Keunikan melancong solo adalah kemampuan menyesuaikan diri bersama komuniti dan melakar momen hebat antarabangsa secara sendiri. Namun sebagai wanita, perasaan TAKUT sering mengganggu.
Destinasi idaman perlu berada dalam kawasan yang selamat dan mudah untuk mengakses pengangkutan serta budaya tempatan yang boleh mengurangkan kerisauan dan anda boleh fokus kepada aktiviti dirancang. Lebih banyak hotel, aktiviti, dan spot hebat yang mampu anda temui di kawasan tertumpu dan mudah akses, maka lebih mudah bagi anda menyesuaikan diri serta membenarkan anda mengalami momen perjalanan yang hebat.
Disini, LIBUR senaraikan antara destinasi terbaik bagi wanita melancong solo.Barcelona
Anda bebas berjalan di bandar cantik ini, asalkan anda memiliki peta atau gajet tunjuk arah. Anda boleh window shopping sepanjang Las Ramblas, berjalan di pesisir pantai, mahupun bersiar-siar di Park Güell yang direka Gaudi. Pilihan makanan juga baik bagi pelancong solo serta bersantai ala al fresco sambil menikmati makanan dan pemandangan bandar yang mengujakan.
Melbourne, Australia
Australia terus mengekalkan takhta sebagai ‘Most Livable City‘, menurut Economist Intelligent Unit. Nikmati pemandangan dengan menaiki tram pelancong secara percuma; yang menjangkau kebanyakan spot utama termasuk Melbourne Star Observation Wheel,Carlton Gardens, serta Federation Square. Melbourne secara ringkas memiliki keselamatan yang sangat baik.
Okinawa, Japan
Jika idamkan percutian yang mendamaikan dan jauh dari kesibukan bandar Jepun, pergi ke Naha; pusat kepulauan Okinawa. Monorail yang mudah akses yang menghubungkan lapangan terbang ke pusat bandar dan juga Istana Shuriyang popular. Juga dalam lingkungan berhampiran pusat bandar adalah bandar pantai Naminoue, daerah Tsuboyayang terkenal dengan pembuatan pot tanah liat, dan Pasar Awam Makishi, yang sesuai bagi pelancong solo menikmati makanan. Dan yang terakhir, adalah penduduk tempatan yang ramah dan dipengaruhi gaya Amerika, kerana penempatan kem askar Amerika berhampiran.
Ads
Dubrovnik, Croatia
Peningkatan sektor pelancongan Crotia dan pengurangan mendadak kadar jenayah menaikkan rating Croatia. Anda pasti berasa kagum pada senireka bangunan medieval Dubrovnik yang mengadap laut biru yang dirapi bersama 6,365 kaki dinding pristine. Berjalan sepanjang jalan yang dibina dari cobblestone akan membawa anda ke rangkaian kedai serta restoran dan dalam masa yang sama, anda menikmati pemandangan hebat pantai Adriatic.
Salzburg, Austria
Dengan Istana Hohensalzburg di puncak bukit dan Sungai Salzach menyusuri bandar, daya tarikan tempat kelahiran Mozart sangat mengundang dan menawan. Alami sendiri lokasi filem The Sound of Music dengan melawati Mirabell Gardens dan Nonnberg Abbey atau bersantai sambil menikmati kopi di teres Cafe Tomaselli. Bagi yang gemar berbasikal, bandar Salzburg ialah antara bandar mesra basikal dengan jarak laluan sejauh 171km serta melalui pemandangan hebat.
Ads
Taipei, Taiwan
Pusat bandar Taiwan adalah lokasi campuran sejarah dan modernisasi ideal. Satu sudut bandar terdapat pasar malam yang padat dengan lambakan aksesori dan cenderahati manakala sudut lain terpapar bangunan pencakar langit dan pusat beli-belah hebat. Taiwan sebuah bandar padat namun berjaya mengekalkan keselesaan cara urban. Taiwan memiliki kadar jenayah yang rendah, meskipun begitu, sistem aliran ringan mereka tersedia kotak “Safe Waiting Zone” di platform, dan dikawal rapi oleh CCTV demi keselamatan dan keselesaan penumpang wanita.
