Sekarang dah masuk musim cuti sekolah dan sudah tentu ada ibu bapa yang berfikir untuk bawa anak-anak mereka keluar bercuti.
Anak-anak kecil atau remaja ini kita sedia maklum, ramai di antara mereka yang gemar untuk bermain air seperti mandi sungai atau air terjun. Siapa yang tak suka main air betul tak? Orang dewasa pun ramai yang suka dengan aktiviti air.
Bagaimanapun, sering terpampang di dada-dada akhbar tentang tragedi yang menimpa ibubapa apabila ahli keluarga mereka terlibat dalam tragedi lemas.
Jadi Libur nak kongsikan tip yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi meningkatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti air. Meskipun ajal maut itu di tangan tuhan tetapi dengan adanya ilmu seperti ini, kadar risiko kemalangan itu dapat anda kurangkan.
Tip pertama; pastikan anak anda ditemani oleh orang dewasa ketika berada di dalam air. Sedangkan perenang profesional pun boleh kejang otot ketika beranang, inikan pula anak-anak anda yang amatur. Jadi bila ada buddy system, salah seorang daripada mereka boleh membantu yang lain sekiranya berlaku kecemasan.
Tip kedua; pastikan anak anda tahu cara-cara untuk berenang ataupun anak-anak anda ada skill untuk melakukan aktiviti di dalam air. Bawalah anak-anak anad ke kolam renang yang cetek terlebih dahulu bagi membiasakan diri mereka sebelum anda bawa mereka ke tempat yang lebih dalam. Sekiranya ada kelas untuk belajar berenang, bagus juga jika dihantar anak anda untuk belajar. Paling tidak mereka tahu bagaimana untuk melakukan CPR sekiranya keadaan memerlukan suatu masa nanti.
Ads
Tip ketiga; Tahu kemampuan anak-anak anda juga boleh mengurangkan risiko untuk berlakunya kemalangan ketika menjalankan aktiviti di air. Ajar anak anda supaya tidak fobia air dan tidak panik sekira ada apa-apa berlaku di dalam air. Orang yang fobia dan cepat panik adalah orang yang paling cepat tenggelam dan lemas di dalam air. Berenang memang seronok tapi risau juga kalau sesuatu berlaku di dalam air dan anak-anak anda tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan diri.
Tip keempat; Bawa anak-anak anda berenang di tempat yang selamat sahaja. Ada banyak kawasan sungai dan air terjun yang sebenarnya tidak selamat untuk melakukan aktiviti air tetapi sering diabaikan atas nama riadah. Ambil tahu tentang tekanan yang ada pada air di sesuatu tempat yang anda kunjungi. Kadang-kala air di permukaan kelihatan tenang tetapi sebenarnya arus yang berada di bawah air adalah deras. Disebabkan itu banyak terjadi tragedi mangsa mati lemas akibat ‘disedut’ oleh pusaran air di bawah permukaan. Tonton dua video di bawah sebagai contoh yang lebih jelas kepada anda.
Ads
Ambil tahu juga mengenai tanda-tanda kepala air. Tanda-tanda awal kepala air akan kelihatan apabila terdapat ranting-ranting kayu atau daun-daun pokok yang hanyut dibawa arus sungai. Permukaan sungai juga akan berubah dari segi warna yang bertukar keruh disamping buih-buih berwarna putih.
Tip kelima; Berhati-hati untuk menyelam. Kecederaan akibat menyelam kebiasaannya melibatkan kecederaan kepala dan boleh mendatangkan pelbagai risiko termasuk kematian. Sekiranya ada papan tanda dilarang berenang atau dilarang menyelam, ibu bapa perlu mematuhi arahan tersebut.
Ads
Tip keenam; Pastikan anak-anak anda minum banyak air. Sekalipun mereka sedang melakukan aktiviti air, tidak bermakna air sungai itu akan masuk ke dalam badan anak-anak. Banyak air dalam badan yang digunakan untuk menggerakkan tubuh supaya berenang dan badan akan cepat dehidrasi daripada biasa.
