Setiap negara ada undang-undang yang perlu kita patuhi untuk menjaga ketenteraman awam dan menggunakan lesen sebagai seorang pelancong tidak membuatkan kita kebal daripada sebarang tindakan undang-undang sekiranya kita melakukan kesalahan.
Jadi entri ini Libur kongsikan kepada pembaca apa perkara yang perlu anda elakkan daripada disaman oleh pihak berkuasa Thailand saat melancong di negara gajah putih ini.
Jangan Bawa Dadah!
Sama seperti Malaysia kerana Thailand juga memperuntukkan hukuman mati kepada mana-mana pesalah yang didapati menyeludup dadah. Anda boleh dapatkan rujukan anda di laman sesawang ini.
Hukuman mati tau. Jadi jangan jadi bodoh nak bawa dadah masuk ke Thailand ya. Jangan beli, guna atau bawa apa sahaja jenis dadah merbahaya sepanjang masa anda berada di sana.
Tidak Menghormati Kerabat Diraja Thailand
Ada satu undang-undang yang digunakan di Thailand sejak 1908 iaitu LeseMajeste dan undang-undang ini sangat tegas mengenai sebarang perbuatan yang mencemar nama baik kerabat diraja Thailand seperti memijak wang kertas Baht sebab ada muka raja mereka di atas kertas tersebut.
Dasyat kan? Kalau anda didapati melakukan perbuatan tersebut, percutian anda mungkin berakhir di dalam tirai besi secara percuma. Percakapan yang menghina kerabat diraja mereka juga boleh menyebabkan anda dipenjarakan.
Fotografi & Penggunaan Dron
Anda bebas untuk mengambil gambar di mana-mana sahaja tetapi ada beberapa tempat yang dilarang daripada berbuat demikian. Ada sesetengah kuil buddha yang langsung tidak membenarkan anda mengambil gambar. Ada sesetengah yang lain memberikan kelonggaran asalkan tidak mengambil gambar patung-patung buddha mereka.
Ads
Jadi perhatikan, dan pastikan terlebih dahulu adakah sesuatu kawasan yang anda lawati itu membenarkan anda mengambil gambar atau tidak, dan sebaiknya, anda tidak mengambil gambar orang yang sedang bersembahyang atau berdoa di kawasan kuil.
Tips: Jika anda ingin mengambil gambar bersama sami buddha di sana, sebaiknya minta izin dahulu. Jangan lupa untuk senyum dan berikan wai (tundukkan hormat) selepas itu sekiranya mereka lebih tua daripada anda.
Selain kuil, ada kawasan bar dan kelab malam yang tidak membenarkan anda mengambil gambar seperti red light district seperti Patpong dan Cowboy.
Elakkan daripada memberikan duit kepada kanak-kanak sekiranya anda ingin mengambil gambar bersama mereka. Ini bertujuan untuk menghindari budaya meminta-minta dalam masyarakat Thai. Selain itu, mengambil gambar kerabat diraja Thailand, gambar angkatan tentera dan gambar di perbatasan juga adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Dron
Ads
Memang menjadi trend sekarang untuk ambil gambar arielview sebab cantikkan? Tapi di Thailand, tidak semudah itu untuk anda menerbangkan dron kerana dron mempunyai kamera.
Tidak kira sama ada digunakan untuk tujuan rekreasi atau komersial, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa di sana. Anda perlu memohon permit dan insurans daripada Civil Aviation Authority of Thailand (CAAT) sebelum tarikh pelancongan anda ke Thailand.
Membuang Sampah Merata-Rata Di Thailand
Sejak Februari 2018, pihak berkuasa Thailand telak menguatkuasakan larangan membuang sampah merata-rata kepada individu berusia 24 tahun ke atas terutama di kawasan-kawasan pantai pelancongan akibat kadar pencemaran yang meningkat saban tahun.
Jika didapati bersalah kerana melakukan kesalahan ini, anda boleh dihukum dengan denda maksimum sebanyak 100,000 Baht atau dipenjara selama setahun. Anda boleh didenda 2,000 Baht jika membuang sampah di kawasan kaki lima.
Larangan Merokok & Rokok Elektronik
Merokok sekarang dilarang di 24 pantai yang popular seperti Phuket, Pattaya, Koh Samui, Prapchuap Khiri Khan, Chon Buri dan Songkhla. Larangan ini dikuatkuasakan kerajaan Thailand bagi mengurangkan impak alam sekitar terhadap hidupan laut dan kerosakan kepada sistem peparitan mereka yang dipenuhi puntung rokok. Larangan ini juga diperluaskan kepada bot yang membawa warga tempatan atau pelancong.
Ads
Dekat Malaysia pun ada larangan yang sama dan siapa yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan denda sebanyak RM10,000. Sama juga seperti di Thailand apabila anda akan dikenakan denda sebanyak 100,000 Baht, satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Merokok juga tidak dibenarkan di kawasan-kawasan rekreasi, kompleks sukan dan taman permainan, zoo dan kawasan pasar. Pelancong yang melancong secara berkumpulan diharap dapat mengikut peraturan ini.
