Kalau nak cari villa percutian di kawasan yang tenang tetapi tidak terlalu jauh dari bandar, atau sekadar mencari tempat untuk mengadakan acara keluarga, boleh pilih Villa Sajuri.
Villa Sajuri Bertemakan Maghribi
Villa ini terletak di Kampung Sungai Sembilang, Pantai Remis, Jeram. Kalau ada yang tak tahu lokasi Pantai Remis ini, terletak di antara Klang dan Kuala Selangor.
Dekorasi pun sesuai dengan konsepnya, gabungan warna yang menenangkan emosi tetamu yang singgah di sini.
Eh, tandas pun macam boleh tidur tau! Teruja sungguh kalau anda masuk Villa Sajuri ini.
Ads
Perabotnya teratur molek membuatkan anda sebagai penginap berpuas hati untuk santai-santai dengan keluarga.
Ads
Soal penginapan, Villa ini mempunyai 4 bilik 12 katil 5 bilik air boleh memuatkan 16 orang dalam satu masa. Boleh lah nak berkumpul dengan adik beradik yang ramai di sini. Luas dan cantik untuk ootd.
Kolam Mandi Yang Besar
Selain mempunyai kolam mandi yang luas, disediakan juga peralatan untuk bbq depan itu sahaja. Mak ayah masak, anak-anak mandi main air. Boleh bayangkan tak betapa menariknya suasana itu?
Ads
Selain mandi-manda, anda boleh main snooker. Yang minat memang rasa puas hati duduk sini walau cuma satu malam.
Banyak aktiviti boleh buat bersama keluarga. Ya, konsep rasa macam dekat Morocco instaworthy sangat Villa ini.
Lokasi:
Villa Sajuri, Kampung Sungai Sembilang, 45600 Jeram, Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada sesuatu tentang Sabah yang sukar dijelaskan dengan kata-kata. Ia bukan sekadar destinasi, tetapi sebuah rasa tenang yang perlahan-lahan meresap. Di utara negeri ini, terletaknya Tuaran, sebuah kawasan pesisir yang masih mengekalkan keaslian alamnya.
Kini, pengalaman itu diperkaya dengan kehadiran rangkaian Hotel Hilton menerusi Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran, sebuah penginapan yang membawa konsep santai ke tahap lebih moden dan praktikal.
Terletak kira-kira 30 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu, hotel ini menjadi titik pertemuan antara ketenangan alam dan kemudahan akses. Pemandangan laut terbuka, deretan paya bakau serta suasana damai menjadikan lokasi ini cukup ideal untuk mereka yang ingin “slow down” seketika daripada rutin harian.
Dalam masa sama, pelancong masih boleh meneroka keindahan Taman Negara Kinabalu yang diiktiraf UNESCO atau menyelami budaya tempatan di Linangkit Cultural Village tanpa perlu perjalanan yang terlalu jauh.
Dari segi penginapan, hotel ini menampilkan 167 bilik yang direka dengan pendekatan minimalis tetapi fungsional. Setiap ruang disusun bagi memberikan keselesaan maksimum, sama ada untuk pasangan, keluarga atau pengembara solo. Bilik premium pula hadir dengan patio peribadi, satu sentuhan eksklusif yang membolehkan tetamu menikmati angin laut dan suasana senja dalam ruang privasi sendiri.
Apa yang menjadikan pengalaman di sini lebih menarik adalah kemudahan yang benar-benar memahami keperluan pelancong masa kini. Kolam renang luaran lengkap dengan taman permainan air kanak-kanak menjadikan ia pilihan mesra keluarga, sementara pusat kecergasan 24 jam memberi ruang untuk kekal aktif walaupun sedang bercuti.
Ditambah dengan kemudahan dobi layan diri, Wi-Fi serta parkir percuma, semuanya dirancang untuk memudahkan perjalanan buat pelancong tanpa sebarang kerumitan yang membantutkan suasana.