Keselamatan Ketika Di Taman Tema Air
Di taman tema air, aktiviti terjun tiruk, tunggang terbalik, terbang ke sana sini adalah lebih banyak daripada berenang. Jadi ambil sedikit masa untuk membaca papan tanda awas yang diletakkan di situ. Patuhi setiap arahan yang diberikan supaya keselamatan sendiri dan orang lain turut terjaga. Dalam pada itu, setiap kolam yang ada di taman tema air mempunyai kedalam yang tersendiri. Jangan main terjun sembarangan sahaja ya. Ambil tahu berapa kedalam yang sesuai dengan skill yang ada pada diri sendiri.
Jika tidak tahu berenang, bawa peralatan atau pelampung untuk kegunaan diri sendiri dan pastikan aktiviti yang kita lakukan di taman tema air itu dibawah pengawasan lifeguard.
Jadi itu sahaja tip yang dapat dikongsikan kepada pembaca. Sungai, air terjun, pantai, dan taman tema air memang menyeronokkan kerana kita boleh belajar banyak benda baharu, bersosial bersama kawan-kawan dan sebagainya. Tapi jangan lupa tentang faktor keselamatan supaya keseronokkan itu dibawa pulang sehingga ke rumah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ben Thanh Marketsangat popular menjadi destinasi yang wajib singgah untuk membeli-belah kerana ada pelbagai barangan yang boleh anda peroleh dengan harga yang sangat murah.
Selalunya, kaum wanita memang rambang mata di sini dan boleh jadi sehari suntuk mereka menghabiskan masa mencari barang atau buah tangan untuk di bawa pulang ke tanah air.
Seorang wanita dikenali sebagai Huda ada berkongsi beberapa tip seperti barang dan kedai mana yang perlu anda singgah jika ingin membeli-belah di Ben Thanh Market, Ho Chi Minh Vietnam.
Tip Membeli-Belah Di Ben Thanh Market / Malaysian Street Vietnam
Pergi Ho Chi Minh, Vietnam kalau tak shopping rugi lah kan…harga dia beza 50-70% dgn harga kat sini…kain lace.. kain cotton tudung…telekung…bag
Bayangkan kain lace 2 meter, kalau kain 2 meter dekat malaysia jual rm100, kat sana boleh dapat 2 meter kain lace 4 meter kain rm50 jer. Cotton vietnam boleh dapat RM25.. English cotton & Kapanese cotton RM30.. Di night market ada banyak pilihan
Kalau jenis otak bisnes..datang sini bukan perabis duit tapi buat duit. Bayangkan harga Huda sebut tu harga jualan runcit…kalau borong?? At least jadi personal shopper pon ok dah…ada hakak tu satu item rm15-20 dia caj…yelah tenaga kita masa kita…data kredit kita…yangg penting luggage kita…bukan free.
Malaysian street waktu ptg…klo malam baru penuh kat kaki lima peniaga lambakkan je tudung2 hehe…yg hujung bgunan putih tu ben thanh market.Ni bukan kat bali indonesia…ni kat hcm je hehe…beg ni klo korg nak murah beli kat malaysian street kat kedai tu…kecik leh dpt rm35 besar rm45..klo kat night market rm60 dorg juaNak pakai yg ori xmampu..ni pon ok dah hehehe….kualiti pon ok jeBag murah…huda siap beli backpack utk travel lg rm25 saiz 55L..sng klo nak travel sorg2 pasniNi lah sarony hijab…pegi tau…sies kualiti kain cunBoleh dpt dress lengan panjang n labuh dgn rm25 je…kain cotton vietnam☺…klo pkai saiz s kat sana beli lah saiz m…org sana pinggang secekak je….slim2Ni kat night marketLace ni…2m kain 4m boleh dpt rm100Ni pilihan rm50…2m lace 4m kain..mula2 huda dtg pg tau…huda kunci harga tu…skli dtg ptg dia kata rm70 plak..pandai dia ek..kena tegas sikit korg bab harga…last2 dia kata ok2 rm50Lace ni rm100 2m dgn kain 4m…klo kat sini lace saja 2m rm250-rm350..huda tgk kt igNi huda punya?…lace 3d ni rm120 2m lace..4m kain..klo kat sini rm350 ke ats uii?? Mula2 xtau tau…sbb dtg hcm bkn aim shopping…tp masuk2 kedai ada akk org malaysia tu bisik…dik sini murah..akk dh pusing…apa lg…grab lah satuAts tu japanese cotton lembut sgt rm30 3 1/2m bidang 60..lembut dr vietnam cotton..sejuk kain dia.. Bwh tu yg lace rm50 td hehe…2m lace 4m kain
Malaysian Street dan Ben Thanh Market boleh guna RM…VND pon boleh..tp bg Huda mudah ikut RM tak pening..tapi kalau nak tukar dalam VND kat hujung Malaysian Street ada kedai emas…situ ada money changer
Kebanyakan peniaga boleh cakap melayu…kalau tak pandai pun diaorang paham…so jangan mengata.