Ada yang bertanya, vape macam mana? Rokok eletronik pun tak dibenarkan juga ke? Jawapannya, ya. Rokok eletronik dah diharamkan di Thailand sejak 2014 dan ramai pelancong yang datang ke Thailand telah ditangkap kerana mengabaikan larangan dan didenda atau dipenjara.
Walkie-Talkie
Sewaktu Libur buat research berkenaan perkara-perkara yang dilarang di Thailand ni, Libur ada terjumpa satu benda yang menarik dengan kes warganegara Malaysia yang ditahan di Thailand baru-baru ini kerana memiliki walkie-talkie.
Walkie-talkie sememangnya tersenarai dalam larangan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa Thailand dan di sini Libur sertakan sekali senarai-senarai untuk barangan yang lain.
Jadi ini antara tips yang dapat Libur kongsikan kepada para pembaca. Kalau ada apa-apa yang ingin dikongsikan, feel free to message Libur dan Libur nasihatkan kalau melancong di negara orang, ikutlah peraturan di sana. Kita jauh dengan saudara-mara dan kawan-kawan yang boleh datang tolong. So be safe and have fun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahap kebersihan sebuah bilik penginapan di hotel sering menjadi isu hangat diperkatakan pelancong. Tidak kira samada hotel tersebut bertaraf satu bintang hingga ke penginapan mewah, pasti ada sahaja rungutan ramai mengenai kebersihan kemudahan yang disediakan dalam bilik. Terutamanya tahap kebersiahan cadar katil, tuala mandi, cawan dan cerek elektrik.
Cerek elektrik adalah kemudahan dalam setiap bilik penginapan yang menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi pelanggan hotel. Ada pelbagai kisah yang berlaku disebalik penggunaan cerek elektrik tersebut oleh tetamu bilik penginapan terdahulu yang kita sendiri tidak tahu tahap kebersihannya. Anda boleh sahaja buat carian di laman sesawang, pasti banyak pengalaman dan cerita mengenai cerek elektrik hotel.
Terbaru, tidak dapat dipastikan bila kejadian ini berlaku dan dimana, sekeping gambar meloyakan yang menunjukkan seorang wanita merebus seluar dalamnya yang terkena darah haid di dalam cerek milik sebuah hotel mencetuskan kemarahan warganet dunia.
Ada yang mengatakan gambar yang tular awal bulan ini adalah gambar lama yang dimuatnaik kembali. Gambar itu memaparkan sebuah cerek menggelegak bersama sepasang seluar dalam wanita di dalamnya. Air cerek itu pula bertukar warna menjadi keruh.
Gambar itu hadir bersama kapsyen menerangkan mengapa perbuatan itu dilakukan. Pelakunya yang menyiarkan gambar itu di laman sosial berkata, dia menggunakan cara unik dan bersih tersebut untuk membersihkan seluar dalam dengan cepat ketika bercuti dan menginap di sebuah hotel.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Australia atau New Zealand berdasarkan soket elektrik unik yang digunakan.
Boleh dikatakan cara ini memang cukup popular dilakukan oleh pelancong di seluruh dunia untuk membersihkan pakaian dalam mereka dengan bersih tanpa mengeluarkan bajet.
Bagaimanapun, ramai netizen berang dan jijik melihat foto tersebut di laman Twitter. Satu komen lain menyatakan: ‘Saya tidak akan membancuh air menggunakan cerek hotel lagi selepas ini!’
Jadi anda rasa macam mana? Selamat ke kalau kita nak guna cerek elektrik dalam kamar penginapan? Cadangan admin, boleh sahaja jika ingin guna tetapi sebelum itu pastikan ia berada dalam keadaan bersih. Cuci dahulu dalaman cerek elektrik dan panaskan dahulu sedikit air untuk membuang kuman. Kemudia baru anda panaskan sekali lagi air yang baru. Namun jika masih ragu-ragu, abaikan sahaja daripada menggunakannya.
Persoalan yang selalu bermain dalam kepala lebih-lebih lagi saat-saat akhir sebelum nak siap packing beg. Yela, toiletries ni beg kecik dan side item berbanding barang-barang keperluan penting yang lain.
Tapi, FYI, kalau tak ada toiletries ni, baru tahu erti penyesalan. Sebab dalam toiletries ni la ada semua kelengkapan kebersihan diri macam sabun mandi, shampoo, ubat gigi, dan macam-macam lagi benda lain. Pssttt.. Kalau tengok perempuan punya barang, anda akan faham la. Toiletries dia boleh bukak kedai runcit.
Barang yang terlalu banyak dalam toiletries pun tak sesuai juga untuk travel tau sebab memberatkan beg. Nak buat apa bawa banyak barang kalau kadar nak pakai pun tak la sebanyak mana.
