
Adakala kita mahu larikan diri dari suasana hiruk pikuk kota. Malah ramai memilih percutian santai di kampung untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Bagi warga Negeri Sembilan, korang boleh pilih bercuti di Jelatok Retreat Farm yang terletak bersebelahan Hutan Simpan Lenggeng.
Untuk ke sini sila hati-hati kerana agak mencabar kerana perlu melalui jalan kampung dan ladang kelapa sawit tapi bila sampai ke atas, suasananya sangat indah permai dan boleh jadi port lepak santai yang berbaloi pergi.
Dikongsi dari fb Visit Negeri Sembilan, bagi yang nak healing atau cari ketenangan, bolehlah lepak di sini.
.
Jelatok Retreat Farm terletak di Kampung Jelatok, Mendom, Lenggeng, Negeri Sembilan. Tempat yang sedikit terceruk dan betul-betul bersebelahan dengan Hutan Simpanan Lenggeng. Nak ke sini perlu lalu kawasan kampung dan seterusnya lalu ladang kelapa sawit pula.
Fasiliti swimming pool, sahara loop (fire pit) dan lain2 juga adalah untuk tetamu yang menginap, tidak dibuka untuk public.
Untuk makan dan minum, anda boleh ke Terrace Cafe dan mini nursery. Anda boleh menikmati makanan dan minuman di kafe kami sambil mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi.
Anda juga mungkin boleh mendapatkan idea untuk menambah baik laman anda.
Waktu operasi Terrace Cafe:
Rabu-Jumaat: 2.00pm-9.00pm
Sabtu-Ahad: 10.00am-9.00pm
Tutup pada Isnin-Selasa.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebelum ke sini jangan lupa untuk check it out website mereka atau hubungi terus no telefon yang disediakan. Memang boleh release stres melihatkan keindahan alam semula jadi. Dapat tengok kehijauan bukit-bukau sambil hirup Gula Melaka Latte dan makan cendawan goreng, fuhhh… terbaik!
Waze: Jelatok Retreat Farm
FB: Jelatok Retreat Farm
Menara Teruntum: Tarikan Bertaraf Antarabangsa Terbaharu Di Kuantan!

Beruntung warga Kuantan kerana tak lama lagi, ibu negeri Pahang Darul Makmur itu bakal dihiasi dengan satu monumen pelancongan bertaraf antarabangsa iaitu Menara Teruntum.
Menara Teruntum yang dijadualkan siap pada bulan Julai ini berketinggian 180 meter dan, pengunjung yang datang boleh menikmati keindahan bandar Kuantan dari atas serta kecantikan panorama Sungai Kuantan yang menghiasi bandar itu.
View this post on InstagramA post shared by Ariff HE (@ahazami) on
Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan menara ikonik di Kuantan itu sudah mencapai 85 peratus dan akan dibuka kepada orang awam selepas memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib.
Dengan adanya Menara Teruntum ini, ianya menjadi menara yang paling tinggi di Pantai Timur Semenanjung dan akan ramailah pelancong-pelancong yang bakal singgah ke sana untuk merasai sendiri keseronokkan yang ditawarkan di bandar Kuantan.
Selain itu, mercu tanda terbaharu negeri Pahang ini juga bakal meletakkan negeri itu di dalam kalender pelancongan negara. Oleh demikian, Berita Harian Online melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Kuantan akan menghidupkan kembali Kuantan River Front dan Kuantan River Cruise bersempena dengan kehadiran Menara Teruntum yang baharu itu.
Pengunjung yang datang akan dapat merasai dan menikmati pemandangan sepanjang Sungai Kuantan menggunakan dua perkhidmatan itu nanti dan dalam masa sama, program jejak sejarah turut akan diwujudkan untuk pelancong mendalami dengan lebih lanjut mengenai sejarah di tempat itu.
