Wanita Kongsi Keistimewaan Masjid Al-Aqsa Yang Jadi Rebutan & Ini Perlu Dilakukan Nak Masuk Palestin

Share

Sekarang ini satu dunia sedang menyaksikan kekejaman tentera Regim Zionis di Palestin yang membedil rakyat di sana dengan senjata merbahaya tanpa belas kasihan.

Namun penduduk Palestin di sana tidak gentar, malah sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat solat pertama bagi umat Islam.

Perkongsian di grup Backpackers Buddies Malaysia, Nora Othman berkongsi keindahan Masjid Al-Aqsa ini dan memberitahu perkara yang perlu diketahui ketika masuk ke Palestin.

Bila kita menyebut tentang israk mik’raj mesti teringat perjalanan nabi Muhammad SAW ke 7 pertapa langit menemui tuhan dan menyaksikan kejadian2 disetiap lapisan langit Seventh Heaven.

Dari Al Haram di Mekah nabi bergerak ke Al Aqsa di Palestine menaiki buraq. Sedikit perkongsian tentang Al Aqsa, Baitul Maqdis.

Masjid Dome of The Rock dikenali sebagai Masjid As-Sakhrah terletak dalam kompleks Al-Aqsa sering ditonjolkan. Al Aqsa adalah kompleks yg mengandungi

5 buah masjid;
1. Masjid Qibli – yg paling depan sekali mengadap kiblat.
2. Masjid Dome of The Rock
3. Masjid Buraq
4. Masjid Marwani
5. Old Al Aqsa mesjid.
(Masjid 1 dan 2 terletak di atas manakala 3, 4 and 5 terletak di bawah tanah. (underground).

Apabila tiba di Palestine, nabi mengikat buraqnya di tempat pengikat seperti gelang tapak kuda. Maka masjid itu dinamakan masjid Buraq.

Ikuti penerangan di gambar nanti.

Masjid Dome of the Rock. Di sini terdapat batu tergantung yang mahu mengikut Nabi ketika baginda naik ke langit tetapi Allah menahan batu tersebut.
Dome of the Rock waktu Maghrib.
Buraq diikat berdekatan pintu ini.
AlAqsa adalah kompleks suci bagi Judaism, Christian dan Islam. Belah kanan “Wailing Wall” tempat orang Jewish meratap. Sebelah menyebelah ya.
Tu mereka meratap dekat Wailing Wall.
Masjid Al Buraq ni tidak besar sangat.
Batu ini dikatakan tergantung . Tapi ada structure dibina kiri kanan supaya senang orang ramai lawati. Wallahualam banyak versi.
Interior Dome of the Rock.
Di bawah batu tergantung. Hanya penceritaan tiada bukti hadis dan sebagainya.
Perjalanan ke bawah Masjid Al Aqsa yang bawah tanah.
Ambil berkat solat sunat di AlAqsa level bawah tempat Nabi Muhammad SAW mengimamkan nabi-nabi lain sebagai jemaah.
Interior Masjid Al Aqsa bahagian atas.
Pintu masuk Masjid Al Aqsa bahagian atas. Ground floor ni.
Interior Masjid Al Aqsa sisi kiri.
Pintu masuk Dome of the Rock.
Masjid Buraq.
Tempat kelahiran Nabi Isa A. S.
Dulunya Solomon Stable tempat Maryam menyendiri dari orang ramai. Sekarang sudah jadi bahagian underground wing kiri Masjid Al Aqsa. Ada quranic school bawah ni.
Perjalanan ke kompleks Al Aqsa melalui souk. Jadi memang perlukan guide. Souk negara-negara Arab ini macam ular kena palu.
Inilah Masjid Al Aqsa sebenarnya. Kompleks utama yang paling besar. Bila masuk waktu semua masjid melaungkan Azan. Pilihlah masjid mana nak solat. Bagi mereka mana-mana pun mereka masuk untuk solat.
Dome of the Rock yang indah.
Mimbar dimana Nabi Muhammad SAW menjadi imam. Underground AlAqsa.
Bandar Palestine yang cantik tapi sayang telah dirampas semuanya dari penduduk Islam.
Mount Olive lambaian AlAqsa sebelum keluar dari Palestine.

Perkara yang perlu diketahui ketika masuk ke Palestine.

1. Bukan semua tetamu dijanjikan visa kemasukkan. Ada satu atau dua yang kena reject juga contoh social activist dan doktor. Jadi berdoalah banyak-banyak dan solat hajat. Majoriti dapat visa masuk jangan risau.

2. Jangan sibuk nak keluar kamera sepanjang perjalanan ke immigration. Simpan kamera kalau tidak mahu dirampas.Kalau disuruh delete gambar saja dah beruntung itu.

3. Jangan berlagak pandai, lagak biasa sahaja kalau pandai bahasa Inggeris pun cakap sikit2 sahaja. Jangan sekali-sekali nak peramah-peramah.

4. Pakailah pakaian biasa sahaja, janganlah berjubah-jubah sangat. Kopiah simpan dulu ya untuk menyenangkan perjalanan nanti. Sudah dapat masuk nanti pakailah apa yang suka.

5. Bersedia untuk sengaja ditahan tanpa sepatah bicara. Saja jer nak buat susahkan kita. Jadi tenang dan duduk saja diam-diam sampai immigration officer lepaskan. Jangan sekali-sekali bercakap. Jawab apa yg ditanya sahaja.

6. Tenang saja mereka ni muka lawa handsome tapi serius, masam dan tegas dengan senapang bagai. Apatah lagi dengan yang Islam. Kalau agama lain senang sahaja dilepaskannya.(Berlaku tetapi tak selalu ya, jangan panik tapi bersedia).

7. Jangan bawa USD melebihi 300.00 nanti dia ingat kita nak bantu menderma penduduk sana.

8. Orang muda selalu banyak kena soal, passportnya akan ditanda dikuatiri sosial aktivis lah bagai yang penting tenang, tenang saja.

9. Yang sudah lepas duduk diluar sambil menunggu yang belum lepas. Bacalah dua’ banyak-banyak semoga Allah mempermudahkan perjalanan.

10. Sudah lepas yeahh heaven!

Artikel Berkaitan:

Sungai Tapah Dipilih Sungai Paling Bersih Di Malaysia, 4 Dari 10 Lokasi Sungai Paling Bersih Di Malaysia Letaknya Di Perak

Gua Wonderweck, Di Afrika Selatan Dikenal Pasti Rumah Tertua Di Dunia Berusia 2 Juta Tahun

Hounon Ridge Farmstay Bundu Tuhan Destinasi ‘Hidden Gem’ Di Sabah, Miliki View Macam Di New Zealand

IKLAN