Seorang wanita Taiwan diusir dari Korea Selatan selepas enggan tinggal di kemudahan kuarantin, lapor agensi berita Yonhap, memetik Kementerian Kehakiman negara tersebut.
Wanita yang identitinya dirahsiakan itu, dihantar pulang semalam selepas enggan membayar perbelanjaan untuk tinggal di kemudahan kuarantin disediakan kerajaan.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Khamis minggu lalu dan dihantar ke kemudahan kuarantin pada hari berikutnya selepas bersetuju menjalani kuarantin.
Ads
Foto: GettyImage
Bagaimanapun, wanita itu dihantar ke pejabat imigresen selepas dia enggan membayar kos perbelanjaan. Kementerian Kehakiman kemudian meluluskan pengusiran itu berdasarkan penghakiman tindakan wanita berkenaan bertentangan dengan ‘langkah-langkah kuarantin kerajaan untuk membendung wabak COVID-19.’
Ads
Foto: EPA
Ia kes pertama seorang warga asing diusir kerana enggan tinggal di kemudahan kuarantin. Minggu lalu, lapan warga asing tidak dibenarkan masuk ke negara itu kerana tidak mahu menjalani kuarantin secara suka rela.
Sarawak merupakan kepulauan Borneo yang kaya dengan khazanah alam untuk diterokai. Buat yang pertama kali hendak bercuti ke sana pasti tertanya-tanya apa yang boleh korang buat di negeri terbesar yang ada di Malaysia.
Pemilik blog The Chasing Suns berkongsi 15 aktiviti yang menyeronokkan untuk korang yang pertama kali datang ke Kuching, Sarawak. Makan mee kolok, hiking di Jurassic World dan banyak lagi aktiviti best yang korang boleh explore.
Nak kayo-kayo (makan angin) ke Kuching, ikuti perkongsian ini:
Pada entry kali ini kami akan kongsikan 15 Aktiviti Wajib Buat kalau korang ke Kuching, Sarawak. Ini berdasarkan pengalaman kitorang travel ke Kuching tempoh hari. Harap dapat membantu korang yang tercari cari benda apa yang best nak buat di Kuching , Sarawak ni.
Kopi O Corner terletak di tengah-tengah pekan Kuching dan menjadi port tumpuan pengunjung dan juga penduduk local. Nak tahu kenapa korang kena try makan kat sini? Jawapannya adalah kerana kedai ini berkonsepkan food court, jadi ada pelbagai jenis makanan popular Sarawak di sini. Ada laksa sarawak, mee kolok, nasi lemak, roti canai, nasi goreng dan macam-macam lagi. Dua makanan utama yang menjadi tarikan kami di sini ialah Nasi Goreng Ikan Terubuk dan Nasi Lemak Sapi.
Korang wajib cuba nasi goreng terubuk dekat sini sebabnya kami dah cuba di beberapa kedai lain, memang tak sesedap macam yang kami makan di Kopi O Corner. Untuk makanan signature Sarawak pula iaitu Mee Kolok dan Laksa Sarawak, kami personally lagi suka makan di kedai lain, khususnya yang memang terkenal dengan makanan itu sahaja.
Untuk sampai ke Sarawak Cultural Village, korang perlu ambil kereta sewa sebab destinasi ini terletak di daerah Santubong, kira-kira 40 minit dari bandar Kuching. Harga tiket masuk as of December 2022 ialah RM95 per adult for non-Sarawakian. Kalau nak lagi murah, korang boleh beli tiket siap-siap di klook.com. Jimat RM15, hanya RM80 seorang. Berbaloi ke tak masuk ke Sarawak Cultural Village? Yes, untuk first timers.
Seperti yang kita tahu Sarawak ni kaya dengan budaya dan mempunyai banyak suku kaum. Korang akan berpeluang masuk sendiri ke rumah Orang Bidayuh, Iban dan sebagainya. Ada performance di sebelah pagi dan petang, jangan miss!