Bab makanan pula tidak kurang istimewanya, Restoran Together & Co. menawarkan gabungan hidangan Barat dan lokal dalam suasana santai sepanjang hari. Menjelang petang, tumpuan beralih ke bar dek terbuka di tingkat atas, lokasi terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam yang mewarnai langit Sabah.
Di sinilah minuman signature seperti Tuaran Breeze menjadi pelengkap sempurna kepada pengalaman percutian yang lebih relaks.
Bagi yang merancang percutian sambil bekerja atau mengadakan acara kecil, ruang serbaguna yang disediakan mampu menampung sehingga 80 tetamu. Sama ada untuk sesi latihan, team building atau majlis santai, suasana tepi pantai memberikan kelainan yang jarang ditemui di lokasi lain.
Sebagai sebahagian daripada rangkaian global Hilton, tetamu juga boleh menikmati pelbagai kelebihan melalui program Hilton Honors. Malah, sempena pembukaan hotel ini, ahli berpeluang mengumpul mata ganjaran tambahan bagi setiap malam penginapan, menjadikan pengalaman di sini lebih berbaloi.
Akhirnya, Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran bukan sekadar tempat bermalam. Ia adalah ruang untuk bernafas, untuk menikmati keindahan alam tanpa gangguan, dan untuk kembali kepada diri sendiri. Di sinilah percutian sebenar bermula, tenang, sederhana, tetapi penuh makna.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi anda yang inginkan suatu kelainan menjelajah ke Indo-China juga suatu pengembaraan yang cukup menarik untuk dilakukan. Menjelajah ke Thailand, Loas dan Vietnam antara jaluran jalanan yang boleh diikuti bagi pengembaraan merentasi Indo-China.
Berkelana selama 13 hari menjelajah tiga negara, Fauzi Deraman dan rakannya berkongsi pengalaman mengembara ke Thailand, Loas dan juga Vietnam.
Bermula dari Perlis seterusnya ke Hatyai dengan 15 jam perjalanan ke Bangkok, pelbagai jenis pengangkutan dicuba oleh kedua sahabat ini dalam penjelajahan mereka merentasi Indo-China.
Menaiki keretapi lama lebih kurang 5 jam ke Nam Tok, bermalam di Riwer Kwaii yang terkenal dengan landasan keretapi maut dan seterusnya ke Loas dan akhirnya ke Hanoi menaiki sleeper bus. Setiap destinasi yang disinggah mempunyai cerita dan keistimewaan yang tersendiri.
Memilih Disember sebagai tarikh perjalanan sehingga ke akhir tahun 2022, meskipun mungkin pernah menjejakkan kaki ke negara atau benua lain, setiap destinasi pilihan tentu ada pengalaman dan kenangan tersendiri untuk dikenang.
Bila mengembara dapatlah menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan, nak tahu apa yang menarik sepanjang pengembaraan Fauzi Deraman, ikuti perkongsian lelaki ini:
Assalamualaikum Sahabat2 BBM. Sekadar untuk perkongsian trip Indo-China selama 13 hari, 19 – 31 Jan 2023. Sepanjang trip ni kitorg try beberapa jenis transportation.
KUL – LGK: Kitorg start dari KUL ambik flight ke LGK. Kat Langkawi stay 2 mlm di Seven Stones Langkawi. Location x jauh dengan pantai cenang. Onwer dia kwn kitorg masa travel sebelum ni. Recommended utk mereka2 yg suka santai2 dan suasana tenang.
LGK – Kuala Perlis – Arau – Padang Besar: Lps check out kitorg ambik feri dari Jetty Kuah ke Kuala Perlis. Tiket feri beli online www.langkawiferryline.com.Feri jam 10.30 am. Jam 12.00 pm sampai jeti kuala perlis, terus ambik grab ke Station komuter Arau. Ambik komuter jam 2.07 pm menuju ke padang besar. Dlm 15 min jer dah sampai.
