Walt Disney Bantu Bina Semula Katedral Notre-Dam, Paris Yang Terbakar

Share

Syarikat Walt Disney mengumumkan bahawa mereka akan menyumbang sejumlah US$5 juta bagi membantu pembinaan semula Katedral Notre-Dame di Paris yang musnah dijilat api, memetik kenyataan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney, Robert A. Iger.

“Notre-Dame adalah lambang harapan dan keindahan yang telah terpahat dalam sanubari Paris dan merupakan jiwa Perancis sejak berabad lamanya, membangkitkan rasa kagum dan rasa hormat terhadap kesenian serta seni binanya selain mampu bertahan sekian lama dalam sejarah manusia. Syarikat Walt Disney berdiri bersama-sama rakan dan jiran kita dalam komuniti, dan menawarkan sokongan tulus kami serta sumbangan sebanyak US$5 juta untuk kerja-kerja pemulihan karya agung yang tidak mempunyai pengganti ini,” katanya.

Notre Dame dianggap sebagai contoh seni bina terbaik Gothik Perancis terbaik yang menerima kira-kira 12 juta pelawat setiap tahun. Mercu tanda bersejarah berusia 850 tahun itu rosak teruk dalam satu kebakaran pada awal minggu lalu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga telah berjanji untuk membina semula katedral itu selepas insiden kebakaran tersebut. Dua hari selepas kebakaran dahsyat itu berlaku, hampir satu bilion dolar disumbangkan penderma dari seluruh negara, termasuk beberapa syarikat besar.

Sumber: Bernama

IKLAN