Berbaloi Hangus RM10K Pusing Negara Scandinavian, Dapat Lihat Keindahan Aurora Borealis & Rasai Suhu Negatif 23°C

Share

Buat masa pintu sempadan masih belum dibuka buat kaki travel melancong ke luar negara.

Justeru hanya throwback yang mampu dilakukan bagi mengenang kembali pengalaman manis travel ke negara orang.

Bagi Irina Centauri, tidak boleh melupakan pengalaman travel ke negara Scandinavian pada tahun 2018 lalu.

Menaiki beberapa perkhidmatan awam termasuk kapal terbang, keretapi, feri dan juga bas.

Dan percutian kali ini memfokuskan kepada kawasan pendalaman dan sedikit bandar.

Menurut Irina, dia juga berdepan dengan cuaca di Lapland mencecah – 23°C

Paling menakjubkan dalam pengembaraan kali ini dapat melihat aurora borealis serta bagamana menyesuaikan diri dengan hanya 45 minit cahaya matahari sehari di kawasan artic circle.

Walaupun hangus sekitar RM10K, tetapi dia berpuas hati dapat melihat keindahan beberapa destinasi menarik antaranya, Lofoten Island, Norway dan Skogafoss Waterfall dan Iceland yang disifatkan sangat cantik.

Ayuh, lihat gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Facebook Backpackers Buddies Malaysia.

Menaiki pengangkutan awam.
Keindahan memukau.
Berlatar belakang tasik indah.
Pengalaman berharga.
Memudahkan perjalanan.
Cuaca sejuk.
Keindahan air terjun.
Tak lepaskan peluang main salji.
Keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan.
Tasik indah.
Turut menaiki keretapi.
Bangunan lama masih tersergam kukuh.
Dibina sejak tahun 1892.
Rehat santai seketika.
Nyamannya menikmati aiskrim.
Salah satu penginapan.
Melihat Aurora.

Tip:
-RM10K termasuk untuk flight, trabsport, lodging, makan dan aktiviti.
-Flight tiket waktu musim sejuk lebih murah
-Hanya bawa makanan sendiri seperti maggie dan bubur.
-Barang groceries beli yang xpress sahaja. Ada juga beli salmon dan masak sendiri. Barang beli di sana cuma sedikit mahal.
-Banyak ambil makanan on the go saja

Artikel Berkaitan:

Iceland, ‘Tanah Api & Tanah Icebergh’ Membentuk Destinasi Memukau

Air Takungan Gunung Berapi Cantikkan Kulit Pengunjung Blue Lagoon, Iceland

Umpama Di Kayangan. Blue Lagoon Destinasi Wajib Kalau Jejak Kaki Di Iceland

IKLAN