Alang-alang sudah ke Kampung Budaya, korang boleh cuba set hidangan masakan tengahari yang terdapat di sini. Makanan yang disajikan memang makanan tradisional suku kaum di Sarawak, unik sangat! Memang tak pernah jumpa makanan jenis ini di Semenanjung. Antara menu wajib yang korang perlu cuba ialah Manok Pansoh, Sayur Midin Belacan, Masak Lemak Labu, Daging Tepus dan Umai. Semuanya sedap-sedap memang kena dengan tekak kita. Kami berempat ambil satu set yang berharga RM55, alhamdulillah cukup untuk 4 orang makan.
Kalau nak rasa pengalaman yang lain daripada yang lain, korang kena cuba stay dekat The Culvert Hotel Resort Kuching. Hotel ini sangat unik kerana korang berpeluang tidur di dalam pembentung. Yang seronoknya, semua facilities dekat sini menarik dan sangat instagrammable. Korang boleh review our full post tentang hotel ini di SINI. Untuk booking hotel ni, korang boleh book dekat Booking.com.
Ini adalah highlight trip kami ke Kuching, sememangnya satu pengalaman epik yang tak dapat kami lupakan. Seumur hidup, kami tak pernah lihat air terjun secantik ini, memang betul-betul membuka mata kami semua melihat alam ciptaan Allah. Untuk sampai ke sini, korang perlu menaiki boat dan hiking lebih kurang satu jam. Kalau nak lebih mudah, boleh ambil guide in advance untuk arrange boat dan guide korang ke atas. Boleh baca separate post saya tentang Bengoh Dam di SINI.
Memang tak sah trip ke Sarawak kalau tak pekena Laksa Sarawak. Korang tak perlu susah-susah nak google dah kedai mana yang ada laksa sarawak paling sedap, inilah tempatnya! Memang puas hati sangat makan laksa sarawak kat sini, yang tak makan laksa pun berjaya habiskan semangkuk.
Untuk menambahkan lagi keunikan trip korang, korang boleh cuba naik bot penambang dari Waterfront ke Kampung Boyan untuk beli kek lapis Sarawak Dayang Salhah dan ikan terubuk masin. Uniknya bot penambang ini ialah kerana ianya dikemudi secara fizikal. Mesra dan ramah pakcik tukang kemudi ni, siap rekemen kepada kami lagi kedai yang murah untuk beli ikan terubuk masin. Bayaran sehala ke Kampung Boyan ialah RM2 seorang.
Alang-alang dah sampai ke Kuching, apa kata korang bergambar di Tugu Kucing ni? Boleh dikatakan one of the most instagrammable places la jugak, kalau orang ramai kena tunggu turn.
Night live dekat Kuching ni boleh tahan juga, very lit! Ramai sangat orang datang lepak area waterfront Kuching ni malam-malam. Korang boleh cross Jambatan Darul Hana sambil tengok pemandangan dari atas yang sangat cantik. Boleh nampak Dewan Undangan Negeri Sarawak yang sangat unik dari segi binaannya bercahaya dari jauh. Design Darul Hana Bridge ni pun sangat unik dan majestic, boleh nampak reflection yang sangat clear dari tasik.
Dalam banyak-banyak kek lapis, kami personally suka kek lapis Sarawak dari Kek Lapis Warisan Sdn Bhd. Lokasi kedai ni senang ja nak jumpa, tersergam indah di tepi jalan dengan binaan berkonsepkan rumah melayu tradisional. Walaupun harga kek lapis di sini mahal RM3 berbanding kek lapis di Dayang Salhah, tetapi kami personally suka flavour & texture kek lapis di sini, lebih moist dan sedap. Staff dekat sini pun semuanya friendly, kalau korang rajin buat google review, siap boleh dapat free Tebaloi sorang satu.
Negeri Sarawak juga amat sinonim dengan menu Mee Kolok. Ada banyak sangat kedai mee kolok di sekitar Kuching ni. Kami hanya berpeluang makan di salah satu kedai sahaja iaitu Satok Flyover dan alhamdulillah tidak mengecewakan. Antara menu mee kolok yang popular di kedai ini ialah Mee Kolok Sapi.
