Korea Selatan memang merupakan negara yang kini menjadi idaman rakyat Malaysia untuk berkunjung. Lebih-lebih lagi setelah drama, filem dan artis berkumpulan Korea sangat terkenal dan dekat di hati rakyat Malaysia.

Namun, tidak semuanya indah seperti yang diperkatakan. Ada banyak kisah mengenai penduduk tempatan yang dikatakan sangat bersifat perkauman dan tidak menyukai pelancong atau orang asing datang ke negara mereka.

Baru-baru ini seorang wanita dari Stockholm, Sweden yang menetap di Seoul, Korea ada kongsikan satu insiden tragis yang melanda dirinya melalui laman sosial. Wanita yang dikenali sebagai Sarah berkata dia diserang oleh warga tempatan ketika berada di dalam tandas awam.

Warganegara Sweden Di Buli Rakyat Korea Di Tandas Awam. Muka Nyaris DikoyakWarganegara Sweden Di Buli Rakyat Korea Di Tandas Awam. Muka Nyaris Dikoyak Warganegara Sweden Di Buli Rakyat Korea Di Tandas Awam. Muka Nyaris Dikoyak

Paling menyedihkan, tiada sesiapa yang tampil untuk membantu dan menyokongnya mungkin kerana bukan merupakan warganegara di situ. Malam pencuci toilet dan polis juga seolah-olah seperti menyalahkannya, sedangkan dua orang gadis warga tempatan itu yang memulakan serangan secara tiba-tiba.

IKLAN

Detik menakutkan Sarah itu bermula ketika di dalam sebuah tandas awam di Itaewon. Rakan Sarah yang ketika itu berada dalam tandas meminta bantuan Sarah untuk mencari tisu. Sarah terus bertanya kepada seorang gadis Korea berada berhampirannya samada dia mempunyai sedikit tisu untuk diminta.

Tidak semena-mena kepala Sarah diketuk, dan rambut ditarik. Lebih menyeksakan apabila seorang lagi rakan kepada gadis Korea tersebut turut sama memijak badan dan kepala Sarah sambil menggigit, mencekik dan cuba merosakkan mukanya.

Warganegara Sweden Di Buli Rakyat Korea Di Tandas Awam. Muka Nyaris Dikoyak Warganegara Sweden Di Buli Rakyat Korea Di Tandas Awam. Muka Nyaris Dikoyak Warganegara Sweden Di Buli Rakyat Korea Di Tandas Awam. Muka Nyaris Dikoyak Warganegara Sweden Di Buli Rakyat Korea Di Tandas Awam. Muka Nyaris Dikoyak Warganegara Sweden Di Buli Rakyat Korea Di Tandas Awam. Muka Nyaris Dikoyak

IKLAN

Rakan Sarah yang berada di dalam bilik air keluar dan cuba untuk menyelamatkannya tetapi turut menerima nasib yang sama di belasah tanpa belas kasihan. Ada orang luar yang datang untuk meleraikan pergaduhan tersebut, namun dua orang gadis Korea tersebut terus berlakon, kononnya yang mereka adalah mangsa. Paling menyedihkan mereka yang meleraikan pergaduhan itu mempercayainya.

Sarah dan rakannya dianggap sebagai warga asing yang memulakan pergaduhan sehinggakan pihak berkuasa di sana juga seperti menyalahkan mereka dan tidak melayan mereka dengan baik.

IKLAN

Ketika di Balai Polis, gadis-gadis Korea itu sempat menjerit ke arah mereka dan menyuruh mereka balik ke negara asal!

Sarah kini masih trauma dengan kejadian tu, dia dah mula rasa terancam sebab menurutnya dia tidak pernah seumur hidupnya diserang sebegitu sekali.

I was brutally attacked by two korean girls inside the bathroom Thursday night in Itaewon , my friend was inside the…

Posted by 사라리팍 on Saturday, July 13, 2019

Sumber: FB 사라리팍

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI