Kalau nak cari villa percutian di kawasan yang tenang tetapi tidak terlalu jauh dari bandar, atau sekadar mencari tempat untuk mengadakan acara keluarga, boleh pilih Villa Sajuri.
Villa Sajuri Bertemakan Maghribi
Villa ini terletak di Kampung Sungai Sembilang, Pantai Remis, Jeram. Kalau ada yang tak tahu lokasi Pantai Remis ini, terletak di antara Klang dan Kuala Selangor.
Dekorasi pun sesuai dengan konsepnya, gabungan warna yang menenangkan emosi tetamu yang singgah di sini.
Eh, tandas pun macam boleh tidur tau! Teruja sungguh kalau anda masuk Villa Sajuri ini.
Ads
Perabotnya teratur molek membuatkan anda sebagai penginap berpuas hati untuk santai-santai dengan keluarga.
Ads
Soal penginapan, Villa ini mempunyai 4 bilik 12 katil 5 bilik air boleh memuatkan 16 orang dalam satu masa. Boleh lah nak berkumpul dengan adik beradik yang ramai di sini. Luas dan cantik untuk ootd.
Kolam Mandi Yang Besar
Selain mempunyai kolam mandi yang luas, disediakan juga peralatan untuk bbq depan itu sahaja. Mak ayah masak, anak-anak mandi main air. Boleh bayangkan tak betapa menariknya suasana itu?
Ads
Selain mandi-manda, anda boleh main snooker. Yang minat memang rasa puas hati duduk sini walau cuma satu malam.
Banyak aktiviti boleh buat bersama keluarga. Ya, konsep rasa macam dekat Morocco instaworthy sangat Villa ini.
Lokasi:
Villa Sajuri, Kampung Sungai Sembilang, 45600 Jeram, Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika bersiar-siar di pantai, menjadi perkara biasa aktiviti orang awam mengutip batu-batu yang cantik di persisiran pantai. Rutin itu kadangkala sekadar suka-suka untuk melengkapkan acara normal percutian di mana sahaja pantai di dunia. Tiada undang-undang sebelum ini yang mengatakan amalan mengutip batu di pantai adalah salah.
Berlainan pula di pantai peranginan Amroth di Pembrokeshire, Wales. Pengujung telah dikejutkan dengan larangan daripada mengambil atau mengambil batu di kawasan berkenaan. Mengalihkan batu-batu pantai adalah kesalahan jenayah. Pesalah boleh dikenakan hukuman! Disebabkan itu ramai yang datang ke pantai ini tidak berani langsung untuk mengutip batu-batu yang ada untuk di baling ke dalam laut atau bawa balik. Ada mata-mata yang memerhati.
Papan amaran keras mengenai peraturan ‘pelik’ itu telah dipasang di pantai itu menyatakan bahawa mereka yang berbuat demikian berdepan denda sebanyak £1,000 (RM5,280). Papan tanda larangan itu turut menegaskan bahawa batu-batu di pantai tersebut merupakan benteng pertahanan pantai daripada hakisan laut.
Kesalahan itu dikatakan tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pesisir 1949 dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga £1,000 kerana menyebabkan kawasan pantai terdedah kepada hakisan. Bagaimanapun, wakil Majlis Daerah Pembrokeshire mengesahkan bahawa pihaknya bukan orang yang bertangungjawab memasang papan tanda itu.
Menurut seorang penduduk tempatan, Ben Williams, perbuatan mengambil batu itu sukar untuk dibendung.
“Apabila anak anda yang berusia tiga tahun mahu menyimpan batu cantik yang ditemuinya, saya tidak boleh katakan tidak kepadanya. Bukan apa yang diambil dari pantai menjadi masalah tetapi apa yang ditinggalkan di sana oleh pengunjung,” katanya.
Pantai tersebut popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan di Pembrokeshire. Namun penduduk sekitar yang mendiami di lokasi tumpuan pengunjung itu sedikit bimbang dengan kesan hakisan yang semakin jelas kelihatan. Oleh itu, banyak benteng-benteng diwujudkan disekitar persisiran pantai untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Jambatan Victoria (juga dikenali sebagai Jambatan Enggor) adalah sebuah jambatan kereta api yang terletak di Pekan Karai, Kuala Kangsar, Perak. Jambatan yang merentangi Sungai Perak (sungai kedua terpanjang di semenanjung) ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap pada 1900. Ia merupakan jambatan kereta api tertua di Malaysia. Usia jambatan ini sehingga artikel ini ditulis, ialah 120 tahun.
Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Sir Frank Swettenham, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri, serta orang-orang kenamaan pada tahun 1900.
Pembinaan jambatan ini melengkapkan laluan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson dan disiapkan oleh Perak Goverment Railway bagi memudahkan proses mengambil timah dan pengangkutan awam. Nama jambatan ini diambil sempena Ratu Victoria yang memerintah England pada ketika itu. Dianggarkan panjang jambatan ini sekitar +- 600.
Mengikut cerita penduduk tempatan, pembinaan jambatan ini sedikit tertangguh oleh banjir besar di Sg Perak waktu itu. Air naik sehingga 17 meter dari paras air biasa iaitu + – 6 meter.
Seperti jambatan keretapi lain yang dibina British, jambatan dibina menggunakan besi padu (yang dilombong dari Tanah Melayu) dan disalut cat hitam tebal, seni reka tetulang bersilang yang kukuh, dan penggunaan bata merah yang tahan lasak. Enam tiang pasak yang besar dibina menampung landasan besi padu ini.
Foto: lite_imej
Kesemua enam tiang ini dibina menggunakan bata merah yang memang kita pun tahu lasak dan kukuh. Tiang pasak ini ditanam pada kedalaman lebih enam meter dari dasar (kedalaman Sungai Perak +- enam meter). Jambatan ini juga pernah dimusnahkan sendiri oleh British ketika Jepun mara. Namun ia dibina pulih sementara oleh Jepun dan penduduk setempat.Kubu pengawal British lama di penghujung jambatan. Foto: thriftytraveller
Menariknya, plak asal pembinaan, disimpan baik oleh individu yang tidak mahu dikenali selama 7 tahun, dan diserahkan semula pada pihak pengurusan jambatan. (Lihat video)
Jambatan ini diguna pakai sehingga tahun 2002. Di sebelah jambatan ini dibina jambatan konkrit baru yang lebih lebar dan mengambil alih laluan keretapi.Laluan pejalan kaki Foto: thriftytraveller
Kini jambatan ini masih diguna pakai pejalan kaki dan motosikal untuk menyeberang dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. GALLERY VICTORIA BRIDGE juga telah dibuka bagi memberi maklumat informasi tentang sejarah jambatan tersebut.Kini menjadi lokasi tumpuan pengamal fotografi. Foto: thriftytraveller
Jambatan Victoria ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem terkenal, Zombi Kampung Pisang pada 2007 yang diarahkan oleh anak jati Perak sendiri, Mamat Khalid.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Batu Kurau memang terkenal dengan hasil durian dan tidak asing kepada peminat raja buah itu setiap kali tiba musimnya. Malah kerajaan negeri Perak bercadang untuk menjadikan daerah Larut Matang dan Selama sebagai hub pengeluaran pelbagai durian dengan membina Taman Durian Batu Kurau.
Kalau datang bercuti ke area Batu Kurau boleh cuba meginap di chalet warna warni ala Belanda. Paling seronok boleh mandi mandi dalam dusun tepi jeram sungai yang sejuk dingin. View di sini nyata dapat menarik ramai peminat percutiaan ala agro. Dikenali sebagai Chalet Latip D’Ayer Itam, lokasinya terletak di Kampung Air Itam, Batu Kurau, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Taiping, Perak.
Konsep bilik segi tiga berwarna-warni itu terletak di kawasan seluas 3.24 hektar dikelilingi pemandangan indah pokok yang menghijau selain mempunyai jambatan gantung untuk merentasi Sungai Lata Air Hitam, yang mengalir di bawahnya. Setiap jenis bilik mempunyai harga yang berbeza bermula daripada RM 150 hingga RM 250. Kalau berhajat buat ‘family day’ atau konvoi pun menarik kerana ada banyak unit dan parking kereta berhadapan depan pintu chalet penginapan.
Jika anda bercadang bercuti ke sini, pastikan anda menempah dan menghubungi pihak pengurusan chalet ini terlebih dahulu kerana kebanyakan bilik sudah penuh pada tarikh-tarikh tertentu sehingga hujung tahun ini selain tidak mahu ada pengunjung yang datang dari jauh tetapi terpaksa balik dan hampa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...