Padang Besar – Hatyai:Sampai jer stesen padang besar, akan ade org approach utk naik van ke hatyai. Harga dlm RM30 srg. Cross boarder mcm biasa, cop passport pastu driver akan hntr sampai ke hotel. Stay hatyai satu mlm. Kitorg duk Siam Mansion Hotel. jauh skit dgn pekan hatyai. Bilik selesa tp jauh nk cari mkn. Aktiviti – naik tuktuk pegi mkn.
Hatyai – Bangkok: Booked sleeper train ticket online via https://www.dticket.railway.co.th/DTicketPublicWeb/home/Home. Dari Hatyai Junction ke Krung Thep Aphiwat Station BKK. kitorg ambik Special Express 1st class coach. 1 coach utk 2 org. Selesa, ade sinki dlm coach, tapi toilet & shower kt luar. Xde jual mknan, kne bawa bekal siap2. Train delay dari 6.15 pm ke 8.00 pm. Perjalanan lebih kurang 15 jam. Jam 1.00 pm sampai di Krung Thep Aphiwat Bangkok. Kat station tu ade foodcourt jual makanan halal di platform 4. Station ni interconnect to MRT Line. Beli tiket dari Bang Sue station ke Sanam Chai. Keluar dari Sanam Chai Station ambik grab motor ke Royal Rattanakosin hotel. Hotel x jauh dgn tourist attraction. Boleh jalan2 sekitar tu. Kitorg ambik pakej cruise boat di Chao Phraya River THB1200. Pada aku x berbaloi. Takat nk hbiskan masa boleh la. Makanan halal ade tp x bnyk Kawasan tu. Ikut tekak masing2.
Bangkok – Nam Tok: Check out dan ambik grab ke Thonburi Station. Beli tiket kat kaunter THB100. Train jam 7.50 am. Train 2 kali sehari shj. Kne dtg awal. Situ dkt dgn pasar. Mmg sibuk hari2. Naik train kayu 5 jam ke Nam Tok Station. Dlm train akan ade org jual mkanan. Pilihan masing2. Kebanyakan tourist akan turun di Kanchanaburi station. Kitorg sampai last station Nam tok. Sampai di Nam tok, ada local taxi akan approach. Kitorg stay di River Kwai Jungle Raft satu mlm. Ambik local taxi bgth jer nama tmpt, dia akan hntr ke jeti THB400. Kat situ dh ade long tail boat tggu setiap sejam sampai pukul 6.00pm shj. River Kwai Jungle Raft bg full board package included service boat. Konsep penginapan situ rumah rakit dalam hutan. Xde eletrik, xde network. Sila bawa power bank. Aktiviti – mandi sungai, jungle tracking, mon’s dance, bamboo raft, kayak.
Nam Tok – Kanchanaburi: Lps check out ambik local taxi. Kitorg deal dgn driver tu ambik pakej ke Sai yok waterfall, Hellpass, dan hntr ke Kanchanaburi THB1800. Di Kanchanabru kitorg stay di Tara Raft satu mlm. Sewa motor utk satu hari THB250. Aktiviti jalan2 bandar Kanchanaburi. Mknan halal bnyk kt sini.
Kanchanaburi – BKK – Nong Khai: Ambik train jam 2.50pm dari Kanchanaburi station balik ke Thonburi station. Sampai dlm jam 6, terus ambik grab ke Krung Thep Aphiwat Station. Booked sleeper train via website yg sama sebelum ni. Tp kali ni kitorg ambik Special Express CNR 2nd class coach. Train baru dan selesa. Recommended utk ambik train yg ni. Train gerak 8.25pm dalam 10 jam. 6.25am sampai di last station Nong Khai (Boarder Thai – Laos).
