Berita

Waktu Subuh Di Perak Ditambah 8 Minit Mulai 18 Januari 2020

Share

Selepas Melaka dan Negeri Sembilan, negeri Perak juga telah mengubah waktu subuhnya mulai 18 Januari 2020 (Sabtu).

Menurut Timbalan Mufti negeri Datuk Zamri Hashim, waktu solat subuh di Perak ditambah lapan minit daripada waktu sedia ada berkuat kuasa esok.

Beliau berkata Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah agar waktu subuh bagi seluruh negeri menggunakan parameter 18 darjah di bawah ufuk berbanding 20 darjah di bawah ufuk sebelum ini.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah membuat keputusan bahawa hukum solat subuh yang dilaksanakan sebelum perubahan itu adalah sah dan tidak perlu diqada. Ditegaskan juga, perubahan ini hanya melibatkan waktu subuh sahaja, tanpa melibatkan waktu-waktu solat yang lain.

Untuk yang berada di negeri Perak, anda boleh semak waktu solat melalui laman sesawang atau Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak bagi mendapatkan waktu solat subuh terkini dan maklumat lanjut mengenai perubahan tersebut.

IKLAN