Ben Thanh Market ni tutup jam 7pm…tapi waktu malam kat luar Ben Thanh Market & sepanjang Malaysian Street ada night market.
Kalau nak cari kain cotton better sini..kain lace ada kat dalam Ben Thanh Market…tapi kena pandai survey jugak tau.
Jangan sesekali bukak dompet depan mereka…kalau boleh sedia duit kecik-kecik khas untuk shopping..Kalau tawar sekali diaorang tak nak…blah je…
Kat malaysian street mmg bersepah yg jual naelofar/duck/ariani rm10…kualiti pon ok…tp klo korg nak yg kualiti the best pergi ke kedai sarony hijab…dia bangunan yg sama dgn restoran halal kat malaysian street cth restoran hj basiroh…cuma dia belah blakang…kt sarony hijab kualiti dia mmg saling x tumpah mcm ori…cuma dia mahal sikit dlm rm20-26 tp still murah kan?huda nampak peniaga dr malaysia ramai borong sini hehe…
Kalau nak beli baju kurung/dress/kurta siap…korg boleh amk grab car pergi ke linda wholesale…serius murah dan pakaian dia up to date.
Datang shopping sini korg jgn risau..hotel..restoran halal…shopping semua walking distance…klo xcukup duit..boleh klua kat atm hsbc sederet dgn sarony hijab td…caj rm8+ huda rasa yg plg murah bbnding atm lain..jgn lupa aktifkan dulu atm utk pengeluaran antarabangsa
Kat hcm mmg byk org niaga cmni…dia nak gak pancing kita suh beli brg dia..dia nak jual gitar tu rm15 kat apis…apis kata xnak..rm5 bru apis amk…hahhaha….last2 dia setuju rm5Night marketNi owner kedai lace dlm ben thanh..kedai dia belah kanan hujung…pandai2 lah jejak makcik ni keliling dia mmg semua kedai lace…persaingan dorg tinggi..so klo korg mintak tawar tp dorg xnk blah je haha…makcik ni pon pening gak tukar2 hrga…so pandai2 lh tawar menawar k…tp klo dh dpt dh hrga murah lps bermatian mintak tawar jgn xbeli plk…kang kena plkKat malaysian street jgn lupa rasa kopi vietnam…hehe..rm3 je…satu jenama trung nguyen satu lg oozi..oozi sedap lg bg huda…ke sama je ek
Byk2 restoran halal kat malaysian street…sini plg murah…megi goreng dia sies sedapNi linda wholesale..ke sini kena amk grab ya..jauh dr ben thanh marketDurian kat malaysian street…durian dorg besar lah…sama mcm kat hatyaiVietnam cotton rm25 english cotton rm30 japanese cotton rm30…nak lg byk pilihan masa kat night market
Ni berdasarkan pengalaman huda je k…n dari pembacaan huda juga…sbb huda ni jenis klo berjalan mmg research dulu
Mekah dan Madinah merupakan dua kota suci yang menjadi tumpuan umat islam untuk datang melaksanakan ibadah haji, ibadah umrah dan berziarah ke makam baginda Nabi Rasulullah SAW serta para sahabatnya.