Ads
Saba, Caribbean Kepulauan Saba, Caribbean dikelilingi kejernihan laut biru, dan Gunung Scenery tinggi mencecah awan. Ia tidak seperti destinasi Caribbean yang lain. Saba, yang dimiliki oleh Belanda, adalah kepulauan yang memberi anda momen hebat bersama keselesaan dan keramahan yang membuat anda tertawan pada alam semulajadi sama ada di darat atau di laut. Anda boleh memilih pernerbangan selama 15minit dari St. Maarten ataupun belayar ke sana sambil menyaksikan dolfin atau paus.
Tonton video:
https://www.youtube.com/watch?v=ny8KCKe77OM
Copenhagen, Denmark Copenhagen ialah ibu negara Denmark yang terletak di persisiran Zealand & Amager. Ia dihubungi bersama Malmo di selatan Sweden oleh Jambatan Öresund. Indre By merupakan pusat sejarah bandar ini di mana terbinanya Frederiksstaden; daerah rococo (gaya artistik Perancis) kurun ke -18 yang merupakan penempatan keluarga di raja Amalienborg Palace. Lokasi berhampiran ialah Christiansborg Palace dan Renaissance-era Rosenborg Castle, yang dikelilingi taman cantik.
Norway Fjord Fjord terbentuk apabila glasier berhenti, selepas mengukir lembah berbentuk U, dan mengisi lautan yang membentuk lembah landai. Ini membentuk ruang sempit dan curam (kadangkala lebih 1300m dalam) yang mengubungi laut. Terdapat lebih seribu fjord di Norway, namun yang paling ikonik ialah Nærøyfjord, Sognefjord, Lysefjord dan Geirangerfjord yang terletak di persisir barat.
Tonton video:
https://www.youtube.com/watch?v=ML-JwZIxno0
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pernah dengan negara Turkmenistan? Negara ini berjiran dengan Uzbekistan, Afghanistan dan juga Iran
Baru-baru ini, Kerajaan Turkmenistan dilapor melarang perkataan COVID-19 digunakan di negara tersebut. Media tempatan diarahkan tidak menggunakan perkataan wabak tersebut ketika membuat laporan berita.
Bukan itu sahaja, risalah maklumat kesihatan berkenaan wabak dan cara tangani COVID-19 tersebut juga ditarik balik. Mereka menafikan penyakit itu wujud di dalam negara mereka dan melarang mengenakan topeng muka.
Menurut sumber berita bebas Turkmenistan Chronicle, risalah dengan maklumat tentang pencegahan penyakit yang diedarkan kementerian kesihatan negara itu telah memadamkan sebarang kaitan mengenai COVID-19.
Pihak berkuasa negara tersebut akan menahan rakyat yang berbincang atau bercakap tentang wabak COVID-19 yang kini melanda seluruh dunia.
Stesen radio Azatlyk turut melaporkan kepada orang awam supaya mengikut arahan yang dikeluarkan kerana terdapat ejen khas berpakaian biasa yang akan mengenal pasti mana-mana orang awam yang ingkar.
Walaupun dilanda sindrom penafian, kerajaan itu telah melakukan langkah-langkah pencegahan untuk menghentikan penyebaran COVID-19, termasuk pemeriksaan suhu di stesen dan pemberian tisu basah di kawasan sesak. Pergerakan warganegara di dalam negara, terutamanya dari kawasan di luar ibu negara, juga terhad.
Jadi apa masalah sebenar kerajaan negara ini? Adakah mereka menafikan hak orang awam mengetahui wabak tersebut semakin serius? Pasti mereka mempunyai alasan sendiri. Boleh jadi untuk mengelakkan rakyatnya menjadi terlampau panik sehingga menjejaskan ekonomi negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Di musim perayaan ni maka ramailah anak-anak perantauan yang balik ke kampung halaman masing-masing. Maklumlah, selain daripada Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Aidilfitri ni sahajalah kesempatan masa panjang nak bercuti dan pergi ke rumah saudara-mara.
Kepada anak-anak perantau yang berasal daripada Kuala Terengganu, kesempatan balik ke kampung ni tak dilepaskan begitu sahaja tanpa mengambil sekeping gambar di jambatan angkat Kuala Terengganu yang baru saja dibuka kepada orang ramai sejak raya yang pertama.
Perkongsian wargamaya di media sosial cukup memberangsangkan. Anda buka saja di Instagram dan cari #jambatanangkat, cukup ramai wargamaya yang berkongsikan keriangan dan kenangan mereka bergambar berlatarbelakangkan jambatan ikonik di Terengganu itu.