View this post on Instagram#menarateruntum #kuantan #pahang #darulmakmur #malaysia #30december2018 #2018
A post shared by adamphoto (@adamiman07) on
Lot 235 Muslim Chalet Melaka, Seronok Buat Family Day Di Sini. Boleh Muat Hampir 50 Ahli Keluarga

Percutian bersama ahli keluarga sememangnya amat menyeronokkan. Ini kerana ada banyak memori yang ingin dikongsikan bersama-sama. Bergelak ketawa mengimbau memori lalu, adalah kenangan yang sukar dilupakan sampai bila-bila.
Bagi yang bercadang bercuti ke Melaka, boleh masukkan Lot 235, Muslim Chalet Melaka ini dalam list korang. Ini kerana dengan 10 buah bilik pada harga RM1430 untuk kesemuanya, ramai ahli keluarga dapat berkumpul di sini. Ia boleh memuatkan hampir 50 orang dalam satu-satu masa khususnya bagi yang berhajat untuk buat hari keluarga.
Untuk pengetahuan korang, kalau hari biasa, harga bagi bilik sekitar RM160 semalam (katil queen atau 2 single bed). Kalau bilik sederhana, harganya hanyalah RM140 saja tapi kalau musim cuti sekolah dan korang nak booking semua, harganya mencecah RM1640 untuk semalaman.
Ok, jom tengok apa yang best di Muslim Chalet Melaka nie.
Chalet ini terletak di Alai, bersebelahan dengan Balai Polis Kandang. Menariknya, ada banyak restoran di sini. Cuma dua minit saja perjalanan. Lebih best, ia hanya memerlukan 5 minit pemanduan ke Ikan Bakar Alai yang sememangnya sangat popular kalau datang bercuti ke Melaka.
Nak ke Pantai Crystal Bay pun dekat, nak ke bandar pun dekat dan kalau nak cabaran lebih sikit, boleh bawa kenderaan menuju ke Pantai Klebang, Pantai Pengkalan Balak dan sebagainya. Paling best, korang boleh masak BBQ sebab kemudahan dapur dan peralatan disediakan. Sambil makan sambil berenang, memang mantaplah kan. Tempat ini sangat selesa, lebih privacy sebab hanya keluarga korang saja yang duduk situ (book semua bilik) dan banyak lagi kemudahan di sini.
Jadi bolehlah buat pilihan kalau bercuti ke Melaka ya.
Kenapa Chefchaouen Boleh Jadi Begitu Biru?

Chefchaouen adalah bandar yang wajib untuk dilawati di Morocco kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat menarik seperti Atlas Mountains, Ait Ben Haddou, dan Ourika Valley. Selain itu, Chefchaouen juga boleh dikatakan sebuah bandar yang mesra kepada pelancong yang datang ke Morocco.
Bandar biru Chefchaouen ini adalah salah satu bandar yang terkenal di dunia, malah ianya adalah bandar yang paling berbaloi dikunjungi sekiranya anda tiba ke Morocco
Chefchaouen atau Chaouen adalah bandar yang romantik dan tercantik di bumi Morocco. Bandar yang terletak di utara Morocco ini amat berbeza berbanding tempat-tempat lain di sana. Dengan faktor lokasinya yang terletak di wilayah utara, suhu di sini sentiasa sejuk walaupun berada dalam musim panas. Ini berikutan bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi ini tersembunyi beratus meter di atas pergunungan dan kerap ditiupi angin yang mendinginkan.
Kenapa Chefchaouen boleh jadi begitu biru?
Tak ada satu pun penjelasan yang logik macam mana Chefchaouen boleh bertukar menjadi begitu biru seumpama ini. Nak kata ianya menjadi perkampungan The Smurfs, tak pula. Nak kata berlakunya letupan kilang cat, lagi la tidak.