Perjalanan ke Semenggoh Wildlife Centre dari bandar Kuching adalah lebih kurang 30 minit. Setelah sampai, korang boleh memilih samada nak jalan kaki untuk ke kawasan Orang Utan ataupun naik buggy. Kami memilih untuk naik buggy, kerana jarak ke dalam boleh tahan jauh. Nak tengok orang utan ni bergantung kepada nasib juga, sebabnya orang utan di sini dilepaskan sahaja into the wild. Kalau ada rezeki orang utan ni munculkan diri semasa instructor panggil, boleh la korang tengok aksi orang utan di sini. Alhamdulillah, kami berjaya tengok 4 ekor orang utan di sini!
TopSpot ini adalah medan selera tumpuan yang terletak dalam UTC Kuching, betul-betul berhadapan dengan patung kucing yang selalu jadi port bergambar tu. Ada dua gerai halal di sini iaitu Gerai No. 6 dan Gerai 25. Seafood dekat sini memang sedap dan fresh, tapi korang perlu ada kesabaran yang tinggi sebab orang terlampau ramai. Nak order makanan kena beratur panjang, apatah lagi tunggu makanan sampai, pun lama juga. Lebih kurang sejam lebih juga kami menunggu, namun ini perkara biasa di sini. Apa pun, memang sangat berbaloi makan di TopSpot sebab harga seafood di sini sangat affordable.
Kalau korang nak chill dan lepak dengan kawan-kawan sambil coffeeing, boleh try dekat sini. Surprisingly, bukan kopi je sedap, menu lain pun not bad. Nasi lemak ayam totally recommended!
Ais Krim Gula Apong merupakan antara dessert yang popular di Sarawak. Ramai yang recommend kepada kami untuk cuba makan ais krim ini yang dijual di Waterfront. Cumanya, kat sini selalunya ramai orang. Alhamdulillah, disebabkan hotel kami berhadapan dengan tempat ini sahaja, kami antara orang yang terawal dapat beli ais krim di sini sebaik sahaja kedai dibuka. Kalau korang pergi pada waktu petang atau malam, fuhh memang panjang sangat barisan!
Orait! Itulah 15 Aktiviti yang korang wajib buat kalau korang datang ke Kuching ni especially kepada yang baru first time nak teroka bandar Kuching. Kalau dah banyak kali datang dan ada cadangan lain, boleh suggest dekat bahagian komen di bawah ya! Harap bermanfaat! Thanks for reading. Assalamualaikum!
Jom follow blog kami untuk baca lebih banyak cerita travel kami!
Cuti hujung minggu sangat bagus dimanfaatkan dengan bersantai bersama keluarga. Percutian yang dirancang dengan baik, dapat memberikan pengalaman indah buat anda dan insan tersayang.
Hotels.com memberikan lima destinasi terbaik untuk anda bercuti kerana di lokasi tersebut mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri.
Terdapat empat hotel di sini yang mendapat anugerah pantai terbaik iaitu The Datai, The Danna, Casa Del Mar dan Ambong Ambong. Bercuti di sini membolehkan anda menikmati nikmat percutian sebenar. Anda boleh mencuba aktiviti pantai lasak atau sekadar duduk berehat sambil menikmati panorama pantai. Bacalah buku kegemaran anda sambil mendengar bunyi deburan ombak. Apatah lagi di sini terdapat lokasi beli-belah tanpa cukai.
Sabah terkenal dengan pasar minggu Gaya Street yang menjual pelbagai barangan antik dan cenderamata. Hotel Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa di Tuaran mempunyai bilik di Ocean Wing yang menampilkan tab mandi di luar dan katil serta sofa yang menghadap ke pantai. Anda boleh menikmati panorama Gunung Kinabalu yang indah dari rumah kelab di hotel anda.
Destinasi ini adalah pilihan terbaik untuk keluar dari hiruk-pikuk kota. Di sini udaranya bersih, buah-buahannya segar dan panorama begitu indah. Jika anda menginap di The Lakehouse, anda boleh merasai pengalaman seperti kerabat diraja British. Sarapan dihidangkan dalam suasana restoran yang elegan dengan hidangan Inggeris dan minum teh panas. Skone yang enak dimakan panas-panas dengan jem strawberi. Rumah kolonial ini terletak berhampiran ladang Cameron Bharat Tea.