Biasanya, sebelum ataupun selepas melaksanakan solat berjemaah di masjidil haram ataupun masjid nabawi, jemaah haji dan umrah dari Malaysia sering memanfaatkan waktu tersebut untuk berbelanja membeli barang-barang sebagai oleh-oleh ataupun sekadar berjalan jalan dan melihat lihat cenderahati barang barang islamik di sekitar lingkungan masjid.
Peniaga di Kota Madinah dan Mekah Arab Saudi mahir menggunakan Bahasa Melayu. Ini terbukti bila aktiviti jual beli terjadi antara jemaah Malaysia, Indonesia serta wilayah kepulauan Melayu dengan peniaga Arab menggunakan Bahasa Melayu.
Di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi banyak tempat untuk berbelanja mulai dari peniaga kaki lima sampai pasaraya besar. Didepan masjidil haram, dibawah menara jam (jemaah biasa menyebutnya dengan menara zamzam) terdapat pusat perniagaan yang dinamakan “Al-Baik Mall”. Disana mulai dari barang-barang mewah, mulai dari perhiasan yang ternama sampailah barang barang elektronik buatan cina semuanya ada.
Khusus untuk peminat masakan disana juga terdapat restoran makanan Melayu, seperti restoran Mr Sate, Warung Mok Minah dan restoran Tasneem yang ada di lantai P3. Semua restoran tersebut dilayani oleh pelayan pelayan orang Melayu, sehingga rasa rindu terhadap selera masakan tanahair akan sedikit terubat.
Sewaktu jemaah melalui di depan kedai di sekitar Masjidil Haram atau Nabawi, pelayan kedai yang kebanyakannya orang Arab Yaman dan orang Burma (Myanmar) akan menyapa jemaah “Apa kabar” “Malaysia bagus” “mari lihat-lihat murah-murah…”halal-halal “, begitulah tawaran para pelayan kedai supaya anda mau untuk melihat lihat barang barang di kedainya, dan kalau anda menawar belanja dengan harga yang amat murah, mereka akan berkata “Bakhil..Bakhil..”
Biasanya para pelayan kedai tersebut pandai berbagai macam bahasa serba sedikit sahaja. Mereka senang berurusan dengan jemaah dari Malaysia kerana jemaaah Malaysia dikenali agak mewah dalam berbelanja dan sopan berbanding dengan jemaah dari kawasan lain. Tapi jika jemaah Malaysia yang dikenali mewah dalam berbelanja tidak jadi membeli setelah melihat-lihat barang mereka akan berkata “Malaysia bakhil”. Sabar sabar lah ye.
Kewujudan pasar lambakan di sekitar Masjid Nabawi Kota Madinah al Munawarah Arab Saudi menjadi daya tarikan bagi jemaah haji atau umrah. Bermacam macam produk ditawarkan di sini. Ada baju, jubah, tasbih, siwak (alat gosok gigi dari kayu), seluar, kain, selipar, celak, tasbih, Alquran, dan barang khusus jemaah yang lainnya.
Di bawah ini beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda jika sedang berbelanja di Mekah dan Madinah.
Buatlah perencanaan belanja iaitu daftar barang yang diperlukan. Ini penting agar anda tidak berlebihan dalam belanja dan disesuaikan dengan kewangan yang ada. Jika ada barang-barang yang boleh dibeli di tanahair dan mungkin harganya lebih murah maka jemaah tidak perlu memaksa diri, kini sudah banyak kedai oleh-oleh haji di Malaysia.
Sebaiknya tukarkan dulu dalam bentuk Saudi Riyal, anda boleh juga menukar di money changer atau tempat penukaran wang di depan Masjid Nabawi atau Masjidil Haram atau di tempat makan hotel – dimana petugas dewan makan menyediakan penukaran wang atau boleh juga dengan mengambil terus di ATM, ATM banyak sekali di sekitar menara zamzam depan masjidil haram atau minta bantuan mutawif anda.