Tiada siapa yang tahu dari mana datangnya biru yang ada di Chefchaouen sehingga ianya menjadi begitu popular, tapi kebanyakkan orang percaya biru yang ada di Chefchaouen ini datangnya daripada pelarian Yahudi yang tiba di Chefchaouen pada kurun ke-15.
Warna biru ini dianggap sebagai simbol ‘syurga’ oleh mereka pada waktu itu dan warna biru ini dikatakan mampu untuk menghindari nyamuk. Nyamuk yang menjengkelkan ini dianggap tidak suka dengan warna biru. Hmm.. Tak tahu la betul ke tak. Hahaha..
Bagaimana anda boleh ke Chefchaouen?
Chefchaouen terletak agak jauh berbanding tempat-tempat lain di Morocco. Anda memerlukan sedikit kesabaran sekiranya ingin berkunjung ke sini. Sama ada anda boleh sampai ke sini dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas dan teksi atau anda boleh memandu kereta sewa. Trip anda ke Chefchaouen akan bermula dari Fez atau Tangier.
Pengangkutan dan pemandu pelancong boleh didapati di Fez atau Tangier. Sebaiknya anda memilih pakej tour yang ada di sana kerana untuk DIY, takut kekosongan bas terhad dan teksi telah habis ditempah atau tidak mahu untuk memandu ke Chefchaouen.
Jadi sebaiknya anda pilih sahaja mana-mana pakej tour ke Chefchaouen yang ditawarkan di Fez atau Tangier.
Apa yang anda boleh buat di Chefchaouen?
Well, ada banyak aktiviti sebenarnya yang anda boleh buat di sini seperti:
Melawat Plaza Uta el-Hammam
Plaza Uta el-Hammam adalah pusat kepada Chefchaouen. Pada waktu siang, plaza ini agak membosankan dan sunyi. Untuk pengetahuan anda, pengaruh Sepanyol dan Arab telah tersebar luas di seluruh kawasan ini. Pengaruh ini bukan sahaja dapat dilihat di luar bangunan yang terdapat di kawasan plaza, malah hidangan makanan di restoran yang terdapat di sini turut mempunyai sentuhan Sepanyol dan juga Arab. Plaza Uta el-Hammam ini sesuai untuk aktiviti santai atau melihat warga tempatan.
Melawat Masjid Besar
Di Plaza Uta el-Hammam, anda juga akan melihat sebuah masjid besar. Masjid yang indah ini juga mempunyai sebuah menara tinggi yang digunakan oleh juruazan untuk memanggil orang solat lima kali sehari. Sudah tentu, sebagai orang bukan Islam, anda tidak boleh masuk, tetapi tiada siapa yang menghalang anda daripada mengintip melalui pintu depan untuk melihat ritual muslim di sana.
Air Terjun Akchour
The Cascades d’Akchour tidak berada di Chefchaouen, tetapi air terjun ini terletak berhampiran dan rugi sekiranya anda tidak berkunjung ke sana. Dengan menggunakan teksi, perjalanan ke air terjun ini hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sebelum anda tiba ke syurga dunia ini. Sebelum tiba ke lokasi, anda akan dengar bunyi air terjun Akchour. Dengan air yang hampir sama biru seperti dinding Chouen, anda dengan mudah boleh menghabiskan beberapa jam di sini tanpa disedari masa telah berlalu.
Kasbah Chefchaouen
Di sebelah Plaza Uta el Hammam, terdapat struktur dinding berpasir Kasbah yang menjulang tinggi. Akses ke kawasan ini akan menelan kos belanja sebanyak 10 atau 20 dirham. Di tengah-tengah Kasbah ini, anda akan dapat melihat sebuah taman yang mengagumkan disamping sebuah oasis yang mendamaikan! Di dalam bangunan ini, anda akan jumpa penjara dan sebuah muzium kecil. Bahagian paling indah dari mercu tanda di Chefchaouen ini adalah pemandangan indah dari tingkat atas. Jangan sesekali lepaskan peluang apabila berkunjung ke sini!