Pulau Pinang adalah destinasi terbaik percutian yang memberi fokus kepada makanan. Di sini boleh dikatakan sebagai syurga makanan dengan nasi kandar, asam laksa dan masakan peranakan. Hotel Seven Terraces adalah hotel butik mewah yang diubah suai daripada deretan teres Anglo-Cina. Mempunyai 18 suite budaya peranakan yang membuatkan anda berasa seperti dibawa kembali ke era berbeza.
Untuk menjimatkan petrol dan masa, tidak perlu keluar dari Kuala Lumpur untuk bercuti. Hotel Traders Kuala Lumpur memberikan pengalaman percutian mewah dengan melawat Skybar. Berkumpul dengan rakan-rakan anda di aras 33 hotel, anda boleh menikmati panorama menakjubkan Kuala Lumpur dari tingkat ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Semakin ramai yang suka berkhemah di dalam hutan, di tepi pantai atau di atas bukit bersama keluarga atau rakan-rakan terdekat. Rasa lebih tenang dengan cara percutian berdamai dengan alam semula jadi.
Dan jika anda merupakan peminat aktiviti perkhemahan dan sedang mencari port camping baharu yang menarik, anda mungkin boleh cuba Labong Campsite yang terletak di Endau, Johor.
Labong Campsite yang baru sahaja dibuka menyediakan tapak perkhemahan yang besar dan selesa untuk pelbagai jenis khemah yang biasa digunakan oleh para campers.
– Dewasa RM30
– Kanak-kanak RM20 (3 tahun – 10 tahun)
– Sampah RM20 (refund semasa keluar)
– Tapak VVIP dan VIP ni korang tanya lah sendiri
– Tapak Gravel
– Parking
– Toilet dan shower asing lelaki perempuan
– Sinki & cermin
– Common area share dengan campers lain
– Kerusi dan meja
– Paip basuh kaki
– Plugpoints (24/7)
– MINI WATERPARK
– PLAYGROUND
– PLAYMAT as groundsheet (ikut luck)
– Telco Celcom, Digi (UMobile slow)
Bersebelahan dengan Sungai Endau (border antara Johor dan Pahang), sungai air tawar yang besar dan merupakan jeti kecil untuk nelayan kampung disitu. Sungai itu tak boleh mandi sebab banyak udang galah.
Waktu siang panas dan lebih sesuai untuk duduk di sekitar pohon durian. Tapi bila malam sangat sejuk dan tak perlu kipas.
Di dalam campsite mempunyai beberapa buah-buahan yang boleh diambil secara PERCUMA! Ada pokok durian, limau barli (isi merah sedap sangat!!), kelapa pandan, dan jagung. Terdapat juga sayur-sayuran tapi saya tak pandai mengenali sayur. Saya cuma tahu kobis dah kacang botol sahaja. Mereka ada tanam pokok-pokok sekitar tapak, tapi masih comel-comel lagi. Oh peminat petai pun tidak dilupakan oleh CO.
Perjalanan dari Johor Bahru memakan masa 2 jam 40 min (170+km) dan dari lain-lain korang google maps la sendiri. Jalan masuk ke Kampung Labong ni memang best sebab ada sawah padi di sebelah kiri. Kalau sempat dan tidak panas, boleh la OOTD. Jalan tar sehingga ke campsite. Pakai kereta lowered seinci dari tanah pun boleh sampai sini.
Lebih kurang 5 min sampai ke pekan Endau. Semuanya ada disini. Jika korang dah sampai sini, maksudnya kena berhenti lunch di Medan Selera Ikan Bakar (bersebelahan jambatan diantara Johor – Pahang), sebab murah, sedap dan memuaskan.
Tapak gravel, tandas 5 star (siap boleh tengok bintang sambil membuang), mini waterpark, dan taman permainan yang lagi elok dari taman perumahan. Di sini ada sediakan playmat dijadikan groundsheet, memang selesa untuk solat didalam tent tanpa ada karpet/mat lain.
The only bad is tapak VVIP dan VIP ada takungan air. Kalau hujan memang akan banjir sebanjirnya. Jadi, korang ambil jer tapak yang RM30/head, itu lebih baik.
Apa pun, geng yang suka camping boleh cuba datang ke sini, sempoi!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...