pada satusatu masa ini akan dibawa menjelajah Gua Waitomo menyusuri laluan air yang gelap gelita. Jangan risau kerana pengemudi bot-bot ini adalah mereka yang profesional dan arif dengan laluan gua tersebut.
Ads
Bagi mereka yang ingin menjelajah Gua Waitomo dengan berjalan kaki pula, pengunjung akan dibawa masuk melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran dan merupakan sebahagian daripada keseluruhan struktur besar gua-gua di Waitomo. Di sini pengunjung akan dibawa oleh seorang pemandu arah dan penerangan terperinci dan pengalaman melihat sendiri ulat kelemayar ini secara dekat pasti memberikan sebuah pengalaman baru dan mengujakan.
Bagi mereka yang berjiwa lasak, pastinya ‘Black Water Rafting’ menjadi pilihan utama. Pengunjung akan dibekalkan pakaian kalis air dan tiub pelampung. Penjelajahan unik Gua Waitomo ini bakal membawa pengunjung menyusuri anak-anak sungai yang terbentuk di dalam gua secara berkumpulan sambil ditemani seorang pemandu arah profesional yang informatif, memberi penerangan dan membawa pengunjung melihat habitat ulat ini dari permukaan air.
Semestinya Gua Waitomo menjanjikan sesuatu yang amat berlainan daripada percutian biasa anda. Sesungguhnya alam ini terlalu luas untuk diterokai dan jika anda fikir yang anda sudah melihat semuanya, fikir semula.
Sumber: ASHRAF SAHARUDIN
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Memiliki anak dan zuriat sendiri menjadi impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Walau bagaimanapun ada ramai pasangan yang telah berkahwin dalam tempoh yang lama namun belum dikurniakan rezeki anak. Pelbagai cara dan ikhtiar yang dilakukan oleh mereka antaranya mengunjungi beberapa lokasi ‘ajaib’ yang telah diberitahu dari mulut ke mulut kononya mampu membantu mendapatkan anak.
Seperti di negara kita sendiri, Tasik Dayang Bunting dan Gua Kelamin menjadi bualan ramai lokasi yang sering ‘makbulkan’ permintaan pasangan yang belum memiliki zuriat menjadi kenyataan.
Tasik Dayang Bunting
Percutian ke Pulau Langkawi dikatakan tidak lengkap jika tidak menikmati panorama Tasik Dayang Bunting yang indah dan mendamaikan dengan menaiki bot laju hampir 30 minit. Perjalanan menempuh ombak begitu berbaloi apabila disajikan pemandangan semula jadi yang begitu memukau dan cantik. Biarpun hampir dengan laut, air di tasik ini tidak masin dan menjadi tumpuan pelancong melakukan pelbagai aktiviti air. Tasik Dayang Bunting mendapat pengiktirafan UNESCO dan dikategorikan sebagai salah satu geopark di Langkawi.
Semasa dalam perjalanan, anda dapat melihat bentuk muka bumi pulau seakan-akan seperti wanita yang sedang hamil sedang berbaring dan dari situlah pulau ini mendapat nama. Terdapat mitos mengatakan wanita yang sukar hamil, jika meminum air tasik di sini akan dikurniakan anak. Tetapi, pengunjung diberi peringatan agar menggunakan jaket keselamatan apabila berada dalam air kerana tasik ini mempunyai kedalaman 10 meter.
Gua Kelamin
Pulau Tioman diiktiraf antara pulau tercantik di Malaysia. Walaupun terletak di daerah Rompin, Pahang, namun Pulau Tioman tetap boleh dianggapkan sebagai naungan Johor kerana terletak tidak jauh dari daerah ini, iaitu hanya mengambil masa kira-kira dua jam menggunakan bot ekspres dari Jeti Mersing. Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman antaranya Tekek, Paya, Juara, Air Batang, Salang, Mukut, Nipah dan Genting.
