Mekah dan Madinah merupakan dua kota suci yang menjadi tumpuan umat islam untuk datang melaksanakan ibadah haji, ibadah umrah dan berziarah ke makam baginda Nabi Rasulullah SAW serta para sahabatnya.
Biasanya, sebelum ataupun selepas melaksanakan solat berjemaah di masjidil haram ataupun masjid nabawi, jemaah haji dan umrah dari Malaysia sering memanfaatkan waktu tersebut untuk berbelanja membeli barang-barang sebagai oleh-oleh ataupun sekadar berjalan jalan dan melihat lihat cenderahati barang barang islamik di sekitar lingkungan masjid.
Peniaga di Kota Madinah dan Mekah Arab Saudi mahir menggunakan Bahasa Melayu. Ini terbukti bila aktiviti jual beli terjadi antara jemaah Malaysia, Indonesia serta wilayah kepulauan Melayu dengan peniaga Arab menggunakan Bahasa Melayu.
Di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi banyak tempat untuk berbelanja mulai dari peniaga kaki lima sampai pasaraya besar. Didepan masjidil haram, dibawah menara jam (jemaah biasa menyebutnya dengan menara zamzam) terdapat pusat perniagaan yang dinamakan “Al-Baik Mall”. Disana mulai dari barang-barang mewah, mulai dari perhiasan yang ternama sampailah barang barang elektronik buatan cina semuanya ada.
Khusus untuk peminat masakan disana juga terdapat restoran makanan Melayu, seperti restoran Mr Sate, Warung Mok Minah dan restoran Tasneem yang ada di lantai P3. Semua restoran tersebut dilayani oleh pelayan pelayan orang Melayu, sehingga rasa rindu terhadap selera masakan tanahair akan sedikit terubat.
Sewaktu jemaah melalui di depan kedai di sekitar Masjidil Haram atau Nabawi, pelayan kedai yang kebanyakannya orang Arab Yaman dan orang Burma (Myanmar) akan menyapa jemaah “Apa kabar” “Malaysia bagus” “mari lihat-lihat murah-murah…”halal-halal “, begitulah tawaran para pelayan kedai supaya anda mau untuk melihat lihat barang barang di kedainya, dan kalau anda menawar belanja dengan harga yang amat murah, mereka akan berkata “Bakhil..Bakhil..”
Biasanya para pelayan kedai tersebut pandai berbagai macam bahasa serba sedikit sahaja. Mereka senang berurusan dengan jemaah dari Malaysia kerana jemaaah Malaysia dikenali agak mewah dalam berbelanja dan sopan berbanding dengan jemaah dari kawasan lain. Tapi jika jemaah Malaysia yang dikenali mewah dalam berbelanja tidak jadi membeli setelah melihat-lihat barang mereka akan berkata “Malaysia bakhil”. Sabar sabar lah ye.
Kewujudan pasar lambakan di sekitar Masjid Nabawi Kota Madinah al Munawarah Arab Saudi menjadi daya tarikan bagi jemaah haji atau umrah. Bermacam macam produk ditawarkan di sini. Ada baju, jubah, tasbih, siwak (alat gosok gigi dari kayu), seluar, kain, selipar, celak, tasbih, Alquran, dan barang khusus jemaah yang lainnya.
Di bawah ini beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda jika sedang berbelanja di Mekah dan Madinah.
Demikianlah tips untuk berbelanja di Mekah dan di Madinah semoga bermanfaat bagi anda yang berniat datang ke tanah suci untuk berhaji ataupun untuk berumrah.
Sumber: fitrahalhajj.my
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!