Nong Khai – Thanelang – Vientiane LAOS: Kluar dari train di Nong Khai ada kaunter tiket. Beli shuttle train (trem) ke Thanelang THB20. Trem akan cross boarder dlm 15 min jer sampai. Mcm biasa cop passport. Pastu ada van akan offer utk ke Vientiane THB300. Dlm 30 min sampai di Vientiane. Stay di Manorom Hotel satu mlm. Aktiviti – sewa basikal keliling bandar. Duit Laotion Kip xleh tukar kt Malaysia, kne bawa USD atau apa2 matawang besar tukar kat money changer sini. Atau paling senang aktifkan kad, kluar ikut ATM machine. Di Vientiane xde grab. Yg ada adalah Loca. Sila install Loca.
Vientiane – Hanoi: Dari hotel kitorg naik Loca ke Vientiane Southern Bus Station. Booked sleeper bus via www.12go.asia .Bas gerak kul 6pm. Dtg awal sbb free seat. Kalau x sempat nanti kne duk tengah2 seat dlm bas. Tgk nasib, kdg dpt bas okay, kdg diorg sumbat ramai2 jadi sardin. 26 jam dalam bas ke Hanoi dgn 3 kali brenti. Skrg masih winter kt Hanoi. Suhu bawah 10oc. Sila bawa jaket. Boarder Laos-Vietnam agak serabut skit. X sistematik. Dalam bas ada person incharge. Boleh refer dia utk apa2.
Hanoi – KUL: Sampai di Hanoi Nuoc Ngam Station jam 8 mlm. Kat sini ada grab, ambik grab ke Mayflower hotel. Stay 2 mlm. Makanan halal ada beberapa tapi kebanyakan Indian food. Aktviti – ambik 1 day trip to Halong bay via www.klook.com. Vietnam mmg terkenal dgn kopi. Boleh cuba egg coffee, long black coffee, latté….etc. Last day ambik flight balik ke KUL.
Bayangkan kalau ada seekor nyamuk atau lalat berterbangan disekeliling kita pun sudah rimas.
Ini kan pula jika ada berjuta serangga atau lebih dari itu yang datang ‘serbu’ di tempat tinggal kita. Pasti ‘murung’ seketika kehidupan ketika itu bukan?
Selepas negara Uganda diserang belalang juta Februari lalu di kawasan tanaman mereka hingga menyebabkan rakyat mengalami kekurangan bekalan makanan, terkini negara Iran pula dikatakan menjadi sasaran serangan belalang juta.
Iran terpaksa menggunakan kuasa tentera untuk tahun kedua berturut-turut dalam usaha menghapuskan ancaman belalang juta yang kini menakluki bahagian selatan negara itu, lapor Reuters.
Kehadiran serangga yang dalam jumlah luar biasa itu memusnahkan hasil tanaman yang bernilai lebih AS$7 bilion (lebih RM30 bilion). Ancaman belalang juta itu, yang paling dahsyat dalam tempoh berdekad-dekad, menambahkan lagi masalah Iran, yang sudahpun dalam dilema bagi menangani isu penularan wabak virus korona selain nilai eksport minyaknya yang menjunam teruk sejak sekatan Amerika Syarikat.
Belalang juta yang berasal dari gurun itu menyerang lebih 200,000 hektar kebun dan ladang di 31 wilayah Iran. Kawasan terjejas berkenaan, yang merentangi dari timur Iran di sempadan Pakistan hinggalah ke sempadan barat daya dengan Iraq, dijangka boleh meningkat sehingga sejuta hektar.
Pihak tentera telah berjanji untuk membantu penduduk, termasuk membekalkan kenderaan lasak untuk digunakan di lokasi yang sukar diakses. Operasi melawan belalang juta itu setakat ini mampu menghalang ‘kerosakan’, namun dia tidak memberikan penjelasan lanjut.
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kerugian bidang pertanian akibat serangan belalang juta di Pakistan, akibat belalang juta, boleh mencapai sehingga AS$2.2 bilion (RM9.6 bilion) untuk penghasilan sepanjang musim sejuk.
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...