Sebuah feri penumpang terbakar ketika dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis pukul 2.50 petang tadi selepas lima minit berlayar dari Terminal Feri Kuah, Pulau Langkawi.
Kebakaran yang berlaku kira-kira tiga kilometer di perairan Langkawi dari terminal feri itu dipercayai bermula di bahagian enjin yang terletak di bahagian belakang feri berkenaan.
52 penumpang yang berada di dalam feri berkenaan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan bot persendirian yang berada di sekitar perairan tempat kejadian.
Ads
Menurut Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 2.48 petang sebelum tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian.
Ads
Disamping JBPM, misi menyelamat penumpang dan memadamkan kebakaran turut dibantu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta bot nelayan. Kerja-kerja pemadaman kebakaran sedang giat dijalankan dan mangsa yang terperangkap sudah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian.
Selepas mengharamkan kawasan pantai sebagai kawasan larangan merokok juga larangan membawa masuk rokok elektronik (vape) ke negara gajah putih itu beberapa tahun yang lepas, kerajaan Thailand sekali lagi menguatkuasakan satu lagi undang-undang baru untuk mereka yang merokok.
Bermula 3 Februari 2019, negara Thailand mula menguatkuasakan undang-undang berkenaan merokok di tempat awam. Kalau di Malaysia, anda hanya boleh merokok 3 meter dari tempat makan, di Thailand pula undang-undangnya menetapkan aktiviti merokok perlu berada jauh 5 meter dari premis makanan.
Bukan itu sahaja, undang-undang baru ini juga mewartakan beberapa tempat turut disenarai sebagai kawasan larangan merokok seperti tempat-tempat tumpuan awam, taman permainan, pasar, hospital, sekolah, perhentian bas, universiti, kawasan lapangan terbang, pejabat awam & swasta dan lain-lain
Jadi pastikan jika anda melancong ke Thailand dan ingin merokok, jauhi lokasi-lokasi ini sejauh 5 meter! Jika anda disabitkan kesalahan anda boleh didenda sehingga 5000 baht.
Jarak lokasi yang perlu dijauhi ketika merokok di tempat awam.
Nota: Tetapi anda dibenarkan merokok di dalam bangunan sekiranya tempat tersebut ada menyediakan bilik/zon merokok.
Gaharu Tea Valley Di Gopeng ini adalah salah sebuah tempat cantik nak lepak santai-santai dengan keluarga.
Masuk sahaja di situ, anda akan disambut dengan pemandangan pokok gaharu yang menarik dan besar.
Dapat jamu mata melihat kehijauan pokok-pokok, di sini ada mini waterfall. Kolam ikan, boleh feeding fish dekat situ. Apa yang menarik anda boleh jalan-jalan dalam kawasan itu dengan turun naik tangga lebih kurang 1km.
Perjalanan 40 minit dari Ipoh untuk sampai ke Gaharu Tea Valley ini. Sampai di sana, boleh naik van (Tiket RM10) untuk explore ladang teh, lepak di kafe dan tengok view cantik-cantik. Hah, air teh dan aiskrim wajib cuba!
Bangga ada ladang teh macam ini, tak jauh dari Ipoh. Tempat cantik dan terjaga. Ada masa lapang, boleh cuba pergi sini. Memang berbaloi!
Di sini anda boleh minum teh gaharu yang mana kebaikan teh daun gaharu ini bagus:
– merendahkan penghasilan asid urik
– lancarkan perjalanan darah
– Darah tinggi
– Diabetes
– Kuatkan jantung
– Detokfikasi
Boleh tahan sedap juga mata memandang melihat suasana di sini. Ada tasik luas terbentang luas di situ.
Lokasi:
HOGA, Gaharu Tea Valley, Jalan Sungai Itek, Gopeng, Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai yang terpesona dengan keindahan bangunan pencakar langit Menara Al Burj yang dIanggap sebagai mercu tanda Dubai.
Bukan hanya mempunyai bangunan pencakar langit tetapi Dubai juga telah secara rasmi mencipta rekod apabila memiliki kolam paling dalam.
Dengan kedalaman 60 meter, kolam renang ini berjaya memintas rekod sebelumnya yang dipegang oleh Deepspot, Poland yang mempunyai kedalaman 45 meter.
CNN melaporkan kolam Deep Dive Dubai menampung 14 juta liter air atau sama dengan enam kolam renang saiz Olimpik dan setidak-tidaknya empat kali lebih besar daripada kolam menyelam lain di dunia.
Guinness Record mencatatkan kolam renang itu sebagai ‘Deepest Swimming Pool for Diving’ atau kolam renang terdalam di dunia untuk menyelam pada 27 Jun lalu.
Pengarah urusan Deep Dive Dubai, Jarrod Jablonski berkata, kolam renang penyelam ini adalah antara paling canggih dan sofisikated di dunia bukan hanya kerana kedalamannya tetapi apa yang terdapat di dalamnya.
“Ada beberapa kolam renang menyelam di dunia tetapi di Dubai adalah jauh lebih menarik. Bukan hanya ia paling dalam dan terbesar tetapi pembinaan bandar dan apartmen di dalamnya membuatkan penjelajahan penyelam lebih menarik seperti di lautan sebenar, ” katanya.
Bagaimanapun buat masa ini fasiliti kolam renang itu hanya dibuka kepada penyelam profesional.
1. Suhu air kolam renang itu ditetapkan pada 30 darjah celcius bagi membolehkan penyelam mengenakan pakaian menyelam yang nipis atau persalinan renang biasa.
2. Kolam renang itu dibina berbentuk seperti tiram gergasi dan memiliki keluasan 1,500 meter persegi.
3. Bentuk tiram itu adalah sebagai menggambarkan Dubai yang terkenal sebagai negara penyelam mutiara.
4. Ia bukan kolam renang menyelam biasa sebaliknya terdapat binaan apartmen ‘terbengkalai’ dan binaan sebuah bandar di mana penyelam boleh menjelajahnya hingga ke dasar kolam.
5. Antara binaan yang terdapat dalam kolam renang itu adalah perpustakaan, ruang permainan, kediaman apartment, kereta, bilik tidur, studio dan sebagainya.
6. Kolam renang itu turut dilengkapi dengan sistem cahaya dan suara yang canggih bagi memberi suasana seperti di dasar laut yang sebenar.
7. Deep Dive Dubai turut menawarkan kursus menyelam bagi yang tiada pengalaman dan boleh menyelam bersama pemandu selam yang disediakan.
8. Bagi menjamin keselamatan penyelam sebanyak 56 kamera dipasang di setiap sudut kolam renang itu bagi tujuan pemantauan.
9. Bagi penyelam profesional, mereka perlu mempunyai sijil menyelam yang diiktiraf oleh Professional Association of Diving Instructors (Padi).
10. Apabila dibuka kepada awam kelak, kanak-kanak berusia 10 tahun turut dibenarkan menyelam.