Jadi jom Libur kongsikan items dan tips kepada anda apa barang dalam toiletries yang just nice untuk anda bawa:
??Berus gigi, ubat gigi, flos, cecair mulut ??Berus atau sikat rambut, ikatan rambut, barrettes / pin bobby ??Deodorant ??Shampoo and conditioner ??Pelindung matahari dan muka dengan SPF ??Alat solek yang diletakkan didalam satu beg/wristlet ??Pembersih muka, makeup remover dan q-tips ??Pelembap / Losyen waktu malam ??Balm bibir dengan SPF dan lipstik atau lip gloss ??Barang kebersihan diri ??Produk kebersihan feminin ??Ubat dengan label supaya anda boleh isi semula jika diperlukan ??Cologne / minyak wangi ??Cermin kecil ??Produk rambut seperti penyembur rambut, gel rambut dan minyak janggut ??Sedikit sabun basuh baju ??Kit pencukur dan pisau cukur tambahan ??Kit jahit / penjagaan pakaian, penghilang kotoran ??Tisu muka atau tisu tandas ??Travel Towel ??Gunting, gunting kuku, dan pinset
Berus gigi, ubat gigisikat rambut dan pengikat rambutDeodorantShampoo and conditionerPelindung matahari dan muka dengan SPFPembersih muka/makeup removerPelembap / Losyen waktu malamBalm bibir dengan SPF atau lip glossProduk kebersihan femininCologne / minyak wangiCermin kecilProduk rambut seperti penyembur rambut, gel rambut dan minyak janggutKit pencukur dan pisau cukur tambahanKit jahit / penjagaan pakaianGunting, gunting kuku, atau pinset
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Walaupun hal ini sememangnya bahaya dan agak berisiko tetapi tidak bermakna anda perlu menjadi paranoid dan melupakan langsung impian anda untuk mengembara secara solo. Terdapat beberapa cara yang bagus untuk memastikan anda kekal selamat dan selesa sepanjang pengembaraan solo.
Cara 1: Kongsi pelan perjalanan anda Ini bukanlah bermakna anda berkongsi di laman media sosial sewenang-wenangnya. Maklumkan kepada keluarga dan teman rapat perihal pelan perjalanan anda agar mereka tahu di mana anda berada dan boleh mencari anda sekiranya ada apa-apa berlaku.
Cara 2: Komunikasi berkesan dengan hos Jika anda tinggal dalam bilik dorm atau homestay, pastikan anda bertanya mengenai kawasan yang selamat dengan hos anda agar anda boleh elakkan tempat-tempat yang tidak sesuai untuk wanita berjalan berseorangan.
Cara 3: Elakkan jalan gelap This is a BIG no-no. Sama sekali jangan jalan berseorangan di luar pada waktu malam, di jalan yang tidak diterangi lampu.
Cara 4: Alat keselamatan Dapatkan wisel atau alat yang boleh mengeluarkan bunyi yang kuat untuk waktu-waktu genting/kecemasan.
Cara 5: Elak benda/tumpangan PERCUMA Tiada benda yang percuma di dunia ini jadi JANGAN sesekali menerima tumpangan kenderaan dan makanan atau minuman percuma dari orang yang tidak dikenali.
Cara 6: Buat tidak tahu Jangan membalas atau memberi reaksi terhadap siulan atau panggilan dari orang yang tidak dikenali.
Cara 7: Tidak perlu beg designer Simpan barang berharga anda dalam beg yang buruk dan biasa sahaja berbanding beg designer. Ini untuk mengelak anda menjadi target pencuri dan penyangak.
Cara 8: Jadi seperti orang tempatan Abaikan sahaja mekap. Go natural agar anda lebih ‘masuk’ dengan orang tempatan.
Cara 9: Sertai kumpulan tour Ini memudahkan untuk anda mendapatkan tour percuma satu-satu bandar dan bilangan orang yang ramai boleh memastikan keselamatan anda.
Cara 10: Bertemu di kawasan awam Jika anda mahu bertemu seseorang, pastikan ia di kawasan awam dan pastikan anda memberitahu seseorang perihal perjumpaan tersebut.
Cara 11: Cincin kahwin Jika anda belum berkahwin, pakai sahaja satu yang palsu untuk mengelakkan ‘gangguan’ lelaki.
Cara 12: Kunci mulut Jangan beritahu maklumat sensitif/peribadi anda kepada sesiapa pun.
Cara 13: Teksi bermeter Pastikan teksi yang anda mahu naik memakai meter dan tertera maklumat pemandu serta sijil pendaftaran teksi tersebut.
Cara 14: Kasut yang selesa Jangan menggatal untuk memakai kasut bertumit atau sandal yang nipis dan bertali-tali. Kasut sukan atau kasut khas untuk berjalan adalah pilihan terbaik.
Cara 15: Kawasan selamat Pastikan anda ambil tahu di mana terletaknya balai polis, stesen minyak dan pasar raya jika berlaku situasi yang mana anda perlu lari menyelamatkan diri.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...