Jika anda ingin berbelanja sebaiknya anda bertiga atau berempat atau ditemani pasangan anda atau minta bantuan mutawif untuk menemani. Jangan sampai kegiatan berbelanja mengganggu waktu ibadah. Utamakan dulu melakukan ibadah. Ingatlah tujuan utama anda berkunjung ke Tanah Suci iaitu untuk memanfaatkan waktu yang anda miliki untuk giat beribadah demi memperoleh redha dari Allah SWT.
Jika berbelanja dikaki lima sebaiknya anda membayar dengan wang pecahan puluhan riyal atau lima riyal sebab dikhuatiri ketika ada penguatkuasa pedagang kaki lima, mereka lari kadangkala meninggalkan barang dagangannya.Kalau anda berbelanja dengan wang RM mereka menerimanya dan nantinya diuruskan dengan memperlihatkan anda pengiraan dengan kalkulator.(dalam hal ini mereka jujur).
Jangan bawa wang pecahan 500 riyal kerana ini mirip dengan wang pecahan 50 riyal. Untuk memperoleh harga yang murah, tentu harus diketahui pusat-pusat perbelanjaan yang ada misalnya di Mekah ada Pasar Ja’fariah, di Jeddah ada Pasar Balad dan Bab Mekah, dan di Madinah ada Pasar Kurma dan pusat perniagaan di tingkat bawah Taiba Arac Hotel. Tapi jika malas pergi jauh, hampir di setiap penginapan jemaah haji banyak terdapat penjual oleh-oleh haji lambak yang harganya juga hampir dengan di pusat-pusat perbelanjaan.
Tapi di pusat perniagaan, variasinya lebih banyak. “Pilihan lebih banyak,” kata seorang jemaah Malaysia yang telah berbelanja di Pasar Ja’fariah. Mereka akan memberi tahu anda bahawa ini asli atau tidak tapi dalam soal harga mereka tidak segan silu memberikan harga diatas 500%, jika anda ditawarkan barang diatas 100 riyal atau lebih, tawarlah dengan tawaran separuh harga. Jika anda seorang perempuan kebetulan anda dipegang bahu ataupun disentuh oleh pelayan yang kebetulan tidak berpuashati sebaiknya anda bersuara keras katakan “haram..haram..haram” lalu cepat-cepatlah pergi.
Kalau tawaran anda tidak diterima biasanya mereka akan mengatakan “mafi faedah”(tidak ada untung). Kalau perlu berpura-puralah tinggalkan, kalau dia tidak memanggil anda kembali maknanya betul dia tidak ada untung. Berpura-puralah sudah biasa pergi ke Mekah dan Madinah dan gunakan sedikit bahasa arab biasa, dengan cara ini biasanya mereka tidak akan meletakkan harga barang terlalu tinggi.
Sebelum membeli hendaklah melakukan survey di beberapa kedai untuk membandingkan harga, biasanya untuk barang-barang yang biasa dibeli, harga tidak terlalu berbeza jauh.
Setelah ada barang yang diinginkan tiada salahnya menawar harga, apalagi jika ingin membeli barang dalam jumlah yang banyak kerana biasanya diberikan harga khas.
Untuk menawar barang tidak perlu khuatir kerana Sebagian besar penjual atau penjaga kedai di Tanah Suci mengerti bahasa Melayu, bahkan ramai juga penjaganya adalah warga Indonesia.
Namun, jikalau terlalu “kejam” menawar harga jangan heran jika peniaga mengatakan “Bakhil..bakhil…”.
Banyak juga ditemui barang-barang palsu atau kurang berkualiti. Sebagai contoh, salah satu barang yang sering dicari adalah tasbih dari kayu koka (konon tongkat kayu Nabi Musa dibuat dari kayu ini). “Kayu koka adanya di Mesir. Jika ada yang menawar dengan harga murah maka keasliannya diragukan,” kata mutawif kami yang juga menawarkan tasbih dari kayu Koka.
Produk elektronik pun banyak ditemui seperti handphone. Sebuah handphone Samsung S4 dan S5 ada yang ditawarkan dengan harga 400 riyal saja, namun kemudian boleh turun sehingga 250 riyal, yang sangat tidak munasabah jika dibandingkan dengan yang asli. Bagi lelaki yang ingin membeli ubat kelelakian “hajar jahanam” juga perlu berhati-hati kerana banyak yang palsu.