Malah, ada satu video perkongsian oleh seorang pengguna Instagram bernama theshafiq menunjukkkan orang ramai berpusu-pusu untuk bergambar sambil menggayakan pakaian baharu yang dikenakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu lalu.
Walaupun hari mendung dan hujan turun renyai-renyai, keadaan itu tidak memjejaskan semangat dan usaha orang ramai untuk tetap mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Maklumlah, mungkin rumah mereka terletak jauh daripada negeri Darul Iman, jadi itu sahajalah kesempatan yang ada untuk mereka bergambar di jambatan ala London Bridge di England tu.
Sejak jambatan tersebut dibuka kepada umum, orang ramai mula menggunakan laluan tersebut sebagai laluan utama untuk ke Seberang Takir dan pusat bandar. Bukan sahaja kerana rekaan jambatan tersebut yang menjadi mercu tanda tarikan pelancongan terbaharu di Kuala Terengganu, tapi juga kerana jambatan yang menghubungkan kedua kawasan tanjung itu memendekkan jarak perjalanan pengguna jalan raya lebih kurang 10 minit untuk ke kedua-dua kawasan.
Anda dah berkunjung ke jambatan angkat Kuala Terengganu itu belum? Kalau belum, boleh la berbuat demikian di masa akan-akan datang. Difahamkan, di masa depan, ada beberapa ruang di atas jambatan tersebut akan dibuka kepada umum untuk tujuan pelancongan.
Pasti, ramai pelancong tak kira dari dalam mahupun luar negara akan datang berkunjung ke Kuala Terengganu di masa akan datang.Jom kita layan gambar-gambar yang dikongsikan oleh wargamaya berlatar belakangkan jambatan angkat Kuala Terengganu.
Negara jiran kita Indonesia sebelum ini merupakan negara yang tidak mencatat satu pun kes ketika negara yang lain di Asia Tenggara menunjukkan kes COVID-19 yang semakin meningkat.
Foto: headtopics.comFoto: asiaone.com
Dek kerana itu, ramai pelancong tidak terkecuali dari Malaysia yang memilih ‘negara garuda’ yang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan menarik tersebut untuk bercuti. Semuanya kerana Indonesia negara selamat dan bebas dari ancaman COVID-19 ketika itu.
Foto: The Star Online
Namun, setelah kes pertama COVID-19 direkodkan di Indonesia angka kes terus meningkat dari sehari ke sehari. Timbul banyak persoalan daripada rakyat luar khususnya, adakah ketika tiada kes tidak direkodkan, negara tersebut sebenarnya telah mempunyai ramai individu yang telah pun dijangkiti COVID-19 tanpa sedar.
Jumlah terkini kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 25 orang pada 19 Mac 2020. Sebanyak enam lagi kes kematian dicatatkan hari ini, berbanding jumlah kematian setakat semalam 19 orang. Setakat jam 12 tengah hari ini, kes positif meningkat kepada 309, tambahan 82 kes baharu (semalam jumlah kes positif 227).
Berdasarkan pecahan kes kematian, Jakarta mencatatkan (17 kes) kematian, Jawa Tengah (3), Bali (1), Banten (1), Jawa Barat (1), Jawa Timur (1) dan Sumatera Utara (1).
Foto: facts.uk
Menurut sumber Bernama, kerajaan Indonesia mengambil langkah tambahan membendung penularan wabak COVID-19 dengan menutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara untuk tempoh sebulan berkuat kuasa 20 Mac 2020.
Visa Bebas Kunjungan (BVK), Visa Ketibaan (VOA) dan Visa Bebas Diplomatik/Perkhidmatan untuk warga asing ditangguhkan selama sebulan.
Susulan langkah tambahan tersebut, pelawat warga asing yang akan berkunjung ke Indonesia diwajibkan mempunyai visa dari perwakilan Indonesia di negara masing-masing dengan menyatakan maksud dan tujuan lawatan tersebut.
Selain itu, semasa memohon visa, mereka perlu melampirkan sijil kesihatan oleh pihak berkuasa kesihatan di negara masing-masing.
Peraturan itu akan dikaji semula mengikut kesesuaian dan perkembangan semasa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...