Terletak di Kampung Genting, ada sebuah gua yang terbentuk akibat hakisan ombak memiliki bentuk yang unik dikenali sebagai Gua Kelamin. Gua Kelamin turut dikatakan sebagai lokasi yang ‘ajaib’ kerana dapat makbulkan permintaan pasangan untuk memiliki zuriat. Tidak dapat dipastikan bagaimana caranya, namun pasangan yang mengunjungi Gua Kelamin dan belum memiliki zuriat dikatakan bakal menerima ‘rezeki’ itu.
Jika anda adalah individu yang berjaya memiliki anak selepas mengunjungi dua lokasi ini, tahniah diucapkan. Apa pun, ini semua mungkin hanya kebetulan dan mitos sahaja. Jangan terlampau taksub mempercayai sehingga membelakangkan agama. Pasti ada jawapan yang lebih sainstifik dan boleh diterima akal disebalik apa yang terjadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau nak pergi Koh Lipe, tidak semestinya kena check in hotel yang mahal baru boleh layan pemandangan cantik.
Cari hotel bajet pun boleh tetapi kena rajin. Jangan dah sampai Koh Lipe terperap di bilik. Explore puas-puas macam Puan Eja Zakaria, banyak gambar cantik yang dia kongsikan waktu sampai di sana.
Selamat Datang Ke Koh Lipe
Koh Lipe ada 4 kawasan yang boleh kita lawati iaitu walking street, sunrise beach, sunset beach dan pattaya beach.
Haaa… bila sudah habis ronda Koh Lipe, boleh naik boat pergi pulau sebelah iaitu Koh Adang. Boleh hiking dan tengok Koh Lipe dari atas Koh Adang.
Dan jika anda salah seorang peminat pulau, ini salah satu tempat yang wajib sampai. Antara point penting yang perlu tahu tentang Koh Lipe adalah :-
1. Ada 3 season iaitu low season, high season dan peak season. Harga hotel pun ikut season ini. Kalau nak stay hotel mahal tapi harga murah, boleh pergi time low season.
2. Ada ferry from Langkawi ke Lipe tapi semasa high season and peak season sahaja. Low season ferry out of services.
3. Bawa cash money yang mencukupi. Tukar duit siap siap. Mostly kat lipe prefer cash. ATM ada money changer pun ada tapi rate rendah.
4. Boleh masuk dengan kenderaan sendiri juga tapi hanya sampai jety pakbara. Pastu parking then kena naik speedboat ke lipe. Perjalanan speedboat lebih kurang 1 jam.
Masuk ikut border wang kelian. Jangan masuk ikut Danok dengan Padang Besar sebab perjalanan akan jadi jauh berganda.
5. Tolong pergi island hopping and snorkeling. Taman laut dia another level laaa orang kata. Coral dia masih hidup dan warna warni. Kalau ada lesen diving lagi cun. Wajib join diving kat lipe.
Dapat sesuatu dalam perkongsian kali ini? Kalau sudah ada plan ke sana, nanti boleh ikut tip ini ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak camping tapi tak nak susah payah setup khemah semua, haa korang boleh datang ke café camping Raya Wagyu Dungun untuk rasa sendiri makan macam di campsite yang lengkap dengan setup camping yang cantik.
Berkonsepkan kafe dalam tapak perkhemahan, kat sini juga korang turut terdapat sebuha rumah melayu klasik yang turut dihias indah untuk pengunjung datang dan merakam gambar kenangan.
Menu yang disediakan di sini juga tidak kurang hebatnya, dah nama pun Raja Wagyu tentulah hidangan Wagyu ada kat sini. jangan lupa cuba Wagyu Skewer macam yang korang boleh dapat kat Bukit Bintang tu.
Sambil makan bolehlah ambil gambar banyak-banyak untuk kenangan. Kalau nak buat majlis istimewa seperti sambutan harijadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, korang boleh request untuk mereka hias indah untuk majlis yang akan berlangsung.
So kalau dah sampai Dungun, jangan lupa singgah Raja Wagyu Dungun, Café Campsite dan rasai sendiri pengalaman makan kat sini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...