Jika anda pergi berbelanja atau ke masjid jangan berpakaian ketat atau menggunakan make up kerana itu sangat menarik perhatian pak Arab yang pada umumnya mereka hanya biasa melihat wanita yang serba tertutup.
Jika anda seorang perempuan jangan terlalu dalam masuk ke dalam kedai, ingatan ini untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan berlaku.
Ambil berat juga had maksimum barang, jangan membeli barang berlebihan hingga melebihi had maksimum yang boleh dibawa dalam penerbangan. Seorang penumpang hanya boleh membawa bagasi kargo seberat 30 kg dan hanya satu tas kecil yang boleh dibawa ke dalam kapalterbang. Jika berlebihan, bayaran tambahan yang tidak sedikit akan dikenakan atau terpaksa ditinggalkan.
Jika kelebihan berat maka barang boleh dikirimkan melalui perkhidmatan pengiriman barang yang banyak beroperasi dan melakukan perkhidmatan menjemput atau mengambil barang di tempat penginapan.
Perlu diambil kira ialah waktu sampai di tanahair agar barang tidak terlalu lama sampai setelah jemaah sampai. Biasanya tempoh pengiriman barang dengan pesawat adalah dua minggu.
Jika kesuntukan masa, barang yang dikirimkan dengan khidmat pengiriman adalah pakaian atau barang lainnya yang sudah tidak digunakan. Tinggalkan sedikit pakaian untuk sehari-hari atau pakaian yang sudah kita niatkan untuk ditinggalkan. Selanjutnya buah tangan yang dibawa bersama jemaah dengan pesawat.
Demikianlah tips untuk berbelanja di Mekah dan di Madinah semoga bermanfaat bagi anda yang berniat datang ke tanah suci untuk berhaji ataupun untuk berumrah.
Seorang wanita yang hampir 7 tahun menetap di Mekah ada berkongsi tip kepada umat Islam yang bercadang ke sana pada waktu tidak sesak.
Waktu tidak sesak dikatakan waktu yang memberi keselesaan lebih kepada keluarga yang mempunyai anak kecil untuk beribadat. Begitu juga untuk warga emas yang uzur, mereka tidak perlu bersesak-sesak dan dapat menjalani ibadat umrah dengan sempurna.
Namun tidak menjadi masalah jika anda memilih membuat umrah di sini ketika waktu sibuk. Dengan panduan dan tip ini mungkin boleh membantu anda merancang waktu umrah dengan baik mengikut pilihan masa senang anda.
Tahukah anda?
Bilakah masa Mekah dan Madinah sangat lapang tanpa sesak sehingga anda boleh berikhtikaf lama-lama di hadapan Kaabah di kawasan tawaf?
Dengan pengalaman saya yg tinggal di sini hampir 7 tahun, waktu terbaik utk bawa anak-anak kecil, ibubapa yang uzur atau sesiapa sahaja ialah pada Awal Muharram.
Pada bulan Muharram, visa umrah baru sahaja di buka oleh kerajaan Arab Saudi. Jemaah yang baru sahaja menunaikan haji pula sudah beransur pulang menjadikan Bandar Mekah dan Madinah sangat lengang. Bagaikan boleh bermain lari-lari di kawasan tawaf.
Di waktu ini karpet hijau akan dibentangkan di kawasan tawaf utk kemudahan jemaah berikhtikaf. Kanak-kanak kecil dari sekolah tadika sehingga sekolah rendah datang dengan rombongan sekolah melakukan tawaf sunat dan pelbagai pengisian rohani. Bayangkan kanak-kanak kecil ini dapat melakukan tawaf bersama-sama sahabat kecil mereka. Sambil tangan dibahu mengelilingi Kaabah. Comel sangat.
ps: Saya kongsikan pic awal Muharram tahun lepas. Adakah anda merindui Tanah Suci ini? Saya doakan anda semua diberikan peluang untuk datang lagi dan lagi, aminnn…
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...